BAB 94

169 3 0
                                    

Di pusat kecantikan milik Datin Noreen, Rissa Arianna baru sahaja mendapatkan rawatan manicure dan pedicure. Pada awalnya dia hanya mahu bertemu dengan Datin Noreen tetapi wanita itu tiada di biliknya. Dia kemudian mengambil keputusan untuk menunggu di situ sehingga wanita itu tiba.

"Excuse me, lambat lagi ke bos you nak sampai?" Tanya Rissa sambil menilik kukunya yang baru dirias. Kali ini dia tidak mahu terlalu sarat dan french nail menjadi pilihannya.

"Maaf, saya tak pasti cik." Wajah pekerja dikerling sekilas sebelum menggelengkan kepalanya.

Dia kemudian dengan angkuh mengarahkan pekerja tersebut untuk mambancuh secawan kopi untuknnya. Paling utama rasanya perlu sama dengan kopi yang diminumnya tempoh hari. Dengan selamba badak dia memberitahu bahawa dia akan masuk menunggu di bilik Datin Noreen.

Lebih kurang 15 minit kemudian Datin Noreen tiba. Apabila dia melangkah masuk ke dalam pusat kecantikan tersebut, salah seorang pekerjanya tadi segera berlari ke arahnya.

"D-datin, saya minta maaf banyak-banyak. Kami dah cuba tapi ..." Ujarnya gagap. Datin Noreen mengerutkan dahinya.

"Kenapa ni? Ada benda yang dah jadi ke sepanjang saya tak masuk office?"

Wanita itu membongkokkan badannya 45 darjah.

"Maaf datin, Cik Rissa ada ..."

Belum sempat ayat itu dihabiskan dia terus bergegas masuk ke dalam biliknya. Pekerja tersebut menghela keluh berat. Dia amat risau jika bosnya itu akan memarahinya kerana membenarkan orang luar masuk ke dalam biliknya ketika dia tiada di pejabat.

Pintu bilik ditolak kasar. Rissa dilihat sedang duduk di sofa dengan kaki kirinya disilangkan ke atas kaki kanan. Cawan kopi yang ada ditangan diletakkan je atas meja.

"Finally sampai pun. Dah naik kematu punggung I ni sebab tunggu you."

"Kau tak faham bahasa ke? Aku dah cakap yang aku tak akan bersubahat dengan kau lagi, kau faham tak!" Datin Noreen mengetap rapat giginya. Rissa menjeling seketika sebelum tawa sinisnya dilepaskan.

"Whoa! Relaks la datin, i bukannya datang serang you. I just nak melawat you je. Nak tanya khabar you, khabar Mikael." Ujar Rissa sebelum meneguk kopi yang dipesannya.

Datin Noreen mengeluh apabila nama Mikael disebut. Dia memang sudah mengjangkakan perkara itu. Tiada sebab lain jika tiba-tiba wanita yang tidak waras akalnya itu datang bertemu mata dengannya jika bukan berkaitan dengan anak saudaranya itu. Tak habis-habis dengan Mikael.

"I dengar Mikael masuk hospital baru-baru ni, betul ke? Kenapa datin tak inform pada I?" Soal Rissa tanpa rasa bersalah. Datin Noreen menjeling.

"Orang suruhan kau ramai buat apa tanya aku. Entah-entah hidup Mikael sekarang ni pun dalam pengawasan kau. Berapa ramai spy yang kau hantar untuk follow dia?" Balas Datin Noreen marah.

"I just nak tahu apa yang dia buat setiap hari, itu je. Lagipun dia bukan orang lain, bakal suami I juga, kan? And you datin bakal jadi aunty I." Senyuman yang lebar terukir diwajahnya.

"Tebal betul muka kau, kan. Kau tak penat ke asyik terkejar-kejar orang yang tak nak pada kau? Dah terang-terang Mikael tu reject kau, bukan sekali tau tapi berkali-kali. Kau nak tunggu apa lagi?"

Senyuman yang terukir diwajah Rissa hilang serta merta. Riak wajahnya berubah menjadi kelat. Dia terdiam buat seketika.

"Why? You nak suruh I pergi cari lelaki lain?" Datin Noreen mengangguk selamba.

"Hell no! I akan dapatkan apa yang sepatutnya jadi milik I. Tak semudah itu I akan bagi pada orang lain. I taknak jadi macam you datin."

Berdesing telinga Datin Noreen apabila disindir pedas oleh wanita itu. Tangannya dikepal kuat menahan amarah.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now