BAB 15

250 7 0
                                    

Mona memecut laju keretanya menyusur keluar dari tapak letak kereta di lapangan terbang menuju ke kediaman Encik Zamzuri dan Puan Hafizah. Haura yang duduk disebelah Mona memandang sekeping kad nama yang berada ditangannya. Tertulis nama Puan Sri Normah sebagai Ceo Khazzan Group, sebuah syarikat yang tidak asing lagi di Malaysia. Terngiang dikepala perbualannya dengan Puan Sri Normah sebelum mereka berangkat pulang.

Dazrin bersama Mikael sedang berurusan di kaunter untuk proses daftar keluar dari resort itu. Puan Sri Normah yang sedang duduk diruangan menunggu terlihat kelibat Haura yang baru sahaja keluar dari bilik pekerja resort. Dia segera mendapatkan Haura.

"Haura." Puan Sri Normah menegur Haura yang sedang berbual dengan pekerja resort. Dia menyentuh lembut bahu Haura.

"Eh nenek. Buat apa dekat sini."

"Nenek tengah tunggu budak berdua tu." Balas Puan Sri Normah sambil muncungkan mulutnya ke arah Dazrin dan Mikael.

"Kamu tengah sibuk ke? Nenek nak tanya kamu sikit ni."

"Tak sibuk pun nek. Nak tanya apa tu?" Haura tertanya-tanya.

"Jomlah kita duduk dulu." Pelawa Puan Sri Normah.

"Haura pekerja dekat resort ni ke?" tanya Puan Sri Normah membuka bicara.

"Eh taklah. Saya sekarang belum kerja lagi lepas resign dari company lama saya beberapa bulan lepas. Nak rehatkan diri dulu sebelum start buru kerja baru." Balas Haura tenang. Puan Sri Normah sekadar mengangguk dengar jawapan Haura tersebut.

"Oh yeke? Bukan apa, nenek tanya ni sebab nenek tengok cara kamu berurusan dengan pekerja dekat sini macam kamu sudah terbiasa dengan selok belok resort ni. Sebab tu nenek ingat kamu kerja dekat sini." Balas Puan Sri Normah.

"Oh. Taklah nek. Haura dari kecil lagi selalu datang bercuti dekat sini. Jadi ada pekerja yang memang Haura dah kenal lama." Balas Haura sambil mengukirkan senyuman.

Puan Sri Normah menganggukkan kepala. Dia kemudian mengeluarkan sekeping kad nama miliknya lalu dihulurkan kepada Haura. Tanpa membuang masa dan berselindung dia terus mempelawa Haura untuk bekerja dengannya. Haura sedikit terkejut dengan tawaran tersebut.

Haura menilik kad ditangannya itu berkali-kali. Dia tidak menyangka bahawa wanita dihadapannya itu adalah pemilik salah sebuah syarikat yang terkenal di ibu kota.

Haura tidak terus menolak tawaran itu untuk menjaga hati wanita itu. Tetapi dia telah meminta agar Puan Sri Normah memberinya sedikit masa untuk berfikir sebelum dia memberikan kata putus. Puan Sri Normah mengangguk faham dan memberitahu Haura untuk menelefonnya jika sudah mempunyai jawapan.

"Woi Haura! Kau ni dah kenapa? Jauh betul termenung." Teguran dari Mona itu telah membangkitkan Haura dari lamunannya. Dia membetulkan kedudukannya sebelum memandang ke arah Mona.

"Takkan dah rindu dekat orang pulau kot." Gurau Mona.

"Ishhh.. kau ni mana ada la."

"Dah tu kenapa monyok je muka tu."

"Aku cuma rasa berdebar sikit. Yelah dah 2 bulan lebih aku tak jumpa ibu dan ayah aku. Tambah pulak dengan apa yang aku dah buat pada dia orang." balas Haura. Mona menggosok lembut bahu Haura sambil tersenyum kepadanya.

"Kad apa dekat tangan kau tu?" tanya Mona sambil memuncungkan mulutnya ke arah kad yang berada di tangan Haura.

"Ada orang offer aku kerja di syarikat dia." balas Haura perlahan tapi dapat ditangkap oleh telinga Mona.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now