BAB 29

177 7 3
                                    

Datin Norlie memotong buah-buahan yang telah dibasuh bersih oleh Mak Wan. Dia menyusun buah tersebut ke dalam pinggan. Mak Wan pula sedang sibuk menghidang beberapa jenis kuih muih ke dalam dulang untuk dijadikan sajian minum petang.

          "Tak apa Mak Wan. Yang ini biar saya aje yang bawa ke depan. Mak Wan tolong bawa dulang air tu ye." Tutur Datin Norlie kepada Mak Wan. Mak Wan hanya mengangguk. Sememangnya jikalau Datin Norlie sudah masuk ke dapur semua benda ingin dibuatnya sendiri.

Datin Norlie membawa dulang berisi makanan itu ke meja di laman rumahnya. Kelihatan Puan Sri Normah sedang duduk di situ sambil membaca sebuah buku motivasi islamik. Itulah hobi wanita itu sekiranya dia mempunyai masa yang terluang.

          "Jemput makan mak." Pelawa Datin Norlie. Tangannya ligat menyusun pinggan ke atas meja.

Puan Sri Normah meletakkan buku tersebut di atas meja. Dia membetulkan kedudukannya. Mak Wan menuang air teh wangi ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Puan Sri Normah dan Datin Norlie. Dia kemudian beransur pergi.

          "Suami kamu mana? Mak tak nampak batang hidung dia pun hari ni." Tanya Puan Sri Normah. Datin Norlie yang sedang menghirup air teh itu segera menjauhkan bibir cawan dari mulutnya.

          "Dia on-call hari ni mak. Katanya ada pembedahan penting."

          "Dah jarang betul mak tengok dia lekat dekat rumah hari-hari minggu macam ni. Busy dengan kerja memanjang."

          "Dah kerja dia mak. Nor okay je. Lagipun Nor kan ada mak dekat sini." Datin Norlie bermanja dengan ibunya itu.

          "Azrael pun dah pindah keluar. Jarang-jarang lah jugak dia balik ke sini. Mikael tu tak payah cakap la. Ada macam tiada. Dari pagi sampailah dah nak masuk senja ni, mak belum nampak lagi batang hidung dia." Rungut Puan Sri Normah.

          "Alah, biarkanlah dia mak. Mungkin dia keluar dengan kawan-kawan dia ke. Lagipun hari ni kan hari cuti dia. Ini ajelah masa yang ada untuk dia tenangkan diri." Datin Norlie cuba memujuk.

          "Mak ni bukan apa, sekarang ni boleh la mak temankan kamu. Kalau mak dah tak ada nanti macam mana?" tambah Puan Sri Normah.

          "Apa mak ni cakap macam tu. Nor tak suka lah." Datin Norlie mencapai kuih sardin gulung lalu dikunyahnya kasar. Ibunya pula menghirup air teh yang terhidang di depannya.

          "Nor, mak tengok Mikael tu lain macam sikit sejak kebelakangan ni. Kamu ada tahu apa-apa ke?" tanya Puan Sri Normah kepada Datin Norlie. Datin Norlie mengerutkan mukanya.

          "Entahlah mak. Nor pun perasan jugak. Keruh sangat air mukanya." Balas datin Norlie.

          "Kamu tak ada tanya dia? Mana tahu dia ada masalah ke."

          "Nor dah cuba tanya dia tapi mak tahu la perangai Mikael tu macam mana. Bukannya dia suka kongsikan masalah dia dengan orang lain. Walau dengan Nor sekali pun." Luah Datin Norlie tentang perangai anaknya itu.

          "Tapi beberapa hari lepas Nor ada terdengar satu bunyi yang pelik dari bilik Mika. Tapi Nor tak boleh nak cakap itu bunyi apa sebab kurang jelas. Bila Nor ketuk pintu bilik dia dan bertanya, Mika cakap dia okay je." Tambahnya lagi panjang lebar.

          "Kamu rasa ada kaitan dengan kejadian yang dulu ke?" tanya Puan Sri Normah. Riak wajahnya sedikit rungsing memikirkan kejadian tersebut.

          "Eh, Nor tak rasa ada kaitan dengan hal tu mak. Benda tu kan dah lama berlaku dan doktor pun dah bagitahu yang Mikael pun dah pulih sepenuhnya."

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now