"Nasib baik dulu saya selalu teman Mona pergi kelas modelling. Jadi saya tahulah serba sikit pasal catwalk walaupun tadi agak hancus." tambahnya lagi. Mikael menunjukkan reaksi yang kagum. Kepala diangguk berkali-kali. Sesekali dia melirik ke arah wanita itu.

          "Well, not bad. Kau nampak cantik sangat masa show tu tadi. Dah macam bukan Jannatul Haura yang aku kenal. Daku terpesona. Tapi aku tak suka." ujar Mikael yang tiba-tiba bertukar serius.

         "Lah, kenapa pula? Tadi puji bukan main melambung sampai orang pun dah terapung-apung. Tiba-tiba cakap tak suka pula. Ke awak syok sangat tengok Rissa dekat atas pentas tu tadi." balas Haura berbaur cemburu.

         "Apasal tiba-tiba petik nama Rissa pula ni. Aku tak suka sebab banyak sangat mata yang tertumpu pada kau. Kalau ada yang tetiba jatuh hati dengan kau macam mana? Satu hal pula aku nak kena kekalkan takhta aku ni." balas Mikael panjang. Haura tertawa kecil.

          "Oh, kes jealous la ni? Awak kena ingat satu benda je. Kalau saya ni nak main tukar lelaki saya tak akan tambat diri saya dengan ikatan yang kita ada sekarang ni." balas Haura sambil menunjukkan cincin dijarinya. Mikael menghela nafas lega. Mendengar jawapan dari Haura itu, Mikael tersenyum.

          "Lagi satu yang awak perlu tahu."

           "Apa dia?"

           "Awak nampak cute sangat bila awak cemburu. Rasa macam nak gomol je. Rawr!" sakat Haura sambil tangannya digayakan seperti cakar harimau. Mikael ketawa terbahak-bahak.

*****

          "Tak guna. Macam mana perempuan tu boleh gantikan tempat Lynda. Aku sepatutnya singkirkan dia sebelum show tu start. Arghhhh!" tempik Rissa kuat.

Dia benar-benar rasa tercabar apabila segala rancangan gagal gara-gara wanita bernama Jannatul Haura. Kemarahannya itu makin membuak-buak apabila dia menyaksikan sendiri kemesraan mereka berdua ketika beramah mesra bersama Gina Gupta.

          "Kau ingat kau dah bertunang dengan dia kau dah menang? Langkah mayat aku dulu Haura. Kalau dulu aku berjaya, tak mungkin kali ini aku akan gagal. Aku akan pastikan Mikael jadi milik aku, selamanya." ujar Rissa perlahan. Gambar Haura yang berada di meja ditoreh kasar.

Berita mengenai pertunangan Haura dan Mikael telah lama sampai ke pengetahuan Rissa setelah diberitahu oleh Suri. Kerana berita itu jugalah dia memberontak di rumahnya sendiri sehingga menyebabkan ibu dan bapanya terpaksa bergegas pulang ke Malaysia.

Suri pula mendapat perkhabaran tersebut dari Datin Noreen yang menghantar sekeping gambar sekitar majlis tersebut kepadanya. Kedua wanita itu telah mula merancang sesuatu untuk memastikan Mikael dan Haura tidak dapat bersatu.

*****

Badrul duduk di sebuah bangku di taman. Tidak lama kemudian Suri datang menghampiri lalu duduk bersebelahan dengannya.

          "Ada apa kau nak jumpa aku dekat sini?" tanya Suri sedikit kasar.

          "Kau kenal mamat ni?" ujar Badrul sambul menghulurkan telefon bimbitnya kepada Suri. Gambar Syahmi tertera di skrin telefon tersebut.

Setelah melihat gambar itu Suri menoleh ke arah Badrul dengan penuh tanda tanya.

           "Kenapa dengan dia ni?" tanya Suri.

           "Aku syak dia ada hubungan dengan Haura." balas Badrul.

Namun Suri sedikit pun tidak terkejut dengan berita tersebut. Dia malah tersenyum lebar apabila Badrul menyampaikan perkara itu kepadanya. Lelaki itu yang pada mulanya berasa bangga dengan pencariannya berkerut pelik.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now