"Kurang asam betul si Suri tu. Berani dia tampar pipi aku yang mulus lagi gebu ni. Kalau tinggal parut dekat pipi ni jatuhlah saham aku nanti."

          "Nasib kau baik sangat hari ni Suri, kalau tak dah cacat kau aku kerjakan." Haura mengomel sendirian sambil mengusap pipinya. Dia menilik wajahnya menggunakan kamera pada telefon bimbitnya.  Kesan merah dek tamparan itu masih kelihatan meskipun rasa sakitnya sudah mula berkurang.

Ikutkan hati ingin saja dia melawan tindakan yang dilakukan oleh Suri itu tetapi dia tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut. Haura tahu jika dia turut menggunakan kekerasan ianya pasti akan menjadi buah mulut serta menjadi satu masalah yang besar buat syarikat ini. Sepertimana yang telah terjadi kepada dirinya beberapa bulan yang lalu.

Beberapa ketika kemudian pintu bilik di tolak dari luar. Sosok lelaki berbadan tegap memasuki ruang pejabat. Haruman Dior Sauvage turut menghiasi ruang. Haura berdiri dan segera menoleh kerana dia tahu Mikael sudah pun tiba. Lelaki itu berjalan terus ke mejanya. Perlahan-lahan Haura turut membuka langkah menghampiri Mikael.

          "Nah, ni buku kau kan?" tutur Mikael sambil menghulurkan buku yang dijumpainya di bilik pantri.

          "Oh, ha'ah. Terima kasih." balas Haura pendek. Suasana jeda seketika.

          "Ada apa awak panggil saya ni? Nak bincang pasal apa?" tanya Haura tanpa memandang ke wajah Mikael. Sesekali dia mengusap rambutnya supaya menutupi wajah. Dia risau jika lelaki itu ternampak kesan merah dipipinya itu. Mikael merenung memandang Haura.

          "Apa something yang jadi ke dekat pantri tadi?" Mikael mula mengajukan soalan. Haura agak terkejut dengan soalan tersebut  tetapi dia sudah dapat menjangkakannya. Lambat atau cepat Mikael tetap akan bertanya tentang perkara itu.

          "Apa maksud awak?" soal Haura kembali. Dia berpura-pura tidak tahu.

          "Kau tak payah nak tipu aku la. Aku tahu yang kau bergaduh dengan Suri kan?" mata Haura terbuntang luas.

           "Mana awak tahu?" perlahan suara Haura membalas.

           "Come on lah Haura, gelas dekat pantri tu tak akan jatuh tergolek dengan sendiri kalau tak ada orang yang usik." balas Mikael. Haura tertawa kecil.

          "Fuhhh, lega. Aku ingatkan dia nampak kejadian tadi. Kalau Mikael nampak apa yang Suri buat pada aku tadi, tak mungkin dia akan setenang ni. Silap haribulan si Suri tu pun dah kena buang dari sini." bisik Haura di dalam hati. Tanpa dia sedar, senyuman nakal terukir dibibirnya.

Mikael berkerut. Dia tidak menjangkakan reaksi yang sebegitu daripada Haura. Perlahan-lahan Mikael menyeluk ke dalam kocek seluarnya lalu mengeluarkan sebiji butang yang dijumpainya tadi.

          "Ni apa benda pulak?" soal Mikael lagi. Haura menilik dengan penuh minat butang yang ada di telapak tangan Mikael itu.

          "Butang apa ni? Baju awak tercabut butang ke? Meh sini saya jahitkan." balas Haura selamba sambil mengambil butang itu dari tangan Mikael. Mikael hilang kata.

          "Kenapa macam familiar je butang ni. Dekat mana aku tengok sebelum ni ek?" bisik Haura di dalam hati. Tangannya ligat membelek butang tersebut.

Tiba-tiba Haura membuntangkan mata. Ada sesuatu yang terlintas difikirkannya. Tanpa berfikir panjang dia segera memeriksa pergelangan bajunya. Ternyata salah satu butang yang terdapat di pergelangan baju sebelah kanannya telah hilang.

           "Macam mana aku boleh tak perasan ni." Haura mengetap bibir sambil mengerutkan mukanya. Otaknya mula ligat memikirkan alasan.

          "Oh ya, tadi awak cakap nak bincang sesuatu dengan saya, kan? Pasal apa?" Haura cuba menukar topik.

Jika Dia Untukku [COMPLETED]Where stories live. Discover now