Cinta Jangan Pergi ☑

By myladyv

1.9M 82K 7.6K

Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persaha... More

Cinta Jangan Pergi : Pengenalan
Bab 1 : Kahwin Muda
Bab 2 : Polis Pencen
Bab 3 : Cerai Muda
Bab 4 : 'Master' Affendy
Bab 5 : Anne's Spy
BAB 6 : Naik Hantu
Bab 7 : Jumpa Esok
Bab 8 : Ilham Hakimi
Bab 9 : Pernah Jumpa?
Bab 10 : Kena Marah
Bab 11 : A Part of Me
Bab 12 : Sacrifices
Bab 13 : Especially You
Bab 14 : Bunga untuk Bunga
Bab 15 : If You Ever Need Me
Bab 16 : Handsome Tahu Tak!
Bab 17 : I Hope It's Not You
Bab 18 : Happy Birthday
Bab 19 : Goodbye, Hana Dahlia.
Bab 20 : Masih Sakit
Bab 21 : I Miss You
Bukan Update #1
Bab 22 : Hancur Hati
Bab 23 : Just the Two of Us
Bab 24 : Please, Let Me Love You
Bab 25 : Perfect
Bab 26 : She's My Girl
WTH WATTPAD?!
Bab 27 : Marry Me
Bab 28 : Get Out, Hana
Bab 29 : Miss You More
Bab 30 : Perempuan Sundal
Bab 31 : I'm So Sorry
Bab 32 : Tinggalkan Affendy
Bab 33 : Jangan Tinggalkan Abang
Bab 34 : Janji
Bab 35 : Isteri Abang
Bab 36 : Manja
Bab 37 : Overtime
Bab 38 : Anak tak Guna
Bab 39 : Sampai Hati Abang
Bab 40 : Marah Abang
Bab 41 : Stunning
#Bukan Update 2 : Random Rant
Bab 42 : This is Not Marriage
Bab 43 : Makan Hati
Bab 44 : Mark My Words
Bab 45 : Koktel Ubat
Bab 46 : Pergi
Bab 47 : Torn
Bab 48 : Nyawa Abang
Bab 49 : Expecting
Bab 50 : Berjumpa Semula
Bab 51 : Our Little Baby
Bab 52 : Sangat Bahagia
Bab 53 : Silap Besar
Bab 54 : Pujuk Hati
Bab 55 : Rindu Banyak
Bab 56 : I Got You
Bab 57 : Masih Ada Dia
Bab 58 : Pengakhirannya
Special Chapter 1 : Berhenti Berharap
Special Chapter 2 : I'll Be Back
Special Chapter 3 : Kembali
Special Chapter 4 : Syed Affendy
Special Chapter 5 : Pertemuan
Special Chapter 6 : Luahan Hati Hana
Special Chapter 8 : Plan Affendy
Special Chapter 9 : Misi Berjaya
Special Chapter 10 : Happily Ever After
Penutup Kisah : Cinta Jangan Pergi

Special Chapter 7 : Luahan Hati Affendy

27K 1.2K 197
By myladyv

🎶 Akhirnya Cinta - Salma Asis 🎶
Di mana pengorbanan, keikhlasan dan bukti kejujuran
Pernah dulu yang sering kau lafazkan
Ingatkah kau janji percintaan?

***

"Cerita dekat Hana... kenapa abang tinggalkan Hana malam tu?" Akhirnya selepas tangisannya sudah reda, Hana dapat juga mengajukan soalan itu setelah sekian lama dipendam. "Hana nak tahu dari awal."

Affendy terdiam sekejap. Berfikir dari mana dia harus memulakan ceritanya. Tujuh tahun punya perjalanan cerita, takkan habis nak dicerita dalam sehari. Lainlah kalau Hana mahu beri dia masa tujuh tahun lagi untuk hidup bersama. Pasti dia akan menjadi orang yang paling bahagia sekali.

Tanpa sedar, tangannya bermain-main dengan jari-jemari Hana yang masih dalam pegangannya. Tindakan spontan apabila dia sedang berfikir. Nasib baik Hana tak menolak. Dalam marah-marah, sebenarnya hati Hana masih lembut juga. Tapi... cincin kahwin mereka tiada lagi di jari itu. Affendy mengeluh berat.

"Salah abang sebab ikutkan perasaan cemburu abang. Abang ingat Hana dengan Ilham...."

"Abang ingat Hana curang?"

Affendy meraup rambutnya ke belakang. "Abang tak pernah terfikir sayang curang. Abang cuma rasa yang sayang masih ada perasaan untuk Ilham. Bukan untuk abang."

Hana menarik semula tangannya dari pegangan Affendy dengan kasar. "Sampai hati abang fikir macam tu. Lepas apa yang Hana dah buat untuk abang, abang masih fikir Hana tak sayang abang? Hana kahwin lari dengan abang! Hana mengandungkan anak-anak abang! Hana sanggup tunggu abang walaupun dah tujuh tahun! Apa lagi yang abang nak?" marah Hana dan tanpa sedar dia telah mengaku bahawa dia menunggu Affendy selama tujuh tahun ini.

"I know... I know... abang memang bodoh sebab tak fikir semua tu. Abang runsing sangat masa tu. Dengan mama dan abah baru meninggal. Lepas tu abang nampak pulak kereta Ilham kat rumah kita. Dan Anne pulak tunjuk kat abang gambar Hana pegang tangan Ilham dan masuk dalam kereta dia masa abang tak ada kat rumah. Abang jadi marah dan cemburu. Tambah pulak Hana langsung tak datang masa mama dan abah meninggal dulu. Jadi abang fikir Hana lebih rela pergi dengan Ilham, berbanding datang kepada abang."

"Annisa meninggal, abang tahu tak? Meninggal!" jerit Hana. "Abang janji nak ambil Hana untuk check-up petang tu tapi abang tak datang! Abang biarkan Hana tunggu abang lama dan sikit pun abang tak teringat nak telefon Hana! Hana pergi hospital sendiri, abang. Hana dapat tahu yang baby kita dah tak ada sendirian, tanpa abang. Abang rasa apa perasaan Hana masa tu? Bila Hana balik rumah, Hana nak bagitahu abang, tapi abang tuduh Hana macam-macam! Sikit pun abang tak nak dengar penjelasan Hana!"

"Abang tahu...."

"Dan abang lebih percaya gambar yang Anne tunjuk kepada abang berbanding Hana sendiri? Abang tahu tak kenapa Hana pegang tangan Ilham dan masuk dalam kereta dia? Malam tu Hana sakit sangat, abang. Perut Hana sakit sangat. Hana telefon abang berkali-kali tapi abang tak jawab. Hana takut sangat kalau ada apa-apa terjadi pada Adam. Hana tak sanggup nak kehilangan kedua-dua baby Hana. Jadi Hana telefon Ilham untuk bawa Hana ke hospital. Tiga hari abang tak ada kat rumah, tiga hari tu jugaklah Hana kena warded abang tahu tak? Tapi sekali pun abang tak pernah datang! Dan malam tu... abang terus pergi tinggalkan Hana tanpa sebarang penjelasan. Abang rasa adil ke semua ni untuk Hana?" ucap Hana panjang lebar dan dia sudah mula menangis lagi.

Sekali lagi Affendy meraup wajahnya dengan kasar. Sesal atas apa yang telah dia lakukan. "Abang tahu... Ilham dah terangkan semuanya dekat abang. Dia cari abang sampai ke lubang cacing, sayang. Ilham cari abang dekat UK dan dia terangkan semuanya dekat abang tentang apa yang terjadi antara dia dan Hana."

"Tapi, kenapa abang tak balik? Walaupun dah tahu kebenarannya, kenapa abang tak balik!" Dada Affendy dipukul beberapa kali kerana marah.

Affendy membiarkan saja dirinya dipukul, jika itu dapat meredakan kemarahan Hana sedikit. Walaupun sakit di dadanya, Affendy tahan sahaja.

"I have severe depression, sayang. Abang malu nak jumpa Hana. Abang penyebab kita berpisah, sayang. Sebab baran abang. Sebab ego abang. Sebab cemburu abang. I couldn't come back to you as the same person that I used to be. I have to learn how to control that first. Jadi abang buat macam-macam rawatan. Abang jumpa pakar psikiatri, kaunselor, and I even joined anger management programme when I was in UK. It takes time, sayang. Lebih-lebih lagi nak mengubati depression tu."

Terdiam Hana mendengar luahan suaminya pula. Selama ini hanya dia yang meluahkan. Sekarang tiba masanya untuk Affendy pula ceritakan apa lagi yang telah terjadi.

"That's it? Hana tak percaya semua tu ambil masa tujuh tahun!"

Affendy menggeleng perlahan. Tangannya mencapai semula tangan Hana. Dipegang erat tangan itu sambil cuba mencari kekuatan untuk menceritakan selanjutnya. Dalam banyak-banyak perkara, tentang penyakitnya itu yang paling dia tidak suka untuk bercerita. Setiap kali menyebut tentang penyakitnya itu, Affendy terbayang-bayang kesakitan yang dia rasai selama bertahun-tahun. Tetapi Affendy tahu, kali ini mereka berdua perlu berbincang dari hati ke hati. Tiada satu pun yang boleh disorokkan lagi.

"Tolong... tolong terus terang dengan Hana," ujar Hana perlahan apabila melihat Affendy seperti teragak-agak mahu bercerita.

"I was diagnosed with lung cancer. Stage three."

Serta-merta Hana membawa sebelah tangannya yang tidak dipegang Affendy dan menutup mulut sendiri kerana terkejut. Dia terkedu, tidak tahu bagaimana mahu bereaksi.

"Dua tahun abang jumpa psychiatrist and finally my psychiatrist said I'm good to go. Abang tak sabar sangat nak balik masa tu. I was at the airport... abang nak balik jumpa Hana... jumpa Adam. Masa tu abang batuk teruk, tapi abang biarkan sebab ingatkan biasa je. Tiba-tiba dekat airport tu batuk abang makin teruk. Abang muntah darah dan terus pengsan. Sedar-sedar je... abang dah ada kat hospital."

Hana hanya diam untuk mendengar lagi cerita Affendy. Teresak-esak dia menangis sambil mendengar apa yang Affendy katakan.

"Dah stage three, sayang. There's nothing I can do besides treatment. Chemotherapy, radiation therapy, surgery... you name it. I was in a really bad shape and I don't want you and Adam to see me like that. The treatments were so painful...." ujar Affendy kemudian menelan air liurnya. Teringat rasa sakit yang dialami dahulu semasa menjalani kemoterapi. Sakit. Sangat sakit. "I lost my hair. I lost my appetite. I lost myself. Abang dah hilang nikmat sihat yang selama ni abang ambil mudah. And I was alone too. That makes it more painful for me...." Tanpa sedar Affendy turut menitiskan air matanya. Pengalaman berperang dengan kanser sampai mati pun dia takkan lupakan. "Setiap hari bila abang sakit sangat-sangat, abang akan doa supaya Allah cabut je nyawa abang. Tapi bila abang terfikirkan sayang dan Adam... I know I have to fight for my life. Abang dah janji abang akan balik. I have to see both of you, walaupun cuma untuk sekejap saja. And so I did. Abang balik untuk jumpa Hana dan Adam. Kalau ditakdirkan Allah nak tarik nyawa abang sekalipun, at least abang lebih tenteram."

Hana terus memeluk tubuh suaminya erat apabila Affendy kata begitu. Di bahu lelaki itu dia menangis semahu-mahunya.

"Kenapa tak bagitahu Hana tentang ni... we can go through all this together, abang. Kenapa tak berterus-terang sejak awal? Kalau tidak... Hana tak perlu hidup tanpa abang di sisi Hana, dan abang tak perlu melawan sakit sorang-sorang tanpa Hana di sisi abang...." ujar Hana dalam tangisannya. "Abang suka tengok Hana terseksa macam ni? Abang suka tengok Hana hidup tanpa abang? Tiap-tiap hari Hana tunggu abang dekat sini. Tiap-tiap hari...."

Affendy membalas pelukan Hana. Ya Allah... tiada orang lain yang aku inginkan dalam dunia ni selain dia. Bertahun-tahun Affendy menahan rindu terhadap isterinya, siapa sangka sekarang isterinya sudah berada dalam pelukannya semula.

"Siapa Hana dalam hidup abang sebenarnya? Tak layak ke Hana untuk ada di sisi abang? Sampai abang sanggup tinggalkan Hana, sanggup melawan sakit seorang diri! Apa gunanya Hana sebagai isteri kalau macam tu?" soal Hana sebaik sahaja dia merungkaikan pelukan itu. "Bukan setahun abang pergi. Bukan dua tahun. Tujuh tahun, abang! Tujuh tahun Hana tak ada suami. Tujuh tahun abang tak ada isteri. Ini ke yang kita nak, abang? Hidup macam ni yang kita nak?" soal Hana lagi. Wajahnya sudah basah dengan air mata tapi dia tidak peduli.

Affendy memegang kedua-dua belah pipi Hana. "Hanya Hana yang layak menjadi isteri abang. Sampai bila-bila, walaupun mungkin kita tak ada jodoh lagi, Hana tetap satu-satunya isteri dalam hati abang." Affendy berkata ikhlas sambil merenung ke dalam mata Hana. Pipi Hana yang basah dengan air mata dihapuskan dengan jari-jemarinya. "Abang tahu susah untuk Hana maafkan abang. Abang faham. Dan kalau betul sayang mahukan perceraian macam yang sayang minta semalam... abang akan tunaikan. Abang tahu selama ni sayang terseksa kerana abang, jadi kali ni abang mahu sayang bahagia."

"Abang... nak... ceraikan Hana?" Hana menangis tersedu-sedan.

Affendy melepaskan nafas berat. "Percayalah sayang... kalau boleh abang tak mahu lepaskan sayang. Perceraian ni tak pernah terlintas dalam kepala abang. But this is your life... sayang yang kena tentukan."

Perlahan-lahan Hana bangun dan duduk di atas riba Affendy. Leher itu dirangkul erat seperti tidak mahu dilepaskan.

"Boleh bagi Hana masa?"

***

Terima kasih sudi komen dan vote cerita picisan saya ni. CJP nak dekat tamat dah. Ada yang tanya ada berapa Special Chapter. Saya tak habis tulis lagi, tapi maybe sampai 10 je.

Btw, saya suka sangat baca komen korang. Ada yang berilmiah sangat dan saya belajar banyak melalui komen korang je tau 🌸🌸🌸 Ruangan komen penuh dengan akak-akak yang banyak pengalaman dalam kehidupan. Saya ni pengalaman baru 21 tahun hahahahaha. Pastu ada hati nak buat cerita heavy macam ni kikikiki. Lepas ni nak buat cerita beshe-beshe jelah 😂😂😂

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 149K 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung r...
2.2M 76.4K 52
RE-EDIT SOON! Highest rank #8 in romance (26 june 2017) Start : 3 march 2017, end : 16 april 2017 ( combo book ) ⚫BOOK ONE > JASMINN : bahagia dan de...
WILDAN ✓ By m e l e e 🎭

Mystery / Thriller

182K 12.1K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡�...
1.4M 77.9K 55
4th Romance by CikMardiah Cover by @_Aisywa NUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-b...