Cinta Jangan Pergi ☑

By myladyv

1.9M 82K 7.6K

Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persaha... More

Cinta Jangan Pergi : Pengenalan
Bab 1 : Kahwin Muda
Bab 2 : Polis Pencen
Bab 3 : Cerai Muda
Bab 4 : 'Master' Affendy
Bab 5 : Anne's Spy
BAB 6 : Naik Hantu
Bab 7 : Jumpa Esok
Bab 8 : Ilham Hakimi
Bab 9 : Pernah Jumpa?
Bab 10 : Kena Marah
Bab 11 : A Part of Me
Bab 12 : Sacrifices
Bab 13 : Especially You
Bab 14 : Bunga untuk Bunga
Bab 15 : If You Ever Need Me
Bab 17 : I Hope It's Not You
Bab 18 : Happy Birthday
Bab 19 : Goodbye, Hana Dahlia.
Bab 20 : Masih Sakit
Bab 21 : I Miss You
Bukan Update #1
Bab 22 : Hancur Hati
Bab 23 : Just the Two of Us
Bab 24 : Please, Let Me Love You
Bab 25 : Perfect
Bab 26 : She's My Girl
WTH WATTPAD?!
Bab 27 : Marry Me
Bab 28 : Get Out, Hana
Bab 29 : Miss You More
Bab 30 : Perempuan Sundal
Bab 31 : I'm So Sorry
Bab 32 : Tinggalkan Affendy
Bab 33 : Jangan Tinggalkan Abang
Bab 34 : Janji
Bab 35 : Isteri Abang
Bab 36 : Manja
Bab 37 : Overtime
Bab 38 : Anak tak Guna
Bab 39 : Sampai Hati Abang
Bab 40 : Marah Abang
Bab 41 : Stunning
#Bukan Update 2 : Random Rant
Bab 42 : This is Not Marriage
Bab 43 : Makan Hati
Bab 44 : Mark My Words
Bab 45 : Koktel Ubat
Bab 46 : Pergi
Bab 47 : Torn
Bab 48 : Nyawa Abang
Bab 49 : Expecting
Bab 50 : Berjumpa Semula
Bab 51 : Our Little Baby
Bab 52 : Sangat Bahagia
Bab 53 : Silap Besar
Bab 54 : Pujuk Hati
Bab 55 : Rindu Banyak
Bab 56 : I Got You
Bab 57 : Masih Ada Dia
Bab 58 : Pengakhirannya
Special Chapter 1 : Berhenti Berharap
Special Chapter 2 : I'll Be Back
Special Chapter 3 : Kembali
Special Chapter 4 : Syed Affendy
Special Chapter 5 : Pertemuan
Special Chapter 6 : Luahan Hati Hana
Special Chapter 7 : Luahan Hati Affendy
Special Chapter 8 : Plan Affendy
Special Chapter 9 : Misi Berjaya
Special Chapter 10 : Happily Ever After
Penutup Kisah : Cinta Jangan Pergi

Bab 16 : Handsome Tahu Tak!

28K 1.2K 61
By myladyv

Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya sudah hampir enam bulan Hana bergelar seorang chambie di firma guaman Tetuan Hairi dan Affendy. Kalau dulu dia pernah berasa menyesal kerana mendapat Affendy sebagai master-nya, sekarang tidak lagi. Malah, Hana rasa dia akan lebih menyesal jika Affendy bukan master-nya.

Affendy memang ternyata merupakan mentor yang cukup bagus bagi Hana. Sepanjang enam bulan dia menjadi intern di bawah kelolaan lelaki itu, Affendy tidak pernah lokek untuk mengajarnya apa sahaja. Yang penting, Hana perlu ringan mulut untuk bertanya. Jika tidak, Affendy tidak akan memberi tunjuk ajar sama sekali.

Teringat lagi ketika dia tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan Affendy dulu kerana tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Affendy mengamuk teruk kerana dia tidak bertanya, sedangkan itulah motif utama dia membuat latihan dalam kamar. Untuk belajar dan diberi tunjuk ajar. Sudahnya, dia terpaksa stay back di pejabat untuk menyiapkan kerja itu seorang diri. Tup tup, malam itu juga dia pengsan kerana terlalu kepenatan. Nasib baik Affendy juga yang menjumpainya ketika dia pengsan di dalam bilik pejabat lelaki itu.

Dan selama enam bulan ini juga... Hana dapat rasakan hubungan dia dan the-so-called-master Affendy itu semakin rapat.

Rapat yang... memang rapat.

Rapat yang mana dia tidak lagi rasa kekok untuk menemani lelaki itu makan malam dan apabila lelaki itu menghantarnya pulang ke rumah hampir setiap malam. Dia tidak pernah meminta, tetapi apabila Affendy sudah mempelawa, Hana tidak menolak.

He's a good guy. A very good guy.

Tidak salah jika Hana mengatakan yang sedikit sebanyak dia sudah mulai tertarik dengan lelaki itu. Tertarik dengan karismanya. Tertarik dengan gayanya. Tertarik dengan sikapnya.

Segala-galanya yang ada pada Affendy itu serba-serbi menarik. Patutlah dahulu Anne juga mudah tertarik dengan lelaki ini walaupun baru beberapa bulan berkenalan.

Tetapi... entahlah. Hana sendiri tidak tahu dengan perasaannya. Suka? Mungkin. Cinta? Tak mungkin. Selagi perasaan itu masih belum muncul, dia perlu menghalang terlebih dahulu. Mana mungkin dia boleh jatuh cinta pada Affendy. Affendy itu bekas suami Anne!

Bukan title 'bekas suami' itu yang menjadi penghalangnya. Hana tidaklah sekejam itu, mahu membeza-bezakan manusia melalui gelaran duda, janda, atau sebaliknya.

Tetapi... lelaki itu pernah menjadi milik Anne. Dan Anne itu kawan baiknya. Itu masalah pertama.

Masalah kedua, ibunya takkan pernah setuju. Terngiang-ngiang lagi bebelan Puan Melati di telinganya setiap malam selepas dia dihantar oleh Affendy. Dan sebelum dia keluar ke pejabat keesokan paginya, sekali lagi dia dinasihati oleh ibunya supaya jangan terlalu rapat dengan lelaki 'kepunyaan orang', walaupun pada hakikatnya Affendy itu bukan milik siapa-siapa lagi!

Bunyi ting daripada telefon bimbitnya telah menyedarkan lamunan Hana yang panjang. Matanya melirik ke arah skrin telefon bimbit untuk membaca preview mesej itu sahaja tanpa perlu untuk dia 'menghadiahkan' sepasang bluetick kepada sesiapa sahaja yang menghantarnya mesej itu.

Monster
Hey. Jauh mengelamun? Are you okay?

Hmm... panjang umur. Macam tahu-tahu je yang aku memang tengah fikirkan dia. Hana mengangkat muka lalu mencari bayang lelaki itu. Pasti Affendy berada berdekatan situ kerana lelaki itu nampak dia sedang mengelamun.

Tepat jangkaannya. Affendy berada selang beberapa kubikel daripadanya dan sedang berbincang entah apa dengan Shahran. Tetapi walaupun Shahran sedang bercakap dengannya dan dia juga seperti fokus mendengar kata-kata Shahran, tetapi Hana perasan sekejap-sekejap pasti mata lelaki itu memandang ke arahnya.

Affendy pula apabila melihat Hana memandang ke arahnya, sengaja menunjukkan telefon bimbit yang dipegang di tangan untuk memberi isyarat kepada Hana supaya membaca mesej yang dihantarnya tadi.

Hana

Totally fine. Don't worry.

Monster
Susah sangat ke homework yang abang bagi tu? If you need help, I'm free now.

Hana

Tak. Tak susah pun. Yang ini... I can manage. Thanks for asking :)

Monster
Balik nanti kita pergi McD nak? Abang teringin nak try burger baru tu. And they still have the McFlurry Caramel that you want. 😉

Hana mengeluh lemah. Tak boleh jadi ni Hana... kalau kau asyik melayan, lama-lama boleh tangkap cintan dengan dia. Siapa je yang tak cair kalau ada lelaki caring sampai macam ni sekali kan?

Hana
Tuan baliklah dulu. Saya balik sendiri.

Mata Hana melirik ke arah Affendy selepas dia menghantar mesej itu. Dapat Hana lihat Affendy memandang ke arahnya lama selepas membaca mesej itu sebelum lelaki itu melangkah masuk ke dalam biliknya semula tanpa membalas mesej Hana.

Hana kembali fokus pada kerja yang dilakukannya sebelum dia mula mengelamun tadi. Hari berlalu dengan pantas dan tanpa sedar hari sudah menginjak petang. Hana mula mengemas mejanya apabila melihat jam sudah 6.30 petang.

Semenjak kes dia pengsan di pejabat dulu, Hana sudah bertaubat dan tidak mahu berseorangan lagi di pejabat di malam hari. Malah Affendy sendiri berkata kepadanya jika ada kerja yang belum siap, 'bungkus' sahaja semuanya dan bawa pulang ke rumah, seperti mana yang selalu lelaki itu lakukan.

Beberapa fail tebal diletakkan di dalam kotak simpanan saiz sederhana untuk dibawa pulang ke rumah. Banyak juga kerja yang perlu disiapkannya malam ini. Hana menutup kotak itu lalu menyangkut beg tangan di bahu dan mengangkat kotak itu dengan kedua-dua tangannya.

Belum sempat Hana melangkah keluar dari kubikelnya, pintu bilik Affendy terbuka membuatkan Hana memberhentikan langkahnya. Hana memandang Affendy dan lelaki itu juga turut memandang ke arahnya.

"You dah nak balik ke?" tanya Affendy menggunakan panggilan seperti biasa apabila berada di hadapan pekerja lain.

Hana mengangguk. "Ada apa-apa lagi bos?"

"Masuk bilik I kejap. Last homework for today," ujar Affendy kemudian masuk semula ke biliknya.

Hana meletakkan semula kotak itu di atas mejanya lalu melangkah ke arah bilik Affendy. Pintu bilik diketuk perlahan sebelum tombol pintu dipulas.

"Ya, tuan? Anything I can do?" tanya Hana.

"Tolong check balik agreement ni." Affendy berkata tegas. Sebuah fail diletakkan di hadapan Hana. "There are a few spelling error. Dan yang paling teruk sekali ada kesalahan tarikh dan jumlah. You buat kerja macam mana ni? You tahu kan all these details are important! Kalau I tak nampak macam mana? Kita boleh kena saman tau!"

Hana telan air liur. Fail itu dibuka dan helaian-helaian kertas itu diselak. Ada beberapa tempat yang Affendy telah bulatkan menggunakan pen merah. Memang betul. Ada kesalahan penting yang dilakukannya.

"I'm sorry. Saya terlepas pandang."

Affendy meraup wajah kemudian rambutnya. "I don't want to see this kind of mistake anymore, Hana. Dah berapa bulan you kerja kat sini? Takkan masih nak buat kesalahan yang sama?"

"I'm sorry. This will never happen again, I promise." Bersungguh-sungguh Hana cuba meyakinkan. Dia tidak kecil hati bila Affendy memarahinya kerana sudah terang memang dia melakukan kesalahan itu.

Affendy mengeluh berat. Dia memandang Hana sekilas sebelum memandang ke arah lain semula. "Make sure it is done by tomorrow," ujar Affendy dengan suara yang sudah menurun. Tidak lagi tegas seperti tadi.

"Baik, bos!" Dengan semangat Hana berkata.

"Esok pagi ikut I jumpa client ni. Penting. Okey?"

"Ai ai capten!"

Terukir juga sebuah senyuman di pinggir bibir Affendy mendengar Hana berkata begitu. Hana turut tersenyum melihat Affendy tidak semarah tadi lagi. Nasib baik, kalau tidak pasti dia lebih kecut perut.

"Kenapa tak nak teman abang makan McD hari ni? Dah bosan tengok muka abang hari-hari?" tanya Affendy tiba-tiba menukar topik.

Sebenarnya memang soalan itu yang mahu ditanya dari awal. Tetapi sengaja dia mencari motif lain dahulu supaya tidaklah nampak terlalu nyata sangat bahawa dia tidak puas hati apabila Hana tidak mahu ke McDonald's bersamanya hari ini.

Hana menggaru kepala yang tiba-tiba terasa gatal apabila mendengar soalan itu. Lagi-lagi apabila lelaki itu sudah mula menggunakan panggilan seperti biasa antara mereka berdua.

"Hana tak rasa nak makan McD. Tengah diet." Hana berbohong. Sedangkan McDonald's itulah makanan kegemarannya, walaupun dia tidak selalu makan di situ. Kalau dapat ayam goreng pedas McDonald's lagilah... nikmat sungguh!

"Makan aiskrim pun tak nak? I heard today is the last day they are selling the caramel thingy."

Hana menggigit bibir. Biar betul hari ni hari terakhir? Aku tak sempat rasa pun lagi!

"Tak apalah...." Hana menjawab perlahan. Mulutnya menolak tetapi hatinya sedang berperang sama ada dia patut ikut atau tidak.

Dahi Affendy sedikit berkerut. Lain macam Hana hari ni. Selalunya Hana tidak akan menolak, tetapi hari ini lain pula jadinya.

"Balik naik apa ni? Your sister pick you up?"

Hana menggeleng. Kemudian dia berfikir sejenak. Dengan kotak yang dia akan bawa pulang, pasti sukar jika dia hendak menaiki bas.

"Naik kereta... kot?" jawabnya sedikit ragu-ragu.

"Kereta siapa?"

"Nanti saya search Uber atau Grab. Abang tak payah risau." Hana memberitahu dengan senyuman untuk meyakinkan Affendy bahawa dia boleh pulang sendiri.

Affendy mengeluh lagi apabila mendengar jawapan Hana. "Abang ingat awak dah ada transportation nak balik, sebab tu awak tak nak balik dengan abang," ujar Affendy sambil memandang Hana. "Uber, Hana? Seriously? Takkanlah abang nak bagi awak balik sorang-sorang naik Uber. Hari pun dah nak gelap ni...." Lelaki itu mula mengemas barang-barangnya. "Balik dengan abang je." Dia memberi arahan, bukan bertanyakan soalan.

"Tapi... saya boleh balik sendiri!" bentak Hana tidak puas hati.

Saya nak mengelak daripada abang ni... takkanlah tak faham lagi!

"Say that to me again tomorrow." Selamba Affendy berkata. "But do expect to get the same answer." Dia memandang ke arah Hana lalu mengenyitkan mata nakal sebelum kembali mengemas barangannya.

(You kenyit mata kat I sorang sudah eh Chris.)

Hana menjeling geram. Dia main kenyit-kenyit mata pulak....

Handsome tahu tak!

***

Selamat hari pagi Ahad semua! Dah mandi ke belum ni???

🎵 Aku belum mandi tak tun tuanggg tak tun tuangggg tapi masih cantik juga tak tun tuanggg 🎵

Hahhahhahaha ok random je 😂

Continue Reading

You'll Also Like

769K 24.3K 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai...
3.3M 291K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
157K 7K 108
🏆#1 ranking in Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking in Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking in Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeri...
1.7M 61.6K 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun b...