๐€๐ซ - ๐‘๐š๐ฒ๐ฒ๐š๐ง'๐ฌ | C |

Od daisynaar

523K 17.8K 713

( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off... Viac

๐—œ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป - ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ก๐—ฎ๐—ฑ๐—ฟ๐—ฎ
๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐˜‚๐—ฒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ ( edited )
๐ŸŽ๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐ŸŽ๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐ŸŽ๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ‘๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ’๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ‘| ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ” | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ• | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ– | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ“๐Ÿ— | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐ŸŽ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ‘ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ’ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ
๐Ÿ”๐Ÿ“ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ | ๐„๐๐ƒ
๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹ ๐‚๐‡๐€๐๐“๐„๐‘ | ๐Ÿ
๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹ ๐‚๐‡๐€๐๐“๐„๐‘ | ๐Ÿ
๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹ ๐‚๐‡๐€๐๐“๐„๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐€

๐Ÿ‘๐Ÿ | ๐‘ ๐€ ๐˜ ๐ ๐€ ๐ƒ

7.9K 291 16
Od daisynaar

SEMINGGU sudah pun berlalu tanpa sedar. Nadra Haida dan Muhammad Ar-Rayyan sudah sah menjadi pasangan suami isteri yang sah. Cepat betul masa berlalu, mereka pun tak sedar.

Akad nikah diadakan dekat masjid besar Johor sahaja, majlis resepsi sebelah keluarga perempuan pula akan diadakan di Hotel Z milik papa Rayyan pada pukul 11 nanti. Kebanyakkannya, keluarga sebelah lelaki yang sponsor.

Jurugambar pula sedang sibuk mengambil gambar tetamu yang hampir 1000 orang keatas itu sebaik sahaja gambar pengantin diambil tadi. Nadra yang tidak pernah mengambil gambar berdua dengan lelaki pula tersipu malu. Rayyan pula tidak dapat mengalihkan pandangan daripada isterinya yang sah itu.

"Kahwin juga kawan aku ni ye? Dah lah tak tunggu aku." Gurau Aisya, bahu Nadra ditampar lembut oleh Aisya. Cincin yang tersarung pada jari manis Nadra itu dipandang lama bersama senyuman manis sebelum menarik Aisya ke dalam pelukan. Aisya pula hanya membalas pelukan Nadra itu dengan berhati - hati supaya tak usik tudung Nadra yang sudah terletak sempurna itu.

"Aku pun tak percaya yang aku dah jadi isteri orang, Sya. Besar dah aku rupanya." Tergelak kecil Nadra sebelum melepaskan pelukan mereka itu. Air mata bertakung di dalam kelopak mata Nadra tetapi Aisya dengan berhati - hati menekap tisu kepada mata Nadra supaya tak kacau make up yang cantik itu. Tak tebal pun, nampak natural sahaja.

"Tu lah kau! Dah besar tapi cengeng!" Usik Aisya sebelum membetulkan sedikit tudung Nadra yang senget itu.

"Diamlah!" Omel Nadra bersama bibir yang dimuncungkan.

"Tu lah kau. Lain kali tunggu aku dulu, ini tak. Kau yang kahwin dulu." Usik Aisya lagi. Nadra pula hanya melihat Rayyan yang sedang berbual dengan tetamu di luar dengan senyuman manis.

"Banyak je peluang kau dengan abang aku, kau je yang ignore." Balas Nadra sambil mencuit bahu Aisya. Wajah Aisya sudah berubah kemerahan sebelum menampar bahu Nadra sekali lagi. Nadra menggosok bahunya sebelum mencebik.

"Tak habis - habis buli aku lah kau ni. Aku mengadu dekat laki aku baru tau!" Ugut Nadra dengan kening yang berkerut. Jelingan manja diberi pada Aisya bersama muncung itik. Aisya ketawa kecil sebelum membetulkan selendang putih yang dibalut sempurna di kepala Nadra itu, memastikan ia menutupi dada.

"Jangan lah, dah lah garang laki kau tu. Takut aku." Omel Aisya sebelum menekap lembut peluh pada muka Nadra. Nak ambil hati lah tu! Bila ada sahabat yang pandai menyolek pula memamg mudah. Tak perlu nak upah orang luar, cukup Aisya sahaja.

"Tau takut." Perlahan nada suara Nadra sebelum tergelak kecil. Suka pula dia kenakan Aisya. Lain kali jangan usik orang, kan dah kena balik.

"Cantiknya kau, Nad. Aku yang perempuan pun tak puas tengok kau!" Puji Aisya tiba - tiba, nak tukar topik lah tu. Nasib baik Nadra ni melayan je. Tangan Aisya memegang kedua belah tangan Nadra dengan erat. Nadra pula hanya tergelak kecil.

"Siapa jurusolek aku tadi? Kau kan? Mestilah cantik." Balas Nadra bersama kenyitan mata sebelum mereka berdua tertawa bersama. Tetamu sekeliling pula sibuk mengambil gambar, Nadra pun sudah penat melayan tetamu tadi. Orang introvert memang macam ni kan?

Mata Nadra mula sibuk mencari suami, rupanya sedang berbual dengan ayah bersama senyuman manis di wajahnya yang bersih itu. Ayah pula nampak gembira sungguh sekarang daripada dekat rumah tadi sampai lah sekarang. Ayah mana je yang tak bahagia tengok anak yang dah jumpa pasangan? Mata mereka bertemu dan Nadra segera melarikan pandangan. Malu!

"Tenung lah laki kau nanti. Aku tengah cemburu kat sini." Usik Aisya bersama senyuman senget di bibirnya. Tak habis - habis mengusik! Habis merah dah muka Nadra tu. Lepas ni tak payah pakai blusher, cukup sebut nama Rayyan je, merah lah muka Nadra.

"Gedik eh kau? Aku bagitau abang aku kejap lagi." Membulat mata Aisya setelah mendengar ayat itu, tangan sempat mencubit lengan Nadra. Nasib baik tak sakit kalau tak, memang dia mengadu dekat suami betul - betul, biar dia kena marah!

"Aku usik kau sikit je tau!" Marah Aisya. Nadra hanya mampu menahan gelak sahaja. Orang dah buat, kena lah balas balik. Mata Nadra kembali melihat ke arah Rayyan yang sedang berjalan mendekatinya. Anak mata Rayyan memandang tepat ke arah Nadra dengan senyuman kecil. Aisya yang perasan akan itu menggosok bahu Nadra untuk mengambil perhatian gadis itu.

"Oops... Aku pergi dulu ye? Goodluck!" Bisik Aisya bersama kenyitan mata dan berlalu sebelum Nadra dapat berkata apa - apa. Kurang asam jawa betul punya kawan!

"Assalamualaikum, my love." Sapa Rayyan dengan lembut, anak mata tepat memandang anak mata Nadra yang cantik itu. Akhirnya, boleh juga dia menatap wajah cantik Nadra. Rayyan rasa dia sedang bermimpi sekarang, dia seperti tidak percaya yang Nadra sudah sah menjadi isterinya. Tapi kalau nak pandang, jangan lah macam nak makan! Pipi Nadra semakin merah sambil menahan senyuman. Dia menundukkan kepala, tangan bermain dengan hujung baju kurung yang berwarna putih itu. Rayyan suka buat Nadra malu, geram dia!

"Waalaikumussalam..." Balas Nadra dengan nada yang perlahan. Tak kuat nak membalas panahan mata Rayyan yang seksi itu. Silap - silap pengsan dekat sini juga kalau Rayyan pandang lama sangat. Dah ada peluang kan sekarang? Mestilah dia nak pandang sepuas hati wajah isterinya tapi Nadra pula yang malu - malu. Nasib baik comel! Nak je dia gigit pipi Nadra yang gebu itu tapi itu simpan waktu mereka dalam bilik nanti lah.

Nadra terasa jari Rayyan yang hangat itu menyentuh dagunya, Rayyan menolak lembut dagu Nadra, mengangkat kepalanya supaya memandang Rayyan yang sedang tersenyum kecil itu. Tetamu yang nampak pula hanya tertawa kecil sambil menangkap momen manis itu menggunakan kamera telefon mereka sendiri termasuklah jurugambar. Mata Nadra akhirnya menatap milik Rayyan, jantung Nadra berdebar laju sehingga hilang temponya. Lama Rayyan memandang Nadra dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang, senyuman manis pun tidak pudar dari wajah. Nadra membalas senyuman itu.

Ini baru kali kedua Rayyan menyentuh Nadra. Yang pertama tadi sebab bersalaman. Aduh! Parah lah Nadra macam ni. Kena pegang sikit je dah berdebar teruk, lepas ni macam mana pula? Memang 24 jam lah dia blushing sebab Rayyan.

"Takde istilah tundukkan pandangan dah sekarang, my love..." Bisik Rayyan lembut, wajahnya dirapatkan dengan wajah Nadra, ibu jari Rayyan mengusap lembut dagu Nadra. Nafas hangat jejaka itu menampar lembut wajah Nadra. Baru akad nikah dah ada nickname. Lagi suka lah Nadra! Usapan lembut Rayyan itu membuatkan Nadra tenang. Mereka seperti di dalam dunia sendiri. Tawa kecil dan usikan daripada tetamu itu tidak dihiraukan. Hanya mereka sahaja yang berada disitu.

Tak berkelip langsung Rayyan memandang Nadra. Terbukti lah betapa lama nya dia tunggu saat ini. Saat untuk dia bertentang mata dengan Nadra tanpa perlu beristighfar selepas itu. Saat untuk dia bersentuhan dengan Nadra tanpa rasa berdosa walaupun mereka tidak pernah bersentuhan dengan sengaja. Rasa sayang dan cinta akan Rayyan terhadap Nadra sangatlah besar. Tak sabar dia nak menunjukkan segala perasaan cinta dan sayang itu kepada Nadra selepas ini sebab gadis itu layak untuk rasa dicintai dan disayangi.

Kening Rayyan dinaikkan sedikit, senyuman lebar itu berubah menjadi senyuman senget. Saja nak kenakan Nadra lah tu! Mulut Nadra sudah muncung apabila melihat wajah Rayyan yang mengusik itu.

"Cantiknya isteri saya ni..." Puji Rayyan. Jari telunjuknya sempat mencuit hidung Nadra membuatkan hidung gadis itu mengerut sedikit. Comel! Tergelak kecil Rayyan. Senyuman Nadra pula semakin melebar apabila melihat Rayyan yang sedang tertawa kecil itu.

"Awak pun handsome..." Bisik Nadra perlahan. Sebenarnya nak buat Rayyan pula yang blushing tapi dia pula yang malu nak puji. Siapa je yang tak malu bila kena tenung? Boleh jadi gila tau! Nak je dia jerit dekat sini sebab terlalu malu.

"Apa dia? Saya tak dengar lah, my love..." Usik Rayyan dengan bisikan, senyuman senget masih ada di bibir Rayyan. Penat lah asyik kena kacau dengan suami sendiri. Ini depan orang dia berani, kalau berdua ni macam mana? Habis lah Nadra. Usapan pada dagu Nadra itu beralih pada pipi gebu Nadra pula. Terasa hangat disebabkan jari Rayyan.

"Awak pun handsome..." Ulang Nadra tetapi pandangannya dilarikan. Malu sangat nak pandang laki sendiri. Takde siapa ke yang nak tolong dia sekarang? Memang takde, semua tengah seronok gelakkan Nadra sekarang ni termasuklah Nabeel. Rayyan tergelak kecil mendengar ulangan ayat daripada isteri tercinta itu. Dia dengar apa yang Nadra cakap cuma dia sengaja suruh Nadra mengulang.

"This smile, right here... my love. Saya harap dia kekal selamanya, sayang. I want to make you smile every second." Kata Rayyan lembut, hanya mereka berdua sahaja yang mendengar. Matanya jatuh pada bibir comel Nadra sebelum memandang anak mata gadis itu semula. Itu nanti - nanti lah masa mereka berdua. Senyuman Nadra tidak hilang dari tadi, lesung pipit gadis itu membuatkan jantung Rayyan semakin berdebar. Cantik nya Ya Allah! Untung Rayyan dapat isteri yang cantik macam Nadra.

"Buka mulut tu sayang. Saya tengok awak sibuk layan tetamu tadi sampai tak sempat nak makan..." Ujar Rayyan lembut sebelum menyuakan seketul karipap di hadapan mulut Nadra. Gadis itu pun tak perasan Rayyan sedang memegang seketul karipap tadi. Terkebil - kebil mata Nadra memandang Rayyan dan karipap itu. Rasanya Rayyan pun sibuk dengan tetamu juga tadi tapi boleh pula dia perasan Nadra tak makan lagi? Lurve!

"Buka lah mulut tu, sayang. Penat tangan suami awak ni tau." Suara manja Rayyan membuatkan mata Nadra terbeliak. Nadra pun hanya membuka mulut tetapi masih terkejut dengan suara manja Rayyan itu. Rayyan menyuapkan karipap ke dalam mulut Nadra, membiarkan gadis itu menggigit karipap itu dengan perlahan. Kalau berdua ni mesti lagi manja kan? Habis lah! Rayyan menyuap karipap itu sehingga habis. Bekas serpihan karipap yang berada di bibir Nadra itu Rayyan lap menggunakan ibu jarinya lalu dimasukkan ke dalam mulut. Mata Nadra membesar apabila Rayyan buat begitu. Depan tetamu ni woi!

Rayyan menegakkan badannya semula, lengan menarik lembut pinggang Nadra dan merapatkan isterinya ke sisi, matanya memandang seorang lelaki yang sangat Nadra kenali.

"Anyway, my love. Saya nak kenalkan awak dengan kawan baik saya, Ezhar Emiir. I'm sure I've told you about him before, right?" Rayyan menukar topik sebelum menepuk bahu Ezhar. Mata Nadra semakin membulat. Kawan baik?! Ezhar yang baru sahaja mengalihkan pandangan daripada Rayyan itu terkejut apabila melihat Nadra di hadapan.

"Kau?" Ezhar bersuara dengan sedikit kasar. Rayyan yang mendengar Ezhar berkata begitu menumbuk bahu Ezhar dengan kening yang berkerut. Berani betul dia berkasar dengan bini dia?

"Kau kenapa, Ez? Korang kenal each other ke?" Soal Rayyan, memandang Ezhar dan Nadra berselisih. Nadra pun berkerut sahaja memandang Ezhar. Dia sedang menahan supaya tak menjeling Ezhar. Nama sedap tapi tak macam perangai dia.

"Sayang?" Suara Rayyan membuatkan Nadra mengalih pandangn pada Rayyan. Senyuman kecil diberi pada Rayyan.

"Takde lah awak. Pernah terserempak je haritu. Tak sengaja langgar dia." Balas Nadra sebelum merapatkan dirinya kepada Rayyan. Ezhar hanya mengeluh sahaja. Rayyan pula dah tau perangai Ezhar macam mana hanya memandang tajam ke arah Ezhar.

"Ray. Kalau aku tau dia bakal bini kau takde nya aku marah dia haritu." Jelas Ezhar. Rayyan tak tanya apa - apa pun tapi awal Ezhar menjawab. Nadra yang mendengar hanya diam tidak berkata apa - apa.

"Bakal bini ke bukan bakal bini ke tak payah lah sampau marah." Tegur Rayyan. Ezhar hanya mengeluh sekali lagi. Mata Ezhar beralih pada Nadra.

"Okay. Saya minta maaf sebab berkasar dengan awak haritu." Ezhar berkata dengan sopan tiba - tiba. Nadra yang mendengar suara lembut daripada Ezhar itu hanya terkebil - kebil. Kepala Nadra disengetkan sedikit, dahinya berkerut juga. Kenapa suara tu familiar ye? Dekat mana ye dia dengar? Ah! Dalam mimpi kut.

"Anyway, Nad. Jaga Rayyan elok - elok ye? He talked about you a lot to me. He loves you so much." Pamit Ezhar, sengaja mahu kenakan Rayyan tapi memang itu lah kenyataan. Rayyan memang banyak bercakap tentang Nadra. Rayyan yang mendengarnya pula hanya memberi renungan tajam.

"Diamlah." Tegas Rayyan berkata sambil menjeling Ezhar. Suka hati dia je nak kantoikan Rayyan. Pelukan Rayyan pada pinggang Nadra semakin erat. Ibu jari Rayyan pula mengusap lembut pinggang isterinya. Nadra hanya tersenyum kecil, nak tergelak pun ada. Tapi tak baik gelakkan suami sendiri.

Mata Ezhar meliar sehingga terhenti pada figura Aqirah yang sedang merenungnya dengan penuh tajam. Patutlah dia rasa ada orang tenung dia tadi rupanya budak kecil tu. Ezhar menaikkan keningnya sebelum menjeling Aqirah. Aqirah pula hanya mampu bersabar di situ. Dekat tempat awam kan, takkan nak serang mamat ni pula?

Pokraฤovaลฅ v ฤรญtanรญ

You'll Also Like

155K 5.4K 61
KARYA PERTAMA - NURUL ASYIQIN Tengku Aaryan Zahreen โ†| Azzahra Raissa โƒ "Me? I'm cold hearted men & a killer" -Tengku Aaryan Zahreen- Sejauh manapun...
1.3M 63K 65
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pul...
6.8K 415 14
' ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ข๐๐ž ' "Kau pasti isteri kau akan setia dengan kau kalau dia tau siapa diri kau yang sebenarnya?" "Kau bawa bala, Zafran." [tekan 'REA...
2.4M 104K 79
#1 ENCIK'S SERIES ๐“๐‡๐€๐๐ˆ๐… ๐‰๐€๐๐€๐‘ ๐— ๐Š๐€๐”๐’๐€๐‘ ๐”๐Œ๐€๐ˆ๐˜๐€๐‡ "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...