Takdir Hidup Raudhah || [C] (...

De hzrh_nrl

51.1K 1.4K 20

Disebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya... Mais

chapter 1✔️
chapter 2✔️
chapter 3✔️
chapter 4✔️
chapter 5✔️
chapter 6
chapter 7
chapter 8
chapter 9
chapter 10
chapter 11
chapter 12
chapter 13
chapter 14
chapter 15
chapter 16
chapter 17
chapter 18
chapter 19
chapter 20
chapter 21
chapter 22
chapter 23
chapter 24
chapter 25
chapter 26
chapter 27
chapter 28
chapter 29
chapter 30
chapter 31
chapter 32
chapter 33
chapter 34
chapter 35
chapter 36
chapter 37
chapter 38
chapter 39
chapter 40
chapter 41
chapter 42
chapter 43
chapter 44
chapter 45
chapter 46
chapter 47
chapter 48✔️
chapter 49✔️
chapter 50✔️
chapter 51✔️
chapter 52✔️
chapter 53✔️
chapter 54✔️
chapter 55✔️
chapter 56✔️
chapter 57✔️
chapter 58✔️
chapter 59✔️
chapter 60✔️
chapter 61✔️
chapter 62✔️
chapter 63✔️
chapter 64✔️
chapter 65✔️
chapter 66✔️
chapter 67✔️
chapter 69✔️
chapter 70✔️
chapter 71✔️
chapter 72✔️
chapter 73✔️
chapter 74✔️
Penutup✔️
Promote time!

chapter 68✔️

633 13 2
De hzrh_nrl

"Assalamualaikum"

Selepas beberapa kali memberi salam, pintu dikuak perlahan oleh tuan rumah.

Melihat gerangan diluar membuatkan mata Tengku Zanariah membulat. Segera selipar disarungkan dikaki lalu langkahnya dilajukan kearah manusia yang setia berdiri tidak jauh daripada halaman rumah.

"Maria!".

Tengku Maria tersenyum. Dia dengan cepat memeluk badan sahabatnya yang sudah lama tidak bertemu.

"Ya Allah. Dah lama aku tak jumpa kau Maria. Kemana kau hilang ha? Kau tahu tak aku rindu sangat - sangat dekat kau". Ujar Tengku Zanariah lirih. Pelukan dieratkan. Air mata tidak usah ditanya. Mengalir tanpa dipinta.

Tipikal perempuan.

Tengku Maria hanya tersenyum.

"Aku tak kemana Zana. Aku ada je. Cuma beberapa tahun ni aku tak berapa sihat. Ni dah boleh berjalan, aku ajak si Dania teman aku jumpa kau. Aku pun rindu sangat kau, Zana". Ujar Tengku Maria kembali. Tengku Maria setia mengusap belakang badan Tengku Zanariah perlahan.

Beberapa minit berpelukan, akhirnya terlerai. Tengku Zanariah mengelap perlahan wajahnya yang sudah dibasahi oleh air mata.

"Kau ni buat aku risau tau. Kau tahu tak betapa gelisah nya aku bila takde berita pasal kau. Haih". Sempat Tengku Mariaa mendengar keluhan kecil yang keluar daripada mulut Tengku Zanariah.

"Eh berbual dekat sini pulak. Jom lah masuk. Langkah kanan betul kau ye hari ini. Ni hah aku sekeluarga ada buat jamuan keluarga sikit. Saudara terdekat je yang datang. Jemput lah masuk". Mata Tengku Zanariah melilau seakan mencari sesuatu. "Mana si Dania?".

Tengku Maria berpaling. Dia melihat Dania yang hanya menekur lantai. Dicuit bahu Dania perlahan ingin mengembalikan Dania.

"Anak mummy kenapa? Jom lah masuk".

Tengku Zanariah angguk.

"Haah Dania. Jom lah masuk. Itu Haris dengan Hana pun ada sekali. Jumpa lah diorang sekejap. Nanti sama-sama busy tak bertegur pula ".

Dania tersenyum sedikit lalu menggangguk. Rumah mewah itu dimasuk dengan bacaan bismillah.

Suasana rumah itu telah dipenuhi dengan pelbagai hiasan. Ada belon yang tergantung elok disetiap penjuru rumah.

"Kita ada tetamu ni." laung Tengku Zanariah. Seketika ruang tamu dipenuhi dengan setiap ahli keluarga.

Dania gelisah. Pandangannya hanya tertumpu pada Hana yang sedikit terkejut itu. Dia tahu kedatangannya tidak diundang tetapi apakan daya, mummy dia yang nak sangat datang sini.

"Eh aunty Maria". Sapa Tisya ramah. Disalami tangan Tengku Maria dengan sopan. Diikuti anggukan sahaja oleh Hafiz.

"Ni suami Tisya. Kenalkan Hafiz. Hafiz, ni aunty Maria.". Hafiz angguk lalu tersenyum.

Tengku Maria berpaling ke belakang. Jari telunjuknya dihalakan ke belakang. Tepat kearah anak peempuannya yang sedari tadi hanya diam menunduk.

"Ni anak aunty. Namanya Dania. Kenalkan". Ujar Tengku Maria berserta senyuman. Sekali lagi Hafiz hanya mengangguk. Dania angkat muka apabila sedari bahawa namanya diseru oleh mummy. Dania tersenyum kearah Tisya lalu Tisya dihampiri berserta senyuman dibibir.

"Kak Tisya..". Tangannya dihulurkan kearah Tisya lalu menyalam sopan tangan milik Tisya. Tisya hanya senyum tipis.

"Hai Dania. Lama tak dengar pasal Dania ye. Rindu pula akak dekat adik akak seorang ni haa..". Ujar Tisya ikhlas. Memang benar bahwa dia rindukan dania kerana dia sudah anggap Dania seperti adiknya sendiri walapun Dania banyak membuat kesilapan terhadap keluarganya.

Dania senyum tipis. Kepalanya yang berbalut tudung shawl itu digaru.

"Sibuk sikit kak. Maklumlah sekarang Nia sibuk uruskan syarikat daddy. Daddy arahkan Nia untuk handle syarikat tu memandangkan daddy dah uzur sikit. Tu yang tak sempat nak datang majlis kak Tisya hari itu. Sorry kak". Ujar Nia lirih.

Tisya tersenyum. Bahu Dania ditepuk perlahan menandakan bahawa dia okay. Dan dia tahu sebab Dania tidak datang ke majlis perkahwinanya. Mestilah kerana Dania mahu mengelak bertemu mata dengan keluarganya atau lebih tepat dengan Haris dan Hana.

"Tak apa la Dania. Nia datang hari ni pun dah cukup gembira buat akak tau.." Ujar Tisya lembut. Seakan memujuk Tisya supaya tidak menyalahkan dirinya sepenuhnya.

Suasana kekok menyelubungi diri masing-masing. Seketika seseorang berdehem kuat mengusir perasaan awkward yang menyapa sebentar tadi di rumah itu. Semua mata memandang gerangan yang berdiri tidak jauh dari mereka. Sedang elok bersandar di dinding dengan tangannya elok memeluk tubuh.

"Jom lah makan aunty. Bnyak lagi makanan ni haa. Athan dah kenyang melantak tadi sejak sampai ke rumah mak ngah". Ujar Nathan sambil tersengih. Tiba-tiba hadir perasaan malu apabila semua mata memandang dirinya yang tidak bersalah. Belakang lehernya digosok perlahan. Ingin megusir perasaan malu pergi.

Tengku Maria tersenyum lalu angguk. Matanya berkalih memandang anaknya yang diam semula selepas berbual seketika dengan Tisya. Tengku Maria mencuit lengan Dania yang terlindung daripada lengan panjang baju kurung itu. Alhamdulillah anaknya sudah berubah sedikti demi sedikit. Walaupun sedikit, tetapi perasaan gembira tetap hadir dalam diri Maria selaku seorang ibu yang inginkan perubahan pada diri anaknya. Dania yang merasakan seseorang mencuitnya berpaling. Keningnya diangkat kepada mummy seakan bertanya.

"Jom makan. Mummy lapar lahh". Ujar Tengku Maria sambil mengusap perlahan perutnya. Dania tergelak dengan kelakuan mummy dan seraya mengangguk. Lengan Tengku Maria ditarik lembut kearah meja yang menempatkan pelbagai jenis makanan.

Ada nasi beriani, mi kari, soto, bihun sup, roti jala, cupcake dan tidak ketinggalan juga pavlova. Seketika senyuman nipis terukir dibibir Dania. Memang Haris tidak boleh lari dengan pavlova dia tu. Untuk minuman pula, disediakan cocktail . Favourite ni weh.

Selepas lama berfikir, Dania mengambil pinggan plastik yang disusun elok itu lalu nasi beriani diambil. Kuah kari disenduk dan seketul ayam diletakkan didalam pinggan miliknya. Dia bergerak perlahan kearah cocktail. Mangkuk kecil diambil lalu cocktail disenduk.

Nasi beriani bersama cocktail
sebagai pencuci mulut. Perfecto!

Meja yang diduduki oleh mummy bersama Tengku Zanariah dituju perlahan. Dengan bacaan bismillah. Dania menyuapkan nasi kedalam mulut. Manakala Tengku Zanariah galak berbual bersama mummynya. Mungkin kedatangan dia disini tidak dihiraukan. Maklumlah lama tak berjumpa. Macam-macam cerita lah nak digosipkan.

Tipikal perempuan mungkin?

**********

Angin petang itu sangat nyaman. Tetapi tidak nyaman apabila dirinya diganggu oleh si suami. Tangan milik Haris ada sahaja merayap. Seketika ke pipi. Lepastu ke bibir. Dicium pipi Hana perlahan.

"Ish abang ni kenapa? Tangan tu boleh duduk diam-diam tak?". Ujar Hana geram. Haris menayangkan muka selambanya. Dia menggeleng kepala beberapa kali tanda tidak bersetuju dengan kata-kata isterinya.

"Tak boleh. Sebab itulah abang nak usik sayang ni. Eeee sayang ni makin comel la. Geram abang tengokk". Tangan kekar milik Haris mencubit pipi Hana. Selepas itu, dia mengusap. Baguslah, lepas cubit, usap pula. huh!

Hana berdecit. Tangan Haris yang tidak reti duduk diam itu diambil lalu dicubit geram.

"Sakit sayang.." Merengek Haris. Hana menghentikan perbuatannya apabila melihat Haris yang mengaduh itu. Senyuman sinis terukir dibibir Hana. Tahu sakit. Tak reti diam lagi. Kan dah mendapat.

Tetapi itu tidak lama apabila tangan Haris kembali merayap. Sekarang Haris melingkari tangannya ke pinggang ramping milik Hana. Kepalanya dilabuhkan ke bahu Hana. Dihidu bahu Hana yang wangi itu.

Lavender, right?

Pening dikepala menjadi berkurang apabila dia dapat menghidu bau daripada badan Hana. Terasa nyaman.

Hana yang melihat perbuatan Haris tersenyum nipis. Manja bukan main. Eh tapi makin manja lepas kitorang berbaik minggu lepas. Hana menggeleng kepala seraya tersenyum. Kepala Haris yang berehat dibahunya diusap sayang. Tidak boleh dia sangkalkan lagi bahawa dia suka akan sebegini. Sudah lama dia idamkan.

Sempat lagi Haris mengambil kesempatan dengan mencium pipi Hana. Hana menjegilkan matanya apabila Haris mencium pipinya semasa dia sedang tersenyum. Macam-macam.

"Hai. Mengganggu ke?". Sapa seseorang. Suara yang menegur membuatkan Hana berpaling ke sebelah manakala Haris membuka mata lalu menangkat sedikit wajahnya memadang gerangan. Apabila padangannya menyapa wajah Dania, Haris terus memejamkan mata lalu dia merebahkan kembali kepalanya diatas bahu Hana. Pelukan dipinggang isterinya dieratkan. Sekali lagi bauan Hana disedut dan pening dikepalanya berkurangan.

Hana tersenyum nipis seraya menggeleng. Dia seketika memandang kesebelah. Pandangannya dipenuh oleh wajah pucat suaminya. Hana megerutkan dahi apabila melihat wajah Haris yang sedikit pucat itu. Demam ke?

Dania memandang Haris. Dia tidak terasa hati apabila dia terpandang wajah Haris yang seakan menyampah dengan kedatangannya disini. Tetapi dia perlu. Kerana dia tidak mahu lagi menanggung dosa kerana telah menyebabkan rumah tangga mereka musnah dahulu disebabkan dia.

"Duduk lah Nia. Tak lenguh ke berdiri je?". Soalan Hana membuatkan dirinya tersentak sedikit. Dania menglemparkan senyuman nipis apabila Hana merenung wajahnya lalu kerusi ditarik untuk duduk. Dia memandang Hana lalu dihembus nafas perlahan.

"Saya ada something nak bagitau awak, Hana". Ujar Dania apabila menyedari bahawa suasana sedikit canggung. Hana yang fokus memandang Haris kembali memandang Dania apabila telinganya disapa dengan kata-kata Dania. Keningnya dijongketkan.

"Sa-saya nak minta maaf dengan apa yang berlaku sebelum ini..". Ujar Dania perlahan. Wajahnya ditundukkan. Tangannya dimainkan antara satu sama lain.

Hana yang mendengar hanya diam. Dia mahu memberi peluang untuk Dania meluahkan segalanya. Dia tidak melenting kerana dia tahu ini semua adalah disebabkan Dania. Sebab itulah dia tidak terkejut. Bahkan Dania sahaja yang masih menyayangi suaminya. Dia tidak syak akan Natasya, sepupu suaminya kerana dia sudah tahu bahawa sekarang ini Natasya mempunyai hubungan dengan seniornya iaitu Alif.

"Sebelum ini, saya buat semua ini sebab saya sayang sangat pada Haris. Sejak kecil lagi, saya dah kenal Haris. Aunty Zana dengan mummy kawan baik. Diorang pernah nak satukan kami masa kami akan menginjak dewasa nanti. Saya suka lah sebab saya dari kecil lagi dah simpan perasaan pada Haris. Tapi saya tahu Haris tak suka saya sebab Haris hanya anggap saya sebagai adik sahaja. Tak lebih dari itu..". Sambung Dania selepas diam seketika.

Hana menunduk. Bergetar dirinya apabila dia medengar semua ini. Dan sekarang dia pasti bahawa dia bukan menantu pilihan pertama mama. Hmm..

Tapi, dia dapat rasakan seakan usapan lembut pada pinggangnya. Haris mengusapnya. Mungkin beri semangat? Tapi, bukan ke Haris dah tidur ke? Entah..

Dania memandang wajah Hana. Dia menarik nafas panjang sebelum menyambung.

"Tapi selepas saya dengar khabar berita pasal perkahwinan Haris dengan awak, saya rasa sakit hati. Sebab Aunty Zana dah janji yang dia nak satukan saya dengan Haris tapi tak tunaikan. Saya fikir yang Aunty Zana tak sayangkan awak tapi saya salah. Saya nampak sendiri yang mama Haris sayang sangat-sangat dekat awak, Hana. Dia dah anggap awak sebagai anak dia sendiri. Awak beruntung sangat.." Dania melemparkan senyuman manis. Dia ikhlas. Ikhlas melepaskan Haris. Dan dia sedar bahawa dia tiada jodoh dengan Haris.

Seketika Dania memandang wajah Haris yang sedang tidur itu. Dia tahu bahawa Haris belum tidur dan lelaki itu sedang memasang telinga mendengar perbualan mereka.

"Hana..". Panggil Dania lembut. Wajah Hana dipandang. Dari dahi hingga lah ke dagu. Sungguh cantik. Tidak dia nafikan. Dia sebagai wanita juga suka melihat wajah Hana, apatah lagi lelaki kan?

"Haris sayang sangat awak. Dulu, masa dia marah awak sebab dia takut jika awak pandang lelaki lain selain dia. Awak tahu kan? Haris bersusah payah jejak awak lepas awak habis spm semata-mata nak minta maaf. Saya tahu semua itu. Tapi apakan daya semuanya sia-sia. Dia tak boleh jejak awak, merata-rata dia pergi tapi hampa. Sebarang klu pun dia tak jumpa. Hinggalah dia jumpa awak dekat klinik itu. Betapa bahagianya dia lepas bertemu awak semula. Dari raup wajah dia sendiri say boleh teka tau.."

"Jangan marah dia lama-lama. Disebabkan saya, dia tertipu. Dia melampiaskan marah pada awak. Saya yang buat semua ni. Punca dari saya. Jadi, kalau awak nak marah, marah saya. Jangan Haris. Dia tak bersalah". Ujar Dania lirih. Ingat lagi bahawa disaat dia memberitahu bahawa semua ini adalah rancangannya.

"Haris..".

Haris yang ingin memasuki kereta terbantut. Dia memandang ke belakang. Kelihatan Dania sedang berlari anak kearahnya. Disebelahnya terdapat seorang lelaki memakai hoodie hitam. Dikenakan cap diatas kepalanya. Kening Haris terjongket apabila Dania sudah sampai dengan keadaan termengah.

"You kenapa ni? Kena kejar hantu ke?". Soal Haris lalu tergelak kecil. Dia kembali memandang lelaki yang berada bersebelahan Dania. Haris hanya angguk kepala sedikit tanda menegur lelaki itu.

"You tu la. I dah panggil banyak kali dah tapi you tak dengar. Tu sebab I lari ni. Nak kejar you ..". Ujar Dania dalam keadaan letih.

"Okay-okay. Take a breath first. Then, tell me apa yang you nak bagitau sangat tu. Nampak urgent sangat je".

Dania angguk. Dia kemudian menunjukkan kearah satu cafe berdekatan mereka.

"Jom pergi sana. Tak selesa lah kalau discuss sini.". Ujar Dania serious. Haris hanya menggangguk. Dia kemudian menapak meninggalkan Dania bersama lelaki itu. Haris pelik sebenarnya. Dia macam seperti pernah nampak lelaki itu. Tapi, dimana ye?

Sampai sahaja di cafe, mereka membuat keputusan untuk mencari tempat yang sedikit tersorok. Mudah untuk berbincang katanya.

"Order lah dulu. I belanja.." ujar Dania. Seketika datang seorang pelayan lelaki lalu mengambil pesanan mereka.

Haris memandang Dania bersama lelaki itu dengan pandangan pelik selepas hilangnya pelayan tadi.

"So, apa yang you nak discuss sangat tu? Nampak serious sangat je tengok muka you".

Dania memandang Haris. Dia kemudian angguk sedikit. Membenarkan kata-kata lelaki itu. Lalu dia memandang lelaki bersebelahan dirinya. Melihat anggukan itu, Dania memandang semula ke hadapan.

"Yes. Something very important. Ini melibatkan rumah tangga you. Melibatkan you dengan Hana, Haris". Ujar Dania terus. Haris berasa gelisah. Seperti ada sesuatu yang dia tidak tahu.

"Teruskan..". Ujar Haris tanpa ragu-ragu. Ye. Dia mahu tahu apa yang ingin Dania katakan. Muka Dania usah dikata. Sangat serious. Seperti Haris ada buat salah besar.

"I-I yang plan semua ni" ujar Dania perlahan. Wajahnya ditundukkan.

"Hana tidak bersalah dalam hal ini. I yang buat. Hana-Hana tak pernah tidur dengan lelaki lain, Haris..". Kata-kata Dania membuatkan jantung Haris berdegup laju. Wajahnya merasa pucat. Seperti tiada pengaliran darah sekarang.

"Mak-maksud you?". Soal Haris dengan suara bergetar.

"Hana lahirkan anak you. Bukan anak lelaki lain. I plan semua ni, Haris. Lelaki yang duduk sebelah I ni adalah lelaki yang mengaku tidur dengan Hana. Tapi, sebenarnya tidak. Hana tak pernah tidur dengan lelaki lain". Ujar Dania. Tidak mahu mengangkat wajah memandang haris. Dia tahu Haris sedang menahan marah. Nampak sangat dari kerlingan mata bahawa timbul urat pada lengan Haris.

Bunyi tamparan kuat pada meja menyebabkan Dania angkat muka. Pandangannya menyapa wajah tegang Haris. Seketika wajah Dania sudah dipenuhi dengan peluh.

"Ke-kenapa kau buat macam ni, Nia? Kenapa? Aku tak pernah buat salah pada kau. Hana lagi la. Tak pernah langsung buat salah. Kenapa kau sanggup buat macam ni pada kami. Kau tahu yang aku sayang sangat pada Hana..". Ujar Haris lirih. Dia sekarang tidak tahu hendak buat apa. Badannya kaku.

"Kau tahu tak, aku pukul Hana. Caci Hana, maki Hana. Aku buat dia derita. Aku nampak masa aku pukul Hana, dia menangis. Tapi, aku tak endahkan. Aku sakit hati pada dia sebab dia sanggup curang belakang aku. Tapi, apa semua ni?"

"Aku pernah bagitau Hana yang aku akan ceraikan dia. Sebab perkara ni, Nia. Perkara ni. Lebih sakit..". Kata-kata Haris terhenti. Boleh didengar esakan kecil yang terhasil dari Haris.

"Aku tak mengaku kandungan dia tu adalah anak aku. Aku tuduh dia.."

"Tuduh dia mengandung anak orang lain. Allah..".

Haris meraup wajahnya. Air mata mengalir tanpa dipinta. Ye, dia menangis atas kekhilafannya. Kepada isterinya.

Dania yang mendengar hanya mampu menangis. Dia tahu ini semua salahnya. Lelaki yang berada disebelahnya hanya mampu diam sahaja. Dia tidak mahu masuk campur urusan mereka walaupun dia tahu dia juga bersalah. Dia bersalah pada wanita yang dia tidak kenali. Hanya kenal sekejap sahaja semasa dia diugut oleh Dania untuk pura-pura tidur sekatil dengan wanita bernama Hana supaya mudah Dania mengambil gambar dan hantar pada lelaki dihadapannya sekarang.

"Kenapa Dania? Aku buat dia macam dia bersalah. Aku-aku panggil dia perempuan murahan, Dania. Murahan. Kau tahu tak panggilan tu.." Haris menggeleng kepala apabila peristiwa dimana dia memanggil isteri kesayangannya dengan gelaran itu.

"Perempuan murahan".
"Perempuan murahan".

Dania tunduk wajahnya sekali lagi. Dadanya sesak dengan cerita Haris. Esakan semakin kuat. Dania menutup mulutnya kerana tidak mahu mengganggu orang lain.

"Kau.."

Haris memandang wajah Dania yang hanya tunduk itu. Seketika dia memandang kearah lain. Tidak sanggup melihat wajah yang telah menuduh isterinya.

"Hana terbaring lemah dekat hospital. Aku pukul dia Dania. Aku pukul dia. Sebabkan kau!". Tengking Haris. Terdapat beberapa pelanggan yang melihat mereka. Tetapi itu semua tidak membuatkan Haris untuk terus berhenti daripada memarahi Dania. Dia sangat tertekan. Tertekan kerana setiap apa yang telah dia lakukan pada isterinya kembali berlayar di fikirannya.

Dania kembali menangis. Ye. Ini semua salahnya.

Haris bangun dari kerusi. Dia memandang lelaki yang hanya diam itu dengan pandangan tajam.

"Baru aku ingat. Kau lelaki yang aku jumpa masa aku nak pergi ke bilik isteri aku kan. Btw , aku nak ucap terima kasih. Terima kasih sebabkan kau ikut cakap perempuan ni, isteri aku dihina. Dipukul oleh suami dia sendiri. Kau nak tahu tak siapa yang pukul isteri aku? Ni, ni yang pukul isteri sendiri. Sebabkan apa? Sebabkan perbuatan korang berdua. Korang berdua!". Ujar Haris dengan kuat sambil jarinya menunjukkan kearahnya.

"Aku taknak jumpa dah muka korang berdua. Korang pandai pandailah minta maaf pada isteri aku. Pandailah korang melutut pada Hana mohon maaf. Aku pergi dulu".

Dania memandang pemergian Haris dengan pandangan sayu. Dia buntu sekarang. Haris sudah membenci dirinya. Bahkan Hana juga hanya diam selepas dia menceritakan semuanya. Apa yang perlu dia lakukan sekarang?

Dania memandang lelaki itu. Hanya diam. Lelaki itu angkat muka lalu wajah Dania dipandang. Lelaki itu melemparkan senyuman nipis lalu lengan Dania yang berlapik diambil lalu diusap kecil.

"You dah buat. Sekarang ni, you fikir apa yang you perlu lakukan untuk pulihkan hubungan mereka berdua. I sokong". Ujar lelaki itu. Dania mengusap air mata lalu tersenyum. Lelaki ini. Lelaki ini telah banyak berkorban untuknya tapi dia sahaja tidak nampak.

"Hanif. You sokong I ye. I tak mampu. I takut kalau diorang tak boleh maafkan I. ".

Hanif tersenyum seraya menggosok kepala Dania lembut.

"Ye. I sokong you, sayang.."

"Lepas kejadian tu, saya tak pernah berhubung dengan Haris. Saya tahu yang Haris benci saya. Disebabkan saya, awak pergi tinggalkan Haris. Haris sengsara, Hana. Dia macam tiada semangat selepas awak pergi. Saya nampak yang bentuk fizikal dia berubah. Tahu yang awak dah tinggalkan bumi Malaysia, dia seakan hilang. Tiada arah. Tapi, selepas dia tahu bahawa awak akan balik Malaysia, hati-hati saya nampak wajah dia ceria. Dia sayang awak, Hana". Ujar Dania. Matanya redup memandang Hana. Pandangannya silih berganti dengan wajah Haris.

"Hana, jangan awak gaduh dengan Haris pasal ini ye. Itu permintaan saya pada awak. Saya takut kalau saya pergi tinggalkan semua ini, saya pergi dalam keadaan awak dengan Haris tak maafkan saya. Saya harap sangat. Hidup saya tak tenang. Gelisah setiap masa bila fikir pasal semua ni. Setiap hari diselubungi dengan perkara ini. Sehinggalah saya buat keputusan yang saya nak bertemu dengan awak, dengan Haris. Nak ceritakan segalanya. Dan disebabkan seseorang juga, saya datang ke sini". Ujar Dania bersama senyuman.

"Siapa?". Soal Hana yang sedari tadi hanya diam mendengar Dania tekun.

"Arwah adik saya. Tania. Saya bermimpi tentang dia. Dia yang suruh saya pergi minta maaf dengan awak. Dan saya dah tunaikan. Saya harap awak dengan Haris sedia untuk maafkan saya. Kalau awak nak saya melutut untuk dapatkan kemaafan awak, saya sedia..".

Melihat Hana yang tidak member respon, Dania bangun Dan melangkah mendekati Hana. Dia mahu duduk tetapi dihalang keras oleh Hana.

"Apa awak buat ni Dania? Awak gila ke? Sampai macam tu sekali awak nak minta maaf bagai?". Soal Hana sedikit keras. Dia tahu susah untuk memaafkan Dania tetapi janganlah sampai Dania datang melutut hanya secebis kemaafan darinya.

"Awak tak jawab. Jadi saya buat keputusan untuk melutut lah. Kalau itu boleh dapatkan kemaafan dari awak, Hana..". Ujar Dania perlahan. Hana mengeluh perlahan lalu wajah bersih Dania dipandang.

"Saya..maafkan awak. Saya juga nak minta maaf sebabkan saya, awak tak boleh teruskan hubungan awak dengan Haris". Dania menggeleng laju. Dia bangun lalu tangan Hana diambil.

"Jangan lah awak cakap macam tu. Salah saya sebab saya tak boleh nak terima takdir bahawa jodoh saya bukan dengan Haris. Jadi, jangan salahkan diri awak ye". Hana tersenyum. Dania juga. Hatinya tenang apabila dia melihat wajah Hana yang dipenuhi dengan senyuman indah itu.

"Terima kasih, Hana. Saya sayang awak dunia akhirat". Ujar Dania perlahan. Hana tergelak kecil. Comel je tengok Dania nak ucapkan kata-kata itu.

"Saya pun sayang awak dunia akhirat".

"Ouh sebelum saya lupa. Insya Allah bulan depan saya akan berkahwin. Jadi jangan lupa tau untuk datang majlis saya. Awak dengan Haris adalah tetamu istimewa. Saya tengok korang takde, siap korang saya cincang-cincang empat belas.." Mata Hana membulat selepas mendengar kata-kata Dania.

"Nak kahwin? Ya Allah. Tahniah Dania. Tak sangka saya. Siapa lelaki tu yang berjaya curi hati kawan saya ni hah?". Soal Hana teruja. Dania hanya tersenyum.

"Hanif. Awak kenal kan?". Hana mengerutkan dahi. Lalu wajah seseorang terlayar difikirannya. Wajah Dania dipandang dengan pandangan tidak percaya.

"Hanif. Senior saya bukan?". Melihat anggukan Dania membuatkan Hana terjerit kecil. Haris segera membuka mata apabila kepalanya terhantuk pada kerusi kayu itu.

"Sayang. Sakit lahh..". Rengek Haris lalu kepalanya diusap perlahan. Hana memandang Haris yang setia mengusap kepala itu. Lupa pula bahawa bahunya menjadi tempat sandaran Haris. Hana kemudian duduk semula lalu kepala Haris dipegang dan dibawa dekat padanya. Dicium kepala Haris lalu diusap perlahan.

Dania yang melihat hanya tersenyum manis. Suka melihat hubungan Hana dengan Haris yang sudah baik itu.

"Eh korang. Takpelah. Saya nak balik dulu. Kesian mummy tunggu lama. Byeee". Ujar Dania lalu melambaikan tangannya. Sebenarnya dia nampak isyarat mata Haris bahawa menyuruh dia untuk beredar segera. Nak bermanja lah tu. Huh!

"Byee". Ujar Hana lalu tangannya dilambaikan. Tumpuannya difokuskan kembali pada Haris.

"Jadi sayang sudah dengar semua bukan?". Soal Haris lalu memandang Hana dengan penuh minat. Hana hanya angguk kepala.

Haris mangambil tangan Hana lalu dikucup lembut. Diusap tangan itu lalu wajah Hana dipandang.

"I love you, sayang. More than you love me". Ujar Haris dengan senyuman manis terukir diwajahnya.

***********

Suasana rumah itu kembali meriah sekali lagi. Tengku Zanariah tersenyum lebar kali ini.

"Tahniah anak mama. Kamu pun dah jadi isteri orang. Perangai tu jaga sikit. Jangan malukan suami kamu dengan perangai tak semenggah. Ingat tuu". Ujar Tengku Zanariah ketika Nisa sedang bersendirian. Lelah melayan tetamu barangkali.

Nisa mencebik. Tetapi hanya sekejap lalu tubuh Tengku Zanariah dipeluk erat.

"Mama doakan kebahagiaan Nisa tau. Doakan kebahagiaan Nisa sama macam bahagianya mama dengan papa". Ujar Nisa lirih. Suaranya sudah bertukar serak. Tengku Zanariah mengusap belakang anaknya.

"Iye sayang. Mama sentiasa doakan kebahagiaan anak-anak dan menantu mama baik-baik. Semoga rumah tangga anak mama ni dilindungi Allah selalu".

Pelukan mereka terlerai apabila mendengar seseorang memanggil nama Tengku Zanariah dengan Nisa.

"Farhan.." ujar Tengku Zanariah bersama senyuman dibibir. Nisa pula hanya menunduk kerana dia masih malu dengan Farhan. Masih segar lagi peristiwa tadi. Semasa Farhan mengucup dahinya lembut. Dah lah lama. Mama, malu!

Farhan tersenyum lalu menyalami ibu mertuanya. Dia berpaling memandang kearah isteri yang baru sahaja dinikahinya.

"Jaga anak mama baik-baik ye. Jika dia ada buat salah, tegur dia elok-elok. Mama minta satu je, jangan kasari dia. Kalau Farhan dah tak sayang kan dia satu hari nanti, pulangkan dia pada mama dengan papa sebagaimana kamu datang meminta izin jadikan dia sebagai isteri Farhan". Ujar Tengku Zanariah lirih.

Farhan tersentak dengan kata-kata mama. Tapi wajahnya cepat dineutralkan supaya ibu mertuanya tidak perasan. Tidak tahu mengapa apabila mama mengatakan itu, hatinya sakit. Sakit seperti dia akan tinggalkan Nisa sebegitu sahaja tanpa alasan. Dia tersenyum lalu menggangguk.

"Farhan janji Farhan jaga dia melebihi nyawa Farhan sendiri. Mama dengan papa jangan risau. Farhan sayang Nisa melebihi Nisa sayang Farhan. Farhan janji jika Farhan mungkir janji, mama dengan papa boleh lakukan apa-apa pada Farhan sebagai pengajaran". Ujar Farhan bersungguh. Tengku Zanariah lega selepas Farhan mengatakan sebegitu. Hatinya lega melepaskan anak perempuannya.

Matanya memandang Tisya bersama Hafiz. Bergelak ketawa bersama rakannya. Tisya, anak sulungnya. Bahagia bersama pasangan pilihannya. Beralih pula pada Nisa bersama farhan. Pasangan yang langsung Nisa tidak kenali. Datang masuk meminang, Nisa terima dengan hati terbuka. Percaya akan cinta dapat dipupuk selepas berkahwin. Dan akhir sekali, Haris bersama Hana. Hana yang malu dengan usikan oleh Haris membuatkan Tengku Zanariah ketawa geli hati.

Semua anaknya bahagia bersama pasangannya. Berdoa agar anak-anaknya bahagia hingga ke jannah.

Aamiin

**********

"Farhan..". Farhan yang sibuk dengan telefonnya berpaling. Kelihatan Tengku Zanariah bersama Tengku Kamal memandangnya. Farhan senyum.

"Mama. Papa. Kenapa?". Soal Farhan.

Tengku Zanariah duduk. Diikuti Tengku Kamal. Wajah menantunya dipandang kasih.

"Terima kasih terima anak mama, Farhan. Terima kasih kerana masih menyayangi anak mama walaupun kamu tahu yang Nisa tu berpenyakit". Ujar Tengku Zanariah lirih. Tengku Kamal setia mengusap perlahan belakang isterinya. Memberi kekuatan

Farhan tersentak. Dia duduk tegak apabila memandang wajah mama yang seakan ingin menangis.

"Mama..". Panggil Farhan lembut. Tengku Zanariah angkat muka. Memandang wajah farhan.

"Jangan lah mama ungkitkan pasal hal ini. Farhan terima Nisa dengan hati terbuka. Bukan kerana Farhan kesiankan Nisa tetapi hati Farhan dah terpaut pada dia. Sejak pertama kali Farhan pandang dia, hati Farhan kuat mengatakan bahawa dia adalah jodoh Farhan yang sebenar. Lepas Farhan buat solat istikharah, Allah tunjukkan jalan. Nisa adalah pasangan farhan..". Ujar Farhan dengan senyuman manis.

"Farhan dah berjanji pada mama, pada papa bahawa Farhan akan jaga Nisa melebihi diri Farhan. Farhan sayang sangat Nisa mama. Kalau Nisa sakit, tak apa. Farhan sebagai suami dia akan bagi sokongan pada dia. Walaupun terpaksa berhabis duit semi kesihatan Nisa, Farhan sanggup asalkan Nisa terima Farhan sebagai suaminya". Sambung Farhan lagi. Kini giliran Farhan pula yang ingin menangis.

"Farhan jaga anak mama baik-baik ye. Sama seperti mama bagitau petang tadi. Kalau Farhan dah tak sayang dia lagi, pulangkan dengan cara baik pada kami. Kami takkan marahkan Farhan. Kami faham..". Farhan menggeleng. Dia tidak suka akan kata-kata mama. Seakan seperti dirinya tidak layak menjaga dan menyayangi Nisa sepenuh hati.

"Farhan janji. Farhan takkan siakan peluang yang Nisa berikan. Farhan jaga dia hingga hujung nyawa Farhan. Farhan janji".

Perbualan bersama ibu bapa mertuanya tadi kembali berputar di kotak fikirannya. Dia tersenyum. Sayang sangat pada anak mereka sehinggakan berkata sebegitu.

Bunyi pintu bilik dibuka membuatkan Farhan berpaling. Melihat Nisa yang masuk kedalam bilik . Farhan tersenyum manis. Nisa pula tersengih. Macam mana ni? Malu..

Nisa bergerak perlahan kearah katil. Birai katil diduduki. Wajah Farhan yang setia memandang wajahnya dipandang. Keningnya dijongketkan.

"Kenapa Han pandang Nisa macam tu?". Soal nisa lembut.

Farhan yang leka memandang Nisa terkejut. Dia tersengih lalu belakang lehernya digosok.

"Takde apa la. Nisa letih?"
Nisa angguk. Lengannya diurut perlahan. Ingin menghilangkan rasa lenguh selepas dia struggle membasuh periuk yang digunakan untuk memasak.

Farhan yang melihat bergerak mendekati Nisa. Minyak panas dicapai lalu dia duduk bersebelahan isterinya. Ditarik lembut lengan Nisa lalu lengan baju disinsing sehingga ke siku. Nisa menarik lengannya tetapi tidak berjaya apabila dirinya dipandang oleh Farhan. Tacod.

"Kan abang dah ajak tadi suruh naik bilik. Degil. Ni kan dah lenguh. Haih". Ujar Farhan. Nisa hanya memandang perilaku Farhan yang mengurut perlahan lengannya. Seketika lenguhnya terasa hilang. Wajah Farhan dipandang leka. Dari mata hingga ke bibir. Hensem.

"Dah puas usya abang, hm? Jadi, pendapat Nisa macam mana? Handsome tak Abang?". Soal Farhan lembut. Matanya memandang tepat wajah Nisa. Nisa membulatkan mata. Pandangannya dialihkan. Memandang meja solek yang berada bertentangan dengan katil. Soalan Farhan dibiarkan sepi. Handsome? Memang pun! Tapi dalam hati jelah mampu.

Farhan senyum senget. Botol minyak panas diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil. Wajah Nisa dipandang minat. Dia menarik lembut bahu Nisa supaya wajah Nisa dapat dilihat jelas.

"You are beautiful, Nisa. I can't take off my eyes from you, sayang". Ujar Farhan romantis. Wajah Nisa kemerahan selepas mendengar kata-kata yang diucapkan Farhan. Kenapa lelaki ini sebegini malam-malam ni. Salah makan ubat ke?

"Ermm sa- eh Nisa nak tidur dulu. Abang tak mengantuk lagi ke?". Soal nisa gagap. Farhan tersenyum sinis. Seketika dia menolak badan Nisa lembut lalu badan kecil itu ditindih.

"Tak lagi. Jadi, apa kata..?" Soal Farhan nakal. Nisa membulatkan matanya.

"Ap-apa kata apa? Dah lewat ni tau. Esok susah nak bangun awal solat subuh". Ujar Nisa gagap sekali lagi.

Farhan tersenyum nipis. Bibirnya didekatkan pada telinga Nisa.

"Assalamualaikum wife Abang.." ujar Farhan. Nisa yang faham akan maksud Farhan hanya mampu mendiamkan diri. Takkan nak tolak kan?

Dua jiwa menjadi satu. Berjanji akan menjaga nyawa isterinya hingga akhir hayat. Itu janjinya.

Together with you is my favourite place to be•










4500+ 🥵. Btw enjoy <3


Continue lendo

Você também vai gostar

969K 35.5K 53
Kerana menghormati keputusan orang tuanya, Diana menggadai diri masuk ke dalam dunia yang berbeza dengan kehidupannya. Tak pernah menjadi impian, dia...
39.5K 935 46
Start ; 28 May 2020 End ; 25 Oct 2021 - " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . " " Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gil...
1.6K 237 19
"Aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku itu janji aku"LUTH FAUZAN. "Saya sayang awak... jangan tinggalkan saya tau"MARISSA IRSA "Kalau takdir sudah...
66K 1.7K 48
Rumah tangga yang bahagia dibina tapi kurang seri tanpa kehadiran cahaya mata. Adra Faiqa makan hati kerana tomahan yang diterima kerana belum diberi...