Takdir Hidup Raudhah || [C] (...

By hzrh_nrl

51K 1.4K 20

Disebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya... More

chapter 1✔️
chapter 2✔️
chapter 3✔️
chapter 4✔️
chapter 5✔️
chapter 6
chapter 7
chapter 8
chapter 9
chapter 10
chapter 11
chapter 12
chapter 13
chapter 14
chapter 15
chapter 16
chapter 17
chapter 18
chapter 19
chapter 20
chapter 21
chapter 22
chapter 23
chapter 24
chapter 25
chapter 26
chapter 27
chapter 28
chapter 29
chapter 30
chapter 31
chapter 32
chapter 33
chapter 34
chapter 35
chapter 36
chapter 37
chapter 38
chapter 39
chapter 40
chapter 41
chapter 42
chapter 43
chapter 44
chapter 45
chapter 46
chapter 47
chapter 48✔️
chapter 49✔️
chapter 50✔️
chapter 51✔️
chapter 52✔️
chapter 53✔️
chapter 54✔️
chapter 55✔️
chapter 56✔️
chapter 57✔️
chapter 58✔️
chapter 59✔️
chapter 60✔️
chapter 61✔️
chapter 62✔️
chapter 63✔️
chapter 65✔️
chapter 66✔️
chapter 67✔️
chapter 68✔️
chapter 69✔️
chapter 70✔️
chapter 71✔️
chapter 72✔️
chapter 73✔️
chapter 74✔️
Penutup✔️
Promote time!

chapter 64✔️

756 20 0
By hzrh_nrl

"Kenapa tak duduk sini lagi 2 ke 3 hari lagi ke? Kenapa tergesa sangat nak balik KL ni?". Soal Puan Rita. Nampak lah yang dia sedikit sedih dengan Hana dan Nadia yang ingin kembali ke KL hari ini.

Hana tersenyum dengan kata-kata umi. Dia mencapai tangan umi lalu digenggam lembut. Anak matanya tunak memandang umi yang sedikit sedih itu.

"Hajatnya macam tu lah umi. Ingat nak stay sini lagi 3 hari baru balik sana. Tapi semalam staff call adik yang ada customer nak jumpa esok dekat cafe. Nak taknak adik kena gerak sekarang. Nanti tak sempat pula. Dan untuk soalan umi yang kedua tu, adik taknak pun cepat-cepat balik sana cuma disebabkan tanggungjawab adik yang perlukan adik, jadinya adik kena pergi. Umi jangan lah risau, insya Allah setiap hujung minggu adik akan balik jenguk umi. kalau adik sibuk dengan kerja, adik akan tetap cari masa untuk pulang kampung. Ye umi?". Ujar Hana lembut. Sesekali tangan yang sedikit berkedut itu diusap penuh kasih sayang.

Puan Rita memandang anaknya semula. Senyuman manis terukir diwajah orang tua itu. Tangannya menaik mengusap pipi Hana dengan lembut.

"Iye lah adik. Umi faham. Umi minta maaf ye sebab tanya adik macam adik ni takde kerja dekat KL..". Ujar Puan Rita kembali. Terasa serba salah pula dia apabila mengingat kembali soalan yang diajukan pada anak bongsunya.

"Adik kalau terlalu sibuk , jangan fikir nak pulang sini. Kerja elok-elok. Kalau ada masa free baru adik pulang, okay? Umi taknak adik jatuh sakit macam dulu. Umi taknak tengok adik sakit. Nanti umi sakit sekali..". Sekali lagi Puan Rita berpesan. Dan pesanan kali ini berserta satu tangisan perlahan.

Hana tersenyum. Dia memeluk tubuh Puan Rita lalu mendaratkan satu ciuman pada kedua pipi milik uminya. Kemudian diambil tangan syurganya lalu dicium.

"Adik minta maaf salah silap selama ini. Adik dah banyak buat salah pada umi tanpa sengaja atau tak. Harap umi maafkan adik ye? Halalkan segala makan minum adik sepanjang umi jaga adik.." ujar Hana sebak.

Tidak tahu mengapa mulut ini ringan sahaja ingin meluncurkan kata-kata sebegitu. Mungkin selama ini dia banyak buat salah pada syurganya tanpa sedar sehingga melukakan sekeping hati milik uminya.

Puan Rita tersentak seraya menggeleng. Dia mengusap lembut kepala anaknya yang terlindung dari bawal cotton berwarna hijau tua.

"Umi halalkan segalanya. Dah kenapa tiba-tiba cakap macam tu. Umi tak suka". Ujar Puan Rita tegas

Hana tersengih. Dia bangun lalu menapak kearah sofa. Diambil beg tangan dan kunci kereta miliknya.

"Mana tahu, takut tak sempat nak minta maaf dengan umi. Ajal tak kira masa, tak kira usia umi". Ujar Hana tenang.

Puan Rita mengerutkan dahi. Tidak suka anaknya berkata sebegitu. Tetapi mulutnya tidak menjawab. Malas mahu ambil kira. Maklumlah Hana ni jenis mulut lepas je.

"Iye la. Bawak kereta tu hati-hati. Kalau ada apa-apa, call kak Farah ke Kak Intan ke. Faham?".

Hana angguk.

"Iye umi. Adik faham. Umi takpayah risau la. Johor ke KL tu bukannya jauh. Dekat je. Pejam celik eh dah sampai..". Ujar Hana lalu tergelak kecil. Beg bajunya diambil lalu diletakkan di dalam bonet kereta.

"Umi, Nadia pun kena pergi dah ni. Umi jaga diri ye. Kalau ada apa-apa, bagitau mak. Kak Intan dengan Abang Naufal pun ada. Bagitahu je diorang. Insya Allah diorang bantu umi". Ujar Nadia pula

Puan Rita tersenyum. Dia mengusap kepala Nadia . Dia sudah menganggap Nadia dan Naufal seperti anaknya juga.

"Iye lah Nadia sayang. Hati hati bawa kereta. Jaga Hana ye. Kalau mengantuk ke apa, berhenti dulu. Rehat sekejap baru sambung drive sampai KL. Nanti kalau dah sampai, call umi. Takdelah umi risau sangat". Pesan Puan Rita lagi.

Memang Puan rita ni tak lokek dengan nasihat dan pesanan penaja dia la.

Nadia angguk. Dia kemudian berlalu pergi kearah kereta Hana. Hana pula sudah lama menaiki kereta kerana ingin memanaskan dahulu enjin kereta.

"Bawa elok-elok. Sampai KL telefon umi..". Jerit Puan Rita sedikit kuat.

"Baik umi. Pergi dahulu. Assalamualaikum".

"Waalaikumusam".

Moga perjalanan mereka baik baik sahaja.

***********

Cafe Garden dihadapan dipandang mereka berdua.

Hana memalingkan wajahnya kearah Nadia yang seakan senyap.

"Kau okay tak? Nervous pelik je aku tengok kau ni. Dah kenapa?". Soal Hana pelik. Selalunya kalau sampai cafe, Nadia lah orang pertama jejak masuk pintu cafe ni. Tapi tidak pada harini. Nampak macam gemuruh?

Nadia mengetap bibir. Tangannya digenggam erat. Ingin menghasilkan haba.

"Pfftt...".

Nadia berpaling kearah gerangan yang suka. Dijeling geram Hana yang ketawa tak ingat dunia!

"Kau kenapa tiba-tiba gelak. Kena sampuk?". Soal Nadia geram.

"Kau la. Dah kenapa gabra tahap gajah sekarang. Masuk cafe je kut. Bukannya nak ajak pergi kahwin. Ish kalau kahwin betul-betul ni, aku rasa kau pengsan terus". Ujar Hana lalu membuka pintu cafe .

"Dia takde harini. Dia call aku semalam cakap yang harini shift Yuna pulak..". Sambung Hana kembali.

Macam tahu tahu je si Nadia ni takut bertemu pujaan hati.

Nadia mengemam bibir lalu melangkah masuk kedalam cafe.

Matanya meliar memandang sekeliling. Ingin memastikan bahawa orang yang dia ingin jumpa tiada.

Line clear..

Alhamduli--

"Puan Hana..".

Ya Allah!

Peluh kembali bermaharajalela di segenap wajah. Hujung blouse dimain kasar. Ingin menghilangkan debaran yang bertandang dihati. Wajah si penegur tidak dipandang.

Malu!

"Eh Khai. Harini bukan awak off ke? Bukan harini shift Yuna?". Soal Hana sedikit pelik.

Khai tersengih lalu menggaru belakang lehernya.

"Ermmm haah puan Hana. Ta-tapi Khai datang kerja hari ini sebab-".

"Nak jumpa buah hati ke?". Sampuk Hana memintas percakapan Khai. Terlakar senyuman mengejek di wajah Hana.

Wajah Khai merah. Telinganya auto bertukar merah. Kulit dia putih jadinya mudah untuk mengecam kalau dia marah ke, menangis ke, malu ke.

Ehek!

"Ma-mana ada Puan Hana".

Hana tergelak. Dia memandang Nadia yang berdiri kaku sahaja di belakangnya sambil bermain hujung blouse nya.

"Ni hah. Si pujaan hati Khai dah masuk kerja balik. Dia kata rindu Khai. Jadinya saya ajak dia kerja sini balik. Bolehlah lepaskan rindu di kedua hati merpati sejoli ini". Ujar Hana galak. Dia memandang Khai dan Nadia selih berganti.

Shy shy cat pulak. Aku hempuk kang dua ekor ni terus jumpa Ayah Pin.

"Ouh ahhh haah iyeee..".

Hana terjongket keningnya.

"Kenapa tergagap. Selalunya steady je. Pelik pelik aku tengok korang berdua ni. Saya kahwin kan korang berdua mudah kerja".

Nadia mendengus geram. Dia menepuk kuat belakang Hana.

Hana mengaduh. Dia memandang kebelakang. Dia menjegilkan matanya.

"Kau kenapa hempuk aku guna fail tu? Sakit gila. Tahu tak?". Hana menyoal geram

"Kau la. Ada ke cakap macam tu. Ingat kata-kata tu satu doa tau..". Ujar Nadia perlahan.

"Bagus jugak. Biar termakbul doa aku ni. Boleh aku rasa makan nasi minyak lagi tahun ni". Nadia mendengus geram sekali lagi. Dia ingin menghempuk fail diatas kepala Hana tetapi sempat dielak

"Dah sambung kerja. Nanti saya tolak gaji korang berdua menangis tak berlagu. Harini customer ramai ye. Pandai korang lah handle nanti. Daaaa".

Sebenarnya dia ingin memberi peluang pada mereka berdua untuk meluahkan perasaan gelora di hati masing-masing. Macam lah dia tak kenal. Lebih pada kenal!

Seusai Hana pergi, suasana kembali awkward. Nadia dengan pandangan geram memandang Hana manakala Khai pula galak memandang wajah Nadia.

Makin cantik plus comel lah dia ni!

"Nadia sihat?". Soalan pertama muncul selepas awkward tadi muncul.

"Haa? Ouh alhamdulillah Nadia sihat. Khai pula? Sihat?". Soal Nadia gagap.

Khai tersenyum.

"Sihat macam ni lah. Lepas orang tu pergi bawa diri tanpa berita, rasa sunyi je bilik personal assistant tu. Dan hari ini kembali terang dengan kembalinya pemilik bilik itu". Ujar Khai gembira

Nadia senyum kekok.

"Errr Nad pergi dulu ye. Nak simpan apa patut dekat dalam bilik. Takut ada sarang gajah je dalam bilik tu sebab dah lama tak berpenghuni..".

Khai tergelak.

"Mana ada sayang. Khai selalu simpan dan kemas bilik itu. Sebab Khai yakin yang Nadia akan datang bila Nadia sedia.."

Pipi Nadia berona merah. Terkejut dengan panggilan Khai terhadapnya

"Bye ".

Khai tersenyum.

Ibu, Khai dah jumpa menantu ibu yang ibu minat!

**********

"Gila!".

Perkataan pertama muncul selepas pintu bilik kerjanya ditutup. Dia menekup wajahnya erat seraya tersenyum.

Sayang....

Dia memegang dadanya. Malu, ya Allah!

"Beraninya dia panggil aku macam tu. Ingat dia siapa?".

"Eh dia bakal imam aku. Aku bakal makmum dia.." sedar akan keterlanjurannya, Nadia menekup mulut.

Dia tergelak kecil.

Mak, Nad rasa macam dah boleh bawa mak menantu!

**********

Pintu cafe dibuka. Pandangannya meliar kearah segenap cafe.

Tujuannya adalah satu.

Kekasih hatinya .

Nadia yang perasan akan seseorang yang masuk sedia dengan pen berserta buku bota kecil. Langkahnya dihala kearah seorang lelaki yang duduk di tempat yang sedikit tersorok.

"Ye encik. Order?".

Lelaki itu mengangkat muka setelah mendengar suara sedang bertanya akan menu terhadapnya .

"Nadia?".

"Haris?".

Soal mereka serentak.

Kemudian, mereka menghamburkan ketawa. Tidak sangka jumpa disini. Hajatnya mereka mahu bertemu diauatu tempat untuk berbincng sesuatu.

"Kau kerja sini ke?". Soal Haris.

Nadia angguk.

"So, mana sayang aku?". Soal Haris lagak.

Nadia menjulingkan matanya keatas.

"Ada dalam bilik. Tengah tunggu customer datang. Ada nak bincang benda". Ujar Nadia lalu mulutnya memuncung kearah bilik yang terletak di hujung cafe.

"Siapa?".

Nadia hanya jungkit bahu. Dia tidak tahu. Dia baru je masuk cafe ini harini. Jadi kalau ada orang tempah servis catering pun dia tidak tahu. Kerana dia sudah lama meninggalkan kerjanya itu.

"Cappuccino. Plus pavlova satu". Ujar Haris setelah sekian lama diam.

Nadia angguk lalu berlalu pergi.

Selang beberapa minit, Hana keluar daripada biliknya. Tujuannya adalah ingin menunggu client yang ada temujanji harini bersama dia.

Beberapa langkah , dia terpaku. Jeda dengan apa yang dilihat.

"Hai sayang..".

Hana terpempam.

Kenapa dia ada disini?

"Kenapa tercegat dekat situ? Meh lah join Abang. Teman makan pavlova ni". Ujar Haris ingin menarik perhatian isteri kesayangannya.

Hana menggeleng.

"No need. I have appointment with my client. Encik sambung lah makan. Saya pergi dulu". Ujar Hana kekok.

Tidak sempat untuk pergi, lengannya ditarik menyebabkan dirinya tidak seimbang lalu terjatuh kedalam pelukan Haris.

Hana terkejut. Dia tunak memandang wajah Haris yang terlalu dekat dengannya sehingga deruan nafas lelaki itu dapat dirasai.

Selesa!

Haris tersenyum manis menampakkan lesung pipit di pipi belah kanannya.

Biarkan begini . Sekejap pun jadilah!

Bagaikan berada didunia sendiri, mereka tidak bergerak.

Suara deheman seseorang mengembalikan lamunan mereka berdua. Hana yang tesedar terus bangun dari pelukan Haris manakala Haris mendengus geram.

Haris berpaling kearah gerangan yang membuat gangguan saat dia bersama Hana tadi. Matanya menjeling tajam kearah lelaki itu.

"Nathan?". Soal Haris kuat.

Nathan tersenyum sumbing. Dia sudah lama memerhati keadaan mereka berdua. Daripada Hana berbual dengan Haris sehingga wanita itu jatuh kedalam pelukan Haris. Cukup terseksa!

Tapi dia hanya memendam sahaja.

"Hai Tengku Haris. What are you doing here?".soal Nathan.

Haris tergelak sinis dengan pertanyaan Nathan yang tidak logik didengari

"I'm here. In cafe shop. What you expect I'm here huh? Of course for breakfast. Not for playing around like you". Balas Haris sarkastik.

Nathan diam. Terkena dengan soalan yang agak bodoh darinya.

Bukan sedikit, tapi banyak..

Hana yang seakan merasakan suasana tegang mematikan pertikaman lidah itu. Dia memandang wajah nathan meminta perjelasan.

"Athan buat apa datang sini. Nak minum ke?". Soal Hana lembut.

Nathan tersenyum.

"Yes. First, wanna try your latest coffee. Second, I'm here because I have appointment with you, miss Hana. So, can we?".ujar Nathan seraya tersenyum.

Hana mengerutkan dahi. Appointment?

Bila masa pulak mamat ni ada appointment dengan dia?

"NE Empire's?". Soal Hana ragu-ragu

Nathan angguk seraya tersenyum menyerlahkan kekacakannya itu.

Hana menepuk dahi.

"Ahh macam mana saya boleh tidak ingat. Awak pernah bagitau saya nama company awak..". Ujar Hana serba salah.

"No worries, dear. Small matter je". Ujar Nathan.

Memang lelaki ini kaya dengan senyuman ke? Tapi sorry to say, Hana bukan jenis cepat cair.

Haris yang melihat adegan dihadapannya panas hati. Cemburu kerana isteri kesayangannya cakap lembuttttt je dengan lelaki useless ni.

"So, can we?". Soal Nathan kembali.

Hana angguk. Tidak sempat untuk pergi, satu suara menghalang.

"Nak bincang mana. Ni hah. Tempat duduk tepi saya ni kosong lagi. Bincang sini je". Ujar Haris tegas. Dia cemburu faham takkk?!

Nathan menaikkan keningnya seraya tergelak sinis. Manakala Hana pula menjeling Haris yang selamba memandang mereka dengan muka kacaknya.

Eh, kacak?

Nonsense..

Tapi, kacak...

Malas mahu bertekak, Hana membuat keputusan untuk berbincang di tempat itu sahaja .

Belum sempat Hana mengambil tempat duduk disebelah Nathan, Haris mendahului dengan menarik lengan Hana untuk memintanya duduk bersebelahan dirinya.

"Sit here, dear. No guy besides you.." tegas Haris bersuara.

Hana mendengus geram.

Kerusi di sebelah Haris diduduk selepas Haris menarik kerusi itu keluar.

"Jadi, Nathan nak buat apa tu? Catering for?". Soal Hana. Ditangannya sudah bersedia dengan pen dan buku kecil.

Manakala Nathan sibuk dengan katalog ditangannya. Dibelek-belek katalog menu cafe yang ditawarkan. Soalan Hana dibiar sepi.

Berpatutan!

"Ermmm.."

"I think give me this one." Nathan menunjukkan gambar yang bernombor 34 itu.

Hana melihat katalog itu lalu wajah nathan dipandang.

"Tapi tema yang ni jenis girly sikit. Nathan betul ke nak yang ni?". Soal Hana sedikit.
ragu.

Okay jenis girly sebab dipadankan dengan langsir warna pink. Manakala kek yang ditawarkan adalah diatas kek itu diletakkan patung mickey mouse. Belon-belon berwarna warni dan disempurnakan dengan bunga kertas warna hijau.



N

athan tersenyum lalu mengangguk.

Hana hanya mengangguk. Kalau customer nak macam ni, dia hanya turuti. Nanti kalau halang, lain cerita jadinya.


**********

"Terima kasih Nathan sebab berkhidmat dengan pihak saya. Saya sangat hargai" ujar Hana bangga.

Natha tersenyum lagi.

Dia angguk lalu berlalu pergi.

Haris memandang Hana dari tepi. Cantik lah bidadari dia ni.

"Jom..".

"Pergi mana?". Soal Hana. Pelik. Tiba-tiba ajak dia . Kemana?

"Adalah. Jom. Sayang ikut je".

"Taknak..".

Haris memandang Hana tekun. Sesekali dia tersenyum manis.

Hana yang rasa diperhati berpaling. Menegak bulu romanya apabila dia memandang Haris yang tekun memerhatikannya.

"Dah kenapa? Sewel?". Soal Hana tanpa perasaan.

"You are so beautiful, wife. I can't take my eyes off from you. Just looking you like this make me want to..."

Hana mengjungkit keningnya.

"Eat you....".

Hana berdiri. Dia seram giler. Perangai pelik je mamat sebelah dia ni. Kena sampuk ke?

Belum sempat dia pergi, lengannya ditarik sekali lagi. Hana mendengus geram dengan perangai tak semenggah Haris.

"Awak nak apa lagi ni, Haris?". Soal Hana malas.

Haris tersenyum.

Hah, hari ini memang semua jenis senyum lepastu senyap bila aku tanya. Bagus lahh!

"Kalau nak sayang, boleh?". Soal Haris bersahaja.

Hana memandang Haris tajam.

"Awak kenapa? Kepala tu dah tercabut wayar ke? Pelik je perangai awak hari ni". Ujar Hana .

Haris menggeleng.

"Iye la. Nak sayang. Boleh ke?". Soal Haris sekali lagi.

Hana berdecit.

"Kalau takde apa-apa nak cakap, saya pergi dulu. Banyak kerja lagi ni saya nak settle."

Tetapi pergerakannya terhenti apabila Haris masih lagi menggenggam erat tangannya.

"Ish. Awak nak apa?". Hana soal geram.

"Okay. Okay. Abang sahaja je nak kenakan sayang. Dah lama tak tengok muka sayang. Rinduu".

Hana menjeling geram Haris.

Haris bangun dari kerusi. Tetapi tangannya masih lagi menggenggam tangan Hana erat.

Sebelum pergi, Haris sempat mencium pipi dan kepala Hana tanpa menghiraukan pandangan orang lain.

Hana mencebik. Malu orang pandang kita!

Tapi, dia rasa suka dengan perlakuan Haris padanya. Dia suka dicium dan dibelai oleh suaminya.

Haris sempat mengusap kepala Hana sambil tersenyum manis.

"Jaga diri sayang. Nanti Abang datang lagi jenguk sayang. Je t'aime".

Seusai berkata, Haris pergi.

Hana termangu sendirian.

Je apa?

Kau ingat aku faham ke?!



When you love someone, you have to be brave•

Continue Reading

You'll Also Like

9.3K 881 60
BLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana...
122K 3.5K 89
AMARAN! ⚠⛔Dilarang cetak atau tiru daripada mana-mana bahagian dari novel ini! Bahagian yang diterbitkan dalam novel ini adalah hak milik penuh autho...
3.3M 36.5K 13
✨ COMPLETED ✨ "encik saya minta maaf , saya cuma ternampak apa yang encik buat tapi saya janji takkan bagitahu sapa-sapa" - Ayra Husna "shut up littl...
224K 7.6K 43
#2019/2020 Coverby:nurshaziera Auna Danisha berasal dari keluarga yang berada namun dia tidak sombong. Papanya,Dato Aleef telah meminang seorang lela...