Takdir Hidup Raudhah || [C] (...

By hzrh_nrl

53.9K 1.4K 20

Disebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya... More

chapter 1✔️
chapter 2✔️
chapter 3✔️
chapter 4✔️
chapter 5✔️
chapter 6
chapter 7
chapter 8
chapter 9
chapter 10
chapter 11
chapter 12
chapter 13
chapter 14
chapter 15
chapter 16
chapter 17
chapter 18
chapter 19
chapter 20
chapter 21
chapter 22
chapter 23
chapter 24
chapter 25
chapter 26
chapter 27
chapter 28
chapter 29
chapter 30
chapter 31
chapter 32
chapter 33
chapter 34
chapter 35
chapter 36
chapter 37
chapter 38
chapter 39
chapter 40
chapter 41
chapter 42
chapter 43
chapter 44
chapter 45
chapter 46
chapter 47
chapter 48✔️
chapter 49✔️
chapter 50✔️
chapter 51✔️
chapter 52✔️
chapter 53✔️
chapter 54✔️
chapter 55✔️
chapter 56✔️
chapter 57✔️
chapter 58✔️
chapter 59✔️
chapter 60✔️
chapter 62✔️
chapter 63✔️
chapter 64✔️
chapter 65✔️
chapter 66✔️
chapter 67✔️
chapter 68✔️
chapter 69✔️
chapter 70✔️
chapter 71✔️
chapter 72✔️
chapter 73✔️
chapter 74✔️
Penutup✔️
Promote time!

chapter 61✔️

864 19 1
By hzrh_nrl

"Rancak berbual".

Hana bersama Tengku Nathan berpaling. Riak Hana dineutralkan. Malas mahu cari gaduh. Majlis orang kut.

Haris tersenyum nipis apabila melihat wajah Hana seakan tidak selesa dengan kehadirannya disini.

Tapi, apa dia boleh buat? Dia tak suka tengok kesayangannya rapat dengan lelaki lain terutama lelaki bernama Nathan ni.

"Ouh Tengku Haris". Tegur Nathan. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Haris memandang tangan itu sebelum disambut perlahan. Nanti kalau dia tak sambut, ada yang meroyan.

"Long time no see ya..". Ujar Tengku Nathan.

Haris tersenyum senget . Kepalanya diangguk.

"Yaa maybe..".

Tengku Nathan melirik ke arah Hana yang seakan membisu apabila hadir si Haris sebentar tadi.

"Awak okay tak? Kenapa nampak macam tak selesa je ni?". Soal Tengku Nathan lembut. Sempat dia mengerling Haris yang tekun memandang wajah wanita ini.

Something fishy huh?

Hana mengangkat muka apabila Tengku Nathan menegurnya. Dia tersenyum sedikit lalu menggelengkan kepala.

"Nothing. I am okay. Just rasa pening tiba-tiba..". Balas Hana perlahan.

Sedaya upaya dia cuba mengelak daripada memandang wajah Haris yang ralit memandangnya.

Kau kenapa mat pandang aku macam tu?

Wajah Tengku Nathan beriak risau.

"Kalau macam tu, awak naiklah atas. Masuk bilik kakak saya. Rehat sekejap sementara Kak Farah tengah discuss something dengan papa saya. Maybe lama lagi kut. Boleh awak rehat sekejap". Ujar Tengku Nathan memberi cadangan.

Hana menggeleng sekali lagi.

Dia tidak mahu menyusahkan orang. Nanti apa pula kata orang nampak dia macam selesa je tumpang rumah orang macam rumah sendiri. Dia pun tahu batas okay!
Tengku Nathan mengangguk lemah. Takkan mahu paksa pulak kan. Nanti lari pulak perempuan ni.

"Kalau macam tu,jom lah abang hantar Hana balik. Lagipun nak dekat pukul 10 dah ni. Dah lewat..". Ujar Haris yang sedari tadi diam. Melihat adegan tidak berapa sweet di hadapannya.

Baik dia mencelah daripada duk tunggu si lelaki ni ajak isterinya ke tempat pelik-pelik pula. Bukan boleh pakai sangat!

Tengku Nathan memandang Haris pelik. Wait, dia macam dengar yang si Haris ni bahasakan diri dia 'abang'. Ke aku salah dengar?

Betul lah kan?

"Wait a minute. You call yourself as 'abang'. What's your relationship with my girl?". Soal Tengku Nathan.

Haris tersenyum sinis.

My girl huh? Not bad..

"Tak perlu kut Tengku Nathan nak amik kisah pasal ni. And tiada masalah kalau saya bahasakan diri saya sebagai 'abang' pada Hana. It is not wrong . Right?". Balas Haris sarkastik.

Hana menjeling Haris yang berada bersebelahan dirinya. Sangat dekat. Sehinggakan dia merasakan bahu dia sudah bersentuhan dengan bahu lelaki itu.

Apa masalah lelaki ni? Nak rapat-rapat dengan orang dah kenapa? Kita tak suka lah!

"Yes. Tak salah. Tapi nampak macam tak sopan sedikit. Lagipun Tengku Haris nak hantar dia balik? Berdua-duaan dalam kereta boleh jadi fitnah tau".

Kata-kata Tengku Nathan membuatkan Hana mahu tergelak. Yerlah. Sejak bila kalau suami isteri duduk berduaan dalam kereta boleh jatuh fitnah?

Ouh lupa. Si Nathan ni belum tahu yang Haris ni suami dia. Tetapi sempat ditahan. Cover sikit, Hana.

Haris menjulingkan mata keatas.

"Whatever lah Tengku. Saya gerak dulu. Nanti lambat pulak my princess ni sampai rumah. Kesian dia. Pening..". Ujar Haris malas mahu memandangkan cerita lagi.

Matanya melirik memandang Hana.

Haih comelnya. Isteri siapa lah ni comel sangat.

Dengan badannya disarungkan kebaya berwarna hitam. Dipadankan dengan shawl berwarna coklat. Solek nipis ditampal di muka menambahkan lagi kejelitaan wanita di hadapannya ini.


Hana yang merasakan diperhati mengalihkan pandangannya ke sebelah. Mukanya didongakkan sedikit kerana ketinggiannya hanya paras dada lelaki itu. Serta merta bulu romanya meremang apabila matanya bertembung dengan bebola mata biru milik suaminya.

Dia merasa seakan pelik. Ditilik badan Haris. Dan kembali menilik badannya sendiri.

Hitam jugak.

Tapi kan..

Hensem!

Hana, apa kau merepek ni? Gila ke?

Lelaki ni yang membuatkan hidup kau macam ni. Dia yang musnahkan kehidupan kau. Paling penting, anak kau..

Mata Hana merasa panas. Sikit lagi nak menitik air mata dia.

"Hmm saya pergi dulu Athan. Nak pergi dekat kolam kejap. Nak tenangkan fikiran. And thanks untuk pelawaan tadi. Jangan risau. Saya pun kalau boleh taknak menyusahkan orang. Saya pergi dulu. Bye..". Ujar Hana lalu melambaikan tangannya pada Nathan.

Nathan angguk. Dia membalas lambaian itu bersama senyuman. Seketika senyumannya mati. Memandang seraut wajah yang tajam menilik dirinya.

"Kau kenapa pandang aku macam tu? Tahulah aku hensem. Tak payah tenung aku macam tak pernah tengok orang hensem". Ujar Nathan riak.

Haris berdecit. Kasar nampak!

Depan Hana, pijak semut tak mati. Belakang? Huh.

"Kau perasan lebih kenapa. Aku tak pandang kau. Aku pandang dinding belakang kau tu je". Balas Haris sarkastik.

"And for your information, Tengku Nathan. Kau jangan sesekali dekati Hana lagi. Kalau aku nampak, aku tak teragak agak hantar orang pukul kau..". Seusai itu, Haris berlalu pergi.

Baik dia pujuk sekeping hati isterinya daripada melayan kerenah jantan tu!

**********

Hana duduk di atas kerusi berhadapan kolam. Matanya tepat memandang kolam itu. Tenang je rasa. Ditambah pula dengan sinaran bulan yang cerah. Seakan tahu hatinya bergelora sekarang.

Fikirannya kembali mengingati Haris. Bagaimana lelaki itu boleh berada di Majlis perasmian klinik desa ni? Atau...

Oh d*mn!

"Jangan cakap yang dia kendalikan projek ni.." ujar Hana sendirian.

"Kalau Abang cakap yang abang handle projek ni, sayang percaya ke?". Soal Haris.

Hana memandang Haris yang sedang menuju kearahnya. Dia mengeluh. Boleh tak bagi ruang untuk dia bertenang. Sekejap pun jadilah.

Haris tersenyum. Dia mengambil tempat bersebelahan isterinya. Gelas berisi air Oren dan pinggan berisi pavlova coklat diletakkan di atas meja kecil.

"Nah. Abang ambik untuk sayang. Abang tahu sayang minat giler dekat pavlova ni kan. Lagi lagi kalau coklat. So Abang amikkan. Sayang makan tau". Ujar Haris bersungguh.

Hana melirik kearah meja. Mood nak makan kelaut tapi tengok macam sedap je pavlova itu.

Hana, Haris ambilkan. Jangan kau gatal nak makan!

Hana memandang sepi makanan. Seketika pandangannya menghala ke arah kolam semula. Pandangan Haris tidak dihiraukan.

"Kalau kita berbaik semula tak boleh ke sayang?". Ujar Haris tiba-tiba. Suasana awkward itu sedikit sebanyak membuatkan Haris tidak senang duduk. Ditambah lagi wajah Hana yang seakan kelat selepas kehadiran dirinya.

Hana berpaling. Dia memandang tepat mata Haris. Kemudian dia menghamburkan ketawa kecil. Mulutnya ditekup seraya menggeleng.

"Kenapa sayang gelak? Lawak ke Abang cakap?". Soal Haris hairan.

"Yes. Lawak sangat Tengku. Kalau Tengku nak tahu. Apa Tengku cakap? Nak get back balik? Hahahhaha. Nonsense. Siapa diri saya ni nak berbalik semula pada Tengku. I am nothing. I am nobody to you, Tengku. Saya tahu diri saya siapa. Hanya perempuan...murahan pada mata Tengku..". Balas Hana perlahan tetapi kedengaran tegas.

Dia bukan mudah untuk lupakan apa yang lelaki ini buat padanya dahulu. Masih Segar lagi dalam kotak fikirannya. Memang dia gila kalau dia lupakan macam tu je kejadian dahulu. Yang meragut nyawa arwah anaknya yang tidak bersalah begitu sahaja.

Haris menggeleng. Air matanya mahu mengalir tetapi sempat ditahan.

"Abang tahu abang salah. Tapi takde ke secalit rasa kesian pada diri abang? Abang menyesal. Menyesal sangat. Tak dengar cakap sayang, cakap mama, umi, kak Nisa. Abang..".

"Tak perlulah nak ungkit semua itu. Cukuplah sampai sini. Mungkin tak sepatutnya kita bertemu dahulu kan? Memang takdir saya akan terus diuji sampai sekarang. Memang saya sedar, saya ni memang pembawa malang pada semua orang yang saya rapat. Contoh termudah, awak. Awak tak boleh bersama Dania. Saya rasa bersalah sebabkan saya, awak terpaksa berpisah dengan Dania. Sorry".

Seusai itu, Hana bangun lalu dia kembali masuk ke ruang tamu. Malas mahu berlama dengan Haris. Segala peristiwa gelap bermain di fikirannya. Seolah radio rosak yang sering berputar di fikirannya.

Buat masa sekarang , dia tidak mahu melihat wajah itu. Seakan dia melihat wajah arwah anaknya. Pembunuh anaknya sendiri..

Manakala Haris menggenggam tangannya erat. Apa yang perlu dia lakukan?

Hanya menyesal, menyesal, menyesal.

Benarlah kata mama. Jangan sampai Hana lari dari dirinya semasa dia tahu kebenaran. Dan sekarang , dia lah orang paling menyesal.

Minta maaf?

Berjuta kali. Tapi masih tiada bayang yang isterinya memaafkan dirinya.

Haris meraup rambut ke belakang. Bintang di langit direnung. Cantik. Persis isterinya. Cantik yang luar biasa...

Andai boleh diputar kembali, mahu dia siasat dahulu adakah benar kejadian itu semua. Tapi apakan daya, semuanya telah berlaku.

Dan dirinya dibenci sekali lagi. Dahulu dibenci sebagai kawan. Tetapi sekarang dibenci sebagai suami.

Sakit? Sakit sangat lebih daripada dahulu.

Sakit kerana semangatnya turut hilang setelah dirinya turut dibenci oleh isterinya sendiri.



Regret is such a short word and yet it stretches on forever•














Continue Reading

You'll Also Like

100K 4.3K 66
STATUS | COMPLETED START | AUG 31, 2021 END | DEC 31, 2022 "Fal..." - Heyera Talia "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja ki...
1.2K 74 4
Vibes Hannah Nadhirah Antagonis in her own story Hate relationship trope - Hate to Love - Friends to Love Tiada siapa pedulikan DRIZELLA si kakak Ana...
369K 14.6K 76
Satu kebetulan yang berlaku pada satu malam hingga menjadi peristiwa hitam bagi Humaira. Peristiwa hitam yang terpaksa menyatukan dua insan yang tida...
192K 5.2K 51
Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Milik Keluarganya). Meski mertabat mereka j...