Takdir Hidup Raudhah || [C] (...

By hzrh_nrl

54K 1.4K 20

Disebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya... More

chapter 1✔️
chapter 2✔️
chapter 3✔️
chapter 4✔️
chapter 5✔️
chapter 6
chapter 7
chapter 8
chapter 9
chapter 10
chapter 11
chapter 12
chapter 13
chapter 14
chapter 15
chapter 16
chapter 17
chapter 18
chapter 19
chapter 20
chapter 21
chapter 22
chapter 23
chapter 24
chapter 25
chapter 26
chapter 27
chapter 28
chapter 29
chapter 30
chapter 31
chapter 32
chapter 33
chapter 34
chapter 35
chapter 36
chapter 37
chapter 38
chapter 39
chapter 40
chapter 41
chapter 42
chapter 43
chapter 44
chapter 45
chapter 46
chapter 47
chapter 48✔️
chapter 49✔️
chapter 50✔️
chapter 51✔️
chapter 52✔️
chapter 53✔️
chapter 54✔️
chapter 55✔️
chapter 57✔️
chapter 58✔️
chapter 59✔️
chapter 60✔️
chapter 61✔️
chapter 62✔️
chapter 63✔️
chapter 64✔️
chapter 65✔️
chapter 66✔️
chapter 67✔️
chapter 68✔️
chapter 69✔️
chapter 70✔️
chapter 71✔️
chapter 72✔️
chapter 73✔️
chapter 74✔️
Penutup✔️
Promote time!

chapter 56✔️

666 17 2
By hzrh_nrl

Haris membuka pintu rumah dengan perlahan. Sekarang waktu sudah menginjak ke pukul 12 tengah malam. Dia lambat pulang ke rumah kerana dia singgah sebentar di rumah Uncle Affendy. Dania yang bersungguh mengajaknya makan malam di rumah mereka sempena Dania ingin fly ke Korea kerana mempunyai show dekat sana. Ramai lah juga datang makan malam kerana Uncle Affendy dan Dania mengajak juga kenalan kenalan mereka untuk datang dinner.

Haris melangkah perlahan ke arah tangga. Dia sempat memandang ke arah dapur yang masih terang. Mungkin perempuan tu bangun minum kut. Selalunya macam tu la.

Baru sahaja tangga pertama dia pijak, dia ditegur seseorang.

"Haih, baru balik ke suami orang ni?". Haris berpaling ke arah gerangan. Terbeliak matanya memandang Kak Nisa bersama Kak Tisya sedang santai makan di meja dapur.

Haris tidak jadi ke biliknya tetapi dia melangkah laju ke arah dapur.

"Buat apa dekat sini? Tak balik lagi ke Kedah, Kak Tisya?". Soal Haris pelik. Yer lah pelik. Bukan ke Kak Tisya bagitau yang dia ada operation esok? Takkan sekarang tak jejak lagi rumah dia.

"Belum. Saja datang sini nak melawat adik dengan adik ipar. Tak boleh ke?". Soal Tisya kembali. Haris nampak gelisah. Apehal?

Haris menggosok perlahan belakang lehernya.

"Takde la. Sebab rasanya Kak Tisya ada operation kan esok? Takkan tak balik lagi. Hehe". Ujar Haris perlahan. Dia kemudian memandang Kak Nisa yang sedang merenung dirinya

"Kak Nisa kenapa? Tengok Haris macam tu?".

Nisa mengangkat sebelah keningnya. Dia menghirup perlahan kopi panas yang baru sahaja dia buat. Lega weh boleh minum, lebih lebih lagi sekarang tengah hujan. Nikmat !

Coklat Cadbury yang terisi di dalam bekas diambil oleh Kak Nisa. Segala perbuatan Nisa dilihat oleh Haris.

"Kau pergi mana tadi?". Soal Nisa. Plastik cadbury dibuang ke dalam bekas sampah yang tersedia di atas meja makan. Diambil satu lagi Cadbury. Sedap jugak!

Tisya yang melihat Nisa makan Cadbury terliur. Tisya juga ambil satu. Mahu cuba. Plastik dibuang lalu coklat dimasukkan ke dalam mulut. Dikunyah perlahan.Fuh, nikmat weh!

Alah korang jangan fikir pelik. Macam si Tisya ni tak pernah jumpa je Cadbury. Excuse me, Tisya ni doktor tau. So, kena lah jaga pemakanan. Kena makan makanan yang sihat jer tau. Tu sebabnya, kalau dapat makan benda alah ni, nikmat dia bukan main tau;)

Haris melarikan pandangan daripada memandang wajah Nisa. Tak mahu kantoi.

"Aku tanya ni, kau pergi mana?". Soal Nisa sedikit kasar. Dia tidak mahu mencetuskan pergaduhan antara mereka. Tetapi kalau si Haris ni macam nak cabar dia, go on. Dia akan bermain.

Pfft.

"Haris, Haris pergi rumah kawan..". Guman Haris perlahan. Haih, takkan lah nak bagitau yang dia pergi dinner rumah Dania. Tak ke kena pukul oleh kedua-dua kakaknya itu. Tempah maut namanya.

"Siapa?".

"Rumah kawan la..".

"Aku tanya siapa?". Soal Nisa kuat. Meja ditepuk kuat. Jawablah. Susah sangat ke hah?

"Rumah Dania..".

Nisa dan Tisya membulatkan mata. Terkejut dengan apa yang Haris katakan.

"Kau kenapa pergi rumah dia? Kan akak dah bagitau jangan jejak lagi rumah dia ataupun selisih dengan dia pun akak tak mau kan". Balas Tisya.

"Dah dia ajak dinner. Haris pergi la". Jawab Haris selamba.

Nisa menggeleng kepala. Macam mana nak cakap lagi pada Haris ni kalau dia punya keras kepala kalah batu. Dia tak ingat ke apa yang berlaku pada mama disebabkan perbuatan Dania itu sendiri.

"Kau tak ingat ke apa yang jadi pada mama? Sebab Dania, Haris. Dania. Kau tak ingat?". Soal Nisa.

Haris membuat muka.

"Kak, benda dah lepas kan. Kenapa nak diungkit lagi. Lagipun, benda tu kecil je pun. Tak payah nak diperbesarkan lagi". Ujar Haris.

Nisa bangun daripada kerusi. Dia meluru laju ke arah Haris lalu ditolak sedikit kuat bahu Haris.

"Kau cakap kecil. Hei Haris, Dania tu hampir nak langgar mama tau. Sebab masatu dia dibawah pengaruh dadah. Sebab dia, mama hampir kena langgar . Sebab dia drive masa mabuk. Kau gila ke sampai cakap benda tu kecil". Ujar Nisa kuat.

Tak sangka, adiknya menganggap perkara itu kecil. Sedangkan, bagi mereka sekeluarga, hampir sahaja nyawa mama melayang disebabkan perbuatan kurang siuman perempuan itu. Mabuk, tapi gatal nak drive kereta. Gila ke?

"Kak, dia dah jelaskan yang dia tak sengaja. Tak sengaja. Takkan kita nak perbesarkan hal tu lagi, kak. Lagipun dia dah minta maaf kan. So maafkan lah dia". Balas Haris selamba. Perkara kecil je kan? Lagipun, mama mereka selamat. Apa nak dihebohkan lagi. Bising la.

"Sejak hubungan kau dengan Hana porak peranda ni, aku tengok kau dengan Dania dah makin rapat. Dia guna kan kau ke apa?". Herdik Nisa.

Haris memandang tajam ke arah Nisa.

"Kau jangan nak cakap bukan-bukan pasal Dania. Dia tak bersalah. Apa yang berlaku antara aku dengan perempuan tu takde kena mengena dengan Dania. So, jangan kau nak fitnah dia". Wajah Haris tegang.

"Perempuan tu yang tak pandai jaga diri, lepastu apa yang berlaku ni, sibuk nak salahkan orang lain. Dia yang gatal lah kak". Sambung Haris lagi.

Semakin benci perasaannya pada Hana selepas Nisa kaitkan apa yang berlaku ni disebabkan Dania. Dania tak salah okay.

Nisa dan Tisya terkejut. Apa yang dah berlaku pada adik mereka. Dulu, Haris benci sangat pada Dania tetapi sekarang, siap pergi dinner rumah wanita itu. Pelik.

"Kalau kau benci sekalipun Hana, jenguk lah dia sekejap dekat hospital. Dia tengah sakit. Kau juga buat dia sakit". Ujar Nisa. Dia tidak mahu lagi bergaduh dengan Haris. Sebab dia malas nak bazirkan air liur pada Haris ni. Bercakap dengan orang ego tinggi macam ni la.

"Buat apa lah nak melawat perempuan tu. Kalau dia nak mati sekalipun, Haris tak kisah lah. Sebab, Haris takde perasaan dah pada dia". Ujar Haris tegas.

Tisya mengurut perlahan pelipisnya. Adiknya memang sangat melampau. Bercakap macam orang takde akal sahaja. Dia ni normal ke tak? Aku takut yang dia ni ada kad pink je. Terencat akal.

"Dah lah, Haris nak naik dulu. Penat layan korang yang asyik nak bela perempuan gatal tu. Haris pun ada hati dan perasaan la. Takkan nak simpan lagi perempuan macam tu dalam hati Haris".

Haris bergerak perlahan ke arah tangga. Penat layan kerenah Nisa yang asyik nak menangkan perempuan tu. Dia tak nampak ke yang perempuan tu nak gunakan dia je. So, macam nampak takde kepentingan je kan . Apa kata dia lepaskan je perempuan macam tu daripada simpan. Betul tak?


**********

Selimut dinaikkan sedikit sama dengan paras dada. Diusap perlahan kepala Hana yang nyenyak tidur. Tengku Zanariah merenung wajah putih milik Hana.

Cantik. Desis hati Tengku Zanariah.

Pertama kali dia memandang Hana semasa Haris membawanya kerumah mereka , dia sudah jatuh suka pada wanita ni. Lemah lembut, sopan santun. Paling penting, akhlak terjaga.

Bagaimana dia tidak jatuh sayang pad wanita ini jika semuanya nampak baik.

"Tapi, kenapa lah anak mama sanggup buat macam ni dekat Hana ye sayang. Mama tak tahu macam mana nak pujuk dia tu kalau dia nampak semuanya buruk pasal diri kamu". Ujar Tengku Zanariah.

Dia kemudian berdiri dari birai katil lalu duduk di sofa bertentangan dengan katil Hana. Dia mencapai yassin yang terletak dalam bakul yang disediakan. Dia mula mengalunkan bacaan yassin sedikit kuat supaya Hana turut mendengarnya.

Moga menjadi asbab supaya Hana cepat sembuh daripada luka.


***********



Suasana di dalam rumah sungguh meriah. Haris membuat keputusan untuk keluar bersinar sebentar di Taman. Suasana taman sangat cantik disinari dengan cahaya lampu warna warni. Dihiasi juga dengan gubahan pokok bunga berbentuk burung, buah-buahan dan pelbagai lagi. Kreatif sungguh orang yang gubah pokok bunga ni.

Haris membuat keputusan untuk duduk di tepi kolam sambil menenggelamkan kakinya ke dalam kolam. Bunyi muzik yang sedikit kuat di dalam rumah sedikitpun tidak mengganggu Haris yang sedang berehat itu.

Orang pasang lah zikir ke, selawat ke kan. Namanya nak fly jauh-jauh. Doakan supaya dipermudahkan urusan untuk sampai ke Korea. Ni tak. Pasang lagu macam orang apa entah.

Bunyi seperti orang duduk di sebelah membuatkan Haris membuka mata lalu berpaling ke sebelahnya. Dania duduk sepertinya. Tenggelamkan kaki di dalam kolam lalu membuang pandangan ke arah langit.

"You kenapa duduk sini? Duduk lah dekat dalam. Berbual dengan kawan-kawan Daddy ke". Ujar Dania selepas diam sejenak.

"Sahaja. Duduk sini best sikit. Dekat dalam bising sangat dengar lagu". Balas Haris selamba.

Dania mengangguk. Dia menghela nafas perlahan sebelum dia memandang kembali wajah Haris.

Haris yang sedari dirinya direnung oleh Dania bersuara.

"You ada nak cakap something ke pada I. Dari tadi I tengok you macam gelisah je".

Dania terkejut. Dia sedar erk?

"Ermmm ada. Cuma I tak tahu perlu ke tak I tanya you..". Ujar Dania ringkas.

"Tanya je. I makan nasi, bukan makan orang lagi. Takdenya berita orang hilang lepas buat appointment dengan I..". Balas Haris.

Dania tergelak.

"Mana tahu malam ni boleh jadi berita ada orang hilang lepas berbual dengan Tengku Haris Iskandar kan.."

"Eh you ni. Main-main pulak". Haris menjeling Dania.

Dania sekali lagi tergelak.

"I nak bergurau dengan you pun tak boleh. Sensitif sangat lah you ni sekarang. Dah kenapa?".

"Takde lah. Haa apa yang you nak tnya tu?".

"Takde apa. Cuma I nak tanya, macam mana you dengan wife you lepas kejadian tu. Maksud I, you okay ke tak lagi dengan wife you?".

Haris diam sejenak. Mencari alasan untuk diberitahu.

"Entah. Lepas kejadian tu, I tak layan dia dah. Malas ah. Lagipun, perasaan I pada dia dah berkurang. Bahkan takde langsung perasaan cinta pada Hana. I don't know why.." Balas Haris.

Dania mengganguk. Tak terkejut malah dia sudah tahu perkara macam ni akan berlaku. Takkanlah Haris gila lagi nak layan perempuan tu elok-elok. Mestilah layan kasar kan.

"You tak rasa ke macam benda ni suatu perangkap ke? I mean, takkan you mudah percaya bulat-bulat apa yang orang kata. Yerlah, isteri you kut. Takkan you tak percaya isteri sendiri..". Dania bertanya lagi. Mahu inginkan kepastian adakah betul si Haris ni sudah muak dengan Hana ataupun tidak.

"No. I percaya orang lain. Sebab I tahu dari dulu lagi yang Hana memang tak boleh terima I lagi lepas apa yang dah buat pada dia dulu. Of course lah susah untuk dia terima I kan. So, sekarang I dah dapat jawapan. Dengan apa yang I tengok, memang Hana nak suruh I lepaskan dia dengan dia lakukan perkara macam ni. Supaya I nampak dia buruk dan ingin lepaskan dia macam tu je. Tapi.."

"Tapi?".

"Takkan semudah itu I nak lepaskan dia. I akan buat dia terseksa dulu sebab dia mainkan perasaan I selama ni".

Dania mengerutkan dahi.

"Seksa? Macam mana?".

"Mungkin gantung dia tak bertali?".

Dania senyap. Aduh, makin susah lah rancangan dia untuk dapatkan Haris kalau Haris tak lepaskan perempuan tu. Perlu ke dia tukar plan?

"Tapi, takkanlah you nak simpan perempuan macam tu dalam rumah you. Tak ke dia boleh pengaruhi orang surrounding you. Dan mungkin dia juga penyebab kepada hubungan you dengan orang lain terjejas. You tak fikir ke?". Soal Dania semula.

"I dah fikir. Buat for now, I akan simpan dulu dia. I nak dia seksa macam mana dia seksa perasaan I dulu. So, sekarang masa dia..".

Dania tersenyum. Sinis.

"Takpe lah kalau you cakap macam tu. I dah bagitau apa yang perlu. Dan sekarang you lah pula yang tentukan".

Haris mengganguk.

"You taknak makan lagi ke. Dessert ke? I ada buat pavlova tau. I tahu yang you suka gila pavlova. Sejak zaman universiti. Taknak try ke bekas tangan kawan you ni?".

Haris tergelak.

"Boleh juga. Banyak eh. I dah lama tak makan"

"Eh, isteri you tak buat kan ke untuk you?".

"Dia pemalas".

Dania tergelak. Dia bangun lalu menapak ke arah pintu belakang.

Dania tersenyum sinis.

"Macam tak best lah kan kalau you masih hidup. Susah lah I nak rampas suami you dari you. Macam mana kalau I hapuskan you?". Dania tergelak.

Nampak macam rancangan dia kena tukar lagi. Takpe, ada orang yang dia boleh percayai untuk settle kan masalah ni.

Siapa lagi kalau bukan...

Nadia.

Peristiwa tadi berputar di fikiran Haris. Dia termenung seketika sambil memandang ke arah langit.

"You tak rasa ke macam benda ni suatu perangkap ke? I mean, takkan you mudah percaya bulat-bulat apa yang orang kata. Yerlah, isteri you kut. Takkan you tak percaya isteri sendiri..".

Terngiang-ngiang kata-kata Dania di kotak fikirannya.

Betul ke semua ni perangkap?

Kalau perangkap, siapa yang nak musnahkan rumah tangga mereka?

Haih!

Haris mengusutkan rambutnya.

Dia malas berfikir. Buat masa sekarang dia mahu ikut dengan rancangan asalnya iaitu seksa Hana.

Tak salah kan?

Sebab Hana yang mainkan perasaan dia.

Salah Hana....

Bukan dia....



Winning is fun sure. But winning is not the point. Never being satisfied with what you have done. Because it will give you regret after all•























Selamat hari raya korangggg <3. Raya, raya juga. Stay safe jugak korang. Korang balik kempung ke? Kalau balik, comment lah dekat mana kampung korang. Hehe. Sis raya dekat terengganu je HAHAHHA. Siapa geng raya dekat terengganu? Angkat kaki sikit😂Comment lah jugak banyak tak korang dapat duit raya. Cewah.

Sis tak dapat banyak sebab makcik pakcik fikir yang sis dah besar, so tak perlu duit raya lagi. Hello makcik pakcik, orang besar ni lah kena bagi duit raya banyak-banyak sebab kena bayar macam-macam. Buku lah, yuran lah. Kannn?😂

Btw, maaf tau lama menyepi. Banyak assignment;) Dan of course idea pun makin berkurang 😭 Dan sis rasa, cerita ni macam makin terpesong lah😂Jauh bebenor dari idea asal sis tau.

Sorry korangg kalau buat korang tertunggu. Andd thankyouuu banyak tau untuk readers yang sentiasa bersemangat menunggu cerita "Takdir Hidup Raudhah" ni.

Love you all <3

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 33.1K 81
kerana cinta, Thea sanggup bernikah dengan kekasih hati Tengku Fariz walau pernikahan harus dirahsiakan. atas sebab perbezaan darjat. disangkanya ci...
55K 2.8K 66
Kalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.
832K 32.8K 56
#1 Malay (13 Jun 2019) #1 romantik (9 Ogos 2019) #1 remaja (5 Dec 2019) (12 Jun 2020) Seorang gadis biasa yang percaya pada jatuh cinta pandang perta...
8.7K 378 55
| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama...