Takdir Hidup Raudhah || [C] (...

By hzrh_nrl

54K 1.4K 20

Disebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya... More

chapter 1✔️
chapter 2✔️
chapter 3✔️
chapter 4✔️
chapter 5✔️
chapter 6
chapter 7
chapter 8
chapter 9
chapter 10
chapter 11
chapter 12
chapter 13
chapter 14
chapter 15
chapter 16
chapter 17
chapter 18
chapter 19
chapter 20
chapter 21
chapter 22
chapter 23
chapter 24
chapter 25
chapter 26
chapter 27
chapter 28
chapter 29
chapter 30
chapter 31
chapter 32
chapter 33
chapter 34
chapter 35
chapter 36
chapter 37
chapter 38
chapter 39
chapter 40
chapter 41
chapter 42
chapter 43
chapter 44
chapter 45
chapter 46
chapter 47
chapter 48✔️
chapter 49✔️
chapter 50✔️
chapter 51✔️
chapter 53✔️
chapter 54✔️
chapter 55✔️
chapter 56✔️
chapter 57✔️
chapter 58✔️
chapter 59✔️
chapter 60✔️
chapter 61✔️
chapter 62✔️
chapter 63✔️
chapter 64✔️
chapter 65✔️
chapter 66✔️
chapter 67✔️
chapter 68✔️
chapter 69✔️
chapter 70✔️
chapter 71✔️
chapter 72✔️
chapter 73✔️
chapter 74✔️
Penutup✔️
Promote time!

chapter 52✔️

467 11 0
By hzrh_nrl

Wanita yang berada di sudut restoran itu dipandang . Keluhan dilepaskan. Dia nak apa lagi ni?

Dengan langkah berat, dia gagahkan juga menuju ke meja tersebut. Kehadirannya tidak disedari apabila wanita itu terlalu khusyuk dengan telefonnya. Kerusi ditarik perlahan. Wajah wanita itu terangkat. Terkejut mungkin.

"Kau nak apa jumpa aku?". Soal dia.

Wanita itu menarik senyuman sinis. Telefon disimpan di dalam poket hoodie. Tumpuannya kini sudah beralih pada gerangan di hadapannya.

"Kau setuju tak?". Soal wanita itu. Dia mengangkat kening.

"Setuju apa? Kalau libatkan nyawa, aku tarik diri". Ujar dia.

Wanita itu tergelak seraya menggeleng.

"Nadia, Nadia. Kau belum kenal erti dunia sebenar. Dunia ni kejam tau tak. Tak adil. Dan, of course lah kita ni perlu sikap tak adil juga dengan orang lain. Sebab? Yes. Nak hidup. Kalau hidup dengan cara kau ni, sampai bila-bila kau takkan dapat apa yang kau nak, Nadia".

Nadia memandang tepat ke wajah wanita itu.

"Hey Dania. Kau nak apa hah? Tak habis lagi ke kau nak susahkan hidup aku. Hei, pergi mampus la. Aku takkan ikut rancangan kau lah gila! Semua yang kau buat ni, salah tau tak. Aku pasti, arwah adik kau pun taknak lah semua ni jadi". Marah Nadia.

Wajah Dania berubah bengis. Dia menujukan jari telunjuknya tepat di hadapan Nadia.

"Kau jangan nak libatkan arwah adik aku! Dia takde kaitan dalam hal ni. Apa yang aku buat sekarang adalah aku nak ambil hak aku. Kau jangan sesekali sebut nama adik aku lah tak guna!". Tengking Dania. Pandangan orang di dalam restoran itu tidak dihiraukan. Fikirannya bercelaru. Marah, sakit hati, sedih menjadi satu.

"Kau. Kalau kau tak setuju dengan rancangan aku. Takpe. Aku tak kisah. Tapi, ingat. Nyawa family kau semua dalam genggaman aku. Aku tahu, kau tak tergamak kan nak buat macam tu dekat family kau. Eleh setakat kawan baik, boleh tikam belakang la. Ni, libatkan family kau tau Nad. Takkan kau sanggup gadaikan nyawa family kau semata-mata taknak kawan baik kau tu mampus". Seusai berkata, Dania bangun. Dia berlalu pergi selepas memberi kata putus pada Nadia. Dia tahu, Nadia akan setuju.

Nadia diam. Dia berfikir dengan kata-kata Dania. Ada betul juga. Takkan nak selamatkan kawan, sanggup gadaikan nyawa family. Tapi, aku sayang pada Hana. Tapi, family aku dalam bahaya.

Serabut Nadia berfikir. Dia merenung ke luar restoran. Suka melihat gelagat orang yang bersuka ria di taman bersama keluarga. Seperti tiada masalah yang mereka hadapi. Keluhan dilepaskan.

Kawan baik?
Family?

Atau

Biarkan dia sendiri yang berkorban untuk mereka?

Argh!

Tanpa dia sedari, ada sepasang mata yang memandang gelagat dia dari masuk restoran tadi.

"Awak ada masalah ke Nadia?". Bisik hati dia.

***********

"Jumpa aku di Hotel Hasanah pukul 9.00 malam ni kalau kau nak tahu siapa suami kau yang sebenar"~Unknown

Mesej yang diterima sebentar tadi membuatkan dirin Hana termenung. Kalau nak tahu suami dia siapa? Maksud dia, Harris ke? Tapi, kenapa? Harris ada simpan rahsia ke selama ni yang aku tak tahu?

Tapi, nak percaya ke? Dah lah nombor aku tak kenal. Macam mana kalau itu satu perangkap? Tapi, hati aku macam nak tahu apa yang bakal dikatakan oleh si penghantar mesej.

Hmmm.

Bunyi kunci dibuka dari luar menyentakkan lamunan Hana. Hana sekarang erada di sofa di hadapan televisyen. Fikiran dia sudah terbang ke mana mengingati mesej tadi.

Ish!

Rasya yang kebetulan menuju ke dapur melihat Hana sedang termenung. Rasya kembali semula ke ruang tamu ingin menegur Hana.

"Hai Puan Hana". Sapa Rasya ramah. Dia mengambil tempat di sofa berdekatan dengan televisyen.

"Hai Rasya". Senyuman manis diukir sebaik mungkin. Tidak mahu menunjukkan perasaan gusar.

"Puan, okay ke? Ada masalah? Kalau Puan ada masalah, share lah dengan saya. Mana tau saya boleh tolong". Ujar Rasya. Sebenarnya, dari tadi dia usya Puan Hana macam termenung jauh. Tidak ditegur, nampak macam dia sombong.

Hana menggeleng kemudian tersenyum hambar.

"Puan janganlah nak tipu saya. Saya tahu lah kalau puan ada masalah. Puan akan termenung tau". Ujar Rasya seakan ingin menggali rahsia yang tersimpan di lubuk hati Puan Hana.

Hana mengelak. Dia memandang ke arah televisyen walaupun fikirannya melayang. Entah, perlu ke dia menceritakan yang dia mendapat mesej daripada orang yang tidak dikenali?

Hana kemudian memandang semula wajah Rasya. Rasya yang setia menanti mengangkat kening apabila Puan Hana memandang wajahnya lama.

Hana menarik nafas panjang sebelum dilepaskan. Dia kemudian membuka password telefon dan membuka aplikasi whatsapp. Dia kemudian menghulurkan telefonnya pada Rasya untuk dibaca.

Rasya pelik tetapi huluran Puan Hana disambut juga. Matanya terarah ke arah paparan di telefon. Wajahnya berkerut.

"Puan nak pergi ke?". Soalan pertama yang keluar dari mulut Rasya. Dia sedikit resah menanti jawapan dari Puan Hana.

Hana menggeleng. Tiada jawapan.

"Puan, tak payah la. Ni, entah siapa siapa lah yang nak ganggu rumah tangga Puan. Lagipun, Puan kan dah kenal lama dengan Tuan, jadinya tiada apa lagi yang boleh meragukan semua ni. Saya pun , dah lama berkerja dengan Tengku tau. Selama ni, tak pernah pulak dia buat perkara tak elok". Pesan Rasya panjang. Kalau boleh, dia taknak la Puan Hana pergi. Seseorang pulak tu. Tengku Harris, lusa baru balik. Dia ghisau sebenarnya. Ghisau kadang kadang.

"Tengok lah dulu macam mana. Kalau terpaksa , saya pergi kut. Dia nak cerita pasal suami saya, takkan saya taknak ambil tahu kan...". Semudah mungkin Hana mengukirkan senyuman. Mahu menyedapkan hati.

Rasya menggeleng.

"Jangan Puan. Tak perlu la. Saya rasa lebih baik puan tak perlu pergi. Mana tahu ni semua perangkap nak perangkap rumah tangga Puan dengan Tuan ke. Kalau Puan betul betul nak pergi, boleh. Tapi, nanti masa Tuan balik. Nanti, Puan pergilah dengan Tuan. Saya tak risau dah masa tu". Penjang lebar Rasya nasihat.

Hana memandang tepat ke arah wajah Rasya. Seketika, dia mengangguk.

"Baiklah. Saya pergi nanti suami saya balik. Saya pun risau kalau nak pergi seorang. Tak tahu orang luar sana nak buat apa".

Rasya mengangguk beberapa kali. Setuju dengan kata kata Puan Hana. Dia melepaskan nafas lega apabila cadangannya disetujui oleh Puan Hana. Tak perlu la dia fikir banyak cara nak pujuk isteri boss nya. Lega nyah.

***********

"Sh*t!". Kedengaran carutan bergema di bilik itu. Dania menepuk mejanya beberapa kali tanda marah dengan sakit hati. Rancangannya rosak. Rosak disebabkan pemusnah yang menggangu rancangannya. Sikit sahaja lagi perempuan tu nak setuju tetapi dibantah keras oleh penjaganya.

Anak buahnya terkejut. Bahunya terangkat mendengar tengkingan daripada boss nya. Dia menunduk. Tidak berani untuk mengangkat muka. Singa betina sudah bangun. Lebih baik sediakan mental dan fizikal lebih awal.

Dania memandang tepat ke arah dinding. Ruang dindingnya dipenuhi dengan gambar Hana. Wajahnya berubah bengis apabila wajah itu memenuhi ruang retinanya. Dia mengambil pisau yang berada di atas meja lalu membaling tepat ke arah wajah yang tersenyum manis. Pisau itu betul betul terlekap di gambar leher Hana. Tersungging senyuman sinis di wajah Dania.

"Kau.."

"Nak main dengan aku ye Hana. Tunggu. Kau tunggu. Kau belum kenal siapa lagi aku. Bila kau dah kenal, kau sendiri yang serah Haris pada aku". Sambungnya lagi.

Seketika, dia baru tersedar yang Haris akan pulang lusa. Senyuman sinis pudar di wajahnya. Dia menggeleng beberapa kali sambil menekup telinga

"Tak, tak. Tak boleh. Aku kena teruskan rancangan ni cepat. Kalau tak, Haris takkan jatuh ke genggaman tangan aku".

Dania angkat kepala. Dia memandang anak buahnya dengan wajah bengis.

"Kau, aku nak kau awasi perempuan tu. Pastikan selepas siap kerja yang akan aku arahkan pada kau nanti, dia dibawak ke hotel yang aku bagitau sebelum ni". Anak buahnya mengangguk lalu berlalu pergi. Ada kerja kena settle. Bayaran dah lah mahal. Gila kau taknak!

Dania tersenyum kembali.

"Hana sayang. Aku ada suprise untuk kau. Tunggu ye sayang".

Dia kembali duduk di atas kerusinya sambil pandangannya memandang tajam ke arah gambar Hana yang sudah koyak akibat terhunus beberapa kali dengan pisau. Dia mencapai satu lagi pisau yang berada di atas meja lalu dihalakan tepat kearah gambar Hana.

Pak!

"Macam tu lah kau mampu perempuan perampas". Senyuman sinis sekali lagi tersungging di bibirnya.

Mata Dania meliar di atas meja kerjanya. Dia kemudian mencapai iPhone nya. Nombor seseorang didail. Seketika panggilannya disambungkan.

"Hello".

"Aku nak kau buat kerja sedikit".

"Aku nak, kau jumpa dengan Hana dan bawa dia ke mana mana restoran yang berdekatan. Dan, nanti anak buah aku akan bagi kau something".

Panggilan diputuskan.

Settle.

**********

Panggilan ditamatkan. Skrin telefonnya dipandang lama sebelum keluhan dilepaskan. Dia kemudian memandang ke arah kawan serumahnya, Risya.

"Weh, nanti aku nak keluar kejap". Risya mengalihkan pandangan ke arah Nadia.

"Kau nak pergi mana. Dah nak pukul 7 dah ni". Soal Risya. Pelik. Selalunya, Nadia ni bukan mudah tau nak keluar malam malam. Dia ajak pergi mall pun, dia tolak mentah mentah.

Nadia memandang televisyen yang menyiarkan cerita Kampung Boy.

"Aku...aku nak pergi kedai mamak kejap. Tiba tiba lapar mee goreng mamak". Seraya upaya dia berdalih. Taknak bagi Risya cam sesuatu.

"Nak aku ikut tak?".

Nadia menggeleng. Giler kau! Nak pergi buat kerja kotor, suruh kawan ikut. Nak mampus agaknya.

Risya mengerutkan dahi. Makin pelik. Selalunya kan, si Nadia ni takut tau nak keluar malam malam. Kalau terdesak pun, akan diajak dia untuk pergi sekali. Tapi, harini? Biar betik!

"Betul?". Soal Risya kembali.

Nadia hanya mengganguk. Dia cuba mengelak daripada memandang Risya. Takut rancangannya terbongkar.

Selepas mendapat jawapan, Risya senyap. Takpelah kalau macam tu. Tapi, hati dia sedikit risau sebenarnya. Takpelah, malas layan. Dia kemudian sambung melayan kartun tadi.

**********

Nadia keluar dari kereta. Dia memandang sekeliling. Kelihatan seorang lelaki berbadan tegap sedang berdiri di luar restoran. Nadia berjalan perlahan ke arah lelaki itu. Betul dah rasanya kalau diikutkan kata Dania petang tadi.

"Hai". Sapa Nadia.

Lelaki tersebut berpaling memandang Nadia. Dia mengangkat kening

"Cik Nadia ?". Soal lelaki itu.

Nadia mengangguk. Tidak mampu mengeluarkan kata. Takut dengan dirinya yang dipandang tajam oleh dua orang lagi lelaki di sebelah lelaki yang ditegur tadi.

Lelaki itu mengangguk. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket jaketnya. Lalu menghulurkan bungkusan itu pada Nadia.

Nadia bungkam. Ini bukan ke..?

"Ni boss aku suruh bagi pada cik Nadia. Dia bagitau yang cik Nadia perlu letakkan benda ni dalam minuman perempuan tu. Nanti, bila dia dah khayal, kitorang akan datang ambil sendiri perempuan tu dan bawak ke hotel". Ujar lelaki itu.

Nadia masih lagi memandang bungkusan itu dengan teragak agak. Perlu ke dia ambil? Betul ke keputusan yang dia lakukan sekarang?

"Cik Nadia nak amik ke taknak. Kalau taknak, aku akan laporkan pada boss yang cik Nadia tolak diri dari kerja ni".

Nadia terus menggeleng. Dengan pantas dia mengambil bungkusan itu lalu diletakkan di dalam handbag nya.

"Cik Nadia kena ingat. Boss kami nak rancangan ni menjadi. Kalau tidak, nyawa cik Nadia yang dijadikan pengganti. Ingat tu". Nadia menunduk.

"Baiklah cik Nadia. Kami pergi dulu. Kami hanya tunggu di dalam kereta. Kalau ada apa-apa, cik Nadia boleh je bagitau Kami atau direct pada boss kami". Nadia hanya mengangguk.

Berlalu sahaja lelaki lelaki itu ke arah kereta, Nadia dengan pantas memandang sekeliling. Keluhan dilepaskan. Dengan langkah berat, dia masuk ke Dalam restoran. Sementara menunggu kedatangan Hana, dia memesan cappuccino dan latte terlebih dahulu.

Hana, suka cappuccino.

Dia mengambil tempat di sudut restoran. Sama seperti cafe Hana punya. Teringat pula pada crush nya, Khai.

Nadia termenung. Memikirkan tindakan yang dia lakukan adakah betul atau salah. Tapi dia takut pada ugutan Dania. Dia tu, macam macam yang dia boleh lakukan. Petik jari sahaja.

Minuman yang dipesan sudah sampai. Dilihat cappuccino penuh minat. Dia mula mengeluarkan bungkusan tadi. Dilihat minuman dengan bungkusan itu silih ganti. Betul ke aku buat?

"Cik Nadia kena ingat. Boss kami nak rancangan ni menjadi. Kalau tidak, nyawa cik Nadia yang dijadikan pengganti. Ingat tu".

Tubuh badannya terketar. Takut dengan ugutan itu.

Dia masih sayangkan Hana. Hana kawan baiknya. Dia taknak tikam belakang. Dia sayang kawan baiknya! Kawan dunia akhirat dia!

Dia memejam mata. Beberapa saat, dia membuka mata kembali.

Perlahan dia meletakkan benda itu ke dalam cawan itu. Dikacau dengan perasaan sebal. Perlahan perlahan, air matanya menitis di pipi.

Hana.....



Some of the most poisonous people come disguised as friends and family•




















Continue Reading

You'll Also Like

192K 5.2K 51
Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Milik Keluarganya). Meski mertabat mereka j...
2.5M 101K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...
55K 2.8K 66
Kalau ini sumpahan cinta yang dia pernah katakan pada aku dulu, kini aku percaya. Aku cinta mati sama dia.
1.2K 74 4
Vibes Hannah Nadhirah Antagonis in her own story Hate relationship trope - Hate to Love - Friends to Love Tiada siapa pedulikan DRIZELLA si kakak Ana...