Takdir Hidup Raudhah || [C] (...

By hzrh_nrl

54K 1.4K 20

Disebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya... More

chapter 1✔️
chapter 2✔️
chapter 3✔️
chapter 4✔️
chapter 5✔️
chapter 6
chapter 7
chapter 8
chapter 9
chapter 10
chapter 11
chapter 12
chapter 13
chapter 14
chapter 15
chapter 16
chapter 17
chapter 18
chapter 19
chapter 20
chapter 21
chapter 22
chapter 23
chapter 24
chapter 25
chapter 26
chapter 27
chapter 28
chapter 29
chapter 30
chapter 31
chapter 32
chapter 33
chapter 34
chapter 35
chapter 36
chapter 37
chapter 38
chapter 39
chapter 40
chapter 41
chapter 42
chapter 43
chapter 44
chapter 45
chapter 46
chapter 47
chapter 48✔️
chapter 49✔️
chapter 50✔️
chapter 52✔️
chapter 53✔️
chapter 54✔️
chapter 55✔️
chapter 56✔️
chapter 57✔️
chapter 58✔️
chapter 59✔️
chapter 60✔️
chapter 61✔️
chapter 62✔️
chapter 63✔️
chapter 64✔️
chapter 65✔️
chapter 66✔️
chapter 67✔️
chapter 68✔️
chapter 69✔️
chapter 70✔️
chapter 71✔️
chapter 72✔️
chapter 73✔️
chapter 74✔️
Penutup✔️
Promote time!

chapter 51✔️

507 13 0
By hzrh_nrl

Tengku Dania keluar dari bilik. Dia menuruni tangga dengan tergesa-gesa. Ye. Dia ingin mengejar sesuatu. Sesuatu yang berharga dan akan menjadi kepuasan pada dia untuk selamanya.

"Nia nak pergi mana?". Soal Tengku Affendy. Dania merengus. Inilah yang dia benci. Bila nampak sahaja dia ingin keluar, pasti sahaja daddy nya bertanya ke mana dia ingin pergi. Rimas tau tak?

Tanpa menjawab soalan Tengku Affendy, dia berlalu pergi ke pintu utama. Pandangan tajam daddy nya dia tidak hiraukan. Lantak la!

"Daddy tanya, Nia nak pergi mana?! Soal Tengku Affendy dengan suara yang tinggi. Rasanya tidak perlu kut untuk dia berlemah lembut lagi dengan anaknya seorang ini.

Degil!

Dania berpaling lalu memandang tajam Tengku Affendy.

"Nia nak pergi mana, ikut suka Nia la! Daddy dah kenapa! Rimas lah Nia kalau daddy asyik macam ni. Rimas tau tak! Tengking Nia.

Hormat? Tiada istilah hormat dalam dirinya. Dirinya seakan hilang segala lemah lembut dan ayu selepas kejadian kematian adiknya, Tania.

Tengku Affendy terkejut. Sikit lagi dia ingin terkena serangan jantung. Dia mengurut perlahan dadanya yang sedikit berdebar. Terkejut barangkali.

"Sudahlah Nia. Cuba hujung minggu ni, Nia duduk je rumah teman daddy. Daddy sunyi. Dengan Nia lah daddy nak manja. Petang nanti, jom jumpa mummy. Mummy rindu sangat dengan Nia tau". Kalini, Tengku Affendy bersuara lemah. Ingin memujuk si anak supaya ikut rancangannya.

"Daddy! Nia taknak jumpa perempuan tu. Taknak. Daddy dah gila ke? Nia dari dulu lagi kan bagitau Nia benci perempuan tu. Daddy tak faham ke?". Naik senoktah suara Dania. Sungguh dia penat nak bagitau daddy bahawa dia benci wanita itu. Ingin sahaja dia pergi ke pusat penjagaan tu untuk bunuh pembunuh itu tapi apa yang dia boleh lakukan.

Daddy nya terlalu sayang perempuan itu sampaikan anak sendiri pun kadang-kadang diabaikan. Huh!

Benci!
Benci!
Benci!

"Sayang Nia. Cuba bertenang. Mummy tu mummy Nia tau. Syurga Nia bawah telapak kaki mummy. Kalau perangai Nia taknak hormat mummy, bau syurga pun takde tau. Allah, Nia. Tania mati bukan sebab mummy Nia. Tania mati sebab dah masa dia sayang. Kalau ditakdirkan Allah gantikan nyawa Tania dengan mummy, Nia akan meraung macam ni ke sayang?". Tersedu-sedan Tengku Affendy bertutur. Sungguh dia begitu sedih. Dengan keadaan keluarga dia yang berantakan. Sedih, sedih sangat. Dia mahukan keluarga yang damai. Tenang. Bukan porak peranda macam ni.

Dania termangu. Tapi seketika kemudian, dia tergelak. Dia kembali memandang Tengku Affendy dengan tajam.

"Eh orang tua. Nia taknak dengar lah. Yang penting sekarang, apa yang Nia nak, Nia dapat. Walau apa jua cara sekalipun, Nia akan perjuangkan. Tak boleh cara halus, cara kasar Nia lakukan.Kalau Nia tak dapat, orang lain takkan dapat". Sejurus berkata, dia keluar dengan berlari laju.

Misi yang penting! Dia perlu selesaikan.

Tengku Affendy tak dapat menahan. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Sedih dengan apa yang berlaku. Seakan dirinya gagal untuk mendidik anak-anaknya dengan didikan sempurna.

Sesaat, dia tersedar.

"Yang penting sekarang, apa yang Nia nak, Nia dapat. Walau apa jua cara sekalipun, Nia akan perjuangkan. Tak boleh cara halus, cara kasar Nia lakukan. Kalau Nia tak dapat, orang lain takkan dapat"

Entah mengapa, hatinya berdebar hebat. Dia seakan merasakan terjadi sesuatu yang besar melibatkan anaknya, Dania. Tapi tidak tahu apa yang berlaku.

"Allahu, selamatkan sesiapa sahaja yang Dania dendami. Selamatkan mereka". Getus hati Tengku Affendy.

Tiba-tiba, terlayar wajah Harris dengan isterinya, Hana di pandangan matanya. Seakan menghantar satu berita yang kurang enak. Dia mengusap dada lembut.

"Takde apa yang berlaku Fendy. Itu semua halusinasi kau saje. Takde apa berlaku pada keluarga Harris". Tapi, hatinya berdebar. Dan dia tahu, akan ada perkara buruk yang terjadi pada mereka berdua.

Dia bingkas bangun dari kerusi. Ingin berjumpa dengan seseorang.

*********

"Puan Hana nak beli apa-apa lagi tak?". Soal Rasya. Hana yang berjalan beriringan dengan Rasya berpaling memandang Rasya. Kemudian, dia menggeleng.

"Takde dah kut. Cukup lah kut yang ni". Sambil Hana mengangkat plastik barangan yang baru dibeli. Ada lah dalam dua ke tiga plastik. Banyak lah kan?

Rasya mengganguk. Kemudian dia ternampak kedai pakaian. Matanya tertarik pada satu baju yang cantik. Rasya berjalan laju ke arah pakaian itu lalu dia menilik.

Baju itu sangat cantik. Tidak terlalu over dengan hiasan. Just nice. Mata Rasya meliar ke arah tag harga.

RM 158

Mata Rasya membulat. Mahalnya baju ni. Ni nak jual baju ke jual kedai terus. Mahal sangat. Duit itu boleh tampung family dia 2 ke 3 hari tau.

Fuh. Menggeleng kepala Rasya. Terkejut dengan harga yang dipaparkan. Dia kembali semula ke tempat Puan Hana yang masih menunggu. Dipimpin tangan kecil milik adiknya.

"Dah?". Soal Hana. Rasya tersenyum sikit lalu mengangguk.

Mata Hana melilau di sekeliling Rasya. Sahi Rasya berkerut.

"Puan cari apa?". Rasya menyoal dengan risau. Mana tahu, Puan Hana hilang sesuatu ke kan?

"Awak kan pergi butik Aloe Vera tadi. Mana pakaian yang awak tilik tadi. Tak beli ke?". Soal Hana.

"Hehe tak kut Puan. Takde rezeki saya sekarang". Rasya menayangkan sengihan biarpun hatinya sedikit sedih.

Hana mengangguk.

"Jom la. Dah lewat ni". Kemudian, mereka beriringan berjalan menuju ke lift. Tiba-tiba bahu Hana ditolak menyebabkan Hana terdorong sedikit ke belakang. Rasya yang melihat sempat menyambut Hana daripada jatuh. Dia kemudian memandang gerangan yang melanggar isteri boss nya.

Pakai topi. Pakaian serba hitam. Tapi tidak bertudung. Dipadankan dengan mask hitam berserta kaca mata hitam. Persis spy gayanya.

Orang yang melanggar bahu Hana meminta maaf beberapa kali dengan gaya membongkokkan sedikit badan di hadapan Hana. Hana hanya beriak biasa.

"Sorry cik. Saya tak sengaja..".

Hana hanya mengangguk.

"Takpe. Saya nak minta maaf jugak ye". Orang itu angguk lalu dia pergi.

Rasya memandang kelibat orang itu sehingga hilang. Entah mengapa hatinya kurang enak. Seperti ada sesuatu pada orang tadi menyebabkan dia termenung.

"Rasya". Panggilan dari Puan Hana menyentakkan dirinya. Dia memandang Hana.

"Kenapa? Ada masalah ke? Ke ada barang lagi yang nak dibeli. Kalau ada, kita singgah lagi". Rasya menggeleng laju. Dia tidak mahu isteri boss nya penat. Semasa dia mengatakan bahawa dia mahu ke mall, Puan Hana berkeras mahu ikut dirinya. Kata yang dia perempuan, tidak elok pergi seorang. Jadi dia teman Rasya. Sekarang, nampak wajah Puan Hana sedikit pucat. Terbit serba salah pada dirinya kerana tidak berkeras dengan kehendak Puan Hana.

"Tak lah Puan. Semua barang dah cukup. "

"Baiklah".

Fikiran Rasya masih memikirkan akan orang tadi. Aturan nafasnya seakan tersekat. Berdebar lain macam.

*********

"Step pertama dah settle. Kita pergi step kedua. Hahahahha".

Tersungging senyuman sinis pada wajah itu. Nampaknya, plan dia sudah nampak hasil. Tapi dia perlu berhati-hati juga. Takut makan diri.

"Aku dah cakap, hak aku tiada siapa boleh ambil walhah darah daging sendiri pun. Kalau aku tak dapat, orang lain takkan dapat jugak".

Matanya sudah dipenuhi dengan wajah Harris. Ye. Harris lah yang dia kejar sekarang. Disebabkan perempuan tak guna tu yang kahwin dengan Harris, dia yang melepas. Dan sekarang, masa dia lah pula untuk ambil hak dia. Jangan salahkan dia jika ada pergaduhan besar yang berlaku. Dia sudah warning awal-awal, tapi tiada siapa ambil kisah. Dan sekarang, masanya untuk dia tunjuk belang.

"Jangan cabar aku perempuan. Aku buat kau sampai jadi. Sekarang, kau happy. Tunggu lah hari kau nangis nanti. Menangis sepuasnya kerana hari tu tiada siapa yang percaya kau lagi". Getus hati Dania.

Dari jauh Dania memandang gelagat Rasya bersama Hana. Dan dari jauh jugalah dia dapat mendengar setiap butir bicara yang mereka bualkan. Huh!

"Happy sebab Harris sayang dia? Nanti Harris takkan sayang kau lagi lah gila!".

Dania berlalu pergi. Step seterusnya perlu dia lakukan untuk singkirkan perempuan itu.

**********

"Assalamualaikum sayang". Ucap Harris.

"Waalaikumusalam abang. Sihat?".

Suara merdu itu membuatkan Harris tersenyum lebar. Aaa dia rindu pada isterinya.

"Tak. Abang sakit..".

Hana terkejut. Suami dia tak sihat? Ya Allah!

"Abang tak sihat? Abang sakit apa? Dekat mana? Nak Hana fly sana ke?". Bertubi-tubi soalan yang dilemparkan Hana pada Harris. Harris sudah tergelak dengan kekalutan isterinya. Sayang sangat ke sayang?

"Haah. Sakit dekat hati. Sakit sebab tanggung rindu yang tak berpenghujung".

Wajah Hana kemerahan. Dia malu dengan kata-kata Harris. Pickup line pulak dah malam-malam ni. Benci la!

Seketika, suasana senyap. Hati Harris dirundung resah. Aish, baru bagi pickup line dah pengsan ke sayang oi.

"Sayang?".

Hana terkejut

"Ye saya?".

"Kenapa senyap je. Dah blushing ke dekat sana?". Hana tergelak. Haih, rindu lah dia dekat suaminya. Baru 2 hari, tapi dah rindu. Hmm.

"Takde la. Saya malu lah. Abang lah bagi pickup line pulak". Harris tergelak. Cute!

"Sayang dah makan?". Taknak mengusik lebih lama, dia ubah kepada topik lain.

"Dah. Makan nasi kerabu tadi. Sedap". Harris hanya tersenyum. Tahu sangat yang isterinya peminat nasi kerabu tegar.

"Abang dah makan?". Giliran Hana Pula bertanya.

"Dah. Makan lepas Majlis tadi. Biasalah makanan hotel. Mana kenyang nak bandingkan dengan sayang buat punya". Hana ketawa halus.

"Nanti balik Hana buat tau. Abang cakap je abang nak makanan apa. Hana setia buat untuk abang". Buat kesekian kalinya, Harris tersenyum. Alahai sayangku!

"Abang penat ke? Dah nak masuk pukul 11 malam dah ni. Abang tidur ye. Nanti besok nak bangun awal sebab ada meeting pulak kan".

"Haah ada meeting. Alah, tunggu lah sekejap je. Abang tak lepas rindu lagi ni dengan sayang..". Harris mencebik. Kita rindu dia lah, dia pulak taknak cakap lama-lama. Geyam.

Hana tergelak. Manja.

"Abang. Hana nak minta izin nak pergi klinik esok ye. Ain bagitau ada masalah sikit dekat sana. So, Hana nak pergi tengok-tengok kejap tau".

"Tak perlulah sayang. Tunggu abang balik dulu baru kita pergi ye. Abang risau keselamatan sayang la". Balas Harris. Ye dia risaukan Hana. Apa-apa buleh jadi ketika dia berada berjauhan dengan isterinya. Petang tadi, dia dimaklumkan Rasya bahawa isterinya hampir jatuh disebabkan dilanggar orang. Dia yang sedang memandu hampir terbabas akibat terkejut. Geram sahaja dia ingin pulang melihat keadaan isterinya, tapi ditegah oleh pembantunya kerana esok masih ada meeting. Dia tidak kisah semua itu tapi memikirkan nasib papanya, dia terpaksa batalkan niatnya untuk pulang.

Baginya, yang lebih penting adalah Hana.

"Alaaa kejap je. Lagipun Rasya ada temankan Hana. Boleh lah abang. Kejap jee..". Rayu Hana.

Harris mengeluh. Kalau tak bagi izin, merajuk pulak si buah hati. Tapi, risau yang bertandang di hati siapa yang nak kisahkan? Haih macam mana ni?

Harris menggaru kepala yang tidak gatal.

"Takpe lah abang. Nanti saya bagitau semula pada Ain yang saya tak boleh pergi". Kendur sahaja suara Hana ketika ini.

Harris mengerutkan dahi. Kalau Hana membahasakan dirinya "saya" maknanya dirinya sedang merajuk. Alahai, macam mana ni?

Suasana sepi antara mereka membuatkan Harris resah.

"Sayang..". Tidak menyahut.

"Sayang..".

"Hmm..".

"Merajuk ke?".

"Hmm..".

Harris tergelak. Merajuk pun masih comel.

"Sayang nak pergi klinik ke esok?".

"Hmm..". Jawapan masih sama.

"Abang benarkan..".

"Betul ke Abang? Abang tak tipu?". Soal Hana di hujung talian.

"Ye betul..".

"Yeayyy. Sayang Abang. Muahh".

Harris tergelak.

"Tapi dengan syarat. Pastikan sayang pergi dengan Rasya tau. Abang risau kalau sayang pergi sorang. Macam-macam boleh jadi tau".

"Okay Abang".

"Dah tak merajuk ke?". Soal Harris semula.

"Tak dah. Hehe".

Harris senyum. Seketika , dia ingat tentang kata-kata Hana sebentar tadi. Kemudian, dia menarik senyuman lebar.

"Sayang, sayang".

"Yer Abang?".

"Tadi kan, sayang ada cakap something lah dekat Abang. Boleh tak sayang ulang. Abang suka dengar la. Jadi semangat Abang nak meeting esok".

Hana menggaru kepala. Dia ingat semula apa yang dikatakan. Kemudian, wajahnya memerah. Haih, kenapa dia nak suruh aku ulang semula? Malu la!

"Sayang, Abang tunggu..".

"Erm Hana sayang Abang. Ish Hana letak dulu la. Ngantuk. Bai Abang. Sweet dream". Kemudian, panggilan ditamatkan. Harris tergelak. Comel sangat la dia ni.

"Abang sayang sayang jugak. Sweet dream. Bai sayang". Walaupun Hana telah menamatkan panggilan Dan tidak mendengar apa yang dia beritahu, dia rasa bahagia.

Ah, malam ni dia tidur lena la. Sebab isteri kesayangan dia. Yeayhhh!

*********

"Ah tak boleh jadi ni. Aku kena teruskan step seterusnya. Kalau tak, masih sayang lah Harris pada perempuan tu". Dania mendengus sakit hati selepas dia mendengar semua perbualan antara Harris dengan Hana. Sakit hati tau tak? Lelaki kesayangannya meluahkan rasa cinta pada perempuan lain selain dirinya. Cinta lelaki itu hanya layak pada dia sahaja. Bukan pada orang lain.

Dania bingkas bangun dari pembaringan. Dia mendail nombor seseorang. Dia perlu memulakan perancangan ini supaya dia tidak rugi.

Selepas beberapa saat, panggilannya terjawab.

"Hello. Aku nak jumpa kau esok. Dekat restoran. Nanti aku hantar location".

"Dan ingat, kalau kau tak setuju dengan rancangan aku, kau tahu kan nasib keluarga kau. Aku takkan teragak-agak nak apa-apakan family kau. Ingat tu". Panggilan diputuskan.

Senyuman sinis terukir di bibir. Sedikit sahaja lagi.



If someone treat you badly, just remember karma is there for you to teach them a good lesson•























Continue Reading

You'll Also Like

8.7K 378 55
| 1st | ⚠️ "guys, don't read it, I'm insecure :')" - na Awal perkenalan hanyalah menjadi titik permulaan sebuah permainan nyawa. Tiada apa yang sama...
2.5M 101K 70
@Choco_Lyn @Storyke-5 @MisiMemburuSuami @Romantic @2018 @MestiBaca #Wattpads Kenapa aku pilih si duda itu menjadi suami? Haha... mungkin agak kelakar...
16.9K 417 62
(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hi...
734K 25.3K 77
[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 start:19/12/2023 end:2/3/2024