Takdir Hidup Raudhah || [C] (...

By hzrh_nrl

53.9K 1.4K 20

Disebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya... More

chapter 1✔️
chapter 2✔️
chapter 3✔️
chapter 4✔️
chapter 5✔️
chapter 6
chapter 7
chapter 8
chapter 9
chapter 10
chapter 11
chapter 12
chapter 13
chapter 14
chapter 15
chapter 16
chapter 17
chapter 18
chapter 19
chapter 20
chapter 21
chapter 22
chapter 23
chapter 24
chapter 25
chapter 26
chapter 27
chapter 28
chapter 29
chapter 30
chapter 31
chapter 32
chapter 33
chapter 34
chapter 35
chapter 36
chapter 37
chapter 38
chapter 39
chapter 40
chapter 41
chapter 42
chapter 43
chapter 44
chapter 46
chapter 47
chapter 48✔️
chapter 49✔️
chapter 50✔️
chapter 51✔️
chapter 52✔️
chapter 53✔️
chapter 54✔️
chapter 55✔️
chapter 56✔️
chapter 57✔️
chapter 58✔️
chapter 59✔️
chapter 60✔️
chapter 61✔️
chapter 62✔️
chapter 63✔️
chapter 64✔️
chapter 65✔️
chapter 66✔️
chapter 67✔️
chapter 68✔️
chapter 69✔️
chapter 70✔️
chapter 71✔️
chapter 72✔️
chapter 73✔️
chapter 74✔️
Penutup✔️
Promote time!

chapter 45

573 12 0
By hzrh_nrl

"Abang". Seru Hana memanggil Haris. Haris berpaling memandang isterinya sekejap sebelum fokus semula pada pemanduannya. Harini, mereka sekeluarga bertolak ke Cameron Highland. Keluarga Hana juga turut datang memandangkan Tengku Zanariah yang bersungguh memujuk Umi untuk bersetuju. Hal abah pula, tidak perlu risau kerana mereka sudah merancang dengan sebaik mungkin.

Baik bukan keluarga keturunan Tengku ni;)

"Iye sayang. Nak apa?". Soal Haris lembut sambil mengusap perlahan tangan kanan Hana di dalam genggamannya.

"Erm saya sebenarnya kan, lapar lah. Hehheh. Tadi, saya cuma makan sikit je sebab excited sangat nak bertolak...". Gumam Hana perlahan. Dia tidak sempat nak menjamah nasi lemak buatan Umi pagi tadi kerana terlebih excited. Yer lah. Nak pergi bercuti kan!

Tengku Haris tersenyum.

"Okay sayang. Nanti kalau ada ternampak kedai, sayang bagitau je tau. Nanti abang berhenti". Ujar Haris.

"Tapi kan...".

"Tapi apa tu?". Soal Haris kembali. Dah kenapa kesayangan dia ni cakap gantung.

"Saya teringin lah nak makan kfc. Lama dah tak makan". Ujar Hana perlahan.

"No sayang. Itu fast food. Bahaya untuk kesihatan sayang". Tegas Haris berkata. Dia tidak suka isterinya makan makanan berminyak itu. Dia lebih prefer untuk makan nasi. Kan lebih sihat? Lagipun, dia sayang isterinya. Tak ke haru dia kalau kesayangan dia sakit gara-gara makan makanan seperti itu.

"Alaaa abang. Kali ni je. Saya teringin lah. Dah lama tak jamah sejak jadi doktor ni. Boleh ehh?". Pujuk Hana lembut sambil menggoncangkan sedikit lengan Haris.

Haris menggeleng kepala tanda tidak bersetuju. Dia tidak mahu isterinya jatuh sakit. Nanti dia yang kena tanggung rindu tunggu isterinya sihat semula.

Hana memalingkan muka ke luar tingkap kereta.

Merajuk!

Dah Haris tak izinkan dia makan kfc. Dia dah lama teringin tau. Sejak jadi doktor ni, dia sedikit teragak-agak untuk makan fast food sebab dia tahu kekurangan makanan jenis itu. Tapi, hari ni dia teringin.

Tak salah kan?

Tapi Haris pulak tak izin. Dia berkecil hati lah. Dah, nak merajuk!

Haris yang sedar akan perkara itu tersenyum nipis. Dia melihat pada pahanya. Dia masih mengenggam erat tangan kecil isterinya.

Dah merajuk tapi still tak lepas. merajuk manja lah ni erk!

Tanpa sedar, Hana punya merajuk sampai tertidur. Haris nak pujuk? Bahaya lah nak pujuk masa memandu ni. So, nanti dah sampai baru dia pujuk tau. Lagi satu, dia ada suprise untuk kesayangan dia.

*********


"Sayang. Bangun. Dah sampai ni". Kejut Haris lembut sambil mengusap perlahan lengan Hana yang berlapik dengan blouse. Harini, dia dengan Hana dipadankan baju dengan warna yang sama.

Biru!

Sukanya dia dapat sama warna dengan kesayangan dia. Tak perlu lah dia jeles kalau ada yang mengorat sebab mesti mereka tahu kan yang Hana ni milik dia. Hik.

Hana tersedar. Dia menggosok perlahan matanya. Dia menutup mulutnya kerana menguap. Mengantuk.

"Dah sampai?". Soal Hana dengan suara yang serak.

"Iye sayang. Awak lah merajuk sampai tertidur". Balas Haris kembali. Dia kemudian keluar dari kereta dan berlalu ke arah sebelah pintu Hana. Dia membuka pintu Hana lalu mencapai tangan Hana untuk keluar. Hana melihat perlakuan Haris lalu berkerut dahi.

"Awak dah kenapa?". Soal Hana pelik. Yer lah. Tiba-tiba je tarik orang ni.

Haris tersenyum.

"Jom lah keluar. Abang ada suprise untuk sayang ni".

"Suprise apa pulak ni. Saya mengantuk ni. Jom lah kita pergi check in hotel dulu ke". Gumam Hana perlahan sambil menahan kantuknya.

Haris tersenyum sinis. Dia tidak mendengar malah menarik lembut tangan Hana supaya mengikutinya. Tidak jadilah suprise dia kalau tidak tunjuk sekarang.

"Ish nanti-nantilah tidur tu. Jom pergi dulu ye sayang. Japgi abang janji yang Kita terus ke hotel tau". Ujar Haris perlahan lalu menutup pintu dan menarik lembut Hana untuk ikutinya ke dalam kawasan itu.

Suprise dia ni lebih menarik tau dari kfc Hana tu.  Tunggu je ye.

Hana hanya ikut. Malas nak bantah. Kalau bantah pun,macam lah dia boleh balik hotel nak tidur. Sambil tahan mengantuknya, dia terus berjalan sambil dipimpin erat oleh Haris yang membawa dirinya entah ke mana. Pergilah, asalkan jangan tinggal dia sorang diri dekat sini.

Haris tidak sabar untuk menunjukkan suprise pada isterinya. Pasti isterinya akan suka lebih daripada kfc dia. Dan dia pasti, Hana akan terus lupa pada kfc nya. Wkwkwkwk.

"Abang nak bawak sa.....". Mata Hana terbentang luas setelah dia dapat mengagak di mana dia berada sekarang.

Cantik!

Itu perkataan pertama yang keluar di mulut dia. Sangat cantik. Dengan pelbagai warna yang disusun rapi. Ada putih, ungu, pink dan banyak lagi.

Hana yang teruja terus memeluk Haris tanpa mengira pandangan orang lain. Yang pasti, dia sangat gembira sekarang. Haris seakan tahu yang dia sangat meminati bunga.

Dan sekarang, Haris bawa dia ke kawasan lavender.

Dia sekarang berada di tengah-tengah taman lavender.

Haris tersenyum suka dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Hana. Dia tahu bahawa Hana sangat suka akan bunga. Sebab dulu, masa dia mengintip Hana, dia selalu nampak bunga baru yang dibeli oleh Hana di rumah sewa itu. Jadi, dia plan untuk suprisekan isteri kesayangannya dengan datang ke taman lavender . Dan dia juga dapat hadiah free iaitu dapat dipeluk oleh isterinya. Mestilah dia suka. Gila tak suka!

"Suka tak sayang?". Soal Haris semasa mereka sedang berjalan mengelilingi taman lavender itu sambil berpegangan tangan

Hana memandang Haris dengan senyuman manis. Dia mengangguk.

"Suka sangat. Macam mana abang tahu yang bunga favourite saya adalah lavender?" Soal Hana teruja.

Haris tersenyum lebar. Perlu ke dia terus terang?

Hana menanti dengan penuh sabar sambil matanya tidak lepas melilau sekeliling. Memikirkan warna apa yang perlu dia beli terutamanya untuk Umi kesayangan. Mesti Umi suka.

"Erm abang dah lama tahu..". Ujar Haris perlahan.

Hana berkerut. Dah lama tahu? Tapi macam mana Haris tahu sedangkan dia tidak pernah memberitahu lelaki itu bahawa dia minat lavender.

"Sebab dulu abang tengok dekat rumah sayang, penuh dengan lavender. Pastu, wallpaper phone sayang tu, bunga lavender. Tak ke abang tak tahu yang sayang suka lavender ni..". Sambung Haris dengan keningnya yang terangkat.

Hana ternganga. Maksudnya, Haris ni stalk dia ke dulu?

"Abang...stalk saya ke apa?". Soal Hana kembali dengan reaksi terkejut.

Haris tersengih.

"Lebih kurang kut".

Hana mengecilkan matanya. Maknanya, Haris stalk dia sampai ke rumah. Patutlah dia tahu rumah dia dekat mana masa dia setuju nak dinner dengan kak Nisa.

Hisy. Benci!

Haris yang merasakan Hana seakan termenung menundukkan sedikit wajah lalu mencari wajah kesayangannya. Dia tergelak kerana mendapat renungan tajam dari isterinya.

"Alaa sayang. Abang bukan apa. Cuma takut je apa-apa terjadi pada sayang. Sebab tu abang ikut sayang sampai rumah. Sorry ye..". Ujar Haris perlahan lalu dia mengusap lembut lengan Hana. Nak pujuk la!

Hana hanya menggumam perlahan. Dia bukannya marah malah dia suka, adalah. Hehehheh. Cuma taknak tunjuk je. Sebab nanti, dilabel yang dia ni gedik lah, apelah. So Kita senyap je. Okay?

Haris menjadi semakin serba salah apabila Hana mendiamkan diri sambil berpeluk tubuh. Dia yakin yang Hana marahkan dia. Dia buat semua ini bersebab. Sebab pertama, dia taknak apa-apa jadi pada kesayangannya. Sebab itulah, dia berperangai begini.

Haris menggosok perlahan belakang lehernya. Nak pujuk macam mana ye?

Ting!

Idea dah datang!

Haris tersenyum. Dia melajukan langkah mengejar langkah Hana lalu dia berjalan di sisi Hana. Dia menggapai tangan kecil Hana lalu dipegang erat. Hana tidak menunjukkan reaksi malah dia memandang ke arah lain.

"Okey sayang. Memandangkan yang abang salah dalam hal ini. Izinkan abang untuk perbaiki semua kesalahan ini..". Haris mengeluarkan suara setelah lama berdiam diri.

Hana pula, hanya diam . Menanti apa yang ingin dikatakan oleh Haris untuk memujuknya. Nak jugak dia tengok macam mana suaminya memujuk dia. Dikatakan oleh mama bahawa Haris ni tak pernah bercinta jadi mestilah si Haris ni tak pernah pujuk mana-mana perempuan. Nak tengok power ke tak power suami hensem dia ni.

Eh?

"Jadi....". Haris berjeda sekejap.

"Sayang pilih je bunga mana yang sayang nak. Banyak mana sayang nak. Abang akan tanggung semua kosnya...". Sambung Haris kembali.

Mata Hana sudah membulat. Biar betul suami dia. Dia nak banyak mana, ambik je? Ah! Peluang keemasan ni. Tak boleh merajuk lama-lama. Nanti peluang itu ditarik. Hana berpaling menghadap Haris. Dia menunjukkan jari kelingkingnya pada Haris. Haris berkerut memandang.

"Pinky promise?". Haris tergelak dengan kelakuan comel isterinya. Dia mencapai jari yang kecil itu lalu dia memautkan pada jarinya.

"Promise dear". Ujar Haris.

Hana sudah teruja. Dia hampir saja ingin melompat akibat terlalu gembira. Dia dengan pantas menarik lengan sasa suaminya dan menuju ke arah lavender yang berwarna kuning. Nampak cantik.

Aaa jom lah kiterrr!



*********

Haris memandang Hana yang sangat khusyuk dengan ayam di tangannya. Kedua tangan Hana penuh dengan sos cili. Haris menggeleng seraya tersenyum.

Comel je bini dia ni!

Geram nak cubit...

"Kenapa abang pandang saya macam tu?". Soal Hana dengan mulut yang penuh dengan ubi kentang.

Haris sekali lagi menggeleng.

"Sayang..awak tengah makan kan. Jangan bercakap masa mulut tu penuh dengan makanan. Abang pernah pesan kan..". Nasihat Haris lembut.

Hana hanya mengekek suka. Mulutnya comot dengan sos cili yang terkena semasa dia ingin memasukkan kentang ke dalam mulutnya.

Haris yang melihat kecomotan isterinya terus mencapai tisu yang berada bersebelahan dengannya lalu lap perlahan mulut Hana.

"Sayang ni..comotlah. Makan tu lebih pada budak 5 tahun tau. Slow sikit. Ayam tu tak kemana". Ujar Haris perlahan. Lucu dengan telatah isterinya.

Kalau lah anaknya seperti Hana, mesti comelkan. Dengan mulut yang penuh dengan kentang, keliling mulut penuh dengan sos manakala kedua tangannya memegang ayam supaya orang lain tidak mencuri haknya.

Hisy! Comel!

Macam tulah isterinya sekarang. Cuma mulut tu tak lah terlalu comot dengan sos. Cuma ada certain tempat je.

Ko ingat isteri aku tak tahu cara nak makan dengan betul ke?

Hana tersengih. Dia terlalu lapar sampai kan gelojoh dia makan ayam kfc. See? Dapat jugak lepaskan kempunan dia nak makan kfc. Dia punya pasal lah. Pujuk punya pujuk Haris, sampailah Haris mengalah lalu ajak dia makan di kfc. Tapi syarat dia, selama 5 bulan ni, takde fast food. Sedih jugak dia masa tu kenangkan dia perlu bertahan tapi otak dia geliga okeh. Sebabkan dia terlalu inginkan ayam tu, dia bersetuju dengan syarat Haris. Nanti, kalau dia nak makan fast food lagi, dia akan pujuk lah balik macam mana dia pujuk Haris tadi.

Mudah kan?

Ni Hana Raudhah lah. Wakil pendebat kebangsaan masa sekolah menengah dulu kot. Silap orang lah nak ajak debat. Tengok kaki lah. Nak menang dengan dia? Huh! Jangan harap. Hahahhahaha.

"Thanks abang sebab belanja saya. Akan kukenang sampai bila-bila. Muahhh..". Ujar Hana selepas selesai makan.

Alhamdulillah, kenyang dia harini. Lunch kfc. Haaa dia punya craving masa dekat putrajaya, dekat Cameron baru dapat tau kfc. Ish ish. Perut perut. Memang nak merasa kfc sejuk ke hape?

"Most welcome sayang. Let's go. Kita nak pergi tempat lain pulak. Alang-alang baru pukul 1 lebih ni, apa kata kita pergi taman kaktus lak. Beli untuk mama dengan Umi". Soal Haris semasa mereka beriringan keluar dari restoran kfc.

Hana angguk.

Taman kaktus, akan ku datang tawan mu di sana.

********

"Amboi banyaknya lavender adik. Beli mana ni?". Soal Puan Hasniza semasa mereka singgah seketika di rumah penginapan Umi dengan abah berserta dengan Intan.

Hana tersengih sambil menggaru pipinya.

"Hehehe. Ada orang tu cakap yang dia nak belanja adik. So, apalagi. Peluang keemasan takkan nak ditolak. Adik cekau je lah apa yang adik nampak depan mata..". Gumam Hana perlahan.

"Apa lah adik ni. Kesian Haris tau". Ujar Puan Hasniza tegas.

Dia tidak suka jika anaknya terlalu sangat berbelanja jika ada duit lebih. Baik dibuat simpanan sahaja daripada membazir. Dia bukan apa, cuma taknak susah di kemudian hari. Lagi pula, bila dia dengar yang anaknya beritahu bahawa Haris yang belanja, lagi laj dia serba salah dengan menantunya. Dia taknak keluarganya dilabel sebagai pengikis harta orang.

"Alaa Umi. Takpelah. Bukannya selalu belanja. Masa ni lah nak belanja isteri kesayangan Haris. Duit banyak buat apa kalau dibiarkan macam tu je .. lagipun, Hana ada belikan kaktus untuk Umi sebagai cenderahati". Celah Haris. Dia memandang wajah Hana yang mendung itu. Mungkin terasa dengan kata-kata Umi.

"Takde lah Haris. Cuma Umi taknak Hana ni terlalu dimanjakan. Umi cuma taknak dia ni berlebih dalam belanja. Duit tu simpan untuk kemudian hari, ada faedahnya. Begitu". Ujar Puan Hasniza kembali. Dia pun sebenarnya berasa bersalah dengan kata-katanya tadi. Dia bukannya maksudkan cuma dia mahu mengajar anak-anaknya berjimat dalam berbelanja. Beli apa yang penting sahaja.

Haris menggeleng smbil tersenyum .

"Takpe Umi. Anggap sahaja ni semua hadiah dari Haris untuk Umi dengan Hana ye. Haris tak kisah pun. Haris nak yang Umi terima pemberian tak seberapa dari kami ni". Dengan perlahan, Haris menghulurkan kaktus yang terletak elok di dalam pasu kecil pada Umi.

Puan Hasniza dengan senang hati terima. Dia kemudian melirik ke arah Hana yang sedari tadi hanya senyap selepas dia sedikit tegas menegur.

"Adik. Umi bukan marah adik. Cuma Umi nak anak-anak Umi ni berjimat sahaja. Tapi, lepas Umi tengok kaktus ni kan, Umi rasa nak tambah lagi lah. Cantik pulak. Adik boleh tolong pilihkan untuk Umi nanti?". Soal Puan Hasniza yang lebih ingin memujuk anak kesayangannya.

Hana angkat muka lalu mengangguk.

"Boleh je Umi. Nanti Hana dengan abang Haris bawak Umi dekat taman kaktus ye. Pastu kita pergi taman lavender pulak. Dekat sana kan umi, cantik-cantik tau lavender. Ada macam-macam warna....".

Haris yang tekun mendengar tersenyum manis lalu merangkul bahu isterinya dari tepi. Dia cukup bahagi sekarang melihat hubungan antara Hana dengan Umi yang semakin baik dari dulu.

Dia sayangkan mereka lebih pada nyawanya sendiri. Tidak dapat dia bayangkan jika suatu hari nanti, dia ditinggalkan oleh orang yang dia sayang.

Tidak tahu bagaimana nasib dia.


































Continue Reading

You'll Also Like

230K 7.7K 43
#2019/2020 Coverby:nurshaziera Auna Danisha berasal dari keluarga yang berada namun dia tidak sombong. Papanya,Dato Aleef telah meminang seorang lela...
838K 20.4K 74
[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup...
1.2M 2.4K 80
sekadar berkongsi
1.2K 74 4
Vibes Hannah Nadhirah Antagonis in her own story Hate relationship trope - Hate to Love - Friends to Love Tiada siapa pedulikan DRIZELLA si kakak Ana...