Takdir Hidup Raudhah || [C] (...

By hzrh_nrl

51.1K 1.4K 20

Disebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya... More

chapter 1✔️
chapter 2✔️
chapter 3✔️
chapter 4✔️
chapter 5✔️
chapter 6
chapter 7
chapter 8
chapter 9
chapter 10
chapter 11
chapter 12
chapter 13
chapter 14
chapter 15
chapter 16
chapter 17
chapter 18
chapter 19
chapter 20
chapter 21
chapter 22
chapter 23
chapter 24
chapter 25
chapter 26
chapter 27
chapter 28
chapter 29
chapter 30
chapter 31
chapter 32
chapter 33
chapter 34
chapter 35
chapter 36
chapter 37
chapter 39
chapter 40
chapter 41
chapter 42
chapter 43
chapter 44
chapter 45
chapter 46
chapter 47
chapter 48✔️
chapter 49✔️
chapter 50✔️
chapter 51✔️
chapter 52✔️
chapter 53✔️
chapter 54✔️
chapter 55✔️
chapter 56✔️
chapter 57✔️
chapter 58✔️
chapter 59✔️
chapter 60✔️
chapter 61✔️
chapter 62✔️
chapter 63✔️
chapter 64✔️
chapter 65✔️
chapter 66✔️
chapter 67✔️
chapter 68✔️
chapter 69✔️
chapter 70✔️
chapter 71✔️
chapter 72✔️
chapter 73✔️
chapter 74✔️
Penutup✔️
Promote time!

chapter 38

547 19 0
By hzrh_nrl

'Dari mana?'. Belum sempat Haris untuk duduk di atas sofa, dia disoal oleh kakaknya. Mendengar sahaja soalan itu, Haris mengeluh seketika. Dia penat hari ini. Penat melayan kerenah perempuan itu. Semua benda dia taknak. Tak cantik la, tak comel la. Kang dia bagi kaki kang meleset tepi tiang. Aish.

'Jap kak. Angah letih ni'. Ujar Haris. Kak Nisa hanya memandang dia dengan pandangan pelik. Apahal adik dia nampak penat sangat. Pergi marathon ke apa?

Selesai sahaja menyesuaikan kedudukan di sofa, Haris berpaling ke arah kakaknya. Terkejut dia dengan kedudukan kak Nisa. Sangat hampir dengan dia. Nak sangat bergosip kakaknya. Dengan tengok wajah berharap kak Nisa, Haris membuka mulut untuk bercerita. Nanti kan ada yang merajuk bucu katil.

'So?'.

'Tak tadi pergi teman Nia...'

'Nia? Tengku Dania Izreen?'.

Haris mengangguk kepala mengiyakan kata kata kakaknya. Ye dia tahu kak Nisa tidak pernah suka akan Dania selepas apa yang terjadi dahulu. Disebabkan Dania, mama mereka hampir kemalangan.

'Pahal keluar dengan dia. Akak tak suka angah rapat dengan dia. Angah tahu kan kenapa'. Ujar Nisa tegas.

Haris mengurut pelipisnya. Dia juga tidak mahu rapat dengan Dania tetapi keadaan memaksa. Dia tidak boleh biarkan Dania begitu kerana dia tahu bila bila masa sahaja penyakit Dania akan datang bila dia stress. Stress sebab orang tak layan dia.

'Angah pun tak suka kak. Tapi sebab uncle Fendy suruh angah. Takkan angah nak tolak camtu je'. Balas Haris kembali.

Nisa melepaskan keluhan. Dia juga pening dengan situasi Haris.

'Kenapa uncle nak paksa. Kenapa uncle tak larang sendiri anak dia rapat dengan keluarga kita. Uncle sendiri tahu kan apa yang jadi pada keluarga kita dahulu sebab anak dia'. Suara Nisa sedikit tegang apabila bab Tengku Affendy dengan Tengku Dania dijadikan bahan perbualan mereka.

Haris hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu. Pernah lah juga dia berpesan pada uncle Fendy yang dia tak mahu berbaik dengan anak dia tapi pesanan dia hanya diterbangkan angin. Dia pun tak tahu. Apa yang Nia pandang sangat pada dia pun tak tahu. Hensem sangat ke dia? Hshshhshs.

'Hmm nanti akak sendiri yang nak jumpa uncle. Kau takyah masuk campur ngah'. Haris berpaling memandang kakaknya. Biar betul? Uish kalau kak Nisa jumpa uncle sendiri tak ke naya. Bukan boleh percaya sangat. Main cakap lepas je kak Nisa. Macam Kak Tisya la.

'Kau jangan kak. Macam la angah tak tau yang kau kalau bercakap bukan fikir dulu perasaan orang. Main lepas je'. Ujar Haris. Kak nisa hanya mempamerkan muka selamba. Ape kesah? Huh.

'Dah la angah naik dulu. Kak Tisya mana?'.

'Dalam bilik'.

Haris mengangguk.

Semasa melintas bilik Kak Tisya, Haris melihat pintu bilik Kak Tisya tidak tertutup rapat. Jika jenguk kepala, boleh nampak apa yang dia sedang lakukan. Tanpa buang masa, Haris jengukkan kepala sedikit. Kelihatan Kak Tisya sedang bersila di atas lantai dengan sebuah kotak di tangannya. Haris yang ingin tahu apa yang ada di dalam kotak menjengukkan lagi kepalanya di sebalik pintu.

'Kau buat apa tu ngah?'. Soal Kak Tisya. Haris terkejut dengan teguran itu terjatuh.

'Aduh punggung aku'. Haris menggosok punggungnya yang sedikit sakit. Sakit woi.

'Itulah masuk bilik akak tak bagi salam'.

Zapp. Pedih. Sakit. Perit.

Haris mencebik dengan kata kata kakaknya. Macam la dia masuk bilik orang bagi salam. Tak kan. Eleh.

'Kenapa?'. Soal kak Tisya sambil mengeluarkan barang di dalam kotak itu. Haris bangun lalu berjalan menuju ke arah kakaknya.

'Buat apa tu kak? Busy semacam je angah tengok'.

Kak Tisya tidak berpaling malah dia menuncungkan bibirnya ke arah kotak itu.

'Ni hah. Akak tengok surat surat yang akak dapat masa sekolah dulu'.

Kening Haris terangkat. Surat apa?

'Surat apa kak? Surat denda ke?'.

Kak Tisya berpaling memandang Haris dengan tajam. Ada ke patut cakap dia dapat surat denda. Padahal dia yang paling famous dekat sekolah tu dengan rekod yang bersih tau. Huh.

'Hello. Aku tak kena denda okey masa sekolah dulu. Aku budak baik. Tak macam kau. Buli budak perempuan tu sampai dia kena perli tau dengan satu sekolah'.

Zapp. Sekali lagi.

Haris hanya memandang kakaknya dengan pandangan tidak puas hati. Ish asyik dia je kena. Tapi memang patut pun sebab memang salah dia kan.

'Hmm'.

'Padan muka kau ngah. Cakap lebih lebih lagi. Siapa rasa cili dia lah rasa pedasnya. Tak gitu Tengku Haris?'. Kak Tisya memandang adiknya sambil mengangkat keningnya berkali kali. Mahu menyakitkan hati adiknya.

Haris berdecit. Wajahnya mula merah kerana tidak puas hati dengan perlian kak Tisya. Pehal hah hari ni ramai yang suka cari pasal dengan dia. Ish.

'Tak. Akak tengah tengok tengok surat yang akak dapat dari someone misteri ni. Maklumlah akak dulu kan hot stuff dekat sekolah. Ramai yang hantar surat dekat akak tapi akak tak layan. Sebabnya akak tengah tunggu orang lain. Kakak kau ni takde gatal sangat macam perempuan lain tau. Bersyukur sikit dapat kakak macam aku ni hah'.

Haris menjeling. Puji puji dia pulak. Hek eleh. Kalau macam tu dia pun takde.

'Iye lah akak'.

Pasrah sahaja Haris kedengaran. Tisya ketawa. Sahaja je dia bergurau. Kebelakangan ini, Tisya merasa pelik dengan perangai Haris. Haris dulu dengan Haris sekarang seakan berubah. Jika dahulu, dia banyak bercakap. Sering sahaja dia mengadu jika ada masalah pada dia. Tisya lah yang menjadi tempat mendengar luahan dia. Tapi sekarang, Haris seakan "lost". Hilang disebabkan apa tak tahu. Tapi pernahlah Tisya berfikir yang Haris begini disebabkan seseorang. Seseorang yang sudah lama menghilang di sisi Haris. Selepas kejadian itu, Haris seakan akan menjadi orang baru. Kurang bercakap. Berbual hanya perkara yang penting sahaja. Bosan tahu tak.

'Angah. Akak nak tanya sesuatu boleh tak'.

Haris berpaling memandang kak Tisya. Dia mengangkat keningnya.

'Hmm tapi kau jangan marah akak pulak ye. Akak just nak tahu je'.

Haris seakan berfikir lalu dia mengangguk perlahan. Kak Tisya menarik nafas lega. Dia juga sebenarnya takut jika soalan yang bakal dia tanya ini akan mengguris hati Haris tapi jika tidak tanya, dia pulak susah hati. Kan?

'Kau masih fikir pasal dia ke?'. Perlahan sahaja Tisya menuturkan ayat itu. Dengan berhati hati dia bertanya. Takut nanti singa bangun.

Haris termenung selepas dia mendengar pertanyaan Tisya. Ye dia fikir pasal "dia". Bukan sekali tapi banyak kali. Sampai kan dia termimpi akan "dia". Haris tergeleng. Dia tidak mungkin akan lupakan perkara itu. Dia menyesal. Menyesal. Menyesal. Menyesal. Itu sahaja yang dia boleh luahkan.

'Hmm nampak lah tu kau masih fikirkan dia. Tapi bukan ke dia dah takde? Ye lah kan selepas habis spm dia lesap macam tu je. Then tiba tiba dia muncul masa nak ambil result. Then dia hilang. Betul kan ngah?'. Soal Tisya. Haris hanya mengangguk. Dia kelu untuk menjawab. Mulut dia seakan terkunci.

'Tapi....angah dah jumpa dia dah sekarang'.

Tisya membulatkan mata. Haris dah jumpa? Kenapa dia tak tahu. Ish dia pun nak jumpa Hana. Rindu out budak tu.

'Kenapa tak bagitau akak. Akak pun nak jumpa dia. Rindu giler kut dia'.

'Nisa dah jumpa dia ke?'.

Haris angguk. Ish dia ni takde mulut ke hah. Angguk geleng. Geleng angguk.

'Hmm kiranya akak je lah tak jumpa dia lagi. Bila dia free? Nanti bagitau akak erk'. Tisya memandang Haris dengan penuh harapan. Haris pula hanya mengeluh. Sekarang ni memang susah nak jumpa. Kalau nak jumpa pun, kena bawak Stella acah acah nak pergi rawat Stella. Kalau tak, takdenya Hana nak jumpa dia. Sorry Stella papa guna awak. Haih. Tapi nanti awak jugak beruntung kalau papa dapat mama. Takde la awak alone. Terbit senyuman nipis di bibir Haris.

********

Aku termenung. Kejadian tadi masih lagi terimbau di fikiran aku. Aku rindu pada mereka tapi apakan daya, masih ada sisa marah pada mereka. Aku tak boleh nak control diri. Entah tak tahu nak cakap camne. Rindu tapi marah. Pelik.

'Kau masih fikir pasal diorang ke?'. Aku berpaling melihat gerangan yang bertanya. Aku mengangguk. Nadia melihat aku dengan pandangan sayu. Dia bersalah kerana mengajak aku ke kampung sebelah. Jika ini tidak berlaku, mesti kami takkan jumpa diorang.

'Aku min..minta maaf. Kalau bukan se..sebab aku. Kau takkan jumpa diorang'. Lirih suara Nadia meminta maaf.

Aku menggeleng kepala tanda tidak setuju. Aku tak marah pada dia. Aku masih marah pada keluarga aku. Ye. Aku terjumpa dengan keluarga kandung aku masa kami singgah di kampung sebelah. Terjumpa di kedai Pak Mat. Kebetulan masa tu mak menyuruh kami membeli santan jadi kami malas nak pergi jauh. Singgah di kedai Pak Mat. Tapi tak sangka yang mereka akan berjumpa dengan keluarga aku.

'Kau tak salah Nad. Kebetulan je tu. Lagipun bukan kau yang terhegeh hegeh nak ke sana. Mak suruh kita beli barang kan. So stop blame yourself'.

Nadia menundukkan kepala sambil bermain jari jarinya.

'Kalau mak tak suruh kita, mesti kita takkan jumpa dengan keluarga kau kan'.

Aku memandang Nad. Aih dia ni. Masih salahkan diri sendiri.

'So kau nak salahkan mak ke? Chill girl. Aku takkan salahkan sesiapa. Dah takdir untuk kita jumpa mereka. Dah memang mereka stay situ so memang kita akan jumpa diorang la. Lagipun kedai Pak Mat je satu satunya kedai yang jual barang keperluan dapur'.

Aku memujuk Nadia. Aku melihat dia yang mengelap air mata. Aik nangis? Cengeng betul budak ni. Keluarga sape yang jumpa ni.

'Sepatutnya aku yang sedih tau. Menangis. Bukannya kau. Hadeh'.

Nadia tergelak dengan perlian aku.

'Dah kalau kau susah, aku pun turut susah hati. Kau sedih, aku sedih. Kau gembira, aku gembira. Ni aku tolong nangis untuk kau biar kau jangan nangis. Kau kena rasa bertuah lah sebab aku tolong nangis untuk kau. Kau takyah bazir air mata nak nangis'.

Aku ketawa. Ada ada je perempuan ni sorang. Aku menarik Nadia ke dalam pelukan. Aku juga turut menangis.

'Tq tau. Sebab selalu ada untuk aku. Tak tahu macam mana hidup aku kalau kau takde. Mesti macam mayat hidup kan aku. Merempat tepi jalan. Nasib baik family kau tolong kutip aku. Aku sayang kau babe'.

Pelukan dieratkan. Nadia turut membalas pelukan aku.

'Kau jangan cakap macam tu. Dah sebab aku sayang kau. Tu lah aku beria suruh mak jaga kau. Aku nak kau stay dengan family aku. Nak jaga kau. Look kau makin gemuk sekarang'. Sendu Nadia menjawab.

Aku tersenyum dengan kata kata Nadia. Aku bersyukur. Bersyukur kerana dianugerahkan sahabat seperti dia. Tiada galang gantinya. Dan kami berpelukan sambil menangis

********

Flashback

Masa kami otw untuk pulang kerumah, tiba tiba mak call Nadia.

'Hello mak. Ye ada apa? Santan? Aik tak cukup ke yang Nadia belikan di pasar semalam? Ha yer la. Berapa? Sekilo? Okay.  Kedai Pak Mat? Lah tapi. Hmm okay okay. Ada apa apa lagi ke mak? Takde dah? Okay. Waalaikumusalam'.

Aku yang sedang memandu memandang Nadia. Kening aku terangkat. Nadia melihat ke arah aku.

'Mak suruh beli santan'.

Aku mengangguk.

'Tapi dekat kedai Pak Mat kampung sebelah'.

Aku tersentak. Nak ke kampung sebelah lah ni jawabnya. Aish.

'Kau okay tak?'. Soal Nadia yang dari tadi memerhati aku seakan tidak senang duduk.

'Okay je'.

'Takpe aku pergi belikan. Kau stay dalam kereta je'.

Aku menggeleng.

'Biarlah aku nak pergi. Lagipun dah lama tak jumpa Pak Mat. Rinduuu'.

Nadia ketawa. Memang betul pun. Hana dengan Pak Mat pantang berjumpa. Ada sahaja lawak yang Hana nak buat untuk gembirakan hati orang tua itu. Kadang kadang dia pun turut tergelak dengan jenaka sahabatnya.

'Iyelah. Kita sama sama turun. Aku pun nak beli jajan gak. Borong kedai Pak Mat'.

Aku ketawa.

Perjalanan mengambil masa selama 10 minit. Kebetulan untuk ke kampung kami, kami perlu lalu kampung ini dahulu.

Sesampai di kedai, kami meletakkan kereta di tepi kedai. Kang letak depan kedai ada yang kena campak sungai. Kedai kelihatan lenganh sedikit. Aku menarik nafas lega. Nasib baik. Kalau tak, malas aku nak bertekak dengan orang kampung.

'Assalamualaikum Pak Mat'.

Pak Mat memandang ke arah kami. Mata tua itu membulat lalu kelihatan mukanya menarik senyuman nipis.

'Waalaikumusalam. Ya Allah Hana. Bila kamu sampai kampung?'.

Aku tersenyum.

'Hehe dah beberapa hari dah. Saja datang cuti sini. Kebetulan lalu sini, tu yang singgah jenguk Pak Mat'. Tutur aku sopan. Dah takkan nak menjerit kan?

Pak Mat terangguk dengan wajahnya tidak lekang dengan senyuman.

'Kenapa kamu tak beritahu Pak Mat. Pak Mat rindu kamu Hana. Selalunya dulu balik dari sekolah, kamu singgah sini beli keropok. Sekarang tinggal kenangan dah. Dah besar panjang kamu ye'.

Aku tergelak dengan kata kata Pak Mat.

'Saya datang sini nak borong lah ni. Borong kedai Pak Mat. Boleh?'.

Aku melihat Pak Mat menggeleng kepala. Sudah tahu akan aku yang suka mengusiknya.

'Ada ada sahaja kamu ye. Dari dulu lagi suka menyukat Pak Mat ye'.

Aku tergelak sekali lagi.

'Saje je nak ceriakan hari Pak Mat'.

'Ye la. Haa kamu datang nak beli apa?'.

'Santan sekilo Pak Mat'.

Pak Mat mengangguk lalu berjalan ke arah peti. Santan dikeluarkan lalu diletakkan di atas kaunter.

'Ada apa lagi?'.

Aku berfikir sejenak.

'Takde dah kot Pak Mat. Itu sahaja'.

'Kamu datang dengan siapa ni?'.

'Tu. Dengan Nad la Pak Mat. Siapa lagi kawan rapat saya dari dulu'.

Pak Mat tersenyum. Dia sudah tahu. Sahaja je nak ajak berbual. Lama sudah dia tidak mendengar khabar berita dari wanita ini selepas dihalau keluar oleh keluarga sendiri. Pak Mat menggeleng kepala.

'Kenapa Pak Mat?'.

'Takde apa laa. Ni hah. Pak Mat nak tanya sikit. Tapi harap kamu tak terasa lah ye'.

Aku mengangguk sedikit. Aku macam sudah agak apa yang bakal ditanya tapi senyap dahulu.

'Kamu dah jumpa ke dengan keluarga kamu?'.

Aku hanya mampu diam. Tak mampu berkata kata. Yer la. Aku kalau boleh memang taknak jumpa diorang. Buat aku marah. Tapi bagaimana pun, terselit juga rindu pada mereka terutama kak Farah dengan abah.

'Hmm belum lagi'. Perlahan sahaja suara aku. Malas nak panjang panjang.

'Hari itu Pak Mat terserempak dengan kakak kamu si Intan. Dia sekarang nampak kurus sangat. Entah apa jadi. Sebab selepas kamu keluar dari kampung ni, Pak Mat malas nak ambil kisah pasal mereka. Tapi abah kamu tu, Pak Mat merisik juga la dengan orang kampung. Tapi diorang selalu datang sini, beli barang. Selalunya Umi kamu dengan Intan tu. Cuma itulah, datang tidak berduit la'.

Aku yang mendengar terkejut. Tidak berduit? Tapi bukan ke kak Farah dah bekerja. Takkan tak salurkan duit pada Umi dengan abah.

'Tapi takkan datang selalu tak bayar?'.

'Diorang bayar cuma kadang kadang tu hutang juga. Tapi Pak Mat malas kisah. Pak Mat iyakan je. Diorang pun bukan selalu berhutang. Cuma bulan ni diorang belum bayar lagi'.

'Berapa tu Pak Mat?'

'10 ringgit. Tapi takpelah. Pak Mat ikhlas tolong diorang. Kesian'.

Aku hanya mengangguk. Aku melilau mencari Nadia. Mana pula dia pergi ni.

'Nah. Hehe sorry lambat'.

Aku berpaling. Mak ai. Banyaknya.

'Kau bayar eh Hana. Aku lupa lah. Aku takde cash'.

'hmm kau. Nah Pak Mat. Berapa semua sekali?'.

'Hmm jap. Semua sekali 18 ringgit'.

Aku membuka purse lalu menghulurkan duit.

'Yang lagi 100 ringgit tu Pak Mat simpan. Nanti kalau Umi ke abah ke datang beli barang. Kasi je diorang. Cakap yang dah ada orang tolong bayarkan. Cuma Pak Mat jangan bagitau la saya yang bayarkan'.

Pak Mat tersenyum.

'Terima kasih ye Hana'.

Aku hanya mengangguk. Senyuman diberikan pada orang tua itu. Kemudian kami berlalu pergi. Sedang aku ingin keluar dari kedai, bahu aku dilanggar oleh seseorang. Barang yang aku pegang sudah terjatuh.

'Ya Allah kak. Sorry. Tak sengaja. Saya nak cepat ni'.

Orang itu kemudian menolong mengutip semua barang yang jatuh. Kemudian dihulurkan pada aku. Wajahnya menunduk.

'Takpe akak. Saya minta maaf ye'.

Dia mengangkat muka. Senyuman yang meniti di di bibir kami berdua mula hilang. Hanya getaran yang terasa di seluruh badan aku.

'Hana? Adik? Ya Allah kak Intan ni. Adik kenal tak?'.

Setitik demi setitik air mata mula mengalir. Aku melihat dia sudah menangis kecil.

'Ya Allah adik. Akak rindu sangat kau. Kau ke mana selama ni?'.

Aku menggeleng kepala beberapa kali.

'Maaf ye. Saya kena gerak dulu. Dah nak hujan'.

Tapi tangan itu menahan aku daripada berlalu pergi.

'Kau tak rindu Umi ke? Abah? Kak Intan? Kitorang rindu sangat adik. Abah sampaikan sakit sekarang sebab terlalu rindukan adik'.

Aku membulatkan mata. Nafas aku seakan terhenti. Abah sakit? Allah.

'Baliklah adik. Kitorang tahu kitorang banyak salah pada adik. Jujur akak cakap, akak rasa bersalah sangat dengan adik. Akak me..menyesal sebab buat adik macam tu'.

Aku menangis. Ya Allah aku rindu pada mereka tapi seakan hati ini menghalang untuk berjumpa dengan mereka. Apa perlu aku buat?

'Insyaallah nanti kalau saya free saya pergi. Sekarang busy. Saya pergi dulu. Assalamualaikum'.

Aku berlalu pergi dengan langkah yang berat. Fikiran aku masih berfikir tentang keadaan mereka. Benarlah cakap Pak Mat. Intan terlihat sangat kurus berbanding dulu. Tapi kenapa?

'Kalau boleh cepatlah ye. Akak tak paksa cuma kesian Umi dengan abah. Abah selalu meracau malam malam panggil nama kau dik. Tu je la akak boleh cakap. Umi pun begitu jugak. Akak buntu. Dari dulu akak cari kau tapi tak jumpa. Harap kau pertimbangkan la. Waalaikumusalam'.

Aku terhenti. Air mata mengalir dengan laju. Nadia di sebelah hanya menepuk bahu aku perlahan.

'Jom masuk kereta dahulu'.

Aku mengangguk.

Seusai masuk, aku menyembangkan kepala aku di atas stereng kereta. Aku menangis teresak esak. Nadia memandang aku dengan perasaan sebak. Dia menepuk bahu aku perlahan mengusir kesedihan aku. Aku mengangkat muka memandang dia.
Nadia tersenyum kearah aku.

'Nad. Aku..aku tak kuat. Sumpah aku cakap. Aku lemah lepas intan bagitau yang abah sakit. Salah aku ke Nad? Sebab aku ke abah sakit?'.

'Tak Na. Kau tak salah. Semua ini supaya bagi pengajaran. Aku bukan nak kurang ajar pada abah kau cuma mana tahu dia sakit sebab Allah nak hapus dosa dia ke. Haa macam tu. So kalau kau rasa bersalah pada diri kau, kau pergilah lawat diorang. Takpe aku dengan mak teman kau kalau kau tak kuat. Okey?'.

Aku memandang dia. Aku mencebik. Dan sekali lagi aku menangis. Nadia mengheret aku dalam pelukannya.

'Dah dah jangan nangis. Aku kan ada. Cengeng lah kau ni. Aku dah janji kan kalau kau susah, aku pun turut rasa susah'.

Aku mengangguk dalam pelukannya.

'Janji kau teman aku Nad. Aku tak kuat pergi sorang sorang erk'.

Aku merasakan yang dia mengangguk beberapa kali. Lega aku mendengarnya.

Abah, tunggu adik tau. Adik rindu abah. Abah janji yang abah takkan sakit lagi kalau adik datang. Adik taknak kalau abah sambut adik dalam keadaan sakit. Adik taknak tengok. Jadi abah jaga diri ye. Tunggu adik tau.





























Continue Reading

You'll Also Like

114K 5.5K 53
TYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu...
114K 3.9K 66
"You play the game, and I'll determine if you score." ⚠️Disturbing story, taksuka jangan baca. There's a lot of abusing scene and a toxic relationsh...
66K 1.7K 48
Rumah tangga yang bahagia dibina tapi kurang seri tanpa kehadiran cahaya mata. Adra Faiqa makan hati kerana tomahan yang diterima kerana belum diberi...
368K 19.7K 86
Bagi dia umur 16 tahun tidak berhak untuk bercinta.... Bercinta hanya akan menyakitkan hati dan menyusahkan duit untuk membeli topup.Itulah makna 'be...