Takdir Hidup Raudhah || [C] (...

By hzrh_nrl

51.1K 1.4K 20

Disebabkan satu kejadian yang menimpa Hana Raudhah, dia tak percaya lagi kakaknya, Intan dan kawan sekelasnya... More

chapter 1✔️
chapter 2✔️
chapter 3✔️
chapter 4✔️
chapter 5✔️
chapter 6
chapter 7
chapter 8
chapter 9
chapter 10
chapter 11
chapter 12
chapter 13
chapter 14
chapter 15
chapter 16
chapter 17
chapter 18
chapter 19
chapter 20
chapter 21
chapter 22
chapter 24
chapter 25
chapter 26
chapter 27
chapter 28
chapter 29
chapter 30
chapter 31
chapter 32
chapter 33
chapter 34
chapter 35
chapter 36
chapter 37
chapter 38
chapter 39
chapter 40
chapter 41
chapter 42
chapter 43
chapter 44
chapter 45
chapter 46
chapter 47
chapter 48✔️
chapter 49✔️
chapter 50✔️
chapter 51✔️
chapter 52✔️
chapter 53✔️
chapter 54✔️
chapter 55✔️
chapter 56✔️
chapter 57✔️
chapter 58✔️
chapter 59✔️
chapter 60✔️
chapter 61✔️
chapter 62✔️
chapter 63✔️
chapter 64✔️
chapter 65✔️
chapter 66✔️
chapter 67✔️
chapter 68✔️
chapter 69✔️
chapter 70✔️
chapter 71✔️
chapter 72✔️
chapter 73✔️
chapter 74✔️
Penutup✔️
Promote time!

chapter 23

508 22 0
By hzrh_nrl

Sepanjang berada di Penang, kami berkunjung ke Bukit Bendera. Dan tidak ketinggalan untuk membeli jeruk Pak Ali. Benda penting kalau pergi Penang ni tau. Dan tidak lupa juga untuk try nasi kandar. Not bad but nice.

Petang itu, kami sudah ingin bertolak pulang. Minggu hadapan kami pelajar form 5 akan menduduki peperiksaan percubaan spm. So lawatan ini juga merupakan program untuk menenangkan fikiran kami sebelum exam. Walaupun trial je dulu tapi cikgu kami menyuruh kami anggap ini merupakan exam spm kerana ia juga penting. Trial ni dianggap markah spm yang sebenar juga jika sesuatu terjadi pada kertas spm nanti. Sebagai langkah berjaga-jaga kiranya.

Perjalanan pulang ke sekolah semula mengambil masa kira-kira 8 jam kerana sebelum pulang, kami berhenti di padang kota menikmati makanan yang terkenal juga di Penang. Pasembor. Jadi kami mengambil peluang ini untuk menikmati makanan ni. Nice.

********

Esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Segala persiapan telah aku lakukan. Balik dari lawatan itu,aku rasa minda aku menjadi segar(?). Balik dari sekolah, aku akan mengurus diri aku dahulu. Lebih kurang pukul 5 petang, baru aku mula mengulang kaji pelajaran. Aku akan membuat latih tubi dengan soalan past year spm. Dengan itu, aku dapat mengingati segala formula yang telah diajarkan oleh guru aku. Pukul 6.30 , aku akan berhenti sekejap dari belajar. Aku akan berehat di pondok kebun abah sambil menemani abah yang sibuk menanam sayuran. Aku juga turut membawa nota kecil sebagai persediaan.

Kadang-kadang, Nadia juga akan datang di kebun abah untuk mengulang kaji bersama aku. Dia juga akan membawa buku latihan bersamanya. Tetapi hari ini dia tidak dapat datang kerana ada masalah. Biar lah.

'Anak abah buat apa tu?'.

Soal abah tiba-tiba di tepi aku. Aku terkejut seraya berpaling kearah abah.

'Aih abah ni. Terkejut adik tau. Tiba-tiba sergah adik macam tu'.

Geram aku dengan abah ni tau. Suka sergah aku macam tu je. Bukan nak tepuk aku dulu ke, bagi salam dulu ke.

'Eh abah pula salah. Dia yang termenung tak ingat dunia salahkan orang kalau dia terkejut'.

Aku hanya melihat abah. Abah sedang mengelap peluh yang masih setia di wajahnya. Nampak sedikit keletihan terpampar di wajah abah. Abah sudah tua tapi masih lagi kuat mencari rezeki walhal akak sudah ada untuk menampung makan kami semua. Tapi aku tahu yang abah tak suka meminta. Sebab tu aku jarang nampak abah meminta duit ke dari akak melainkan kalau terdesak. Abah bagitau yang dia taknak menyusahkan akak. Lagipun akak sendiri ada kehidupan dia juga. Nak tanggung makan minum dia. Nak tanggung banyak lagi.

'Dah kenapa tengok abah macam nak telan abah je?'.

Aku sekali lagi terkejut.

'Hihi takde lah. Saja je tengok abah. Kesian abah penat. Nanti adik lah pula ganti tempat abah. Setiap petang adik datang sini jenguk tanaman abah. Abah duduk rumah je. Boleh?'.

'Tak payah susah-susah lah adik. Abah kuat lagi. Penat sikit je. Adik tu belajar. Esok trial. Lagi 2 bulan nak spm. Belajar rajin-rajin. Nanti dapat gaji kongsi lah dengan abah. Nak juga merasa gaji anak sendiri. Ye dok?'.

Aku tersenyum mendengar apa yang abah katakan. Memang benar. Kalau nak berkat dalam kehidupan. Bila dapat gaji pertama tu, kongsi dahulu dengan ibu bapa terutamanya. Belanja makan ke. Belanja apa-apa lah. Itu salah satu cara nak dapat keberkatan dalam setiap perbuatan kita. Jangan pernah ada perasaan kedekut dalam diri untuk mengeluarkan want pada ibu bapa. Ingat. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.

'Hehe boleh abah. Abah cakap je nak apa. Semua adik bagi. Nak kfc terus sampai. Nak coklat petik jari. Nak apa lagi?'.

'Nak menantu la bila adik besar. Hahahhahah'.

Aku menjeling geram pada abah. Orang tanya serius dia jawab main-main pula.

'Abah ni. Adik tanya betul-betul ni. Abah jawablah betul-betul. Jangan main-main'.

'Lah betul lah abah cakap. Dah dewasa nanti abah nak menantu. Betul kan?'.

Aku senyap. Taknak jawab. Merajuk ye geng. Aku berpeluk tubuh sambil menukarkan arah badan aku ke arah lain. Nak tunjuk protes.

'Merajuk pula wahai puteri. Hahahha abah gurau je. Nak tengok reaksi adik macam mana. Ye la. Abah rasa nak pergi tengok wayang lah. Nanti bila adik dapat gaji, adik bawa abah dengan Umi tengok wayang okey?'.

Aku mengangguk kepala beberapa kali tanda setuju. Aku akan simpan kata-kata abah sebagai satu kewajipan pada aku. Aku nak berjaya. Aku nak belanja abah dengan Umi.

Tapi mendengar sahaja perkataan umi, aku terus sebak. Entah sampai bila umi akan marah aku. Sampai bila umi akan melintarkan kata-kata kesat dan cacian pada aku. Setiap hari ada sahaja perkara yang aku lakukan tidak kena di mata Umi. Ada sahaja perkara yang ingin umi gaduhkan dengan aku. Tapi jika aku melawan, aku akan dipukul teruk oleh umi. Tidak dibenarkan menjamah makanan selama beberapa hari. Peritnya hidup aku. Tetapi aku tetap sabar. Tetap percaya yang setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

'Jom balik. Dah lewat ni'.

Ajakan dari abah menghentikan lamunan aku pada Umi. Jika menyentuh tentang Umi, aku jadi sebak. Ingin menangis. Tapi aku tahan semua itu. Tidak mahu tunjuk kesedihan aku di hadapan orang walaupun abah dengan akak. Tidak mahu membuatkan mereka risau dengan keadaan aku.

Melihat figura abah yang semakin jauh, aku terus bangun. Mengejar langkah abah yang semakin jauh ke hadapan.

'Abah tunggu adik'.

'Cepat sikit'.

Benarkah ada pelangi selepas hujan?

********

Malam itu, sebelum tidur aku membuat sedikit revision subjek bahasa melayu memandangkan esok merupakan subjek bahasa melayu. Aku hanya membaca peribahasa dan simpulan bahasa.

'Esok adik exam. Awak dengan Intan taknak ikut ke bagi semangat pada adik?'.

Kedengaran sayup suara abah mengajak Umi dengan kak Intan untuk datang ke sekolah aku esok.

Aku bangun dari kerusi dan pergi kearah pintu. Aku melekapkan telinga aku pada pintu untuk mendengar perbualan mereka dengan lebih jelas.

'Taknak saya. Daripada bazirkan masa pergi sekolah tengok budak tu, baik saya duduk rumah belek majalah. Ada faedah juga. Apa yang saya dapat kalau pergi kat sekolah esok?'.

Soal umi kembali.

'Bagi semangat pada adik lah. Dia exam esok. Awak sebagai ibu dia patutnya bagi sokongan masa dia tengah berperang dengan soalan. Ni tak asyik tunjuk muka panas baran awak tu je. Kesian dia saya tengok'.

'Eh abang. Tak ingin saya tengok budak tu. Kalau boleh bayang dia pun saya taknak tengok tau dalam rumah ni. Tapi sebab abang sayang lagi budak tu, saya tahan je. Kalau bukan sebab abang, dah lama saya halau dia dari rumah ni tau. Dia bukan lagi anak saya. Buat apa simpan dia dalam rumah ni'.

'Astaghfirullah. Apa awak cakap ni Rita. Ingat sikit yang dia tu anak kita. Istighfar banyak-banyak. Besar mana sekalipun kesalahan dia, jangan pernah tak mengaku yang dia tu anak kita. Anak ni anugerah Allah pada kita tau. Ingat sikit Rita'.

'Ah apa-apa lah. Keputusan saya muktamad. Saya taknak ikut awak pergi sekolah esok. Jijik saya dengan budak tu'.

Aku tidak dapat menahan diri aku dari tidak menangis. Aku lemah. Laju sahaja air mata aku mengalir. Aku jatuh terduduk sambil memeluk kaki aku dekat pada badan. Aku menangis teresak-esak. Aku tak kuat.

Kenapa Umi? Kenapa? Jahat sangat ke Hana di mata Umi? Jahat ke? Sampaikan Umi dah tak mengaku Hana anak umi. Allah. Dugaan apakah ini ya Allah?

Dan malam itu, aku tidur bertemankan air mata. Gugur sekali lagi. Entah keberapa kali aku pun tidak tahu.

Tapi aku tetap sabar. Kerana aku tahu sabar itu indah.













Vote dan comment.

Continue Reading

You'll Also Like

206K 4.8K 45
" Uncle, Auliq tu kan anak angkat uncle. Jadi, tak eloklah kalau dia jadi menantu mama nanti, " balas Shah apabila Encik Khai membayangkan mereka ber...
8.1K 627 15
CINTA IBARAT BUKU TEBAL TANPA MUKA TERAKHIR YANG HARUS DIPELAJARI HINGGA MATI~ TENGKU FAWAZ TAWFEEQ, SIAPA SAJA YANG TIDAK KETAHUI PEMILIK NAMA ITU...
390K 11.1K 57
#2019/2020 Coverby:@nurshaziera Sequel dari STMA Ini kisah mengenai Ainul Raniya yang sudah berubah dan sudah pulih dari masalah kesihatannya. Izham...
55.1K 5.9K 62
﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iai...