|| B36 ||

1.9K 63 0
                                    

   Welcome back to chapter 36. Lama dah kan author menyepi HAHA tapi sebab spm ya. Kalau tak memang rajin lah author update. Alhamdulillah sekarang dah jadi penganggur geseran * iykyk* seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. 10 votes diperlukan utk buka chapter 37

    SIAPA sangka kini sudah masuk bulan ramadan dan sudah 1 tahun lebih Intan Sofea dan Tengku Arash bertunang. Mereka masih lagi macam dulu sudah bergaduh tapi semuanya dimulai oleh Intan Sofea.

'Betullah orang cakap perempuan ni suka cari gaduh.' Itu yang Tengku Arash cakap ketika Intan Sofea tiba-tiba mencari pasal dengannya tanpa sebab.

"Kau orang balik Malaysia tak raya ni?" Tanya Tengku Arash ketika menghubungi gadis itu. "Tak. Kami raya di sini sebab saya tak dapat cuti lama. 3 hari je cuti raya kena bagi." Intan Sofea menjawab.

Gadis itu sedang duduk bersantai di beranda biliknya sambil mengupas buah epal. Dia tak puasa hari tersebut jadi dia bolehlah makan sesuka hati. Namun dia menghormati keluarganya yang berpuasa jadi dia cuma makan di dalam bilik.

Alice juga menghormati Intan Sofea dan Salehah. Dia tidak menunjukkan yang dia makan di hadapan mereka berdua. Malah dia turut sama berpuasa dengan mereka berdua.

"Alahhh. Baru nak bergambar sama-sama tahun ni." Rajuknya. "Jangan nak mengada ya Rash. Ingat 3 hari tu cukup ke kalau saya balik Malaysia? Sorrylah tahun depan je lah." Ujarnya.

"Tak nak. Nak juga tahun ni. Kalau begitu aku  je lah pergi sana." Cadang Tengku Arash. "Tak perlu lah Rash. Mesti awak kerja kan? Nanti-nanti je lah bergambar semua tu." Katanya lagi lalu menggigit epal itu.

"Tak puasa ke?" Soal Tengku Arash bila terdengar gadis itu mengunyah makanan. "Ha'ah tak. Kenapa?" Soal Intan Sofea semula.

"Dengarlah kau mengunyah." Ujarnya. "Heheheh ok lah sorry Rash." Katanya. "Nanti jangan lupa ganti puasa." Pesannya. Memang tiap hari Tengku Arash banyak berpesan. Setiap hari pasti dia akan ingatkan gadis itu agar tidak lupa solat dan sebagainya.

"Korang dah buka puasa ke?" Tanya Intan Sofea. "Sekarang dah jam 10.30 malam pun kat Malaysia Sofea. Kat sana baru pukul 3.30 kan?" Tekanya.

"Ha'ah. Oh dah lewat. Habis kenapa awak tak tidur lagi? Esok tak kerja ke?" Tanya dia prihatin. "Kejap lagi nak kena gerak ni. Aku pergi Jepun. Nak kirim tak?" Intan Sofea menjawab.

"Tak perlu. Susah lagi nak hantar pergi sini."

"Alah mana susah. Aku beli je terus suruh pekerja dia hantar terus pergi rumah kau." Katanya. "Tak payah lah buat susah je lah Rash." Intan Sofea tak memanggilnya abang kerana dia tak biasa lagi serta dia tak nak memanggil lelaki itu abang atau panggilan manja yang lain. Cukuplah sekadar menganggap lelaki itu sebagai kawan terlebih dahulu sebelum mereka nikah nanti.

Dia tak nak bercinta dengan lelaki itu. Cukuplah sedar berkawan dahulu. Tengku Arash menghormati keputusan Intan Sofea. Dia tahu bukan mudah untuk Intan Sofea membiasakan semua ini walaupun sudah setahun lebih mereka bertunang.

"Oh ya kau pakai baju warna apa raya tahun ni? Saja tanya." Tanya Tengku Arash. "Entahlah. Hijau kot. Awak?" Intan Sofea menjawab dan bertanya kepada lelaki itu. "Hijau lah. Dah tunang kita pakai hijau kita pakai lah juga. Baru sepadan kan Sayang." Dia sengaja mengusik.

"Mengada je lah Rash. Dah lah saya nak keluar dengan kak Diana jap." Beritahunya. "Hmm ye lah. Jaga diri kat sana faham?" Tengku Arash berpesan. "Fahamlah. Awak asyik cakap benda yang sama berulang kali tau." Aku dah naik bosan dengan ayat yang sama berulang kali.

"Saja sebagai peringatan Sofea." Itu jawapan yang kerap Tengku Arash bagi kepada gadis itu.

       INTAN Sofea tak mengikuti keluarganya ke Masjid Madini yang terletak di kota Zurich itu. Memang itu salah satu masjid yang terdekat dengan mereka. Intan Sofea menemani kakak iparnya yang sedang sarat mengandung itu di rumah.

I'm The OneWhere stories live. Discover now