|| B25 ||

2.5K 103 0
                                    

     wow cepat ek kali ni author update hehehehe lagipun dah janji kan. Kalau korang vote cerita ni and reach apa yang author nak kam which is only 10 votes je cepatlah habis cerita ni kalau korang rajin vote untuk setiap bab

-----------------------------------------------

     INTAN Sofea cuma pandang sahaja Puan Suzana menyarungkan cincin pertunangan ke jari Diana. Mereka duduk di atas pelamin kecil yang dihias sendiri oleh Diana.  Dorang masuk meminang terus bertunang untuk menjimatkan masa.

"Adik jangan lah sedih nanti adik bertunang dengan Arash along buat meriah ok?" Kata Isyam yang duduk bersama dengan adik dia. Intan Sofea cuma menjeling.

Semua kaum wanita duduk berhampiran dengan Diana dan keluarga perempuan dia yang lain. Intan Sofea je duduk dengan kaum lelaki.

Ada jugalah ahli keluarga Diana menjeling ke arah Intan Sofea. Gadis itu nampak sangat rapat dengan Isyam. Sempat juga mereka ambil bergambar. Isac pun menyempit juga.

Isyam dan Diana duduk di atas pelamin kecil itu. Nak bergambar konon. Intan Sofea dan Isac pula duduk di bawah khemah untuk makan.

"Bila along nikah?" Tanya Intan Sofea. "Lagi 3 bulan. Kalau adik nak nanti angah bagitau Arash suruh masuk meminang ya? Bersanding sekali dengan along nak?" Tanya Isac.

"Ish tak nak lah. Orang tak nak lah dekat dia" Ujar Intan Sofea sambil memuncungkan bibirnya. Isac cuma tertawa kecil.

Tidak lama kemudian Isyam keluar dari rumah lalu panggil adik dia. "Kenapa along?" Tanya Isac. "Jom masuk dalam. Kak Diana korang ajak bergambar" Beritahunya.

Isac dan Intan Sofea cuma angguk kepala. Nasib mereka sudah selesai makan.

Tengku Irham pandang dua orang anaknya itu. Nampak kelam kabut je nak masuk dalam. Dia geleng je kepala tengah gelagat dua beradik tu. Kemudian sambung bersembang dengan bakal besan dia.

"Adik umur berapa?" Tanya Diana. Ni kali ke-3 dia berjumpa dengan Intan Sofea. Dulu Isyam pernah bawa Intan Sofea jumpa dia. Diana pertama kali jumpa Isac.

Isac dan Diana lahir tahun yang sama. Isac bulan 2 manakal Diana bulan 9. Bulan yang sama dengan Intan Sofea.

"Dia 22 tahun" Jawab Isyam. "Oh muda lagi. Dah habis belajar kan?" Tanya Diana. Intan Sofea angguk kepala. Selama 2 kali dulu berjumpa dengan tunang along dia ni mereka keluar beberapa hari lepas.

"IBU cantikkan kak Diana tu" Kata Intan Sofea. Puan Suzana cuma angguk kepala. "Nanti adik bertunang ibu buat macam tu ya? Buat meriah macam along" Kata Puan Suzana.

"Adik lambat lagi lah ibu. Calon pun belum ada" Balas Intan Sofea kemudian tersengih. "Ada. Dah ada calon lah. Rash tu ibu tengok dia usya adik lain macam. Tak macam cara abang-abang adik usya adik tau" Kata Puan Suzana sambil tersenyum.

Dia tahu yang lelaki itu pernah tampar anak dia dahulu. Tapi itu kisah lama. Tak kan nak dikenang kan? Anak dia pun dah tak ingat pasal tu lagi. Sampai bila nak berdendam dengan dia. Biarlah yang sudah berlalu.

"Mana ada lah" Balas Intan Sofea sambil memuncungkan bibirnya. "Arash tu siapa?" Usik Puan Suzana.

"Ish ibu ni" Dia memuncungkan bibirnya. Puan Suzana tergelak kecil. "Ibu gurau je lah. Pergi panggil along turun sarapan" Arah Puan Suzana.

"Abah dengan angah?" Tanya dia. "Abah dah keluar pergi kerja. Angah pun dah keluar awal lagi pergi jogging. Sekejap lagi kot dia balik" Intan Sofea cuma angguk kepala.

Intan Sofea kemudian naik ke atas. Semua bilik mereka berada di tingkat atas. Bilik di bawah dijadikan bilik tetamu.

Pintu bilik alongnya diketuk terlebih dahulu sebelum dia masuk. "Along adik masuk ya" Katanya. "Hmm masuklah" Jawab Isyam dari daalm. Lalu daun pintu ditolak. Dia melangkah masuk.

I'm The OneWhere stories live. Discover now