|| B 51 ||

1.5K 53 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 15 sahaja diperlukan sahaja untuk buka bab seterusnya. Thank you sudi support and have fun guys <3333   



      

          "HUBBY masak semua ni?" Intan Sofea bertanya pada suaminya. "Ha'ah lah. Lagipun Hubby turun kerja petang juga. Awal lagi ni. Makan lah. Lepastu hubby hantar pergi kerja ya." Intan Sofea angguk sahaja dan duduk di hadapan suaminya.

Tengku Arash pun turut makan juga. Bila dilihat isterinya dia kesian pula bila Intan Sofea terpaksa kerja. Dia dah suruh Intan Sofea berhenti kerja tapi Intan Sofea yang tidak mahu.

Konon sebab dia bosan di rumah. Sebab itu lah dia kerja. "Kalau ada anak kan bagus." Dia tak sedar yang dia terlepas cakap. Intan Sofea terus memandang Tengku Arash. Riak wajah Intan Sofea terus berubah.

Dia berhenti makan lalu membawa pinggannya ke singki. "Sayang sorry lah Hubby tak sengaja." Tengku Arash terus memujuk. Intan Sofea tersenyum kelat.

"Tak pa saya faham. Mestilah hubby nak anak kan? Tapi kalau saya mandul. Saya benarkan hubby kahwin baru ya." Ujarnya lalu berlalu pergi. Moodnya terus hilang . Tengku Arash terus menarik tangannya. "Bukan salah Sayang. Salah hubby lah sebab sibuk sangat sampai tak ada masa untuk Sayang. Sorry ok?" Ucapnya.

Intan Sofea tersenyum sahaja lalu menyusap bahu suaminya itu. "Its fine hubby. Dah jom lah hantar saya pergi kerja." Beritahu Intan Sofea.

Tengku Arash mengangguk sahaja lalu mereka berdua berjalan ke ruang tamu. Kunci kereta yang berada di atas meja itu diambil beserta dompet dan telefon miliknya sementara Intan Sofea pula tengah membetulkan tudungnya di hadapan cermin.

Bila dia mahu membuka pintu kereta, Tengku Arash terlebih dahulu membukakan untuknya. Intan Sofea senyum sahaja sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

Bila dia melangkah masuk ke bahagian tempat duduk pemandu Intan Sofea terus menoleh memandang Tengku Arash. "Kenapa Yang?" Tengku Arash bertanya. Intan Sofea sekadar menggeleng sahaja.

Dalam 45 minit macam tu barulah mereka sampai di tempat kerja isterinya. Tengku Arash terus memandu keretanya masuk ke kawasana tempat letak kereta yang khasnya untuk pegawai atasan. Dia ada kad jadi dia boleh sesuka hati masuk.

"Kenapa sampai masuk? Selalu dekat luar je." Intan Sofea bertanya. "Saja. Tak payah lah Sayang nak masuk dari pintu hadapan. Dari sini je. Ni kad pegang ya." Dia menyerahkan kad berkenaan kepada Intan Sofea.

"Eh habis nanti hubby nak keluar?" Intan Sofea bertanya lalu dia mengambil kad berkenaan. "Hubby balik minta ambil Rania lah. Sayang pakai lah kereta ni ya balik." Dia saja nak hantar Intan Sofea pergi kerja. Balik nanti tak perlulah Intan Sofea bersusah payah nak cari teksi mahupun minta hantar kawan kerjanya balik.

Intan Sofea segera memberi kad berkenaan kepada Tengku Arash semula. "Tak perlu lah. Nanti balik saya nak keluar kejap dengan Dira." Intan Sofea memberitahu. "Betul ni tak nak?" Tengku Arash bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Ya betul lah." Balas Intan Sofea lalu dia menyalami tangan suaminya itu. "Saya pergi dulu ya." Tapi belum sempat pun dia keluar dari kereta Tengku Arash menahan. "Kejap lah. Bagi hubby kiss dulu." Katanya.

Terus membulat mata Intan Sofea sebelum dia memandang sekeliling. "Nanti orang nampaklah." Ujarnya. "Tak de lah. Dekat sini pun tertutup dari cctv." Balas Tengku Arash. Dia kemudian mencium dahi isterinya sebelum mencium sekilas bibir milik Intan Sofea.

"Hubby tak balik untuk 3 hari tau. Jadi kalau ada apa-apa call je Rania ya atau call hubby terus." Katanya. Intan Sofea angguk sahaja. Dia sudah biasa ditinggalkan suaminya. Tengku Arash pergi bukan sesuka hati. Dia pergi kerana kerjanya.

I'm The OneOnde histórias criam vida. Descubra agora