|| B43 ||

1.8K 66 2
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. 12 votes diperlukan untuk open bab 44. And please don't be silent readers 😭 kalau tak nak vote at least follow lah author 🤪 thanks sudi support and have fun guys




       

       RUMAH keluarga Intan Sofea dipenuhi dengan keluarga yang datang. Mereka semua berkumpul di sana memandang esok majlis pernikahan gadis itu.

"Ya Allah  anak dara sorang ni buat apa duduk tepi tangga tu? Tak kan rindu kot dekat bakal suami tu? Esok kan boleh jumpa." Usik Diana yang ketika itu sedang menuruni tangga bersama anaknya.

"Eh akak ni tak de lah." Jawabnya. "Habis kenapa duduk sini? Jom pi dapur. Ibu kat sana tu tengah masak jom." Ajak Diana. Intan Sofea sekadar menangguk dan mengekori kakak iparnya ke dapur.

"Ibu masak apa tu?" Tanya Intan Sofea. Dia menghampiri Puan Suzana yang sedang mengacau sesuatu di dalam periuk besar itu.

"Eh adik. So how was your sleep? Harini hari terakhir adik bujang tau. Esok adik dah jadi milik Arash. Adik akan jadi tanggungjawan dia. Adik bukan tanggungan kami lagi." Kata Puan Suzana sambil mengusap kepala anaknya yang berlapik tudung selendang itu.

"Esok jadi bukan lagi anak gadis ibu. Adik milik Arash. Selamanya." Ujar Puan Suzana. Dia cuba menahan sebak di dadanya. Memang susah untuk dia melepaskan anaknya pergi namun dia percaya lelaki itu mampu menjaga dan membahagiakan anaknya ini.

"Ibu jangan lah cakap macam tu. Walau apapun adik tetap jadi anak ibu dan abah." Ujar Intan Sofea yang kemudiannya memeluk ibunya dengan erat. Puan Suzana sekadar tersenyum sahaja dan turut sama memeluk anaknya.

Pada malam itu pula selepas solat isyak kebanyakan daripada kaum wanita terutamanya anak-anak dara duduk di ruang tamu. Masing-masing hendak berinai sedangkan bakal pengantin pula sekadar melihat.

"Wei Sofe kau tak pakai inai ke? Rugi lah kau kahwin tangan tak cantik." Tanya Dira. Si mulut kepoh ini sudah berada di rumahnya sejak kelmarin lagi. Yang paling awal datang. Beria dia nak tolong mereka. Siap tolong hiaskan bilik Intan Sofea lagi.

"Untuk majlis aku sorry girls i tak pakai inai warna merah. I pakai inai warna putih. Esok pagi juga baru boleh pakai sebab dia tak kekal. Boleh basuh dengan sabun dan air. Majlis belah Arash nanti baru aku berinai merah." Beritahunya. Kerana dia nikah memakai baju putih nanti dia tak nak inai pada tangannya nampak lagi menyerlah jadi dia pakai inai putih sahaja.

"Ei minah ni mengada." Omel Ira. "Thanks puji." Kemudian Intan Sofea tersengih. "Esok korang bangun awal tau bersiap awal. Aku tak nak nanti masing-masing kalut tau." Pesan Intan Sofea.

"Macam lah kau nikah di masjid Sofe. Kat rumah ni juga. Tu pelamin nikah kau tengah dipasang tu." Ujar Mira.

"Ye aku tahu lah. Saja ingatkan supaya esok pengantin lelaki dah sampai korang dah sedia angkat dulang." Katanya.

Intan Sofea dan Tengku Arash saling membalas 8 dulang dan 12 dulang. 12 dulang dari pihak perempuan dan 8 dulang pula dari pihak lelaki. Semua dulang hantarnya sudah siap disediakan oleh Lily yang sememangnya mahir dalam hal menghias-hias ini.

"Mana pengantin perempuan tu?" Tanya seseorang. Bila Intan Sofea memaling mukanya dia tersenyum. "Nenek. Atuk. Bila sampai" Dia segera bangun dan menuju ke tempat nenek dan atuknya.

"Baru je. Isyam kan ambil. Lawanya cucu nenek ni. Berseri-seri mukanya ya?" Puji neneknya. Intan Sofea sekadar tersenyum lalu memeluk atuk dan neneknya.

"Ambil seri nek. Pengantin kan." Sampuk Dira pula yang sedang mencari gambar henna di google.

"Nenek, atuk jom lah duduk dulu. Nanti adik hidang air ya." Pelawa Intan Sofea. Kedua orang tua itu sekadar mengangguk sahaja dan menuju ke ruang tamu.

I'm The OneWhere stories live. Discover now