|| B67 ||

1.3K 52 0
                                    

Welcome back to another chapter.  Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya.  30 vote sahaja diperlukan untuk buka bab seterusnya.  Thank you sudi support and have fun guys ♡♡♡♡♡

     TIDURNYA terjaga kerana tangisan dari Arin Daniel. Intan Sofea segera menghidupkan lampu di atas meja bersebelahan dengan katil itu. Dia tidak menghidupkan lampu utama bilik mereka kerana tidak mahu menggangu suaminya tadi.

Sudah seminggu sejak kelahiran si kecil itu, bermakna sudah seminggu juga dia menjalani sesi berpantang. Pada hari kedua kelahiran si kecil itu, barulah dia dibenarkan balik. Sekarang dia berpantang sahaja di rumahnya.

Puan Suzana lah yang menjaga dia tika berpantang ini. Tengku Farida pun ada tolong juga. Kerana ini kelahiran anak sulungnya, memang Puan Suzana agak tegas sedikit dalam sesi berpantang Intan Sofea.

Bayi itu terus senyap sahaja bila jumpa apa yang dia mahukan. Intan Sofea tersenyum bila melihat mata anaknya itu. Tidak dinafikan dia cemburu bila melihat mata bulat milik Arin. Tidak lupa juga bulu mata anaknya yang lebat. Kening pula ikut kening suaminya. Tebal dan cantik sahaja bentuk keningnya.

Sedang dia melayan perasan menjadi seorang ibu, tiba-tiba terasa pipi kirinya basah. Dia terus menoleh ke arah kiri. Dilihat suaminya yang turut sama duduk di sampingnya. Entah bila Tengku Arash bangun, dia pun tidak tahu.

"Kenapa tak kejutkan hubby?" Dia bertanya. Dia sudah janji akan turut berjaga jika Intan Sofea bangun tengah malam. Suaminya itu banyak juga membantu dalam sesi dia berpantang ini.

"Saya tak nak kacau hubby. Sebab hubby nyenyak je tidur." Walhal Tengku Arash bukannys tidur sangat pun. "Kacau je lah. Hubby dah janji kan nak berjaga sama-sama kalau Arin ni bangun tengah malam." Ujarnya.

"Hubby bila nak masuk kerja semula?" Intan Sofea bertanya. Bunyi macam menghalau suami sahaja. "Amboi Sayang. Macam tak nak je hubby cuti." Intan Sofea sengih sahaja.

Walhal baru mahu dekat 2 minggu dia cuti. Dia memang sengaja minta cuti lama sikit sebab nak jaga isterinya lah. Bila je lah dia ada peluang nak rehat panjang. Nanti masuk kerja, mula lah dia sibuk semula. Entah-entah seminggu dia tak balik.

"Bukan nak halau tapi hubby tu cuti lama sangat. Tak pe ke? Nanti gaji hubby macam mana?" Dia bertanya. Risau juga jika tiba-tiba suaminya itu dibuang kerja.

Arin yang sudah selesai menyusu itu diletak semula di atas katil
Bantal pula diletak di tepi kanan bayi itu. Intan Sofea tidur di antara Arin dan suaminya. Tengku Arash mana boleh tidur tidak peluk isterinya.

Sepatutnya bayi itu di tengah, di antara mereka. Tapi Tengku Arash yang tak nak. Mujurlah katil mereka besar dan luas. Jika tidak pasti lelaki itu tidur di bawah.

"Hubby cuti tanpa gaji Sayang. 1 bulan tu hubby minta cuti. Lagi 2 minggu hubby cuti." Dia tak dapatlah cuti sampai Intan Sofea habis berpantang. Dia pun kesian juga dekat kawan sekerjanya yang terpaksa mengambil kerjanya. Mereka terpaksa kerja lebih hari kerana mengambil tugas Tengku Arash.

"Tak pa lah. Asalkan hubby ada cuti kan." Balasnya. Tengku Arash senyum sahaja lalu mencium pipi isterinya. "Dah. Jom tidur." Wanita itu mengangguk sahaja. Dia tidur menghadap suaminya. Tengku Arash terus memeluk pinggang isterinya itu.

"Hubby lupa nak kata. Esok kawan-kawam hubby datang melawat Arin." Beritahunya. Hampir sahaja dia lupa. Intan Sofea sekadar mengangguk. Wajahnya dieembunyikan di dada suaminya yang tidak berbaju itu. Tengku Arash memang suka tidur tanpa berbaju. Hanya berseluar pendek paras pahanya sahaja.

Sudah menjadi kebiasaannya sejak dia bujang lagi. Sampai sekarang perangainya itu tidak berubah walaupun sudah mempunyai anak.





     "KENAPA hubby?" Dia bertanya pada suaminya yang baru masuk itu. "Pakai tudung. Kejap lagi kawan-kawan hubby sampai." Semalam dia ada juga bagitahu pada Intan Sofea yang kawan-kawannya mahu datang melawat. Mereka baru ada masa lapang. Jadi terus semua berjanji mahu melawat bersama-sama. Mereka tak sabar nak tengok wajah anak sulung kepada Tengku Arash dan Intan Sofea itu.

Mereka berdua ada juga post dekat laman sosial mereka berkenaan berita kelahiran si kecil itu. Tapi wajah Arin Daniel mereka sengaja tutup. Belum tiba masanya di kecil itu mendapat perhatian orang ramai. Mereka tidak mahu privasi mereka diganggu.

Biarlah hanya keluarga dan sahabat terdekat sahaja yang tahu wajah Arin Daniel yang comel itu. Mereka bukan apa, takut pula jika gambar Arin Daniel tersebar dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan sembarangan gambar si kecil itu. Kita bukan tahu hati orang ni macam mana.

Bila Intan Sofea naik ke atas untuk mengambil tudung, Tengku Arash menuju ke tilam nipis yang terbentang di ruang tamu itu. Bibirnya mengukirkan senyuman bila melihat anaknya yang nyenyak itu.

"Anak papa ni tidur je kerja dia." Tak tidur, dia menangis pula. Tapi apa je lah baby berusia 2 minggu itu boleh buat selain tidur, menangis dan membuang air kan? Kang dia bercakap terkejut pula mereka.

"Adik mana Arash?" Puan Suzana yang baru keluar dari bilik tetamu itu bertanya. "Naik atas kejap ibu ambil tudung. Kawan-kawan ada datang harini." Dia memberitahu. Matanya tidak lari dari memandang pipi tembam anaknya itu. Geram pula dia tengok si kecil itu.

Arin Daniel memang kuat minum susu. Sampaikan Intan Sofea selalu dahaga bila menyusukan anaknya itu. Mujurlah tidak sampai ke tahap air susunya habis.

"Comel gila anak kau ni Rash. Geram aku tengok. Nak je aku gigit pipi dia tu." Ujar Fakrul. Teruja dia mahu bertemi dengan anak sulung kepada lelaki itu.

Bila dia sampai tadi, bukan Tengku Arash yang dia cari terlebih dahulu. Dia terus menuju ke arah isteri kawannya itu untuk melihat dengan lebih dekat wajah Arin Daniel. 

"Kening dia ikut kau lah. Tapi bulu mata dia ikut siapa? Wife kau ke?" Muaz bertanya. "Ye lah. Ikut bulu mata wife aku. Tak kan mak aku pula." Balas Tengku Arash.

Muaz mengangguk sahaja. "Aku tanya sebab aku tak tahu lah." Bukannya dia pernah tengok muka Intan Sofea secara dekat. Nanti dia buat macam tu ada juga kena belasah oleh Tengku Arash. Tak pasal-pasal muka idaman gadis melayu se Malaysia itu rosak.

"Oh ya mana wife kau? Tak nampak pun." Fakhrul bertanya. Boleh dikatakan rapat juga dia dengan Intan Sofea. Maklumlah kalau dia bercuti pasti akan duduk melepak di rumah Tengku Arash ini.

"Ada dekat dapur tengah tolong mak mentua aku masak. Korang kena habiskan tau apa yang dorang masak." Intan Sofea berkeras juga mahu memasak buat kawan-kawan suaminya itu. Sekarang ini sudah waktu tengah hari pasti mereka lapar nanti.

Tengku Arash kemudian perasan yang Zikri sejak tadi asyik memerhati Arin Daniel. Mata lelaki itu fokus sahaja memandang anaknya yang sedang dia dukung itu.

"Kenapa Zik? Kau nak try dukung ke?" Tengku Arash bertanya. "Hah? Eh boleh ke?" Kemudian Zikri tersengih. "Boleh. Tak kan tak boleh." Tengku Arash kemudian perlahan-lahan menyerahkan Arin Daniel pada Zikri.

Terus pucat muka wajah Zikri bila tiba-tiba sahaja Arin Daniel menangis. Tadi bayi itu senyap sahaja. Tapi bila dia didukung oleh Zikri terus mula menangis.

Tengku Arash tertawa besar melihat wajah pucat kawannya itu. Mungkin Zikri sangka dia punca bayi itu menangis. Sebenarnya tidak.

"Kau jangan takut lah. Dia nangis sebab lapar tu. Daj nak dekat 3 jam dia tak menyusu." Tengku Arash memberitahu. Dia mengambil semula Arin Daniel lalu dia melangkah ke dapur.

Zikri memang dah pucat tadi bila bayi itu menangis. Takut juga dia bila nanti dituduh dia punca bayi itu mengangis. "Kau jangan risau lah." Tengku Arash muncul semula di ruang tamu setelah menyerah Arin Daniel pada isterinya.

"By the way kan. Buat susah je lah korang belikan semua ni. Dah macam kedai dah rumah aku ni." Bukan dia tidak reti nak bersyukur tapi dia tak nak lah susahkan kawan-kawannya untuk keluarkan duit beli barang untuk anaknya ini.

Sudahlah sekarang ini baru pertengahan bulan. Kesian lah nanti hujung bulan dah tak ada duit makan sebab beli hadiah untuk anaknya. Barang untuk bayi ni bukannya murah. Sedangkan susu formula pun harga mencecah RM200.  Semuanya mahal-mahal. Lepastu bukan satu dua barang je. Masing-masing beli banyak hadiah.

"Alah anak pertama kan. Tak salah kami nak celebrate dengan kau." Ujar Muiz.

"Tahu. Tapi hujung bulan korang tak ada duit nak makan, jangan cari aku tau. Aku tak suruh korang datang bawa hadiah." Pesannya. Kang ada pula yang call dia hujung bulan minta duit sebab duit dah tak ada. Nak tunggu gaji masuk lambat lagi

I'm The OneWhere stories live. Discover now