|| B68 ||

1.3K 59 1
                                    

Welcome back to another chapter.  Seperti biasa jangan lupa tekan vote.  30 votes sahaja diperlukan untuk buka bab seterusnya. Thank you sudi support and have fun guys ♡♡♡♡


        TENGKU Arash terus menghampiri isterinya yang sedang mencuci pinggan di singki itu. Lelaki itu kemudian memeluk isterinya dari belakang lalu menghadiahkan kucupan di leher Intan Sofea.

"Hubby ni. Terkejut saya tau. Ingatkan siapa lah tadi." Dia ingatkan Tengku Arash balik malam nanti kerana suaminya itu tidak memberitahu jam berapa dia sampai. Sekadar memberitahu dia balik sahaja.

Intan Sofea sudah habis berpantang. Sudah seminggu berlalu sejak sesi berpantangnya tamat. Tengku Arash pun dah mula kerja semula.

"Ada orang datang ke tadi Yang? Banyak je hubby tengok pinggan ni." Dia bertanya. "Ha'ah ada. Kawan kerja. Harini kan sabtu. Pejabat tutup. Dorang datang lah tadi. Siap bawa hadiah untuk Arin lagi." Intan Sofea memberitahu.

"Patutlah banyak barang hubby tengok dekat ruang tamu tu. Ingatkan barang Sayang beli online." Balasnya. Patutlah bukan kemain banyak lagi barang di ruang tamu. Sampaikan Arin Daniel pun tertutup kerana barang-barang itu.

Belum lagi masuk bilik mereka. Lagilah banyak barang. Semuanya diberi oleh keluarga dan kawan mereka. Nak tolak pemberian mereka tapi apa pula kata mereka kan? Nanti ada pula yang berkecil hati.

"Dah boleh buka kedai sendiri kita ni. Barang banyak betul. Padahal baby nya seorang je." Ujar Intan Sofea. "Alah Sayang kalau Arin tak sempat pakai semua. Untuk adik dia kan boleh tu." Ujar Tengku Arash.

"Amboi hubby. Arin tu baru nak dekat 2 bulan tau. Dah fikir pasal adik dia pula. Saya dah kata kan dulu. Nak sorang je." Tengku Arash terus mencubit pipi isterinya itu.

"Jangan nak mengada-ngada ya Sayang. Sorang mana cukup. Kesian lah dekat Arin nanti tak ada adik-beradik. Sayang pun dulu sunyi kan? Tak kan tak kesian dekat anak?" Sengaja dia menggunakan Arin Daniel sebagai alasan.

"Ah! Saya tak kira. Yang sakitnya, yang penatnya saya bukan hubby. Yang berpantang pun saya lah." Mula dah dia nak membebel tu. Sebelum semakin panjang bebelan isterinya itu, Tengku Arash awal-awal lagi sudah buka langkah besar untuk melarikan diri. Tidak dia mahu mendengat bebelan isterinya itu.

Memang perempuan bila jadi mak ni automatik jadi kaki bebel ke? Tanya je.

"Hah tengok tu. Lari lah tu. Orang cakap benda betul lah hubby." Tengku Arash semakin jauh. Tidak jelas apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

Bila masuk ke ruang tamu, dia kemas apa yang patut dan letak ke tepi barang-barang pemberian kawan kerja isterinya itu. Kesian dekat Arin Daniel. Nanti muka mak bapa sendiri pun tak tahu kalau asyik tengok hadiah sahaja.

Mata Arin Daniel terus terbuka bila mendengar suara papanya. Walaupun dia tidak faham apa yang papa sembangkan itu, dia tetap tersenyum juga. Tangan kecilnya meraba-raba wajah papanya itu.

Bila dia terasa dia terpegang benda tajam, wajahnya berkerut. Tengku Arash tertawa besar melihat wajah cemberut anaknya itu.

"Tengok tu Arin sendiri pun tak selesa dengan muka hubby tu. Dari semalam saya suruh cukur kan. Eiii hubby pergi cukur sekarang." Dia pun geli juga bila pipinya terkena wajah suaminya yang tidak bercukur itu. "Malas lah Yang. You je lah cukurkan boleh?" Kemudian Tengku Arash tersengih.

"Dia sengaja je sebenarnya. Memang dah ada niat kan nak suruh saya cukur." Itu pasal lah Tengku Arash sengaja tidak mahu mencukur jambangnya itu. Dah macam apa dah Intan Sofea tengok. Mentang-mentang lah dia cuti 2 hari. Menjaga bulu di mukanya itu.

I'm The OneWhere stories live. Discover now