|| B74 ||

1.4K 48 18
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 30 votes sahaja diperlukan untuk buka bab seterusnya. Thank you sudi support and have fun guys. Also selamat hari raya ❤️❤️💕

"ABANG, kak Intan buat apa pergi Italy tu?" Tengku Ariqah bertanya pada abangnya. Disebabkan dia malas nak masak di rumah, jadi Tengku Arash balik lah rumah keluarganya. Lagipun sudah lama dia tidak tidur di situ.

"Pensyarah dia bawa pergi situ sebab ada tugasan dorang kena buat." Tengku Arash menjawab. Alat kawalan tv itu dia rampas dari adiknya lalu menukar siaran tv berkenaan.

"Ish apa abang ni. Orang nak tengok yang tadi tu lah." Marah adiknya. Tapi Tengku Arash hiraukan sahaja. "Dah lama aku tak dengar orang panggil aku abang tau." Dia mengubah topik.

Tengku Ariqah mengerutkan keningnya. "Kak Intan tak panggil abang as Abang ke?" Dia bertanya. Abangnya terus menggelengkan kepalanya. "Tak. Dia tak nak." Balasnya. Tengku Ariqah terus bingung sendiri.

"Habis dia panggil abang apa?" Tengku Ariqah bertanya. "Haih Ari. Dah setahun aku kahwin. Tak kan kau tak dengar selama ni dia panggil apa?" Adiknya itu sekadar tersengih sahaja. Dia tak perasan pun selama ini.

"Kamu ni sibuk sangat pasal panggilan kakak ipar kamu dekat abang kamu dah kenapa Ari?" Tengku Faridah bertanya. Dia baru keluar dari dapur tadi. "Entah dia ni. Sibuk je. Baik kau fokus dengan preparation kau bertunang nanti." Ujar Tengku Arash. Suka hati isteri dia lah nak panggil dia dengan gelaran apa sekali pun. Asalkan tidak pelik bunyinya, dia ok sahaja.

Tengku Ariqah tersengih sahaja. "Ya, macam mana dengan persediaan? Dulang semua dah settle kan?" Tengku Faridah bertanya pada si bakal pengantin itu. "Lama lagi lah ma. Lepas raya juga Ari bertunang. Dulang belum siap lagi. Nak minta tolong dekat kak Intan nanti" Jawab gadis itu.

"Apa pula suruh dia yang tolong. Kau buat lah sendiri. Jangan nak buli kakak ipar kau tu ya. Dia tengah pregnant, tak boleh buat kerja yang boleh jadikan dia stress." Ujar Tengku Arash. "Eh? Intan mengandung lagi ke? Dah berapa bulan? Tak bagitahu mama pun." Sampuk Tengku Farida.

"Eh? Rash tak ada bagitahu ke? Oh ya lupa, hehehehe. Dah masuk 4 bulan." Dia memberitahu. Dia lupa sebenarnya kerana berita mengenai kehamilan kedua isterinya ini hanya diketahui oleh keluarga isterinya. "Tapi Arin tu kan baru....8 bulan?" Tanya Tengku Ariqah. "Dah rezeki abang dengan kakak ipar kau Ari. Terima je lah." Kata Tengku Farida.

Tengku Ariqah sekadar mengangguk. Gadis itu kemudian ke dapur. "Kau pergi mana?" Tengku Arash bertanya. "Dapur nak ambil air." Tengku Ariqah memberitahu.

"Ambilkan aku sekali." Tengku Arash kerjanya asyik mengarah adiknya sahaja di rumah. Bukankah itu tugas seorang anak bongsu? Jadi hamba abdi kepada abang dan kakaknya. Tapi saya sebagai anak bongsu, 100% membantah. Tidak adil!

"Ingat Ari ni hamba abdi abang ke? Ambil lah sendiri." Marahnya. Tengku Arash pula selamba sahaja menbalas. "Anak dara tak boleh malas-malas. Aku nak minta tolong ambil kan air pun berkira betul. Dulu kau time spm aku juga yang selalu ambil hantar kau kan. Bukannya" Ungkitnya.

Sementara itu pula di Venice, Intan Sofea sibuk mengambil gambar dari tadi. Bukan selalu boleh ke sini. Apatah lagi bila pihak Universiti yang bawa. Dia dah bayar mahal-mahal kan, tak kan lah ajak pelajar bercuti pun tak boleh. Bukan sikit yuran setiap semester dia.

Dia mengerling jam tangan yang dia pakai. Baru jam 11 pagi, maknanya di Malaysia ketika ini jam 5 petang. Beza masa Italy dan Malaysia ialah 6 jam, sama seperti Switzerland. Malaysia cepat 6 jam.

"Dia dah makan malam ke ya?" Omelnya sendiri. Intan Sofea kemudian bercadang untuk menghubungi suaminya. Mujurlah dia diberi bilik untuk seorang diri dan bukannya berkongsi bilik. Dia bukannya selesa sangat dengan kawan sekelasnya. Selama ini mereka berhubung di dalam media sosial sahaja dan bila bertemu depan-depan, dia jadi kekok.

"MACAM mana di situ ok?" Tengku Arash bertanya. Selepas mendapat panggilan dari isterinya, dia terus masuk ke dalam biliknya kerana tidak mahu perbualan dia dan isterinya didengari oleh orang lain. "Setakat ni ok hubby. Cuma saya tak keluar ikut dorang jalan-jalan" Dia memberitahu.

"Kenapa? Kaki bengkak ke? Sayang tak larat? Kalau tak larat, berbuka lah puasa awal." Ujar Tengku Arash. Suaranya penuh kerisaukan. Siapa sahaja tak risau kan? Sudah mereka berjauhan. Dia nak tolong urutkan kaki pun tak dapat.

"Tak. Bukan sebab tu lah. Dorang pergi gereja. Tapi saya malas nak ikut." Lagipun nanti mereka mahu sembayang di situ. Memang lah boleh tapi tak kan lah dia nak ikut mereka sembahyang pula. Itu sudah melanggar hukum syarak. Haram hukumnya.

"Habis Sayang sorang je ke tinggal? Semua jalan?" Tengku Arash bertanya. "Ha'ah. Tapi hubby jangan risau lah sebab saya dalam bilik hotel juga. Hotel ni selamat." Lebih baik dia bagitahu awal-awal supaya suaminya tidak risau.

"Mesti lah hubby risau Sayang. By the way, Sayang ada call ibu tanya pasal Arin?" Tengku Arash kemudian bertanya. "Tak ada lagi harini. Hubby ada call?" Dia terlupa mahu tanya. Mujurlah Tengku Arash mengingatkan.

"Hubby ada tadi. Tapi sekejap je sebab Arin mengantuk. Ibu kata kelmarin dia asyik meragam je. Makan tu tak lalu." Tengku Arash memberitahu. Apabila anaknya itu melihat wajahnya, terus sahaja Arin Daniel senyap dan memerhati wajah papanya. Mungkin juga dia rindu akan papa dan mamanya sehinggakan dia memberontak.

Sudah 2 minggu sejak Tengku Arash balik ke Malaysia, manakala sudah 2 hari Intan Sofea berada di Italy. Mujurlah esok hari terakhir Intan Sofea berada di Italy. Dia kemudian akan balik ke Switzerland semula.

Tahun ini mereka akan beraya di Switzerland. Jadi Tengku Arash saja lah yang belikan baju raya buat anak dan isterinya. Dia tidak mahu Intan Sofea kerap menaiki kapal terbang ketika tengah mengandung.

Kesian dekat isteri dan anaknya. Arin Daniel pun bukannya suka sangat dulu lama-lama di dalam kapal terbang. Bayi itu akan cepat meragam bila duduk diam untuk tempoh masa yang lama.

"Oh ya Sayang, hubby lupa nak bagitahu. Raya ke-3 kan kita balik sini. Ari bertunang raya ke-10 nanti. Jadi hubby cadang nak ajak Sayang balik kampung lah. Balik Melaka Sayang nak?" Sudah lama juga dia tidak balik ke Melaka, kampung halaman papanya.

Apa salahnya dia ajak isteri dan anaknya balik ke situ. Dapat juga lah Arin Daniel merasa hidup suasana di kampung. Boleh lah bayi itu mengenali ayam dan itik. Ini tidak, jika duduk di bandar, mampu tengok ayam dan itik di pasar raya sahaja. Tak ada yang hidup.

"Melaka? Boleh je. Asalkan tak membebankan hubby. Saya ok je." Dia ikut je ke mana suaminya mahu bawa. Dia kena lah ikut cakap suami. "Hubby dekat rumah mama ke?" Intan Sofea bertanya kerana dia terdengar suara adik iparnya.

"Ha'ah. Hubby malas nak masak jadi buka puasa di rumah mama lah. Suara Ari kuat sangat ke sampaikan Sayang boleh dengar?" Walhal dia berada di dalam bilik dengan pintu bilik tertutup.

Kuat juga suara adiknya itu. Mungkin juga dulu tika Tengku Faridah mengandungkan Tengku Ariqah, dia mengidam makan microphone dan speaker surau. Kalau tak pun, mungkin Tengku Ariqah pernah tertelan 2 benda itu masa kecil-kecil dahulu.

———
Semoga cerita ni sempat disiapkan before wattys this year mula. Tk sabar ni nak join this year sebab last ni author tk join

I'm The OneWhere stories live. Discover now