BAB 40

3K 84 0
                                    

 
   

    AWAL pagi lagi Intan Sofea sudah terpacak di hadapan bangunan syarikat milik Tengku Arizal. Dia ke sana untuk mencari kerja. Itu pun selepas Tengku Farida memberi cadangan.

'Layak ke aku kerja di sini? Mustahil Tengku terima aku sebab aku ni tunang anak dia kan?' Dia berkata di dalam hati. Dia tak nak Tengku Arizal dan beberapa orang yang bakal memilihnya sebagai pekerja di sana mengambilnya bekerja sebab dia bakal menantu kepada Tengku Arizal.

Intan Sofea kemudian melangkah masuk. "Umm bilik interview di mana ya?" Tanya Intan Sofea kepada wanita yang menjaga kaunter tersebut. "Datang untuk interview? Cik naik pi tingkat 5 lepas dah sampai jalan lurus and bila nampak ada pantri cik belok kanan. Sebelah sana ada bilik interview." Beritahu wanita itu. Intan Sofea lantas mengangguk dan berterima kasih sebelum dia melangkah pergi.

Ketika dia sampai di sana kelihat ada lagi beberapa orang yang turut sama menunggu giliran untuk ditemuduga.

"Dah berapa orang kena temuduga?" Intan Sofea bertanya kepada gadis yang berbaju kebaya warna kuning cair itu.

"Dalam 5 orang. Baru sampai ke?" Intan Sofea mengangguk. "Dari mana?" Tanya gadis itu. "Area sini juga tapi tadi kereta ada masalah tu yang lambat datang. Awak?" Intan Sofea berkata.

"Dari Melaka. Saya memang dah lama duduk sini sebab belajar kat KL ni. Tinggal rumah sewa lah." Jawabnya. Mereka berdua nampak sungguh mesra walaupun baru berjumpa.

Dalam 30 minit kemudian giliran Intan Sofea pula. Dia segera masuk ke dalam bilik temuduga itu.

"Cik Intan Sofea kan?" Tanya salah seorang dari mereka. Intan Sofea mengangguk. "Ya itu saya." Dia tak perasan sebenarnya Tengku Arizal ada di dalam bilik temuduga itu kerana Tengku Arash memberitahunya tadi yang papanya ke Johor bertemu klien di sana. Tak sangka pula sebenarnya dia sudah balik.

Bila Intan Sofea memandang hadapan dia terkejut melihat Tengku Arizal. Lelaki itu sekadar tersenyum. Sesi temuduganya berlangsung lebih kurang dalam 20 minit.

"Cik boleh tunggu dalam seminggu dua begitu. Jika cik berjaya kami akan hantar emel ya." Intan Sofea sekadar mengangguk selepas itu dia keluar dari bilik tersebut dan menuju balik.

Sementara itu di bawah Tengku Arash sedang menunggunya. Dia nampaknya berbual-bual kosong dekat wanita yang menjaga kaunter tersebut. Pekerja di sana kebanyakkan mengenali Tengku Arash memandang lelaki itu merupakan pewaris sulung syarikat papanya walaupun dia tidak bekerja di sana.

Jika suatu hari nanti papanya bersara dia lah yang akan menggantikan tempat papanya.

"Hah tu pun dia dah turun." Tengku Arash memberitahu wanita yang bernama Insyirah itu. "Apa awak buat kat sini?" Tanya Intan Sofea. Padahal baru sahaja dia nak call Isyam tadi.

"I come to pick you lah Sayang. Jadi macam mana?  Papa terima tak? I'm getting mad if he doesn't accept you working here Sayang. Kau kan bakal menantu dia." Tanya Tengku Arash. Dia berdiri di hadapan Intan Sofea dengan tangan di dalam poket. 

"Bukan awak kerja ke?" Tanya Intan Sofea. "Kejap lagi lah. Jom kita makan tengah hari dulu boleh?" Tanya Tengku Arash. "Hmm ye lah. Lepastu hantar saya balik ya." Tengku Arash mengangguk dan tanpa amaran dia mengambil beg tangan Intan Sofea dan disangkut di bahu kirinya.

"Mesti berat kan? Biar Encik tunang yang bawakan ya." Ujarnya. Intan Sofea memandang pelik lelaki itu. Dah kenapa ni? Ada jin ke sampuk dia mana-mana.

"Oh ya Syira ni lah tunang aku Sofea. Panggil dia Intan. Sayang ni Syira. Kalau bosan ke tak tahu apa-apa tanya je dia ya." Intan Sofea sekadar mengangguk.

I'm The One Where stories live. Discover now