|| B34 ||

1.8K 73 0
                                    

   
Welcome back to chapter 34 💕 anak2 sekalian jangan lupa tekan vote ya seperti biasa 10 votes diperlukan untuk buka bab 35 😁 author tak kan update selagi tak tercapai target so kalau nak author selalu update untuk cerita ni jangan lupa lah tekan vote ya semua. 10 votes je author minta tak banyak  mana pun kan?

  KERETA Tengku Arash membelok masuk ke simpang tiga kawasan perumahan tempat keluarganya tinggal. Selepas sahaja Tengku Farida menghubunginya suruh balik dengan segera Tengku Arash terus meminta diri dengan Fakrul.

"Assalammualaikum papa mama. Kenapa suruh balik?" Tanya dia. Kata mamanya ada hal mustahak yang kena bincang.

"Pasal kamu." Ujar Tengku Arizal. "Asal pula?" Tanya Tengku Arash. Lain macam aura di ruang tamu ketika itu.

"Ini pasal kamu dan Intan." Tengku Farida pula bercakap. "Kenapa dengan dia? Dia nak kahwin secepat yang mungkin? Bagus lah tu. Bila?" Tengku Arash bertanya tanpa menyedari apa yang dia telah lakukan terhadap gadis itu.

"Bukan setakat kahwin Rash. Baru 2 bulan korang bertunang ada benda berlaku antara korang berdua. Bukan pasal kahwin cepat ke apa." Tengku Arizal berkata. Dia memandang satu-satunya anak lelakinya.

"Intan nak putuskan pertunangan ini. Bukan nak putuskan tapi dah diputuskan." Beritahu Tengku Arizal. Terkejut Tengku Arash bila papanya memberitahu berita buruk ini.

"Putuskan? Kenapa? Sebab apa?" Tanya Tengku Arash. Walhal dia tahu semua ini berpunca darinya. "Sebab kamu lah apa lagi. Kalau kamu tak cari pasal dekat dia semua ni tak kan berlaku. Cemburu punya pasal. Esok papa dengan mama akan berangkat ke Switzerland untuk berbincangkan hal ini. Kamu wajib ada sebab kamu penyebab utama kenapa dia putuskan pertunangan ini." Dengan tegas Tengku Arizal berkata.

"She must be kidding right? Tak kan papa dengan mama nak percaya semua ni?" Soalnya tidak berpuas hati.

"She's not Arash. Cincin pertunangan korang dia dah tanggalkan dan serah pada ibu dan abahnya. Paklong kamu baru bagitau pagi tadi. Mereka nak hantar semula cincin tu dekat kita. Tapi mama kamu halang dan memilih untuk berbincang." Tengku Arizal menjelaskan.

"Semua keputusan terakhir terletak di tangan Intan. Pandai-pandai lah kamu pujuk dia esok. Papa dan mama sekadar berbincang dengan ibu dan abahnya. Kamu patut pujuk dan meminta maaf dekat dia faham?" Tengku Arizal kemudiam berdiri dan berlalu pergi.

        SETELAH kelasnya habis Intan Sofea terus menuju ke gelanggang bola keranjang. Dia ke sana untuk duduk melepak bersama Alice dan Saleha. Mereka berdua itu memang aktif dengan sukan tersebut.

"Hey Intan. You here alone?" Tanya Mike yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan. "Oh hey Mike. No i'm not. Alice  and Saleha are here to play basketball." Jawabnya. Dia kenal lelaki itu kerana mereka pernah melakukan tugasan bersama. Satu subjek sahaja mereka bersama-sama iaitu melibatkan pengiraan.

"Oh. Do you want to play with us? One game only." Tanya Mike. "I'm good. No thank you." Jawabnya. Mike sekadar mengangguk lalu menuju semula ke tempat kawan-kawannya.

"Who is she? The muslim girl? Your's girl?" Tanya Jack. "Nope. Just a friend of me. She is my partner for my recent assignment." Mike memberitahu.

"Oh she not. Then i have a can to get her right?" Ujar Jack. "I bet no. She already has fiancé in Malaysia boy. They will getting marry after she graduate." Mike tahu akan perkara ini kerana dia pernah cakap dekat Intan Sofea yang dia suka terhadap gadis itu. Intan Sofea menolak dengan lembut dan memberitahu bahawa dia sudah mempunyai tunang.

I'm The OneWhere stories live. Discover now