BAB 59

1.7K 57 0
                                    


      MEREKA sudah balik dari Pulau Tioman. Masing-masing sudah menuju balik ke rumah bila bas itu menurunkan mereka di syarikat. Tengku Arash dan Intan Sofea pun terus balik juga. Tapi mereka balik ke rumah hanya untuk meletakkan barang. Malam ini mereka akan tidur di rumah keluarga lelaki itu pula.

"Penat?" Tengku Arash bertanya bila mereka sampai di rumah. Intan Sofea masih di dalam kereta, tengah mengunyah rojak buah yang dia beli tadi. Wanita itu angguk sahaja. "Hubby letak lah dalam rumah. Lepastu kita pergi rumah mama." Cadangnya.

Tengku Arash terus bercekak pinggang di hadapan isterinya. "Eh, mana boleh. Kena unpack dulu lah Sayang, baru pergi rumah mama." Jadi nanti bila dah ke situ, tidaklah perlu fikir pasal baju yang belum dikemas di rumah itu. Tak elok lah kalau selalu tanggguh-tangguhkan kerja. "Tak nak." Bantah Intan Sofea.

"Sayang you better turun dari kereta tu and help me unpack ya. Kalau tak, tak jadi ni tidur sana." Ugutnya. Intan Sofea mendengus dengan geram lalu keluar dari kereta. Dia terus masuk ke dalam rumah, meninggalkan Ryan seorang untuk mengangkut barang mereka masuk ke dalam rumah.

Dari sesi unpacking barang, tiba-tiba Intan Sofea ajak tengok movie dekat tv di dalam bilik mereka itu. Sambil tengok tv, sambil mengemas. Akhirnya terus tak jadi nak pergi ke rumah keluarga Tengku Arash kerana Intan Sofea sudahpun tertidur di atas katil. Tengku Arash tak sanggup nak kejutkan isterinya bangun. Jadi dia biarkan sahaja Intan Sofea tidur.

Selamba sahaja Intan Sofea tidur dengan t-shirt milik Tengku Arash dan seluar pendek paras lututnya. Duvet itu ditarik sedikit untuk menutup kaki Intan Sofea yang terdedah. Bila sudah memastikan Intan Sofea selesa, barulah Tengku Arash meletakkan baju mereka di dalam walking closet milik mereka.

Kemudian dia menghubungi Tengku Farida. "Sorry ma. Macam kami tak dapat balik petang ni. Lambat sikit kot. Kalau balik pun mungkin esok." Dia memaklumkan pada mamanya itu supaya Tengku Farida tidak tertunggu-tunggu mereka kedua.

"Kenapa pula?" Tengku Farida bertanya dari dalam talian. "Sofea ni ma, dah tidur. Rash malas nak kejutkan dia. Nanti dia bangun baru tanya lah sama ada dia nak balik malam ni or esok." Dia memang memanggil Intan Sofea dengan nama 'Sofea' di hadapan keluarga mahupun kawan-kawan mereka.

Tapi hanya dia seorang sahaja boleh memanggil Intan Sofea as Sofea. Yang lain semua panggil Intan. Dia nak nama Sofea itu istimewa buatnya. Jadi memang awal-awal dia dah pesan pada yang lain, hanya dia yang boleh panggil isterinya sebagai Sofea.

"Kenapa? Intan sakit ke?" Terus Tengku Farida berubah risau. "Eh tak. Dia ok je ma. Tapi penat kan." Sebelum Tengku Farida makin risau, dia memberitahu perkara yang sebenar. Movie yang isterinya pasang pun masih terpasang di kaca tv itu. Tengku Arash hanya memperlahankan volumenya. Dia malas nak pause movie berkenaan.

"Hmm tak pa lah kalau macam tu. Kalau dah on the way nak pergi sini tu, bagitahu mama ya." Pesan Tengku Farida. Dia nak suruh pembantu rumahnya itu mengemas sedikit bilik anak lelakinya itu. Tengku Arash dan Intan Sofea memang jarang balik ke sana kerana masing-masing sibuk. Sejak pasangan itu berpindah ke rumah sendiri, Tengku Farida hanya mengarahkan Makjah untuk membersihkan bilik Tengku Arash sekali seminggu.

Tak kan lah dia nak biarkan bilik itu berhabuk. Kesian lah dengan Intan Sofea yang tengah mengandung itu. Tak pasal-pasal nanti asyik bersin sahaja.







      BILA Intan Sofea terjaga, kebetulan Tengku Arash baru selesai mandi. Matanya membulat bila melihat Tengku Arash yang baru keluar dari bilik air itu. Tengku Arash tak perasan yang ada mata memandang dia. Selamba dia mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil itu. Kemudian baru dia perasaan isterinya tengah memandang dia.

Bila dia tengok Intan Sofea, segera wanita itu menunduk. Dia tertawa kecil lalu menghampiri katil. Dia berdiri di sebelah Intan Sofea. "Yang. Tengok lah puas-puas. Body hubby kan Sayang punya." Sengaja dia mengusik. Makin menunduk Intan Sofea dibuatnya.

"Pergi lah pakai baju hubby." Arahnya. "No. Tengok hubby dulu." Dia mengusik lagi dan semakin menghampiri katil. Kakinya mula hendak memanjat katil. Intan Sofea pula gelabah sendiri. Terus dia mahu menolak Tengku Arash.

"Jangan nak macam-macam ya Yang. Hubby dah ada wuduk ni. Pergi mandi lah terus ambil wuduk. Kita jemaah." Sekarang dah jam 6 petang. Mereka belum asar lagi sebab Tengku Arash tunggu Intan Sofea bangun. Bukan selalu mereka solat berjemaah. Intan Sofea mengeluh. Terus macam mahu membatalkan wuduk suaminya itu.

Tengku Arash tahu apa yang difikirkan oleh isterinya itu. "Sayang jangan nak main-main ya. Hubby buka ni towel. Nak free show tak? Kalau tak...pergi mandi." Dia berpura-pura mahu membuka tuala yang berbalut di pinggangnya itu. Intan Sofea kelam-kabut turun dari katil lalu masuk ke dalam bilik air.

Tengku Arash tertawa besar. Dia turun dari katil juga lalu menuju ke walking closet. "Rugi tau Yang." Sempat dia mengusik lagi.

"Kenapa ni? Duduk jauh je dari Arash tu?" Tanya Tengku Farida pada menantu dia yang sorang ini. Mereka balik selepas solat asar tadi. Bila sampai di situ, memang Intan Sofea mengelak mahu dekat dengan suaminya itu. Kerana tika di rumah tadi, Tengku Arash terlalu mengusik dia.

"Hah? Eh mana ada lah ma." Balas Intan Sofea sambil tersengih. Dilihat sahaja Tengku Arash yang tengah naik ke atas itu. "Papa mana?" Dia bertanya. "Hmm bapa mentua kamu tu kalau masa begini ni mestilah dia dalam bilik bacaan dia. Entah main teka silang kata kot." Sempat lagi Tengku Farida bergurau. Intan Sofea senyum sahaja.

Bila dia tengok telefonnya terus dia berkerut. Ada chat dari suaminya. Terus dia meminta diri pada Tengku Farida lalu naik ke atas. "Kenapa hubby?" Dia bertanya.

"Tengok atas katil kita tu ada apa." Mata isterinya itu membulat bila tengok banyak kotak dan beg kertas di atas katil suaminya itu. "Banyaknya. Dari siapa?" Dia bertanya. "Kak Rissa lah. Dia tu excited nak dapat anak buah." Beritahu Tengku Arash.

"Tahu lah excited tapi hubby. Ni semua barang-barang untuk baby boy. Kita tak tahu pun lagi baby ni boy or girl tau. Kalau dapat perempuan macam mana?" Bukan dia tidak bersyukur, tapi takut membazir pula bila bayi perempuan yang lahir.

Terus Tengku Arash merangkul bahu Intan Sofea lalu dicium pipi isterinya itu. "Hubby yakin lah its a boy Sayang. From me kan. I know lah. Yakin 100% boy." Entah dari mana dia dapat keyakinan itu.

"Kalau dapat girl pun Sayang, boleh je kan pakaikan baju ni. Lain lah kalau yang lahir lelaki but baju semua untuk girl. Tak ke pelik orang tengok kalau anak kita lelaki but pakai baju yang ada skirt atau gaun." Ujar Tengku Arash. Nanti terkejut lah kawan-kawan mereka bila mereka memakaikan baju gaun bayi pada anak lelaki mereka. Ada yang kata pula mereka berdua itu gila.

"Bukan baju untuk baby je Sayang. Untuk Sayang pun ada tau. Kak Rissa ada belikan blouse untuk Sayang. Sekarang masih boleh pakai lah but nanti bila dah masuk 2nd trimester dah tak muat kot. Tapi lepas beranak boleh continue pakai semula." Tengku Arissa dan suaminya Haiqal baru balik dari Bali sebenarnya. Itu banyak barang yang mereka beli di sana. Murah kan. Siapa je tak nak shopping kalau barang-barangnya murah.

"Nanti hubby call akak Rissa ya. Cakap terima kasih dekat dia." Beritahu Intan Sofea. "Eh asal hubby pula. Sayang lah call. Ke malu lagi dengan kak Rissa?" Balas Tengku Arash.

"Mana ada lah. Ok lah saya call sekarang. Hubby pergi keluar. Nak gosip dengan akak Rissa sekali. Hubby tak boleh dengar." Intan Sofea memang sekepala dengan Tengku Arissa. Dia memang rapat dengan kakak dan adik kepada lelaki itu. Maklumlah dia kan adik beradik perempuan.

******

Jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now