|| B75 ||

1.3K 50 1
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lup tekan vote ya. 30 votes diperlukan untuk buka bab seterusnya. Thank you sudi support and have fun guys ❤️❤️❤️


     TENGKU Arash terus menghampiri Intan Sofea dan anaknya yang baru keluar. Arin Daniel tertawa riang bila dia melihat papanya.

"Kenapa lambat?" Tengku Arash bertanya. "Sorry lah hubby. Tadi kastam nak check beg." Intan Sofea memberitahu. "Kenapa pula? Sayang bawa balik apa dari Swiss tu?" Tengku Arash bertanya.

Intan Sofea hanya tersengih sebelum membalas. "Avokado. Sebab dekat sini mahal." Tengku Arash sekadar geleng kepala. "Jom lah balik. Kita berbuka di rumah je ya." Katanya.

"Hubby masak ke?" Isterinya itu bertanya. "Ya. Hubby masak. Ingat orang tak reti ke. Selama ni hubby malas je nak masak." Alasan sahaja. Padahal dia bukannya reti sangat masak. Sikit-sikit boleh lah. Harini pun masak dia tengok resepi dari pakcik google tu. Lepastu tengok video cara memasak dekat youtube pula.

"Sayang puasa tak harini?" Tengku Arash bertanya lalu dia mengambil anaknya dari dukungan isterinya. Arin Daniel terus sahaja bermain dengan muka papanya itu. "Tak. Saya berbuka dalam kapal tadi." Intan Sofea memberitahu.

"Tak pa lah kalau macam tu." Dia pun faham juga keadaan isterinya yang sedang mengandung itu, duduk pula lama di dalam kapal terbang. Sudah tentu dia akan penat.

"Banyak lah kena ganti nanti. Tapi hubby kena temankan ya." Sepanjang bulan Ramadan ini, hanya 8 kali sahaja dia berpuasa. Dia mahu memaksa dirinya tapi takut pula menjejaskan kesihatan bayi di dalam kandungannya itu. Doktor juga ada sarankan dia untuk tidak berpuasa kerana keadaan tubuh badan Intan Sofea yang cepat penat itu.

Dia kerap kali pengsan semasa bulan ramadan ini. Tubuhnya memaksa dia untuk berehat kerana dia selalu cepat penat. Banyak assignments yang kena dia siapkan walaupun kebanyakannya akan di hantar bulan hadapan. Intan Sofea sengaja siapkan awal-awal supaya tidak perlu buat kerja last minutes nanti.

"Nanti kita balik rumah, Sayang rehat sekejap baru kita keluar berbuka puasa ya." Cadang Tengku Arash. "Bukan tadi hubby cakap hubby masak ke?" Intan Sofea bertanya. Hairan juga dia.

Tengku Arash sekadar tersengih lalu menggelengkan kepalanya. Dia memegang tangan isterinya sambil mereka melintasi jalan menuju ke kereta mereka. Semua bagasi dia masukkan ke dalam troli supaya senang dia bawa. Bukan setakat bagasi, Arin Daniel pun ada juga. Bayi itu suka duduk atas bagasi.

"Sebenarnya hubby tak jadi masak lah Sayang. Nak try buat chicken chop tadi tapi.....heheheheh. Sorry ya tapi kuali kesayangan Sayang tu dah hangus." Dia tersengih lagi. Kerana sibuk terlampau tengok video tutorial buat sos dekar youtube tadi, sampai dia lupa dekat ayam yang dia tengah goreng itu.

Kecik besar je Intan Sofea memandang suaminya itu. Kuali kesayangan dia dah hancur oleh suaminya. Tengku Arash dan memasak tidak boleh bersama.

"Tapi Sayang jangan risau sebab Hubby dah booking makan dekat restoran nanti. Lagipun dah lama kita tak buka puasa sama-sama. Harini pula last day puasa. Tak pa lah, makan di luar je." Intan Sofea sekadar mengangguk sahaja. Reda je lah pasa kuali dia tu. Tak apa, nanti dia minta beli baru lah dekat suaminya itu.

Bila sampai di rumah mereka, Tengku Arash terus meletakkan Arin Daniel yang sudah nyenyak tidur itu di atas sofa. Dia malas mahu naik ke atas memandangkan Intan Sofea mahu tidur di bilik bawah sahaja. Dia tidak larat mahu naik ke atas.

"Bila kita balik rumah mama?" Intan Sofea bertanya. "Kalau malam ni? Atau Sayang nak tidur sini dulu dan esok baru balik situ?"

Tengku Arash membalas."Malam ni lah. Nanti Ari tu bising lagi. Lagi pun kalau balik esok pagi takut kelam-kabut pula. Family hubby dari kampung pun dah ada kat situ kan." Kata Intan Sofea.

Keluarganya dari kampung sudah ada yang datang sejak 2 hari lalu. Mereka mahu membantu apa yang boleh untuk majlis pertunangan adiknya nanti.

"Ok lah kalau macam tu. Sayang pergi lah mandi dulu. Dari semalam tak mandi kan?" Sempat lagi dia mengusik isterinya itu. Macam mana juga Intan Sofea mahu mandi jika dia berada di Doha selama 6 jam sebelum terbang ke Malaysia. Hampir 1 hari perjalanannya.

Tengku Arash sengaja ambil yang transit lama sebab mahu isterinya berehat lama sedikit sebelum menyambung perjalanan balik ke Malaysia.

Memang 6 jam itu tempoh yang lama untuk Intan Sofea mandi tapi dia tidak selesa mandi di lapangan terbang. Lagipun dia takut ada yang mengambil barangnya jika dia pergi mandi. Jikalau ada Tengku Arash bersama, boleh mereka bergilir-gilir menjaga barang.


   "DAH makin besar Arin ni. Dah boleh tambah lagi sorang." Tegur makcik kepada suaminya itu. Intan Sofea senyum sahaja. Dia memangku anaknya itu untuk menyusukan Arin Daniel. Anaknya itu sudah jarang minum terus dari tubuhnya. Selalunya Intan Sofea akan pam air susunya terlebih dahulu.

"Hah tu lah. Tambah lagi sorang kan bagus." Sampuk makcik yang sorang lagi. Mereka tidak perasan akan baby bump Intan Sofea kerana tersembunyi oleh Arin Daniel. Tengku Arash yang baru keluar dari dapur itu segera menghampiri isterinya. Semua orang lelaki duduk di luar tengah membakar lemang. Dia pula sibuk nak ke dalam tolong orang perempuan menyusun kuih.

"Tengah sembang pasal apa makcik?" Dia bertanya. "Tak ada lah Rash. Kamu berdua ni tak nak tambah lagi sorang ke anak?" Makcik yang pertama itu bertanya.

Ini lah sikap orang melayu, belum kahwin disuruh kahwin. Bila sudah kahwin ditanya pula bila mahu ada anak. Dan sekarang bila sudah ada anak, bertanya lagi bila mahu menambah anak. Hidup asyik nak tahu hal orang sahaja. Baik jaga tepi kain sendiri.

"Memang tengah menambah lagi ni. Lagi sorang." Selamba Tengku Arash bertanya. "Lah isteri kamu ni mengandung rupanya. Tapi tak nampak macam mengandung pun. Tu pasal makcik tak perasan." Intan Sofea hanya tersenyum sahaja.

Arin Daniel yang sudah selesai menyusu terus memandang wajah papanya itu. Tengku Arash senyum memandang anaknya itu. Mata si kecil itu bulat sahaja memandang wajah papanya seolah-olah dia tidak pernah nampak.

"Kenapa ni? Asyik tengok papa je." Intan Sofea bertanya pada anaknya itu. Arin Daniel tertawa riang sambil mengangkat tangannya ke udara tanda dia minta dukung. "Hubby tak tolong ke dorang yang lain dekat belakang tu?" Intan Sofea bertanya.

Kini hanya mereka bertiga sahaja berada di ruang tamu. Yang lain semua ke luar dan ke dapur.

"Ah malas lah Sayang. Ramai juga yang tengah jaga lemang dekat luar tu. Biar lah dorang. Buat apa nak ramai-ramai jaga lemang." Seorang dua cukuplah. Nak sampai sekampung jaga buat apa. Tak lari pun lah lemang tu.

"Hubby ni. Tak baik lah macam tu. Family kita tu. Pergi lah tolong dorang apa yang patut." Katanya. Bukan mahu menghalau suaminya, tapi nanti apa pula kata mereka yang lain jika dilihat Tengku Arash duduk goyang kaki di dalam rumah manakala mereka pula sibuk di luar.

Tiba-tiba pula Tengku Faridah muncul dari dapur. Dia memanggil anaknya. "Kamu tak ada kerja dibuatkan? Kamu pergi kedai dulu beli santan. Tak cukup ni." Ujar Tengku Faridah.

"Ada ke masih kedai buka jam begini ni ma? Dah nak jam 10 malam ni. Eh! Arin tak tidur lagi ke?" Baru dia teringat akan anaknya itu. Selepas menyusu tadi, terus dia meneroka ruang tamu. Maklumlah sudah pandai berjalan sikit-sikit.

"Mesti dia lah. Kamu cari je lah mana-mana. Selagi tak jumpa jangan harap boleh balik." Ugut Tengku Faridah. Ambik kau. Dah berumahtangga sendiri pun tetap juga kena anggap macam budak-budak ya.

I'm The OneWhere stories live. Discover now