|| B69 ||

1.3K 53 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote.  30 vote sahaja diperlukan untuk buka bab seterusnya. Thank you sudi support and have fun guys.



     "AKU penat lah Rash." Adu Fakhrul. Menyesal pula dia ikut lelaki itu keluar. Tak pasal-pasal dia kena angkat barang-barang yang dibeli oleh lelaki itu.

"Shut up. Tu lah nak ikut sangat kan." Ujar Tengku Arash. Fakhrul juga yang beria mahu ikut dia keluar tadi. "Ni last kedai. Lepas ni balik hotel lah semula." Sejak sudah berkahwin dan mempunyai anak ini, memang pantang dia untuk keluar shopping. Pasti ada sahaja barang dia beli. Semuanya untuk isteri dan anaknya.

Arin Daniel sudah berusia 5 bulan. Dah pandai meniarap sendiri. Budak itu juga suka menggigit segala-gala benda yang dia nampak. Tengku Arash pun apa lagi, memang banyak mainan dia belikan untuk anaknya itu. Baju begitu juga. Banyak dia belikan untuk Arin Daniel.

Sampai sahaja di bilik hotel yang mereka kongsi itu, Fakhrul terus merebahkan dirinya ke atas katil sementara Tengku Arash mengemas apa yang patut. Malam ini mereka sudah balik.

"Kau tak penat ke Rash?" Fakhrul bertanya. Lain macam tenaga kawannya itu. Macam tiada tanda mahu berehat. "Penat lah. Tapi sikit je. Aku nak kemas barang sikit ni." Sebab bila sampai di Malaysia nanti, dia hanya balik ke rumah untuk menyimpan barang. Kemudian dia terbang semula ke Switzerland.

"Jap aku nak book ticket ni." Dia belum beli lagi tiket untuk ke Switzerland. "Kau nak pergi mana? Honeymoon lagi ke? Kang anak kau tak sampai setahun dah beradik pula." Tanya Fakhrul.

"Lambat lagi aku nak honeymoon. Anak aku tu kan masih kecik lagi. Aku nak pergi Swiss lah. Wife dengan anak aku di situ." Intan Sofea sudah berjanji dengan kawan-kawannya untuk datang melawat bersama Arin Daniel. Boleh dikatakan Switzerland ini kampung kedua buatnya.

Nanti bila Arin Daniel dah besar, boleh lah dia berlagak sikit bila kawan-kawan dia tanya raya nanti dia balik mana. Boleh lah dia jawab dia balik Switzerland. 'Tahun ni aku balik Zurich.'

"Kadang-kala aku risau juga dekat kau ni sebenarnya. Kau kahwin dengan orang tempatan ke orang luar negara ni. Selalu sangat bini kau pergi Switzerland ya." Tengku Arash tertawa besar.

"Dah parents in law aku duduk Switzerland. Nak buat macam mana. Abang sulung dia pun duduk sana juga." Mujurlah Arin Daniel lahir di Malaysia. Jika tidak pasti banyak kerja pula untuk proses memohon warganegara Arin Daniel di Malaysia ini.

Dan mujurlah Intan Sofea tidak memohon menukar warganegara dahulu. Jika tidak pasti mereka akan tinggal di Switzerland.

"Bapa mentua aku tu memang dah warganegara Switzerland. Abang sulung dia pun. Memang dari dulu dorang tinggal dekat Zurich tu." Tengku Arash memberitahu. "Oh rupanya. Patutlah bini kau selalu balik sana." Kini dia baru faham.

"Sepatutnya bini aku tu nak beranak di Switzerland tapi aku halang. Kang susah nak mohon warganegara untuk anak aku dekat sini." Intan Sofea memang tidak menegur dia selama 3 hari kerana Tengku Arash tidak membenarkan dia untuk beranak di sana.

"Tapi kan kau nak tahu satu fakta tak?" Fakhrul bertanya. "Fakta apa pula? Jangan kau nak mengarut sana. Aku penat ni." Bukan dia tidak kenal akan Fakhrul ini. Selalu sangat dah Fakhrul ini bagi fakta mengarut. Mengarut pun ada juga yang tertipu olehnya.

"I bet tak lama lagi mesti wife kau pregnant lagi kan? Ye lah dia kan dah habis pantang. Kau pun dah lama tak dapat." Kemudian Fakhrul tersengih sendiri.

Tentku Arash pun apa lagi, dia ketuk lah kepala kawannya itu. "Otak kau tu kan. Tak ada lagi suci ke? Hal dalam kelambu aku pun kau nak sibuk ke? Kau ingat aku ni ada masa ke nak spend dengan wife aku ni sejak dia dah beranak." Fakhrul masih tersengih sambil menggosok kepalanya yang diketuk tadi.

I'm The OneWhere stories live. Discover now