|| B27 ||

2.4K 99 0
                                    

Welcome to bab 27 💕 Seperti biasa jangan lupa vote ya. 10 votes diperlukan untuk bukan bab 28 😆 10 votes je tak banyak author minta. Kalau lebih lagi bagus. ( Saja letak video heheheheh)

TENGKU Arash berdiri di beranda biliknya. Sudah 3 hari sejak kes Isac datang tumbuk dia dan bagi dia amaran. Masih lagi terasa sakit terkena tumbukan Isac itu. Gusi dia bengkak. Tak boleh nak mengunyah. Pasal ni dia tak bagitau sesiapa pun. Bila di tanya dia cuma cakap dia sakit gigi.

Sebab ini jugalah dia minta cuti seminggu. Nasib diluluskan sebab dia tak ambil cuti lagi untuk tahun ni.

Isac suruh dia minta maaf dalam masa seminggu. Kalau tak dia terima lagi teruk dari ini.

Tengku Arash mengeluh lalu pandang ke arah bawah. Adik dia baru balik. Dan dihantar oleh lelaki. Budak tu dah ada kekasih. Dia pula masih single sejak putus dengan Irdina dulu.

Irdina dah kahwin tahun lepas. Sekarang dah mengandung. Semuanya dia tahu dari adik dia. Masa Irdina kahwin dia datang sekejap ja. Selepas makan dia balik. Bukan nak mengelak tapi sebab dia kena kerja.

Tengku Arash mengeluh memikirkan nasibnya. Dan selepas itu dia ke ruang tamu.

"Kenapa?" Tanya Tengku Ariqah. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa lalu pasang tv. Siaran astro tvn dipilih. Mesti nak tengok drama korea lah tu.

"Tolong aku. Aku terdesak sangat ni" Kata Tengku Arash. Adik dia mula ketawa. "Tak pernah-pernah abang minta tolong tau. Hah apa dia?" Tanya adik dia. Matanya masih fokus pada tv.

Tengku Arash mengeluh terlebih dahulu lalu menceritakan semuanya dekat Tengku Ariqah.

Adik dia memang terkejut habis tapi dia dengar sampai habis abang dia bagitau.

"Jadi sebab tu abang tak makan? Sebab gusi bengkak? Hmm susah ni kalau abang cari masalah dengan kak Intan. Abang tahu kan angah dengan along tu kalau dah sayang dekat seseorang dorang akan buat apa sahaja untuk membahagiakan orang tu. Lebih-lebih lagi adik beradik mereka." Kata Tengku Ariqah. Kemudian dia memikir sejenak.

"Jadi boleh tolong tak?" Soal abangnya. Tengku Ariqah masih memikir lagi.

"Abang bagi dia coklat. Kak Intan kan suka coklat" Kata Tengku Ariqah. "Coklat apa? Ada banyak pula jenis coklat" Tanya Tengku Arash. Tengku Ariqah sudah menepuk dahi sendiri.

"Borong je semua jenis coklat. Mesti kak Intan suka punya" Ujar Tengku Ariqah. Tengku Arash angguk sahaja.

ISAC pandang ke arah Tengku Arash. Lelaki itu akhirnya itu datang nak minta maaf setelah 3 hari lepas kes dia menumbuk lelaki itu.

Intan Sofea cuma diam sahaja. Dia masih di katil hospital. Doktor Nina masih tahan dia di hospital sehingga dia sihat sepenuhnya. Selama ini Isac yang jaga dia di hospital sebab Isyam sibuk uruskan perkahwinan dia. Tak lama lagi dia dah nak kahwin

Doktor Nina kata hampir sahaja Intan Sofea mengalami kemurungan. Orang yang mengalami kemurungan memang akan lalukan apa sahaja tanpa mereka sedari. Mujurlah anak gadis mereka tidak sampai ke tahap itu.

Intan Sofea bermain-main dengan tangan dia yang disambung dengan wayar.

"Intan...aku nak minta maaf. Aku tahu aku salah. Maafkan aku. Aku dah sedar. Aku dah insaf. Aku minta maaf sebab selalu buli kau. Aku tak tahu yang selama ni aku fitnah kau. Minta maaf Intan. Aku janji tak kacau kau lagi. Aku janji akan jaga kau" Bulat mata Intan Sofea dengar.

Dia kata apa? Jaga aku? Aku tak salah dengar kan.

Selama Tengku Arash ucap kata-kata maaf tu dia termenung jauh. Entah apa yang dia fikirkan.

I'm The OneWo Geschichten leben. Entdecke jetzt