|| B6||

2.6K 109 1
                                    

                TERKEJUT Intan Sofea dibuatnya apabila secara tiba-tiba Tengku Ariqah meletakkan beg plastik di hadapannya.

Bila masa aku ada kirim barang? Soal Intan Sofea di dalam hati. "Untuk akak. Ari belikan kakak baju" Beritahu Tengku Ariqah.

"Buat susah kamu je Ari. Lain kali tak payahlah belikan. Akak ni bukan sesiapa pun. Pembantu rumah je. Dah lah baru sebulan akan kerja kat sini. Kalau kamu bagi MakJah tak pa lah. Dia dah lama kerja sini. Akak ni baru je. Macam tak sesuai pula" Ujar Intan Sofea.

"Alah ambillah. Ari belikan khas untuk akak tau. Bagi Ari akak ni dah macam kakak kandung Ari tau" Kata Tengku Ariqah. Intan Sofea cuma tersenyum tawar. Aku nak tolak tapi...aku takut Tengku Ariqah ni kecil hati dengan aku.

"Err terima kasih. Lain kali jangan belikan lagi tau" Kata Intan Sofea. Tengku Ariqah pula tersengih.

"Oh ya Ari boleh tak akak tanya?" Tengku Ariqah lantas memandang ke arah Intan Sofea. "Apa dia kak?" Soal Tengku Ariqah. "Abang awak tu kerja apa? Kenapa akak jarang nampak dia kat rumah? Muncul pun sekali dalam 3 hari macam tu" Tanya Intan Sofea. Tak nak lelaki tu tidak tinggal di sini pula kan? Mustahil lah walaupun aku tahu dia mampu beli rumah.

"Oh abang? Dia kerja pilot  kak. Tu yang jarang nampak. 2 hari lepas dia berlepas ke Autralia. Esok kot abang tu  balik lah " Jawab Tengku Ariqah. Patutlah aku tengok pakaian dia bukan main mahal pula. Dan patutlah aku nampak dia keluar bawa bagas i. Rupanya kerja pilot. Bestnya umur baru 26 tahun dah  jadi pilot. Dah ada kerjaya. Aku ni mampu jadi pembantu rumah je. 

"Akak nak tanya umur akak berapa?" Soal Tengku Ariqah. "Tak lama lagi nak masuk 18 tahun" Beritahu Intan Sofea. "Mudanya akak. Maknanya kita beza 2 tahun lah kan? Wahh tak sangka. Tapi akak tak nak sambung belajar ke?" Kata Tengku Ariqah. Pertanyaan Tengku Ariqah itu dibiarkan berlalu seperti angin. Dia tak tahu nak cakap apa. Memanglah ada hasrat nak sambung belajar tapi apa kan dayanya. Kesihatan ibunya lagi penting baginya.






  
       BEG  bagasinya diletakkan di tepi dinding sebelum dia membuka kasutnya. Urghh penatnya. Akhirnya lepas 4 hari berada di bumi Australia dia kembali semula ke tanah ai membawa penumpang kapal dengan selamat. 

Selepas membuka dan meletakkan kasutnya ke dalam rak kasut dia pergi ke ruang tamu. Badannya dibaringkan di atas sofa. Tidak menghiraukan Intan Sofea yang sedang asyik mengemaskan ruang tamu.

'Haih mamat ni tak nampak ke aku yang besar gajah ni tengah mop lantai?' Desis hatinya. Tengok tu dia tadi dengan selamba badak dia lalu tempat aku baru mop.

"Wei minah kau ada masak tak untuk aku? Aku lapar ni" Tanya Tengku Arash dengan matanya yang masih bertutup. "Hah? Oh ada. Tapi dah sejuklah. Kalau awak nak saya boleh panaskan balik" Beritahu Intan Sofea.

"Hmm panaskan lah. Aku nak makan kejap lagi" Beritahu Tengku Arash. Dia bangun lalu mengambil begnya yang diletakkan di tepi dinding sebelum naik ke atas menuju ke biliknya.

Intan Sofea cuma mengangguk. Peralatan mop dan baldi yang dia guna tadi diletakkan kembali ke dalam stor setelah selesai mengemop lantai.

Lauk tengah hari tadi dia keluarkan balik dari peti ais untuk dipanaskan kembali. Selepas selesai memanaskan semula lauk berkenaan Intan Sofea meminta MakJah untuk memanggil Tengku Arash untuk turun.

"Kau masak atau MakJah yang masak?" Tanya Tengku Arash sambil memandang ke arah Intan Sofea. "Tengku yang masak" Balasnya. "Ma? Mama masak?" Di hujung ayat dia tertawa.

"Hah nak perli mama lah tu. Hei mama pandai masak lah" Bebel Tengku Faridah. "Aik sejak bila pula mama pandai masak ni? Bukan selalu Makjah ke masak?" Sakat Tengku Arash. "Biadapnya kamu ye. Mama belajar dengan Intan lah. Siapa lagi" Bebel Tengku Faridah lagi.

"Dah lah kamu. Kecewa mama tau kamu cakap macam tu" Dengan nada kecewa Tengku Faridah berlalu pergi. "Alah ma. Rash gurau je lah" Pujuk Tengku Firash.

"Makan lah kamu. Lepasni temankan mama dengan Intan pergi pasar" Tengku Faridah kemudian menuju ke tingkat atas sementara menunggu Tengku Arash selesai makan.

 




         DENGAN selambanya Tengku Arash memasukkan tanganya ke dalam poket seluar. Dia langsung tidak membantu Intan Sofea membawa plastik berisi barang basah itu. "Rash tolonglah Intan bawa. Ni tak buat bodoh je. Bawa sedikit plastik tu. Jangan pula nak seksa Intan" Tegur Tengku Faridah.

"Dia kan pembantu rumah. Biarlah dia bawa. Itu kan tugas dia" Jawab Tengku Arash. "RASH" Tengku Faridah meninggikan sedikit suaranya. "Ok fine" Balas Tengku Arash.

"Oii minah bak sini plastik tu" Katanya dengan kasar. "Tak pe lah. Biar saya je bawa" Ujar Intan Sofea. "Tak payah nak keras kepalanya. Bagi dekat aku" Kata Tengku Arash lagi.

Lantas Intan Sofea menyerahkan bakul plastik berisi buah tembikai kepada Tengku Arash. Mahu terjatuh lelaki itu apabila beg plastik itu dipegang olehnya.

"Jom kita ke sana. Intan jom" Kata Tengku Faridah. Tangan gadis itu kemudiannya ditarik meninggalkan anak lelakinya seorang diri. Terkonco-konco Tengku Arash mengejar mama dan Intan Sofea.

Kini Tengku Arash pula yang bertukar tempat dengan Intan Sofea. Semua bakul plastik diserahkan kepada Tengku Arash.

"Ma dah ke belum? Rash penatlah" Adu lelaki itu. "Alah kejap je lagi kan Intan? Jom kita pergi sana pula" Tengku Faridah menunjuk ke arah sebuah stall yang menjual buah-buahan segar.

Sampai sahaja di rumah terus Tengku Arash membaringkan dirinya ke atas sofa tanpa menghiraukan Tengku Faridah dan Intan Sofea yang sedang mengangkat barang-barang yang mereka beli tadi. MakJah pula yang membantu.

"Rash tolonglah Mama dengan Intan" Tegur Tengku Faridah. "Aik Rash tak pernah tolong ke. Habis tadi depat pasar? Siapa yang angkut semua tu? Rash kan?" Jawabnya. Terus Intan mencebik. Eleh dia bawa barang pun buah-buahan je. Aku bawa barang lagi banyak dari dia tau.

"Tak pa lah Tengku. Biar saya je bawa pergi dapur" Kata Intan Sofea. "Nasib baiklah ada Intan tau. Boleh lagi diharapkan dari kamu" Ujar Tengku Faridah.

"Oh sekarang mama nak lebihkan pembantu rumah tu dari anak sendiri lah? Dia tu pembantu rumah je. Orang bawahan. Yang mama nak sanjung dia lebih-lebih kenapa?" Tengku Arash memandang sinis ke arah Intan Sofea.

"Kau kena sedar sikit kau tak layak nak bergaul dengan kami ni" Kata Tengku Arash sambil memandang ke arah gadis itu.

"Hina sangat ke saya ni?" Bisik Intan Sofea perlahan tapi masih boleh didengari oleh Tengku Arash yang berdiri kurang dari 2 meter darinya. "Ya sangat hina di mana aku. Dah pergi sana. Jijiklah aku berdiri dekat dengan kau" Katanya dengan nada penuh mengejek.

"Stop being sooo rude dengan Intan. Mama tak pernah ajar kamu jadi kurang ajar dengan perempuan tau" Marah Tengku Faridah.

"Ok fine. Mama lebih support perempuan ni dari anak sendiri. Apa yang dia ada sampai mama nak sanjung sangat? Setakat pembantu rumah. Jijiklah. Kerja tiada masa depan. Entah-entah sampai tua tak kahwin sebab apa? Sebab semua lelaki di luar sana pandang jijik pada dia ni. Pembantu rumah. Ngam sangat dengan muka kau. " Katanya sambil tersenyum sinis memandang ke arah gadis itu.

Intan Sofea menundukkan kepalanya memandang ke arah lantai. Terus Tengku Faridah menampar pipi anaknya itu.

"Mama tak pernah ajar kamu cakap begitu dengan perempuan" Tengku Arash terus terdiam. Sementara itu Intan Sofea masuk ke dalam biliknya kerana tidak tahan dimaki dan dihina oleh lelaki itu.

"Tengok what have you done  Arash. Kalau Intan berhenti kerja mama tahu lah nak buat apa dengan kamu" Ujar Tengku Faridah lalu meninggalkan anak lelakinya itu seorang diri.

******

Sorry lama tak update?

Jangan lupa vote

I'm The OneWhere stories live. Discover now