|| B61 ||

1.3K 50 3
                                    

Welcome back to another chapter.  Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya.  20 votes diperlukan untuk buka bab seterusnya. Thank you sudi support and have fun guys ❤

    

   

              "TAKE care tau. Hubby tak ada ni untuk 3 hari." Pesan Tengku Arash sebelum Intan Sofea keluar dari keretanya. Intan Sofea angguk sahaja. "Balik nanti call Ari tu ya minta ambil." Beritahunya. Belum sempat Intan Sofea membalas, suaminya sudah kata. "Jangan cuba-cuba nak naik grab balik ya Sayang." Intan Sofea tersengih.

"Hmm ye lah. Nanti saya call grab. Eh call Ari lah." Tengku Arash memberi pandangan tajam pada isterinya itu. "Ok lah saya pergi dulu ya. Nanti lambat pula." Terus dia mencium tangan suaminya lalu keluar dari kereta. "Eh kejap. Masuk balik." Intan Sofea memandang pelik suaminya itu. Tapi dia tetap masuk juga. "Kenapa?" Tanya dia. Tengku Arash tak menjawab. Lelaki itu tunduk di hadapan perutnya lalu mencium perut isterinya itu.

"Baby duduk diam-diam ja. Jaga mama." Bila dia berkata begitu, Intan Sofea terasa ada pergerakan di dalam perutnya. Pada masa yang sama dia merasakan ada tendangan kecil dari dalam. "Hubby. Dia tendang lah." Intan Sofea memberitahu.

"Serius ke? Ni first time kan?" Teruja sekali dia bila tahu anaknya sudah mula menendang. "Ya. First time lah ni hubby." Tendangan tu halus je. Tak kuat mana. "Sakit tak dia tendang?" Tengku Arash bertanya. "Tak. Cuma dia tendang macam 2 kali tadi. Dia seronok tu dengan suara hubby." Baby dalam dah tak sabar tu nak jumpa papa dengan mama dia.

Bila Intan Sofea memandang jam tangannya, matanya membulat kerana lagi 10 minit nak masuk kerja. "Hubby saya pergi dulu lah. Dah nak masuk kerja ni." Kang lambat, lambatnya dia balik.

Zati menoleh memandang Intan Sofea yang baru sampai itu. "Lambatnya kau. Bukan selalu kau antara orang paling awal ke?" Ujar Zari. "Orang tengah bercinta tu dalam kereta tadi." Sampuk Farhana. Tika dia sampai tadi, dia tak sengaja ternampak suami pada rakan sekerjanya itu tengah cium pipi Intan Sofea.

Terus Intan Sofea tersengih. "Nampak ke?" Dia tanya soalan bonus. "Laki kau parking betul-betul depan tu hah. Memang lah nampak tau. Sakit hati aku tau. Tolong hormat sikit yang single ni." Ujar Farhana. "Sorry. Dia teruja lah tadi aku kata baby ten-" Dia berhenti bercakap bila dia sedar yang kawan sekerjanya tidak tahu akan kehamilannya ini.

"Baby? Weii kau pregnant ke? Weiii aku jadi makcik lah ni. Tahniah Intan." Ujar Nina. Teruja pula dia. "Patut lah aku tengok kau suka pakai blouse. Rupanya ada baby bump. Tengok sikit perut kau." Tiba-tiba Zati nak selak baju yang dipakai Intan Sofea. "Kau gila ke apa Zati." Farhana memukul bahu perempuan itu.

Intan Sofea tersenyum melihat gelagat tiga orang di hadapannya itu. "Aku tak boleh lah nak tunjukkan. But-" Dia letak tangannya di atas perut lalu diusap perutnya itu. Bila dia usap perutnya, kelihatan jelas bentuk perutnya. "Comelnya perut kau. Nak pegang boleh?" Zati bertanya. Nak ambil aura lah tu. Tak lama lagi dia pun dah nak kahwin.

"Boleh. Tapi jangan lah kasar ya. Kesian anak aku nanti." Zati, Farhana dan Nina mengambil giliran untuk mengusap perut Intan Sofea.

"Dah berapa bulan?" Nina bertanya. "Kalau tak silap aku masa check last week, doktor kata dah dekat 23 weeks. Umm.... dalam 5 bulan macam tu." Walaupun dah 5 bulan lebih,  perutnya masih kelihatan kecil lagi. "No wonder haritu laki kau overprotective dekat kau. Rupanya ada sebab." Nina ingat lagi semasa mereka di Pulau Tioman dahulu. Tika yang lain pergi membuat aktiviti jungle trekking dia perasan yang Intan Sofea tak ikut. Rupanya bersebab dia tak ikut masa tu. 

Sedang mereka berbual, mereka tidak sedar ada seseorang tengah mendengar perbualan mereka. Siapa lagi kalau bukan Suzy. Dia menyorok di tepi dinding itu. "Dia pregnant ya." Terus dia tersenyum sinis.







                TENGKU Arash segera berlari ke tingkat 3 hospital berkenaan. Langsung sudah tidak kisah dia penat kerana dia berlari menaiki tangga. Menunggu lif lambat lagi. Bila dia sampai di hadapan wad yang dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas di kaunter sebentar tadi.

Kelihatan ada Tengku Arizal dan Tengku Farida. Ada juga 3 orang rakan sekerja isterinya. Bila mendapat panggilan dari papanya tentang Intan Sofea yang terpaksa dikejarkan ke hospital itu, segera dia memandu ke hospital ini. Dia minta tolong Charles untuk carikan dia pengganti. Ini hal kecemasan. Memang dia boleh keluar terus. Mujurlah belum tiba masa untuk penerbangan tadi. Lagi 2 jam sebelum dia berlepas.

"Kenapa dia Sofea, papa?"  Dia tidak tahu cerita sebenar. "Tak tahu lagi. Doktor belum keluar lagi." Beritahu Tengku Arizal. Terkejut dia tadi bila Nina melangkah masuk ke dalam pejabatnya dengan muka yang cemas.

Nina mengatakan bahawa Intan Sofea jatuh di tandas. Tengku Arizal pun apa lagi, terus dia panggil ambulans. Bila dia ke tandas itu, kelihatan ramai pekerja tengah berkumpul di hadapan tandas hendak melihat keadaan Intan Sofea.

Tika dia sampai di situ, Intan Sofea sudah mahu pengsan. Lemah sahaja keadaannya ketika itu. Tapi Intan Sofea sempak bisik pada Farhana untuk jangan hubungi Tengku Arash sebelum dia tidak sedarkan dirinya.

Mereka hubungi juga Tengku Arash walaupun dihalang oleh Intan Sofea sebelum dia pengsan. Lelaki itu suaminya, Tengku Arash berhak mengetahui keadaan isterinya.

"Apa jadi dengan Sofea sampai dia boleh pengsan?" Tengku Arash bertanya pada Nina. "Kami tak tahu apa jadi. But before nak pergi bilik mesyuarat tadi, dia kaa nak pergi tandas sekejap and minta kami untuk tidak tunggu dia sebab kami dah lambat. But dalam bilik mesyuarat tu kami tunggu dia lama. Sampaikan Zati keluar pergi tengokkan Intan Sofea. Kami risau lah ada apa-apa terjadi pada dia dengan baby. Intan baru je bagitahu kami pasal dia yang tengah pregnant tu." Terang Nina.

Kemudian Nina menambah lagi. "Zati kemudian call saya and cakap yang Intan jatuh dekat tandas. Ada darah. Jadi saya terus lah panggil Tengku tadi." Tengku Arash mengangguk sahaja. "Ada sesiapa je dalam tandas dengan dia masa dia jatuh tu?" Tengku Arash bertanya. "Kami tak perasan sebab masa tu masing-masing dah kalut dengan keadaan Intan." Jawab Nina.

Tidak lama kemudian seorang doktor wanita keluar. "Keluarga Intan Sofea?" Dia bertanya. Segera Tengku Arash menghampiri doktor itu. "Saya suami dia. Macam mana dengan keadaan dia doktor? Baby macam mana?" Doktor itu terus menunduk dan mengeluh.

"Dia dah stabil. Tapi kekurangan darah kesan dari hentakan kuat itu. Saya tak tahu apa punca dia jatuh. Dan pihak kami minta maaf sebab tak dapat nak selamatkan anak encik. Seorang je selamat dan seorang lagi meninggal dunia sebelum sampai di hospital lagi." Mata Tengku Arash terus membulat.

"Ke-kembar ke?" Tanya dia. Doktor itu mengangguk. "Encik tak tahu ke?" Tengku Arash geleng. "Selama saya temankan dia pergi check up tak ada pula doktor kata dia mengandung kembar. Jadi yang meninggalkan tu lelaki ke perempuan?" Dia sedih. Sedih kerana anaknya meninggal dunia sebelum sempat lahir ke dunia.

"Perempuan. Dah sempurna pun janinnya. Nanti pihak kami akan uruskan jenazah dia dan kebumikan bayi encik ya." Tengku Arash terus geleng. "Tak perlu. Biar saya je yang uruskan sendiri jenazah anak saya. Boleh saya tengok jenazah?" Dia bertanya. Doktor itu mengangguk.

Siapa sahaja yang tidak bersedih bila anaknya meninggal dunia. Lebih-lebih lagi bila mereka tidak tahu yang si isteri sebenarnya tengah mengandungkan anak kembar.

"Jadi punca dia keguguran sebab jatuh lah kan? Kawan kerja dia ni kata dorang jumpa dia dekat tandas." Tengku Arash bertanya. "Tak. Bukan sebab tu. Kesan hentakan tu tidak menyebabkan dia keguguran. Ketika kami memeriksa tadi, kami dapati ada kesan ubat yang digunakan untuk menggugurkan bayi di dalam tubuhnya." Doktor itu memberitahu.

"Before dia pergi tandas tadi. Dia ada minum air tak?" Tengku Arash bertanya. Zati terus angguk. "Dia ada minum air mineral. Tak lama lepas tu terus dia pergi tandas." Beritahu Zati.

"Tolong baca botol air tu tu ya. Saya nak pastikan sama ada dia betul ada terminum atau tidak." Pesan doktor itu. Zati mengangguk.

I'm The OneWhere stories live. Discover now