BAB 47

2.5K 67 0
                                    



           SETELAH 5 hari berada di Santorini, Greece mereka kembali semula ke Malaysia. Ada banyak lagi benda yang nak diuruskan oleh Tengku Arash. Dia cakap konon ke Langkawi tapi sebenarnya tak kerana pakej bulan madu mereka ditanggung semuanya oleh Tengku Irham. Katanya hadiah perkahwinan buat pasangan tersebut.

Intan Sofea pada mulanya memang hairan bila destina mereka ke perlepasan antarabangsa. Dia tak sangka pula yang mereka ke luar negara untuk berbulan madu. Hampir sahaja dia balik semula ke rumah untuk mengambil passport miliknya. Mujurlah Tengku Arash sempat menghalang. Passport miliknya telah pun dipegang oleh Tengku Arash sejak dari awal lagi.

"Saya nak tidur jap." Beritahu Intan Sofea. Apa tidak dalam kapal tadi dia langsung tak tidur. Tengok movie pula ada. Tengku Arash je nyenyak tidur tadi.

"Tidurlah. Nanti sampai hubby kejutkan." Katanya. Intan Sofea mengangguk sahaja. Mereka sampai pukul 3 pagi tadi. Lepas cari makan baru mereka balik.

Tengku Arash membantu menurunkan kerusi itu agar isterinya selesa. Mujurlah dia berhenti di lampu isyarat merah.

Intan Sofea terjaga dari tidurnya bila dia terdengar suara seseorang bercerita. Bila dia membuka mata dia memandang siling bilik yang dia amat kenali. Ni bilik suaminya. Sejak bila pula dia berada di dalam bilik?

Kemudian Intan Sofea terpandang kelibat suaminya yang baru masuk dari balkoni biliknya. "Dah bangun pun. Lama ya Sayang tidur." Katanya sambil menapak ke arah wanita itu. "Sayang solat dengan mandi lah dulu. Lepastu bersiap. Kita keluar." Ujarnya. Intan Sofea sekadar mengangguk dan masuk ke dalam bilik air.

"Kita nak pi mana?" Tanya Intan Sofea. Dia berdiri di hadapan Tengku Arash yang elok sahaja bersantai di atas katil.

"Dah siap? Jom." Dia segera bangun lalu mengambil kunci keretanya beserta dompet. Intan Sofea sekadar mengekori sahaja. 

"Kita kat mana ni hubby?" Tanya dia bila Tengku Arash memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah besar. "Rumah kita." Beritahunya. Dia memandang isterinya itu untuk melihat reaksi wanita itu.

"Rumah kita? Kita?" Tengku Arash mengangguk. "Jom keluar Sayang tengok rumah." Wanita itu sekadar mengangguk.

"Besarnya hubby." Katanya. Dia kemudian memandang sekeliling rumah berkenaan. "Ni rumah baru kita Sayang. Tapi buat masa ni tak boleh duduk sini lagi sebab dorang tengah ubah suai sedikit terutamanya dekat dalam bilik utama tu. Bilik kita. Hubby suruh dorang tukar tu cermin. Banyak lagi dalam rumah ni tak siap. Jom masuk tengok dulu." Dia meraih tangan isterinya lalu masuk ke dalam.

"Tuan." Tegur salah seorang pekerja itu. Bukan pengetahuan korang Tengku Arizal punya syarikat tu syarikat pembinaan. Malangnya tiada pun satu anaknya yang ambil jurusan arkitek. Semua bawa haluan masing-masing namun begitu Tengku Arash tahu lah sedikit sebanyak.

Pekerja yang mengubah suai rumah mereka ini merupakan pekerja papanya juga.

"Dalam bilik dah siap?" Tanya Tengku Arash. "Dah siap tuan. Ngam-ngam pula tuan datang lawat. Tuan tengok lah dulu.  Kalau tak puas hati kami ubah lagi." Katanya.

"Ni bilik kita." Tengku Arash membuka pintu tersebut. "Besarnya hubby. Tapi kosong. Belum beli barang rumah lagi ya?" Soalnya.

"Ha'ah memang belum beli. Hubby nak Sayang yang beli. Semua. Untuk rumah kita ni boleh? Hubby bagi duit so nanti Sayang pergilah beli ya? Ajak Ari ke atau kawan-kawan Sayang. Bulan depan baru siap sepenuhnya jadi buat sementara waktu kita duduk rumah mama dulu ya. Boleh?" Intan Sofea sekadar mengangguk.

Tak sabarnya nak hias rumah sendiri. Dalam otaknya dah mula timbul bermacam-macam design untuk interior rumah ini.

  



       SUDAH sebulan lebih sejak Intan Sofea dan Tengku Arash bergelar suami isteri. Masing-masing sudah mula kerja semula. Tengku Arash sejak 4 hari yang lalu manakala Intan Sofea baru bermula hari ini.

Lagi 2 minggu mereka bakal berpindah ke rumah baru mereka itu. Yang paling teruja tak lain tak bukan Intan Sofea.

"Hubby kerja jam berapa?" Tanya Intan Sofea. Dia bersiap-siap untuk pergi bekerja. "Malam. Jadi hubby boleh hantar Sayang dan ambil balik. Jom." Katanya.

Dia sekadar berbaju t shirt berwarna hitam beserta seluar paras lutut.

"Nanti balik call je ya." Pesannya. Harini barang-barang untuk ruang tamu mereka sampai. Tengku Arash kena uruskan semuanya. Mujurlah isterinya menjumpai seseorang yang boleh dipercayai untuk design perabot dalam rumah mereka itu.

"Ok." Kemudian dia bersalam dengan suaminya. "Take care and love you." Pesannya lagi. Intan Sofea sekadar tersenyum sahaja dan melangkah masuk ke dalam setelah kereta Tengku Arash dipandu meninggalkan kawasan tersebut.

"Pengantin baru dah masuk kerja." Usik Insyirah. "Eh akak ni. Dah sebulan pun." Insyirah senyum sahaja. "Baru lagi tu. Tengok tangan tu masih ada inai lagi. Pakai dakwat kekal ke apa." Guraunya.

Selepas berbual-bual sekejap dengan Insyirah barulah dia naik ke tingkat 4.

"Intannnnn welcomeeeee backkkk." Jerit Zati dengan teruja. Dia lantas berlari ke arah Intan Sofea. "Awal kau sampai ya." Ujar Intan Sofea sebelum dia menuju ke mejanya.

"Ye lah makcik oi. Dah jam 8 ni. Kau tu yang lambat. Maklumlah menantu bos besar kan?" Katanya. "Laki aku lambat hantar. Wooooo laki. Tak sangka pula aku ni dah jadi bini orang. HAHA." Intan Sofea tertawa sendiri bila teringat statusnya sekarang.

"So how was your honeymoon? Beria ya kau post gambar dekat pantai. Kat mana tu?" Tanya Zati. "Greece." Terlopong terus mulutnya.

"Fuiyoo tempat mahal. Mesti kau orang berdua bahagia kan? Mesti tak lama lagi kau preggy ni kan?" Terus memerah muka Intan Sofea.

"Apa kau ni cakap pasal tu pula." Kemudian dia menjentik dahi Zati. "Sakit lah pendek. Betul lah aku cakap. Mustahil kau dengan dia tak pernah ber'ehem-ehem' kan?" Dasar otak kuning minah sorang ni.

"Hal dalam kelambu tak payah cite lah. Dah lah aku nak duduk." Zati sengih sahaja dan ikut ke meja wanita itu. Uhuks. Wanita ok.

"Wei ada bunga. Siapa bagi? Wei coklat wei." Zati tak perasan tadi masa dia datang. "Sejak bila meja aku jadi kedai bunga ni?" Soal Intan Sofea.

"Hah sampai pun. Tu tadi ada orang hantar. Aku letak je dekat meja kau. Dari siapa wei? Laki kau ke?" Tanya Nina yang baru keluar dari pantri.

"Entah. Jap aku baca apa yang dia tulis." Sekeping kad yang terselit di antara bunga itu diambil.

'Welcome back Sayang <3 Love you- Mr Hubby'.

Intan Sofea tersenyum sendiri. Ya Allah sejak bila seorang lelaki bernama Tengku Arash jadi macam ni? Aku rasa macam terlebih gula lah.

"Dari siapa wei? Asal kau tersenyum ni?" Tanya Nina. "Dari dia lah. Tak sangka pula dia ada masa nak buat semua ni." Katanya. Sememangnya Tengku Arash penuh dengan kejutan.

"Sweetnya dia. Ei bersemut lah meja kau. Tak sangka pula lelaki nama Arash tu sweet." Kata Zati. Semasa dia datang ke majlis Intan Sofea sebulan yang lepas dia tengok lelaki itu seorang yang serius. Namun sebenarnya tak. Mula-mula tu dia takut juga lah nak jumpa Intan Sofea.

Tapi bila Tengku Arash senyum boleh buat perempuan cair tau. Dengan dia pakai tuxedo lagi masa Zati berjumpa. Bertuah betul Intan Sofea dapat suami macam Tengku Arash yang cukup pakej.

"Aku pun tak sangka juga dia macam tu." Intan Sofea menjawab.

"Ok lah jom sambung buat kerja. Nanti Encik Amin nampak kita bersembang marah pula dia." Nina pula berkata. "Berani ke dia nak marah menantu bos besar ni? Bini kepada pewaris syarikat pula tu." Ujar Zati.

"Eh kau ni. Ni tempat kerja ok. Tak kan aku nak dapat layanan special pula. Tak adil lah. Lagipun suami aku tak kerja sini tau." Ujar Intan Sofea.

******

Jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Donde viven las historias. Descúbrelo ahora