BAB 20

3.5K 118 2
                                    

      PUAN Suhaila memandang ke arah suami dan anaknya yang baru balik. "Tadi ada orang hantar barang. Baju adik ya?" Tanya Puan Suzana.

Tengku Irham angguk kepala. "Ha'ah" Jawab Intan Sofea. "Apa lagi yang kamu beli?" Tanya Puan Suzana. "Kasut, tudung dan abah belikan laptop dan telefon baru. Thank you abah" Dia kemudian memeluk Tengku Irham. Tengku Irham cuma tersenyum lalu mengusap belakang anak daranya itu.

Setelah dipujuk dan didesak oleh abah barulah Intan Sofea bersetuju nak beli laptop dan telefon baru. Itu pun dia bagi syarat. 'Lepas ni abah janganlah lagi manjakan adik macam ni. Adik tak suka' Katanya. Ketika itu Tengku Irham cuma ketawa. Dia balas.

'You're my daughter. My one and only daughter. The princess of me. Adik anak bongsu. Abah mestilah manjakan. 17 tahun lebih abah tak jumpa adik. I never besarkan adik dengan kasih sayang. Dan sekarang lah masanya sebelum adik berkahwin. Abah nak anggap dan layan adik sebagai budak kecil. My 5 years old baby' Ucapnya.

Dia nak manjakan dan jaga anak dia sebaik mungkin. Selama ini isteri dia yang berkorban menjaga Intan Sofea. Mendidik Intan Sofea menjadi anak yang berguna. Dan kini tiba masa dia mengambil alih tugas isteri dia. Biar dia sahaja yang menjaga Intan Sofea.

Dia tak nak sia-sia kan satu-satunya anak perempuan yang dia. Gadis sebaik Intan Sofea perlu dijaga dengan sebaiknya.


   MALAM itu ketika Intan Sofea dan Puan Suhaila sedang menonton tv abah datang kepada mereka. Dia nak bagitau sesuatu.

"Betul ke ni abah?" Tanyan Intan Sofea dengan teruja. Tiket penerbangan itu dipandang. Abah nak bawa dia dan ibu melancong ke luar negara.

"Ye betullah sayang abah. Abah nak bawa melancong. Kita bertolak seharu sebelum hari lahir adik. Kita sambut diluar negara sama abang-abang adik ya" Tengku Irham berkata.

"Abang-abang? Maknanya adik beradik adik adalah lelaki?" Tanya Intan Sofea. Tengku Irham tidak sedar yang dia terlepas cakap.

"Nampaknya dah tak boleh dirahsiakan. Ya adik ada abang. 2 orang. Yang sulung umur 30 manakala yang kedua umur 28. Beza 10 tahun dengan adik" Kedua-dua anaknya itu tak tahu yang mereka ada adik perempuan yang mereka tahu mereka ada adik. Tidak tahu jantina. Sebab Puan Suhaila terpaksa melarikan diri ketika usia kandungan dia berumur 1 bulan lebih.

Ahli keluarga tidak tahu termasuk Tengku Irham. Dia tahu pun masa Intan Sofea baru lahir. Dia datang mengazankan Intan Sofea. Itu kali terakhir dia jumpa dan dukung anak gadis dia sebelum sekali lagi Puan Suhaila melarikan diri.

Dia jumpa balik Puan Suhaila pun masa Intan Sofea dah 9 tahun. Sejak dari hari tersebut dia hantar duit kepada Puan Suhaila dan anaknya setiap bulan.

   TENGKU Arash berjalan-jalan sekitar ibu kota. Harini dia cuti. Selalunya kalau cuti dia akan duduk di rumah tapi harini dia bosan duduk rumah.

Kakak dia dah habis pantang dan dah balik semula ke Pahang. Adik dia pula sibuk nak ulang kaji. Tak lama lagi dia nak SPM. Nak bawa Fakrul jalan pun Fakrul kerja. Isac pula di Switzerland.

Minggu hadapan Irdina bertunang dan Irdina ada menjemput dia datang ke majlis pertunangan ini. Mana mungkin dia pergi. Mungkin jika mereka sekadar kawan mungkin dia pergi. Ini tidak. Irdina bekas teman wanitanya. Keluarga Irdina tahu dan kenal dia. Malulah kalau dia pergi nanti. Pasti orang ingat dia yang bertunang dengan Irdina,tapi sebenarnya Irdina bertunang dengan lelaki lain. Pasti mereka hairan nanti dan akan menyoal Tengku Arash.

Ketika dia berjalan-jalan di dalam mall dia ternampak seseorang yang dia kenali. Intan Sofea. Tengku Arash perhati Intan Sofea yang sedang berjalan dengan seorang lelaki. Lelaki tua.

Tengku Arash tersengih. "Mak dengan anak sama ja. Patutlah dia beria nak minta berhenti rupanya sambung generasi keluarga ya" Katanya. Dia perhati Intan Sofea yang sedang berjalan dengan Tengku Irham. Dia tidak tahu pasal keluarga Intan Sofea kecuali kisah silam Puan Suhaila.

Dia mengekori ke mana sahaja Intan Sofea pergi. Kemudian dia nampak pasangan itu masuk ke dalam butik. Dia tersengih. "Wah minta beli baju ya?" Katanya dengan sinis. Dan bila dia terpandang wajah Tengku Irham dia terkejut. Wajah yang dia pernah nampak dan dia kenal.

"Ehh tak mungkin. Aku salah pandang kot. Dia sepatutnya dekat Switzerland. Pelanduk dua serupa kot" Tengku Arash geleng kepala lalu berhenti mengekori Intan Sofea.

Tengku Arash balik semula ke rumah. Buat sakit mata je tengok Intan Sofea. Kata dia dalam hati.

"Abang dari mana?" Tanya Tengku Ariqah. Dia turun bawah nak ambil air tapi abang dia ni pula datang tiba-tiba rampas air dia.

"Jalan-jalan" Balas Tengku Arash. Gelas yang berisi separuh jus oren itu diserahkan kepada adiknya. "Eee apa ni. Habiskan lah" Kata Tengku Ariqah.

Dia bagi semula gelas itu kepada abangnya. Tengku Arash ambil dan letak ada meja.

"Mulut aku tak ada bakteria. Air liur aku pun sama. Abang kau ni pembersihlah. Aku jamin 100% kau tak kan jatuh sakit." Katanya dengan selamba. "Eee pengotor. Tak nak" Ujar Tengku Ariqah.

Tengku Arash tertawa lalu naik ke atas. Meninggalkan adik dia yang sudah mula membebel.

Masuk sahaja ke dalam bilik wajahnya bertukar kelat. Irdina baru sahaja hantar whatsapp dengan dia. Bertanya apa ada dia akan datang ke majlis pertunang dia atau tak.

Tengku Arash padam chat tersebut lalu dia letak telefon dia ke atas meja. Dia ambil tuala dan masuk dalam bilik air nak mandi.

Bila dia keluar bilik mandi dia pandang lagi telefon dia. Another whatsapp chat from Irdina. Gadis itu memang memaksa sangat.

Irdina memang saja paksa Tengku Arash. Dia nak tahu sejauh mana lelaki itu telah move on dari dia. Dia tak kan Tengku Arash ganggu hubungan dia. Selama ini pun dia memang sukakan Tengku Arash. Dia yang mula first step. Dia tak boleh bezakan suka dan cinta. Dia suka dekat Tengku Arash tapi tidak cinta kepada lelaki itu.

Tapi Tengku Arash pula yang beria. Dia memang cintakan dan sayang dengan Irdina.

Dia mengeluh lalu diambil dan dibalas chat itu. 'Ya aku dtg. Jng risau lah. Aku tk cemburu'Dia letak balik telefon dia atas meja lalu mencari baju dan seluar untuk dipakai.

Selepas itu Tengku Arash membaringkan tubuhnya ke atas katil sambil tengok instagram. Dia nampak Intan Sofea baru sahaja post  gambar. Dia gunakan akaun dia yang lagi satu untuk stalk gadis itu.

Dia mencebik baca caption yang ditulis oleh Intan Sofea. 'Photo by abah finally first daughter and father date. I've been waiting for this'.

Tengkub Arash masuk dalam ruang komen. Ada orang yang tanya kenapa pertama kali? Dan Intan Sofea jawab yang selama ni dia terpisah dengan abah dia. Sekarang baru terjumpa.

Tengku Arash teringat kembali masa dia ternampak gadis itu di mall. Oh jadi itu abah dia. Ya meh? Bukan sugar daddy dia.

Dia tersenyum sinis. 'Menipu pun tak pandai'. Bisik hatinya

****

Jangan lupa untuk vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now