BAB 41

2.3K 75 1
                                    


        KURANG dari sebulan lagi Intan Sofea dan Tengku Arash diijab kabul. Sejak akhir-akhir ini mereka jarang berjumpa mahupun berchat ataupun oncall kerana masing-masing sibuk.

Tengku Arash sibuk dengan kerjanya begitu juga Intan Sofea. Semua pasal persediaan perkahwinan mereka sudah selesai. Kad kahwin pun sudah siap tinggal edarkan lagi.

Intan Sofea juga sudah mengikuti kursus kahwin bersama Tengku Arash walaupun lelaki itu sudah mempunyai sijil. Mereka berdua sudah membuat ujian kesihatan juga. Baju mereka pun hampir siap.

Semua sijil-sijil dan dokumen-dokumen penting pun sudah lengkap. Borang nikah juga mereka sudah ambil dan isi. Hantar pun sudah.

Intan Sofea ingat lagi semasa mereka berdua menghantar borang memohon nikah tersebut dia dan Tengku Arash ditanya pelbagai soalan. Mujurlah dijawab dengan baik semuanya.

Tarikh nikah pun mereka sudah pilih. Awal bulan oktober kerana Tengku Arash mula cuti hujung bulan september hingga awal bulan november. Sebab itu lah dia kerja lebih masa dan terlalu sibuk kerana untuk cutinya juga.

"Wei jom keluar lunch sama-sama." Ajak Nina kawan sekerja Intan Sofea. "Boleh juga tu. Aku pun lapar juga." Jawab Intan Sofea.

"Kau orang tahu tak si Suzy tu nak kahwin?" Tanya Farhana. "Dia? Bila?" Tanya Intan Sofea. "Ha'ah bila? Dengan anak bos pemilik syarikat ni ke?" Tanya Nina pula. "Ha'ah. Kononnya minggu depan. Tak sangka kan dia bakal jadi isteri kepada pewaris syarikat ni. Seronoknya." Ujar Farhana.

Intan Sofea sekadar membuat muka menyampah. Dia kenal siapa Suzy sebelum masuk kerja lagi kerana gadis itu merupakan bekas kekasih Tengku Arash ketika dia masih belajar di Switzerland.

Tengku Arash mengaku semasa Intan Sofea sudah menjadi tunangnya dan belajar di Swiss dia bercinta dengan Suzy kerana ketika itu dia ragu-ragu dengan gadis itu. Sebab itu lah dia jarang chat mahupun call Intan Sofea. Tapi Tengku Arash dah minta maaf semasa majlis Isac dahulu. Tengku Arash bercinta dengan gadis itu sebab kesian sahaja. Tak ada pun rasa cinta dekat Suzy.

Tapi tak sangka pula Suzy terlampau obsess dengannya. Malah dia memberitahu semua orang bahawa dia dan Tengku Arash sedang bercinta. Bos mereka pun percaya juga nak layan Suzy baik-baik. Tapi semasa Suzy nak tukar meja dengan Intan Sofea bos mereka Encik Amin tidak dapat buat apa-apa kerana Tengku Arizal sudah arahnya dia agar meja Intan Sofea di sana.

Tengku Arizal memberitahu Encik Amin bahawa Intan Sofea gadis istimewa buatnya dan sebab itulah Encik Amin ikut sahaja arahan Tengku Arizal.

"Kau bila lagi Intan?" Tanya Nina. Lengan Intan Sofea disiku. "Hah? Aku? Bila apa?" Soalnya. Dia tengah mengelamun tadi sampai tak dengar apa mereka kata. "Kau lah bila kahwin? Selalu juga aku nampak ada lelaki hantar dan ambil kau. Mesti boyfriend kau kan?" Kata Nina.

"Oh itu. Bukan boyfriendlah. Sebenarnya tunang aku." Beritahunya. Sudah masanya dia bagitau bahawa dia sudah berpunya supaya kawan-kawannya tak lagi usik dia dengan Encik Amin. Boleh pula mereka cakap Encik Amin suka dekatnya kerana bos mereka itu melayan Intan Sofea dengan baik atas arahan Tengku Arizal.

"What? Tunang? Kau dah bertunang? Bila? Tak jemput pun." Ujar Farhana. "Aku bertunang masa aku belajar dulu. Sorrylah terpaksa berahsia dengan korang sebab kalau orang tahu mesti aku jadi gosip tau." Katanya.

"Tak pa kami faham. Jadi siapa tunang kau tu? Mesti orang kaya kan? Tengok je kereta dia. Bertuahnya kau." Kata Zati yang tiba-tiba menyampuk. Minah sorang ni dari mana datang ya? Tiba-tiba muncul.

"Rahsia. Nanti sampai kad aku bagitau ya." Katanya. "Kau nak kahwin? Bila?" Tanya Nina. "Tunggu je lah ya wahai kawanku lama lagi tu. Eh jom lah makan aku lapar ni." Ujar Intan Sofea. Mereka mengangguk dan terus keluar dari bangunan tersebut nak mencari makan.

"JADI macam mana dengan persediaan? Semua ok?" Tanya Tengku Irham kepada anak daranya. "Ok abah. Hari sabtu ni adik ajak Arash pi Penang tempat Zira nak hantar kad kahwin dekat dia." Beritahu Intan Sofea.

"Berdua?" Tanya Puan Suhaila lagi. "Ya. Ibu jangan risaulah. Adik pandai jaga diri. Lagipun tak kan Arash nak apa-apa kan adik kan?" Katanya. Pada mulanya Tengku Ariqah mahu ikut serta tapi disebabkan dia ada assignment yang hendak dihantar dalam minggu ini juga, dia tak jadi nak ikut.

"Ibu tahu tapi ibu tetap risau." Beritahu Puan Suhaila. Ibu mana yang tak risau kan kalau anaknya keluar berdua dengan lelaki walaupun mereka tahu lelaki itu baik. Kita tak boleh jangka semuanya. Sedangnya bapa boleh rogol anak. Datuk rogol anak. Ni kan pula tunang kan? Bisikan syaitan itu kuat.

Seperti yang Tengku Arash janji pada hari sabtu awal pagi lagi dia sudah ada di depan rumah gadis itu. Tengku Arash sudah mula cuti manakala Intan Sofea akan meminta cuti bermula hari selasa. Tinggal 2 minggu lagi sebelum hari penting bagi mereka berdua tiba.

Kad jemputan kahwin juga sudah diedar. Tinggal untuk kawan-kawan sahaja lagi belum.

"Morning Sofea. Tak sangka pula warna baju kita matching ya Sayang." Sapa Tengku Arash. Dia tidak masuk ke dalam kerana malas nak membuka kasutnya.

"Hmm morning." Balas Intan Sofea. "Baju dah sampai kan? Baju sanding dengan baju nikah kan?" Soalnya. Dia sudah meminta tolong kakaknya untuk menghantar terus ke rumah gadis itu.

"Dah. Semalam kak Rissa hantar sendiri. Nanti cakap terima kasih ya dekat dia." Beritahu Intan Sofea. Malah dia sudah mencuba sekali lagi baju kahwinnya yang dibuat khas oleh Tengku Arissa sendiri.

"Mesti lawa kan? Tak sabar nak tengok kau dalam wedding gown. It gonna be the most beautiful thing i have seen." Ujar Tengku Arash yang sudah terbayang gadis itu di dalam gaun berwarna purple muda itu untuk majlis di sebelahnya nanti. Untuk majlis belah Intan Sofea tema mereka ialah biru.

"Cringy lah Rash." Ujar Intan Sofea. "Betul apa. Kau akan jadi perempuan paling cantik dalam hidup aku. Trust me." Balas Tengku Arash.

Intan Sofea tersenyum sendiri. Dia kemudian melontar pandangan ke luar tingkap kereta. Malas lah nak lihat wajah lelaki itu. Nanti Tengku Arash terpandang pula pipinya yang memerah kerana malu itu.

"Kenapa diam tiba-tiba ni Sayang?" Tengku Arash segera bertanya. "Saja. Tapi kan tak sangka 6 tahun. Awak betul-betul berubah. Saya ingat lagi masa mula-mula kenal awal. Awak sombong gila. Asyik nak dating dengan Irdina je." Ujar Intan Sofea. Dia ingat lagi tika itu dia baru 18. Kini sudah 24 tahun. Tengku Arash pula 32 tahun.

"Tak payah lah cakap pasal Irdina tu. Malas lah nak fikir pasal dia." Sudah 4 tahun Tengku Arash tidak mendengar khabar mengenai Irdina. Kali terakhir ketika adiknya memaklumkan bahawa Irdina telah berpindah ke Johor bersama suaminya.

Cakap pasal suami pula, Tengku Arash tak pernah jumpa suami kepada Irdina kerana semasa majlis tunang dan nikah Irdina dia tal datang. Malas lah nak ambil tahu pasal mereka. Orang sudah bahagia. Dia pun dah nak kahwin.

Intan Sofea kemudian menoleh memandang tunangnya itu. "Awak tak nak jemput Irdina ke?" Dia sekadar bertanya. "Tak perlulah Sofea." Balas Tengku Arash.

Intan Sofea terus tertunduk. Takut lelaki itu marah. "Maaflah sebab sebut nama dia." Sepatutnya Intan Sofea yang marah bila nama Irdina disebut tapi ni tak. Tengku Arash yang marah. Terbalik.

"Its ok Sayang." Balas Tengku Arash lalu tersenyum.

****

Jangan lupa tekan vote

-love hazyy

I'm The One Where stories live. Discover now