|| B16 ||

2.3K 86 0
                                    

    TENGKU Arash letak semula telefon di dalam poket seluarnya lalu melangkah keluar dari balai ketibaan. Akhirnya selamat tiba di bumi Malaysia. Dia baru sahaja bagitau mama dia yang dia baru sampai.

Dia memandu keretanya meninggalkan kawasan lapang terbang itu. Sampai sahaja di rumah dia cepat-cepat naik ke atas. Badan dia penat sangat.

"Rash?" Tegur Tengku Faridah. Dia memandang pelik anak teruna dia tu. Asal nak cepat sangat. Isac juga turut pandang.

"Dia penat kot" Tekanya. "Mungkin juga" Balas Tengku Faridah. Dia menoleh semula ke arah tv yang sedang tayangkan movie  Ahmad Albab. Isac pun ikut layang juga. Suka tengok allahyarham  Tan Sri P.Ramlee berlakon dengan gaya dia yang lucu dan innocent lagi dalam cerita tu. Slang dia cakap pun lucu juga.

Dia lagi suka masa part  allahyarham  Tan Sri P.Ramlee cakap suruh isteri dia tanam pokok belacan. Ada-ada sahaja. Sebut petola sebagai pelato lagi lah buat dia ketawa. Tak pernah bosan tengok wayang yang dilakonkan oleh beliau. Sentiasa menghiburkan.
 

Selepas sahaja solate terawih Tengku Faridah dan Isac duduk di ruang tamu nak tengok tv. Tengku Arizal di bilik. Tengku Ariqah pula belum balik. Dia pergi buka puasa dengan kawan-kawan dia harini.

Intan Sofea datang ke ruang tamu sambil membawa dulang berisi air ribena bersama keropok yang dia baru sahaja siap goreng. Masih panas lagi.

"Nah air dengan keropok" Katanya. Tengku Faridah cuma mengangguk. "Intan jom lah tengok sama-sama" Ajak Isac. Intan Sofea perlahan-lahan menggeleng. "Tak pa lah. Ada kerja lagi nak kena buat" Makjah tengah sibuk buat biskut raya.

3 hari lagi sebelum raya. Kali ni Intan Sofea beraya dengan ibu dan pakcik dia. Dorang akan balik kampung. Beraya di sana. Awal-awal lagi Intan Sofea dah minta cuti. Tengku Faridah bagi tapi pada raya ke-5 dia kena balik semula ke villa tu.

Diorang sekeluarga akan mengadakan rumah terbuka sempena hari raya. Tengku Arizal jemput Puan Suzana datang.

"Makjah kita nak buat apa lagi?" Tanya Intan Sofea. Biskut raya yang baru sahaja keluar dari oven. Diletak di atas meja untuk dibiarkan sejuk sekejap.

"Tolong masukkan kuih ni dalam balang" Beritahu Makjah sambil dia memasukkan sebiji biskut raya  ke dalam mulutnya. Nak juga rasa biskut raya  yang dia dan Intan Sofea buat. Tengku Faridah cuma memerhati ja. Dia sibuk sangat tadi.

Intan Sofea mengangguk. Dia mengambil bekas balang yang masih kosong lalu biskut raya yang sudah sejuk itu dimasukkan ke dalam bekas tersebut. Dia pun sempat juga rasa kuih hasil tangan dia.

"Intan nanti bawa sikit untuk ibu ya?" Kata Tengku Faridah. Dia masuk ke dalam dapur. Nak tengok dorang buat
biskut raya lah tu.

"Dah siap bakar?" Tanya Tengku Faridah. "Dah" Jawab Makjah. "Intan bawa untuk ibu dan nenek ya?" Sama juga macam yang Makjah cadang tadi.

"Baiklah. Nanti Intan ambil sedikit ya" Balasnya. Dia sambung semula kerja dia masukkan biskut raya ke dalam balang itu.

      TENGKU Arash memandang ke arah siling biliknya. Hari ini hari raya. Awal lagi Irdina chat dia cakap minta maaf. Tak lama lagi Irdina akan bertunang dengan pilihan hati keluarga dia. Patutlah Irdina beria nak bawa dia break. Rupanya waktu tu kali terakhir mereka break up and never get back anymore.

Irdina anak Tan Sri mestilah keluarga dia nak Irdina kahwin dengan orang yang sama taraf macam diorang.

Memanglah mereka suka dengan Tengku Arash tapi apabila ditanya bila nak hantar rombongan. Tengku Arash pasti akan bagi jawapan cliché  dia tu.

Dia nak fokus dulu kerja dia. Dan kalau dia masuk umur 30 tahun baru dia nak kahwin. Dia nak stabilkan dulu ekonomi dia. Lepastu baru lah dia sedia nak jaga anak orang.

Dia baru masuk 26 tahun. Baru habis belajar 2 tahun lepas. Dia masih baru lagi dalam kerja dia ni. Nanti dia kahwin susah dia nak fokus. Dengan kerja lepastu ada tanggungjawab nak jaga anak orang pula.

Dia mengeluh lalu bangun. Dipandang keluar bilik. Kelihatan adiknya sedang sibuk bergambar. Kakak dia Tengku Arissa balik beraya tahun ni bersama suaminya Haiqal. Anak kecil mereka juga ada. Sekarang kakak dia mengandung anak ke-2

Kakak dia kahwin ketika umur 22 tahun masa tu dia masih belajar lagi. Lepas dia tamat belajar dia baru dia mengandung anak pertamanya. Kakak dia sama umur dengan Isac.

Tengku Arash melangkah turun ke bawah. Anak buahnya Hanna laju sahaja melangkah ke arahnya. Si kecil itu anak pertama kakak dia. Berumur 2 tahun lebih.

"Pakngah" Katanya dah lancar dia bercakap. Tengku Arash tersenyum lalu mendukung si kecil itu. "Hai anak buah pakngah" Pipi tembam itu dia cium.

"Rash tahu tak Rash dah boleh kahwin kalau Rash nak. Umur dah 26 tahun sesuai sangat tau kahwin" Kata kakaknya. "Ish tak nak lah kak. Kan Rash dah kata umur Rash 30 baru nak kahwin. Rash nak fokus dengan kerja dahulu" Dia duduk di atas sofa sambil meriba anak buahnya. Diam ja dia duduk dengan pakcik dia.

"Itu je lah alasan kamu. Hah ni kakak nak tanya betul ke Irdina dah nak bertunang?" Tanya Tengku Arissa. "Betul. Biarlah dia sana. Malas nak kisah pasal dia" Ujar Tengku Arash.

Tengku Arissa cuma tersenyum. Dia pandang ke arah dapur. Mama dia sedang buat air. Sekejap lagi keluarga suami dia nak datang.

"Mana pembantu rumah yang ma cakap tu? Tak nampak pun" Tanya Tengku Arissa. "Dia balik kampung beraya. Raya ke-4 baru dia balik" Jawab Tengku Arash. Hanna bermain-main dengan butang bajunya.

"Cun tak? Ari cakap cantik. Tak terpikat ke?" Saja dia nak usik. "Memang tak lah" Jawab Tengku Arash selamba. Tapi dalam hati bukan kemain gelabah lagi dia. 'Kak dia memang cun tapi lurus sikit'. Bisik hatinya.

"Nak game" Kata  Hanna. Tengku Arash pandang anak buahnya lalu senyum. "Hanna nak main game apa?" Tanya dia.

"Baybie" Katanya. Suka sangat dengan game yang make up kan watak Barbie tu.

Tengku Arash mengambil telefon dari dalam poket lalu dia buka aplikasi game tersebut. Dia dudukkan Hanna di sebelah dia lalu telefonnya diberi kepada anak buahnya. Dia bangkit lalu menuju ke dapur.

"Ma banyaknya mama masak" Kata Tengku Arash. "Ye lah keluarga abang ipar kamu nak datang kejap lagi" Balas Tengku Faridah. Tengku Arash angguk kepala lalu mencapai gelas kaca.

Air yang dibancuh oleh Tengku Faridah tadi dia tuang ke dalam gelas. "Ma manis sangatlah" Komen dia.

"Apa? Manis?" Dia juga turut merasa air tersebut. "Hmm ye lah" Dia tuang air ke dalam gelas lalu masukkan ke dalam jug itu. Mahu mengurangkan rasa manis tu.

"Ma dorang dah nak sampai" Beritahu Tengku Arissa. Mama dia cuma mengangguk. Tengku Faridah masuk ke dalam ruang tamu. Nak kemas sikit. Tadi cucunya tu main mainan dia.

"Ris kemas mainan Hanna tu" Pesannya. Tengku Arissa cuma mengangguk. Dia tunduk sedikit kutip mainan anaknya.

*****

Author mampu update satu bab je

Jangan lupa tekan vote ✌

I'm The OneWhere stories live. Discover now