| | B58 | |

1.3K 59 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 20 votes diperlukan untuk buka bab seterusnya. Thank you sudi support and have fun guys <3333 




      INTAN Sofea pandang sahaja Tengku Arash yang tengah keluarkan bagasi mereka dari bonet teksi berkenaan. Hari ini mereka akan ke Pulau Tioman. Khabar angin yang diceritakan oleh Zati itu sebenarnya betul dan hari ini, semua pekerja daripada bahagian kewangan akan berangkat ke Pulau Tioman pada hari ini.

Semuanya telah ditanggung oleh syarikat sendiri. Ini merupakan ganjaran pada mereka atas kerja keras mereka selama ini. Dan hanya  pekerja bahagian kewangan sahaja yang diajak termasuklah Intan Sofea.

Memang setiap tahun, syarikat akan membawa pekerja mereka untuk pergi bercuti dan tahun ini giliran bahagian kewangan pula. Memang seronok lah mereka kerana mereka hanya keluarkan duit untuk berbelanja sahaja. Memang 100% ditanggung oleh syarikat termasuklah makan minum mereka.

Tengku Arash bertuah yang tahun ni dia dapat pergi. Sekali dengan isterinya pula. Dia kebetulan cuti 3 hari jadi memang dia tidak melepaskan peluang ini untuk pergi sama. Mereka akan berada di sana selama 3 hari 2 malam.

"Hubby, kita pergi situ naik bas ke atau hubby drive sendiri?" Intan Sofea bertanya ketika mereka berdua dalam perjalanan ke syarikat. Mereka semua akan berkumpul dan private transfer disewa oleh syarikat lalu akan dibawa ke jeti Tanjung Gemok, dan dari jeti Mersing mereka akan naik feri pula untuk ke Pulau Tioman.

"Tak. Hubby tak drive Sayang. Kereta tinggal di syarikat lah. Sebab nanti naik feri tu bukannya boleh bawa kereta." Tengku Arash memberitahu. Lagipun dia malas mahu membayar parkir kereta nanti. Lebih baik dia letak keretanya di tempat letak kereta syarikat. Lebih selamat dan tidaklah keretanya berjemur selama 3 hari 2 malam mereka berada di pulau berkenaan.

Bila mereka sampai di syarikat, kelihatan sudah ramai pekerja yang sedang menunggu pengangkutan mereka sampai. Selepas menurunkan beg bagasi mereka di hadapan bangunan itu, Tengku Arash memandu keretanya masuk untuk diparking.

Zati yang ternampak Intan Sofea turun dari kereta segera menghampiri gadis itu. "Kau bawak sunblock tak?" Dia bertanya. "Mestilah aku bawa. Nanti sunburn pula aku." Dia tak nak lah masuk kerja nanti dengan kulit yang kemerahan serupa udang yang sudah dimasak.

"Banyak ya beg kau. Padahal kau sorang je. Sampai 3 beg bagasi kau bawa ya." Komen Zati. "Bukan aku je lah. Laki aku pun ada juga. Dia kebetulan cuti jadi dia ikut lah." Buat apa juga Tengku Arash duduk seorang di rumah sementara Intan Sofea pula pergi bercuti. Sedangkan mama dan papanya pun pergi sekali. Tak kan dia nak tinggal pula kan.

"Eh, dia tak kerja ke?" Zati bertanya. "Tak. Kebetulan dia cuti kan. Tu yang dia ikut tu." Intan Sofea memberitahu. Baru sahaja dia mahu berbual lama dengan Zati, suaminya muncul. Terus Zati meminta diri kerana tidak mahu menganggu pasangan suami isteri berkenaan.

"Sayang tak nak duduk dulu ke? Nanti kakinya tu lenguh macam mana." Dia pula yang terlebih risau, padahal Intan Sofea relax je. "Tak pa lah. Bas dah nak sampai kan." Buang masa je dia duduk jika sekejap lagi bas yang akan membawa mereka ke jeti Tanjung Gemok itu tiba.

Dalam 15 minit menunggu, akhirnya bas tiba. Tengku Arash terus sahaja bertemu sekejap dengan pemandu bas itu kerana dia kenal. Pemandu bas ini antara orang yang selalu membawa pekerja-pekerja syarikat milik keluarganya itu bila tiba masa mereka untuk bercuti.

"Sayang pergi lah naik dulu ya. Kejap lagi hubby naik. Nak letak beg ni." Dia beritahu. Bukan setakat beg dia dan beg isterinya, beg mama dan papanya juga dia kena letak sekali. Tengku Farida dan Tengku Arizal pun sama-sama naik bas.

Intan Sofea angguk sahaja lalu naik ke atas. Mujurlah mereka yang lain semuanya memang berdisplin, masing-masing bersabar tunggu giliran mereka untuk naik. Ada 3 bas kesemuanya yang membawa lebih kurang dalam 120 orang termasuk Tengku Arash dan keluarganya. Mereka sekeluarga duduk di bas yang tidak ramai sangat pekerja. Tengku Arash yang nak, untuk keselesaan isterinya.






             BILA di dalam bas, Intan Sofea senyap sahaja duduk di tepi Tengku Arash. Dia malas nak cakap banyak, hanya mendengar sahaja mereka yang lain tengah riuh bersembang di belakang. Dia sebenarnya penat sebab semalam dia lambat tidur. Lambat tidur kerana mahu mengemas baju mereka.

Terus dia meletakkan kepalanya di bahu kanan suaminya. Mereka duduk di bahagian kanan dan Intan Sofea duduk di tepi tingkap. Mereka juga duduk di bahagian belakang tempat duduk pemandu bas berkenaan kerana ada ruang yang lebih luas.

Tengku Arash angkat kepala lalu memandang Intan Sofea. "Sayang ok tak ni?" Dia bertanya. Intan Sofea angguk sahaja. "Mengantuk. Nanti sampai sana kejutkan saya ja." Beritahunya lalu menarik jaket milik suaminya untuk menutup badannya. Tengku Arash angguk sahaja lalu membantu membetulkan kedudukan jaket itu. Langsir tingkap itu pun dia tarik sedikit untuk menutup isterinya dari terkena cahaya matahari.

"Rash, Intan tu kenapa? Dia pening ke lagi?" Tengku Farida yang kebetulan duduk di sebelah mereka bertanya. "Tak lah mama. Dia mengantuk. Semalam dia lambat tidur." Beritahu Tengku Arash supaya mamanya tidak risau. "Oh, tak pa lah kalau macam tu." Balas Tengku Farida.

Memang sepanjang perjalan ke jeti berkenaan, Intan Sofea tidud sahaja. Langsung tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya. Dia tidak kisah pun dengan suara riuh rakan sekerjanya di belakang kerana bila dia sudah mengantuk, dalam apa jua keadaan dia tetap boleh tidur.

Bila sudah mahu sampai ke destinasi mereka barulah Tengku Arash mengejutkan isterinya. Intan Sofea segera terjaga lalu memandang suaminya. "Kita dah nak sampai Sayang." Bagitahunya. Intan Sofea angguk sahaja lalu ambil botol mineral water berkenaan. Terus dia terasa haus.

Intan Sofea memandang sekitar kawasan jeti berkenaan. Tidak lah sibuk sangat kerana mereka pergi pada hari bekerja, dan bukannya pada hujung minggu mahupun cuti sekolah.

"Besar juga ya kawasan ni hubby." Komen Intan Sofea. "Memang lah. Tak kan kecil pula. Ada restoran lagi. Mana tahu Sayang nak makan sementara menunggu feri sampai." Lagi 30 minit sebelum feri yang akan membawa mereka ke Pulau Tioman tiba. Ada masa lagi.

"Tak nak makan dekat sini. Kalau tapau boleh ke? Makan dalam feri nanti." Baby belum rasa lapar lagi. Dia pun tidak ada selera mahu makan sekarang kerana dia baru je bangun dari tidurnya. Lama juga lah dia tidur, mahu dekat 2 jam juga lah.

"Mesti lah boleh. Jom. Sayang nak makan apa." Dia mengajak Intan Sofea ke restoran berkenaan. Beg bagasi mereka ditinggalkan dekat Tengku Farida dan Tengku Arizal.

Ketika di dalam feri, Intan Sofea tidak tidur. Malah dia teruja melihat ke luar. Seronok rasanya bila dapat tengok laut secara dekat-dekat ini. Dia tidak pernah lagi naik feri selama ini, jadi ini kali pertamanya. Mujurlah dia tidak mabuk laut. Tapi ada beberapa orang pekerja yang balik-balik ke tandas untuk muntah kerana mabuk laut.

"Hubby tak mabuk laut ke?" Dia bertanya. Tengku Arash terus menoleh memandang Intan Sofea yang dari tadi asyik merakam perjalanan mereka itu.

"Hubby mabuk laut? Memang tak lah Sayang. Sedangkan dekat udara boleh tahan berjam-jam. Tak kan lah dekat laut ni tak tahan pula." Dengan bangga sekali dia mengatakan dia tidak mabuk laut. Intan Sofea jeling sahaja suaminya itu. Malas lah dia kalau Tengku Arash dah mula bangga diri tu.

"Nanti dekat situ dia duduk dekat bilik sendiri ke?" Intan Sofea bertanya sebab pekerja yang lain kena kongsi bilik. Tapi sesama jantina sahaja. "Mestilah Sayang. Tak kan Sayang nak tidur dekat workmates Sayang pula? Habis hubby ni macam mana?" Dia hairan sendiri dengan pertanyaan Intan Sofea itu. Intan Sofea sengih sahaja.

I'm The OneDove le storie prendono vita. Scoprilo ora