|| B18 ||

2.3K 101 3
                                    

     MOHD Hafizi. Itu ialah nama anak lelaki kepada Tengku Arissa. Dia baru sahaja melahirkan si kecil itu 2 hari lepas. Hari ini hari ke-2 dia berpantang.

Intan Sofea yang langsung tidak tahu apa-apa pasal berpantang ni diajar oleh Makjah. Sekurang-kurangnya dia ada sedikit pengetahuan.

Jadi dia ikut je lah. Dia akan sediakan air rebusan herba untuk Tengku Arissa mandi. Satu per satu herba yang digunakan Makjah perkenalkan dengan dia.

Tengku Arash pula yang gembira. Mengalahkan abang ipar dia. Harini baru dapat jumpa si kecil itu. Dia baru je habis kerja. Bawa kapal lagi lah dan kali ni  dengan Fakrul.

"Kak comelnya. Macam muka Hanna lah" Dia cucuk perlahan pipi si kecil itu. "Jangan lah" Tengku Arissa marah lalu ditamparnya tangan adik dia tu.

Tidak lama kemudian Hafizi merengek. "Tengok tu. Kamu lah punya pasal. Dah pergi main jauh-jauh" Halau Tengku Arissa.

"Alah Rash nak main dengan dia lah" Katanya. "Akak nak menyusukan dia lah" Lantas Tengku Arash bangun dari melutut. "Cakap lah awal-awal" Dia keluar dari bilik kakaknya. Tak kan dia nak tengok pula kan? Malu lah kakak dia. Dah lah dia lelaki.

Tengku Arash kemudian bawa beg bagasi dia naik ke atas. Memang kakak dia tinggal di bilik bawah sebab lagi senang. Kalau di atas susah. Nak turun naik tangga pula hari-hari.

Dia turun balik ke bawah. Bila Hanna nampak pakcik dia turun lantas dia menuju ke arah Tengku Arash.

"Hei kenapa ni?" Tanya Tengku Arash. Hanna terus sahaja memeluk kaki dia. "Nak main game" Kata Hanna. Tengku Arash tersenyum. Dia serahkan telefon dia. Sejak kakak dia tinggal di sini telefon dia banyak game. Semuanya sebab Hanna. Macam-macam game dia nak main.

Dia buka tv nak tengok netflix lah tu. Dah lama dia tak tengok netflix. Sedang dia mencari movie yang dia nak tengok Tengku Ariqah pula datang.

Dengan selamba dia rampas alat kawalan jauh dari abang dia. "Hei orang yang nak tengok dulu lah" Marah Tengku Arash. Tengku Ariqah cuma tersengih lalu pilih movie 'To All The Boys I've Loved Before'.

"Movie ni lagi. Korang tak bosan ke? Kenapa perempuan suka sangat dengan movie ni ek?" Tanya Tengku Arash.

Author terkecuali. Author tak pernah pun tengok movie tu. Dengar nama sahaja.

Hanna masih lagi berbaring di paha dia sambil bermain game. Dia letakkan kepala Hanna ke atas kusyen lalu dia bangun.

"Abang nak pergi mana?" Tanya Tengku Ariqah. Tengku Arash tunjuk ke dapur. "Ambilkan air" Arahnya.

"Eh suka hati dia ja. Ambil sendiri" Katanya lalu menapak ke dapur. Ada Makjah dan Intan Sofea.

"Bau apa ni?" Tanya dia sambil tutup hidung. Masyaallah kuat sangat bau dia. Nak mati aku tau. "Oh bau herba lah Rash. Untuk Ris" Beritahu Makjah.

"Susahnya jadi orang perempuan. Banyak benda yang kena buat. Nak berpantang lagi. 44 hari kan? Lama juga" Omelnya.

"Eleh merungut konon. Kalau nak isteri kekal cantik dan kekal macam anak dara lepas kahwin kena lah ikut semua pantang ni. Lagipun nanti anak yang menyusu air susu badan dapat banyak nutrien dan tak ada lah kes bayi kena alergik. Ibu kena jaga pemakanan. Dari mula mengandung sehingga berpantang tau" Beritahu Makjah panjang lebar.

  TENGKU Arash memandang tajam  ke arah Intan Sofea yang tergesa-gesa masuk je dalam bilik dia. "HOI kau nak ke mana? Aku belum habis cakap lagi ni" Marah Tengku Arash. Dia marah sangat dekat Intan Sofea lepas terdengar yang Intan Sofea cakap buruk pasal dia dan juga bekas kekasih dia. Irdina.

Masa tu Intan Sofea sedang berbual kosong dengan Tengku Arissa. Dia tak bermaksud pun nak cakap buruk pasal lelaki itu. Semuanya salah faham.

Tengku Arash marah lalu dia tampar Intan Sofea. Terus gadis itu masuk ke dalam biliknya.

Tidak lama kemudian Intan Sofea keluar dari bilik dia dengan beg. Mata dia merah dan bengkak. Mungkin baru lepas menangis.

"Eh Intan nak pergi mana dengan beg?" Tegur Tengku Faridah. Dia baru sampai. Tadi keluar sekejap. Tak tahu apa yang sedang berlaku. Intan Sofea cuma senyap sambil menunduk ke bawah.

"Hah baguslah tu kau keluar. Kerja di sini nak cakap buruk ja pasal aku. Pergi lah berambus. Nah duit kau nak sangat kan. Ambil dan berambus" Ujar Tengku Arash dengan sinis. Beberapa helai duit bernilai RM100 dilempar di hadapan gadis itu 

"RASH! Apa ni" Marah Tengku Faridah. Intan Sofea tak tahan lagi kerana maruahnya dipijak-pijak oleh lelaki itu dia segera keluar dari villa itu tanpa sebarang kata.

"Baguslah. Perempuan sejijik kau tak layak duduk sini. Tak layak kerja dengan keluarga aku. Kau tu anak haram. Tak layak" Katanya dengan penuh sindiran. "ARASH" Marah Tengku Faridah.

Tengku Arash tergelak sinis. Tak kisah tentang mama dia yang sedang marah.

INTAN  Sofea masuk ke dalam rumah pakcik dia. Mata masih lagi merah. Dia tak sangka yang lelaki itu sanggup menjatuhkan maruah dia. Hina sangat kah dia? Hina sangat kah lahir dari rahim seorang wanita yang dulunya seorang pelacur? Ibu dia buat semuanya tanpa rela. Tapi ibu dia berkahwin sebelum dia mengandungkan Intan Sofea. Hina sangat kah?

Masa dia melangkah ke dalam  ada seorang lelaki sedang duduk di kerusi berhadapan dengan ibu dia. Puan Suzana kelihatan gembira melihat lelaki itu. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah ibunya.

"Assalammualaikum ibu"  Ucapnya lalu bersalam dengan Puan Suzana. Dia kemudian pandang lelaki itu. Kenapa ada iras-iras wajah seseorang yang dia kenali.

"Waalaikumsalam anak ibu. Kenapa datang? Kamu cuti? Dah kenapa mata kamu merah? Kamu nangis ya?" Tanya Puan Suzana. Dia membelek wajah anaknya. Pipi dia ada kesan merah. Intan Sofea cuma tersenyum tawar. Dia pandang lagi lelaki itu.

'Ibu siapa ni?' Bisik dia. Sebenarnya saja nak tukar topik.  Puan Suzana tersenyum lalu pandang Intan Sofea. Intan Sofea bingung. Kenapa ibu senyum.

"Sofea sayang sebenarnya dah lama ibu pendam dan rahsiakan dari kamu. Ibu nak tunggu kamu masuk umur 18 tahun baru ibu bagitau. Tapu nampaknya Intan dah nampak sekarang" Puan Suzana memulakan bicara.

"Ibu nak kahwin kah? Alah pasal tu Sof tak kisah lah" Teka dia. Tapi Puan Suzana geleng kepala. Makin lah dia bingung.

"Bukan lah. Ni hah ibu nak bagitau. Tapi sebelum tu maafkan ibu ya sebab rahsiakan semua ni sama kamu. Ni sebenarnya ayah kandung Intan. Tengku Irham" Bagitau Puan Suzana.

Intan Sofea terkejut. Bapa kandung? Maknanya ibu tipu lah? Ibu kata ayah abah dah meninggal. Dan abah ada pangkat Tengku?

"Abah? Ayah kandung? Betul ke?" Tanya dia lagi. Masih terkejut. Mula-mula terkejut ibu masuk hospital sekarang terkejut yang ayah kandung dia masih hidup.

"Ya sayang. Ni abah lah. Ayah kandung adik. Maafkan abah sebab tinggalkan ibu dengan adik dulu" Kata Tengku Irham. Nampak ada air yang turun dari pipinya.

Intan Sofea ragu-ragu tapi dia peluk juga lelaki yang bergelar abah dia tu.

"Akhirnya...adik dapat tengok dan jumpa ayah kandung adik" Tengku Irham usap belakang anak dia.

"Jadi selama ni abah lah yang hantar duit tiap bulan?" Tanya Intan Sofea setelah dia tenang. Tengku Irham angguk. "Ya duit tiap bulan abah yang hantar. Dan bil hospital selama ni abah yang bayar. Untuk pembedahan ibu pun abah yang bayar" Katanya.

"Semua duit yang kononnya adik bayar untuk bil dan kos rawatan ibu sebenarnya abah masukkan dalam akaun bank adik. Abah dah bincang dengan pihak hospital sejak ibu masuk lagi. Jadi semua duit tu masuk akaun adik. Ni buku bank" Buku bank itu diserahkan dengan Intan Sofea.

"Tapi kenapa sekarang abah baru nak datang? Selama ni abah di mana?" Tanya Intan Sofea. "Abah ada perniagaan di luar negara. Abah balik pun sebab ibu adik" Beritahu Tengku Irham.

Maknanya abah ialah ahli perniagaan. Patutlah abah pakai baju macam orang kerja pejabat. Rupanya abah memang orang pejabat. Nampak segak ja.

******

Long time nooo see
Hah nak tahu apa jadi di next chapter jangan lupa tekan vote ya.
10 vote author akn buka next chapter

I'm The OneWhere stories live. Discover now