|| B24 ||

2.3K 112 4
                                    

 
Welcome to another chapter
Sebelum continue baca jangan lupa tekan vote ya
10 votes are needed to open next chapter

--------------------------------------------------

     ISAC dan Isyam datang ke majlis graduasi adik mereka. Intan Sofea telah menamatkan pengajian dia dalam bidang ekonomi bagi peringkat diploma. 4 tahun dia belajar di sana.

"Wahh tahniah wahai adikku" Ucap Isac. Dia datang bersama sejambak coklat. Semua jenis coklat ada. Intan Sofea memang suka makan coklat kerana dia ada masalah sejak kecil.

Masalah gula. Paras gula dalam badannya terlalu rendah dan dia boleh pengsan pada bila-bila masa sahaja bila dia kerja terlampau keras atau bila dia terlampau stress.

Walaupun dulu Puan Suzana mempunyai masalah kewangan dia tetap akan cari jalan untuk membelikan coklat kepada Intan Sofea. Dalam seminggu pasti sekali dua anak gadisnya itu dapat makan coklat.

Isyam pula datang bawa sejambak bunga ros berwarna putih. Bunga kegemaran adiknya.

"Terima kasih. Along. Angah" Ucapnya. Dua orang abangnya itu balas dengan senyuman. "Along je bagi bunga? Angah tak bagi ke? Coklat mana cukup." Usiknya lalu memandang Isac.

"Orang ada bawa bunga juga lah. Nah." Dia menyerahkan kain berwarna putih kepada adiknya. Bunga apa pula dalam kain ni?

Bila Intan Sofea membuka dia terus ketawa. "Ni bunga kantan dengan kulit kayu manis lah. Nak buat apa." Katanya. Masih lagi ketawa.

"Betul tu. Yeah adik tahu. Dah boleh kahwin." Sengaja dia mengenakan adiknya itu.

Kemudian abah dan ibu datang. Abah terus peluk bahu anak daranya sambil tersenyum.

"Tahniah adik" Ucapnya. Intan Sofea cuma tersenyum. Kini semua anak-anaknya dah habis belajar. Masing-masing dah berjaya.

"Hah lepas ni nak sambung lagi atau balik  Malaysia terus?" Tanya Tengku Irham. "Balik sana dulu lah. Nanti baru fikir lah. Abah nak balik Malaysia ke?" Kata Intan Sofea.

Tengku Irham cuma angguk kepala. "Ya. Memang abah nak balik sana pun. Nak masuk meminang untuk along kamu" Intan Sofea kemudian pandang alongnya.

Isyam cuma tersengih sambil buat peace. "Along ni jahatlah. Selama ni tak bagitau pun dekat adik" Marahnya.

"Sowey. Nanti along kasih kenal dengan adik ya?" Katanya. "Janji tau" Isac pula tergelak. "Oh rupanya adik tak tahu ya" Ujar Isac.

"Oh angah pun tahu? Jahatnya korang tak bagitau dekat adik. Kenapa mesti adik orang yang terakhir" Dia dah mula tunjuk dia nak protes.

Mereka mula ketawa tengok si bongsu itu mula merajuk.

"Along janji adik orang pertama jumpa dia ya? Yang lain tak pernah jumpa tau" Pujuk Isyam.

"Dorang tak pernah jumpa lagi depan-depan. Nampak gambar ja" Beritahu Isyam. Intan Sofea mula tersenyum. Dah tak jadi nak merajuk.


   TENGKU Arash baru sampai ke KLIA 2. Harini dia tak kerja jadi Tengku Arizal suruh dia jemput keluarga Isac yang balik harini.

Dia dikhabarkan yang adik kepada Isac juga turut ada. Isac bagitau kelmarin. Memang dia sekeluarga terkejut.

Selama ni mereka tak pernah tahu pasal itu. Intan Sofea sendiri yang tak nak mereka tahu.

Tengku Arash pandang suasana di sekitar lapangan terbang itu. Ada juga yang masih jakun. Asyik pandang sana sini. Dia tergelak sedikit.

Baginya KLIA 2 ni dah macam tempat lepak dia. Dia bekerja di sana dan semestinya dia dah bosan dengan tempat itu.

I'm The OneTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon