|| B30 ||

2.4K 80 1
                                    

Welcome back to chapter 30 💕 Seperti biasa 10 votes diperlukan untuk buat bab baru. By the way author nak bagitau yang author unpublish DIA LAH SURI HATIKU untuk tukar the whole cerita sebab nak buat versi baru. Bulan Jan tahun depan baru author publish balik. HEHE sorry. Ok lah itu lah author nak cakap. Jangan lupa tekan vote ya. 10 votes diperlukan utk buka bab 31.

      INTAN Sofea keluar bersama Isac dan juga Tengku Arash. Dia tak tahu pun lelaki tu ikut sama. Kalau dia tahu tentu dia tak ikut. Sudahlah dia malukan lelaki itu di hadapan semua orang malah menolak pinangan lelaki itu.

Dalam kereta dia cuma senyap. Tak layan pun angah dia tengah bawa dia berbual. Dia hanya main telefon dia dan sesekali pandang ke luar.

Dia langsung tak kisah akan Tengku Arash. Seolah-olah lelaki itu tidak wujud pun.

"Adik janganlah marah" Pujuk Isac. Intan Sofea masih diamkan diri. "Angah pergi lah bawa kawan angah tu tengok wayang. Tak nak adik masuk. Dah tengok pun dengan kaklong 2 hari lepas. Adik nak beli barang sikit. Angah pergi lah" Balasnya. Dia masih memeluk tubuh.

Tengku Arash sembunyikan senyuman dia. Rasa nak gelak sahaja tengok gadis depan dia ni merajuk. Intan Sofea berpeluk tubuh sambil pandang arah lain. Tak pandang pun dekat angah dia si Isac . Apatah lagi dia. Tapi dia tahu sebenarnya Intan Sofea nak mengelak dari berjumpa dengannya. Mesti dia segan hendak ada dengan angah bila ada lelaki yang dia sudah reject.

"Ok. Ok. Kita tak tengok wayang. Hmm kita main game nak? Dekat tingkat atas tu?" Intan Sofea geleng kepala lagi. "Tak nak" Dia hentak kaki dia.

"Habis tu. Nak buat apa?" Tanya Isac. Peninglah layan adik dia ni. Kadang-kala pandai mengada-ngada.

Nasiblah gadis itu adik dia. Kalau tak dah lama dia sekeh kepala adik dia tu. Kang dia buat betul-betul tambah lagi adik ni susah nak pujuk.

"Pergi je lah angah. Adik nak jalan-jalan" Dia tolak badan angah dia. "Ok. Ok. Jalan-jalan je tau. Jangan merayau jauh sangat. Nanti jumpa dekat parking lot." Kata putus dari Isac.

"Kalau ada orang kacau terus call angah. Jangan nak layan lelaki yang cuba nak mengorat. Ignore them kalau tak angah bagi penumbuk dekat mereka. Understand lil sis?" Pesan Isac. "Don't worry no one will disturb me lah. Ok lah dah cukup membebel. Adik jalan dulu." Balas Intan Sofea sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Isac dan Tengku Arash.

Akhirnya mereka berpisah. Isac dan Tengku Arash pergi tengok wayang. Intan Sofea pula merayau. Nak jadi kutu rayau sangat kan.

"Jadi bila korang balik sana?" Tanya Tengku Arash ketika mereka berdua sedang beratur untuk membeli tiket.

"Hujung minggu ni. Sebab adik aku nak daftar hujung bulan ni. Tapi dia tak jadi nak tukar warganegara sebab tak diluluskan. Entah kenapa. Jadi lepas master dia balik sini semula atau aku akan cuba lagi untuk urusan pertukaran warganegaranya nanti." Jawab Isac.

Tengku Arash sekadar mengangguk. "Kau masih nak cuba ke? Cuba tackle adik aku tu? Dia punya pendirian tetap tau. Kalau dia tolak maknanya dia tak terima kau untuk selamanya." Kata Isac.

"Aku hairan lah. Macam mana kau boleh nak masuk meminang dia. Sepupu sendiri pula tu. Lagipun adik aku tu mana lah nak pandang kau. 8 tahun kot beza. Mesti dia nak yang tua setahun dua je dari dia." Kata Isac.

"Entah." Itu yang mampu dia ungkapkan. Bila Intan Sofea berhenti kerja dulu dia merasa kehilangan. Dia sunyi kerana gadis itu pergi. Tiada yang boleh dia usik kecuali adiknya.

Sejak putus dengan Irdina dia menjadi lelaki tanpa status. Tanpa sebarang hubungan. Bila gadis itu kembali semula konon dia nak berkahwin dengan gadis itu namun nasibnya malang kerana ditolak. Bukan sekali tapi dua kali.

'Mungkin dia tak boleh nak maafkan aku kot. Atau dia masih trauma masa aku tampar dia dulu. Hmm Rash sabarlah 2 tahun nanti kau cuba lah lagi. Mana tahu masa tu dia boleh terima kau.' Bisiknya kepada diri sendiri.

       INTAN Sofea memandang ibunya yang sedang sibuk memasak. "Ibu siapa nak datang?" Tanya Intan Sofea. "Arash." Jawab Puan Suzana. Tak jadi terus Intan Sofea menuang jus oren ke dalam gelasnya.

"Dia? Buat apa? Tapi kalau dia datang pun kenapa nak masak banyak? Dia sorang je kan? Mesti nak jumpa angah kan sebelum kita balik Switzerland." Teka Intan Sofea.

"Tak sayang. Dia datang nak jumpa kamu. Bukan dia sorang je keluarga dia pun datang juga. Budak tu degil tau. Guess what sayang? Dia nak masuk meminang adik lagi. Buat kali kedua." Beritahu Puan Suzana. Secubit garam dimasukkan ke dalam kuah kari itu untuk menambah perasa.

"Serious ibu? Dia tu memang tak faham bahasa ke? Kan adik cakap adik tak nak." Marahnya. Nak aku reject kali ke-3 ke?

"Sayang dengar cakap ibu dulu. Jangan lari." Kata Puan Suzana. Dia mengambil tempat do hadapan anaknya.

"Ibu bukan nak memaksa tapi.. adik tak boleh ke bagi dia peluang? Mana tahu dia yang terbaik. Oh mungkin sebab adik nak sambung belajar kan? Tak nak kahwin dulu. Boleh je korang berdua bertunang dulu. Lepas adik gradute dah dapat master baru nikah. Ibu bukan apa sayang tapi abah tu memang nak adik dengan Arash kahwin sayang. Boleh?" Puan Suzana memandang anaknya. Tangan Intan Sofea diraih.

"Baiklah ibu. Adik terima. Tapi jangan salahkan adik kalau tiba-tiba nanti adik cakap nak putus tunang ya." Intan Sofea menghembuskan nafas dengan berat. Susah untuk dia buat pilihan kerana dia tak nak kecewakan keluarganya.

"Terima kasih. Pergilah naik bersiap. Tukar baju ya. Kejap lagi dorang sampai." Senyuman nipis diberikan kepada Puan Suzana sebelum dia melangkah ke biliknya.

Tidak lama kemudian Tengku Arash dan keluarganya sampai. "Jadi macam mana?" Tanya Tengku Arizal kepada Puan Suzana setelah mereka duduk di ruang tamu.

"Dia terima. Tapi tak nak kahwin dulu. Tunggulah lepas dia tamat master." Tengku Irham menjawab.

"Alhamdulillah. Tak sabar lah saya nak sambut menantu perempuan ni." Ujar Tengku Farida. "Sabarlah. 2 tahun lagi. Oh ya Intan mana?" Tanya Tengku Arizal bila dia tidak nampak gadis itu.

"Oh dia dekat dapur. Rash pergi lah jumpa dia. Ada benda dia nak cakap." Jawab Puan Suzana. Tengku Arash sekadar mengangguk lalu meminta diri ke dapur.

Kelihatan Intan Sofea duduk termenung di meja makan. Gadis itu langsung tidak perasan akan kewujudan Tengku Arash di sana.

"Intan? Amboi berangan ya." Tegurnya. Dia mengambil tempat di hadapan gadis itu. "Jadi nak cakap apa?" Tanya Tengku Arash. Dia memandang gadis yang berselendang itu. Enak sahaja mata memandang Intan Sofea yang sememangnya menjaga auratnya sejak dulu.

"Pasal pinangan ni. Saya terima sebab ibu dengan abah. Bukan sebab awak. Jauh sekali bukan sebab saya suka awak. Saya tak terima awak sepenuhnya. Saya ikut sahaja apa yang ibu dan abah nak. Kita bertunang dulu. Lepas saya tamat master baru kahwin. Itu pun kalau ada jodoh. Saya tak boleh nak bagi macam yang awak nak. Walaupun kita dah bertunang nanti saya tak nak awak ganggu saya. Jika awak ganggu saya tak teragak-agak untuk putuskan pertunangan kita. Selepas 2 tahun bergantung lah dengan keputusan saya. Don't expect happy ending like a movie from me Arash. I'm not a disney princess. Don't expect yang kita akan kahwin. Ok lah tu je saya nak cakap." Kemudian dia berdiri lalu meninggalkan lelaki itu.

'I will give you that happy ending Intan. Jangan cuba nak cabar aku. Ok sweetheart i will play your game' ujarnya separa berbisik lalu tersenyum nipis.

Sedutan bab 31

"Weii mana tunang kau?" Tanya Wani. Intan Sofea terus berubah masam. Tak suka dia dekat lelaki yang baru bergelar tunangnya itu. "Entahlah. Kisah apa." Jawab Intan Sofea dengan selamba. Malas nak ambil kisah pasal lelaki itu. Buat hatinya sakit sahaja.

Tidak lama kemudian Ira datang semula bersama suaminya. Dia memperkenalkan Intan Sofea kepada suaminya. Suami dia nama Hisyam.

Bila mereka sedang bersembang di pelamin mini itu Intan Sofea terasa ada orang mencuit bahunya. Bila dia toleh belakang lantas secara spontan mata kawan-kawannya membulat bila secara tiba-tiba Intan Sofea di peluk.

Di peluk di hadapan mereka.

Nak tahu siapa peluk Intan? Sila lah vote. 10 bab diperlukan untuk buka bab 31

I'm The OneDonde viven las historias. Descúbrelo ahora