"Say I'm sorry, Ibu," ajar Kamilia Hazel.

"I'm sowy, bu." Amanda mengikut kata-kata ibunya. Kamilia Hazel tersenyum senang.

Walaupun perangai Amanda nakal seperti lelaki, namun dia tahu anak gadisnya itu ada sifat baiknya di dalam hati.

"Good, sini ibu kiss DaDa." Kepala Amanda ditarik dan dibawa ke bibirnya. Kamilia Hazel mencium kepala anaknya yang wangi berbau syampu 'Carrie Junior'.

"Amel nak kiss!" jerit Amelya bila nampak ibunya memeluk dan mencium Amanda. Dia cemburu.

"Alolololo... iye dua-dua ibu sayang. Jangan nakal tau. DaDa ni... jangan suka sangat kacau orang. Orang buat awak, awak menangis," ujar Kamilia Hazel lagi dan Amanda kembali ingin menangis.

Tengok tu, sensitif betul si Amanda ni. Kalau bab mengacau orang tak ingat dunia, tapi bila dah menangis baru tahu.

"Dah shhhh... ibu marah sebab ibu?"

"Ibu sayang tite!" sahut Amelya dengan ceria.

"So clever lah anak ibu ni!" Kedua-dua pipi Amelya dan Amanda dicium.

Hayat masuk dan dudukkan diri di sofa bersama dengan Syifa yang sedang mengagah anak mereka. Ungku Harraz pula terus menuju ke tempat anak dan bininya berada. Dari jauh dia tersenyum selepas masuk ke dalam rumah melihatkan anak dan ibu berpelukan. Nak juga!

"Comelnya anak dengan ibu. Papa datang sebab papa?" Ungku Harraz mencelah sambil mencangkung di tepi Kamilia Hazel.

"Sebab apa papa?" soal si kecil Amelya bingung.

"Sebab... papa awak lapar attention." Kamilia Hazel tolong jawabkan bagi pihak Ungku Harraz.

Lelaki itu mengerutkan dahi sebelum ketawa kecil. Syifa dan Hayat pula gembira melihat keluarga bahagia itu.

"Asyesyen tu apa ibu?" soal Amanda dalam sedu-sedannya yang masih bersisa.

"Attention tu maksud dia lelaki gatal miang macam papa awak ni." Bahu Ungku Harraz ditunjal.

"Apa ajar anak bukan-bukan? Cium kang baru tahu." Jeling Ungku Harraz. Kamilia Hazel mencebik.

"Ehem ehem! Kat sini masih ada tetamu lagi. Jangan buat bukan-bukan, ya." Syifa berdehem dengan kuat.

Hayat turut memainkan peranan menggelengkan kepala sambil memegang Riyyan.

"Suka hatilah," kata Ungku Harraz selamba sebelum mereka satu keluarga berpelukan lagi sekali.

PERCUTIAN bulan madu di Langkawi selama dua hari itu sungguh menggembirakan hari Kamilia Hazel. Walaupun tanpa kembar.

Anak-anak mereka dibiar tinggal di rumah nenek dan atuk mereka, Datin Harsyifah dan Dato Kusyairi. Bukannya tidak selalu pergi ke rumah nenek dan atuk belah papa mereka, selalu sangat. Jadi, kali ini biarlah Datin Harsyifah dan Dato Kusyairi pula yang manjakan cucu-cucu mereka.

Langkawi adalah tempat pilihan percutian honeymoon mereka bersama. Kenapa tak mahu ke luar negara? Ini kerana Kamilia Hazel tidak mahu berjauhan lama-lama dengan Amelya dan Amanda.

Walau sebenarnya, Amelya dan Amanda seperti seronok saja tinggal di rumah atuk dan nenek mereka. Sewaktu hari Kamilia Hazel dan Ungku Harraz ingin bergerak ke Langkawi, kembar langsung tidak buat hal. Menangis sedih pun tidak.

Dari ruang berehat di chalet yang diinapi mereka, jelas kelihatan air laut yang jernih dan cantik di bawahnya. Ini kalau bawa Amelya dan Amanda sekali, mesti mereka seronok bermain. Tapi, bahaya juga kalau bawa.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now