Syifa tayang sengih panjang melihatkan Amanda yang sedaya upaya cuba mengusir Riyyan dari tempat itu namun Riyyan kental dan tetap juga menggapai barang mainan yang lain tanpa menghiraukan bebelan Amanda yang sedang memarahinya.

"Eeee... si Jemah ni. Geram aku. Banyak mulut betul. Ikut perangai siapa entah," omel Syifa sambil memandang ke arah anaknya.

"Amboi kau... mengutuk aku ke?" celah Kamilia Hazel menjeling sedikit ke arah Syifa yang duduk di sofa sebelahnya.

"Laaaaa... terasa ke?"

"Sikitlah," balas Kamilia Hazel sebelum mereka ketawa kecil.

"Besar dah Amel dengan DaDa. Comel pulak tu. Besar nanti confirm cantik macam aku," kata Syifa berangan seorang diri.

Dari nak senyum panjang, Kamilia Hazel terus matikan senyuman lantas memandang Syifa yang tersenyum seorang diri.

"Aik, apa hal ikut kau pulak? Aku yang lahirkan diaorang, ikut muka akulah." Kamilia Hazel menjeling Syifa.

"Tak mahu tambah ahli ke?" soal Syifa.

"Tak mahu lerrrr..." jawab Kamilia Hazel bersahaja.

"Mengapa tak mahu?" tanya Syifa lagi.

Ceit, muka Kamilia Hazel ni macam ada udang di sebalik batu saja. Iye ke tak mahu atau segalanya kata-kata di bibir saja?

"Sebab tak mahu lerrr. Awak tu tak mahu ke?" soal Kamilia Hazel pula pada Syifa.

"Eh, mestilah kita mahu. Ada ramai anak lagi seronok. Meriah raya aku setiap tahun Jenah oi." Lengan Kamilia Hazel ditampar lembut ala-ala mak cik bawang sedang berbual.

Tiba-tiba, terdengarkan kekecohan di tempat anak-anak mereka bermain. Riyyan menangis. Syifa sempat melihat tubuh anaknya yang jatuh tersembam. Nasib baik jatuh atas katil lembut.

Syifa dan Kamilia Hazel terus bangkit lalu mendapatkan anak-anak mereka.

"Ibu! Amel toyak baby Iyan ampai atuh," adu Amanda menuding jari ke arah Amelya yang terkejut apabila dituduh begitu.

"Mana ada! DaDa tipu, ibu! Papa..." Amelya mula merengek nama papanya.

"DaDa, menipu ya? Kan ibu dah kata menipu tu berdosa. Nak masuk api neraka ke? Nanti Tuhan potong lidah tu, tak boleh bercakap. Nak ke?" Kamilia Hazel bercekak pinggang dan menayang muka garang pada Amanda.

Amanda mula menangis bila ibunya berkata tentang azab api neraka.

"Nanak! Ibu, towiii... DaDa yang toyak baby Iyan. DaDa degham ngan iye. Dia omel angat." Amanda mengaku kesalahannya.

Syifa yang sedang memujuk anak lelakinya memandang Kamilia Hazel dengan senyuman. Dia langsung tak marah akan perbuatan Amanda terhadap Riyyan.

"Dah, tak mau menangis. Meh ibu lap air mata." Kamilia Hazel mendepakan tangannya, membuka pelukan untuk Amanda. Amanda berlari ke arah Kamilia Hazel lalu membiarkan matanya dibersihkan oleh Kamilia Hazel.

"DaDa maksudkan dia nak adik baru. Takkan tak faham lagi. Boleh boleh dah tu," usik Syifa membawa Riyyan yang masih menangis ke arah sofa.

"Kau jangan nak merasuk anak-anak aku eh, Syifa. Tu, anak kau tu berak ke apa. Pergilah tenangkan dia." Kamilia Hazel geram dengan Syifa manakala Amelya terkedek-kedek mendapatkan papanya di luar rumah yang sedang berborak dengan Hayat.

"Amanda, lain kali jangan buat lagi. Kalau tak, ibu babap guna rotan. Nak rotan ke?" Mata Kamilia Hazel menguji anak mata Amanda yang masih berair.

"Nanak! Ibu angan otan tau. DaDa sowy." Amanda merayu dengan mata bulatnya yang masih berair.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now