"Datang nak menumpang pulak kat sini? Apa, banglo sana tu tak cukup besar ke untuk kau dengan anak-anak kau?" tembak Ungku Harraz lagi.

Kali ini Puan Sri Fazura menikam mata Ungku Harraz tajam.

"Harraz! Apa cakap macam tu?" marah suara wanita itu.

"Ke kau datang minta sedekah? Oh kesiannya. Miskin eh? Jap aku ambik duit. Tin kau mana? Senang aku nak letak duit." Sinis Ungku Harraz berkata sebelum Puan Sri Fazura mendekati Ungku Harraz lantas diberi cubitan di lengan Ungku Harraz.

Lelaki itu menyeringai kesakitan. Sempat lagi Puan Sri Fazura membebel kecil padanya sebelum Kamilia Hazel membalas.

"Kenapa pulak aku nak buat macam tu? Aku masih mampu. Aku pun berduit juga. Jangan fikir kau aje yang kaya kat dunia ni," bidas Kamilia Hazel tenang sambil memeluk tubuh. Dia bersikap selamba.

"Oh, pandai menjawab?" Ungku Harraz ketap gigi.

Ini betul-betul buat aku marah. Dasar perempuan! Marahnya di dalam hati.

Kalau bukan kerana mereka berada di rumah keluarganya, memang dah lama dia rembat si Kamilia Hazel tu. Mulut boleh tahan pedas bila bercakap. Dia pandang Kamilia Hazel besar kecik besar kecik saja.

"Kau menyoal, kerja aku menjawablah," jawab Kamilia Hazel lagi dengan senyuman sinis. Dia tak mahu kalah bila perang mulut dengan Ungku Harraz. Mengingatkannya kepada waktu dulu-dulu saat dia dengan Ungku Harraz selalu bergaduh di sekolah.

Oh, fikir Ungku Harraz aje boleh bidas dia? Ungku Harraz tak tahu yang mulut Kamilia Hazel lebih berapi dari dia. Jadi, jangan nak cabar Kamilia Hazel.

"Sudahlah, tak payah bergaduh. Ni, Hazel tidur sinilah ya? Tidur dalam bilik Harraz," kata Puan Sri Fazura memotong adegan pertelingkahan mulut antara anak dan menantunya itu.

Gadis itu terus anggukkan kepala. Memang dia datang sebab nak tidur sini pun. Sengaja dia nak cuba mendekati Ungku Harraz. Kalau dia tidak bertindak, alamatnya, sampai bila-bila pun Ungku Harraz akan terus melarikan diri.

"Memang Hazel nak tidur sini pun, mom." Dia senyum pada Ungku Harraz penuh makna.

Lelaki itu terus memandang Puan Sri Fazura.

Eee tidur dengan minah ni? Memang taklah! Ungku Harraz merengus.

"Eh, tak payahlah mom. Bagi dia tidur kat bilik lain. Harraz peninglah tengok muka dia." Ungku Harraz cipta alasan.

Deja vu.

Ayat itu pernah diungkap oleh Kamilia Hazel sewaktu mereka tidur di rumah keluarga Kamilia Hazel. Saat itu, Ungku Harraz beria-ia cuba memenangi hatinya, namun dia masih membenci lelaki itu. Dicipta alasan ingin muntah kerana alahan mengandung untuk mengelak tidur sebilik dengan Ungku Harraz. Namun, umi melarang dia berperangai demikian.

Akhirnya, mereka tidur sebilik juga. Cuma Ungku Harraz tidur di atas sofa, manakala Kamilia Hazel pula tidur di atas katilnya.

Ungku Harraz merengus. Dia tak nak tidur dengan Kamilia Hazel. Nanti mesti kembar pun kena tidur dengan mereka sekali. Nanti malam, dia kena hadap tangisan Amelya dan Amanda yang menyakitkan telinga. Bingit!

"Ungku Harraz, apa cakap isteri macam tu? Tak baik," tegur Puan Sri Fazura sambil beri isyarat mata lagi.

Ungku Harraz pandang pula isterinya yang berdiri tegak di tepi bar. Tubuh Kamilia Hazel dipandang atas bawah.

"Yeke dia ni isteri Raz? Sedar dari koma hari tu, terus mengaku isteri. Entah-entah, anak-anak dia tu anak luar nikah," sambar Ungku Harraz melampau.

Sikapnya itu keterlaluan. Menuduh Amelya dan Amanda anak luar nikah. Ya Allah! Sampai begitu sekali dia mahu sakitkan hati Kamilia Hazel.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now