Muka Kamilia Hazel pun dia sakit hati nak pandang. Sama jugalah dengan kembar pun! Mak dengan anak sama saja.

"Dari hari tu lagi kau seronok mention nama dia. Kau nak sangat ke aku pergi dekat dia?" Kamilia Hazel sekadar menguji.

Namun, hatinya tetap sakit apabila Ungku Harraz tidak berhenti menyelit nama Andra setiap kali mereka bertengkar mulut.

Tangisan kembar semakin menjadi-jadi. Ungku Harraz mendengus.

"Boleh tak kau bagi diaorang berhenti menangis? Bingitlah kepala otak aku dengar diaorang melalak. Kalau macam ni, baik aku balik rumah mom and dad." Controller ditinggalkan.

Ungku Harraz bangkit berdiri dan naik ke tingkat atas untuk mengambil telefonnya.

Kamilia Hazel tatap saja tubuh Ungku Harraz yang sudah menghilang ke tingkat atas. Geleng kepala dia melihat perangai Ungku Harraz. Dia tersenyum simpul pula pada Amelya dan Amanda yang semakin menjadi-jadi menangis tak berhenti. Dia cuba memujuk anak-anaknya.

"Shhh... Kenapa ni? Susu ibu dah bagi. Pampers ibu dah tukar. Sakit perut ke sayang? Hah, sakit perut ya?" soal Kamilia Hazel sebelum mengambil minyak TyT dalam bekas barang-barang bayinya.

Kemudian, diletakkan beberapa titis di atas perut Amelya. Digosok lembut sambil urut perlahan walaupun bayinya masih menangis.

Beberapa minit selepas itu, Ungku Harraz turun semula. Sebelum berlalu ke pintu utama, sempat dia menjeling ke arah anak dan bininya. Cis, dayus betul!

Kamilia Hazel melepaskan nafas. Biarlah lelaki itu. Mesti Ungku Harraz order grab untuk ke rumah Puan Sri Fazura dan Tan Sri Ungku Harriz.

Pandu kereta? Pffftt, mamat tu mana reti! Memalukan betul!

SIANG tadi, dia sudah sampai ke rumah ibu bapa mentuanya. Alasan apa lagi dia datang kalau bukan kerana Ungku Harraz? Sampai-sampai tadi, langsung tak nampak kelibat suaminya. Mungkin berehat di bilik atas.

Biarkan lelaki itu berehat. Dia tak mahu ganggu mood Ungku Harraz.

Kamilia Hazel minum air di dapur sambil berbual dengan Puan Sri Fazura. Walaupun selepas kejadian Ungku Harraz tinggalkannya sebelum kemalangan berlaku, Puan Sri Fazura masih melayannya dengan baik. Malah, langsung tak terasa hati.

Kerana wanita tua itu faham dengan keadaan Kamilia Hazel yang masih belum boleh terima anaknya, Ungku Harraz pada waktu itu.

Alhamdulillah, segalanya kembali baik sekarang. Cuma, Kamilia Hazel baru saja ceritakan tentang perubahan tak baik Ungku Harraz sekarang. Puan Sri Fazura juga sudah tahu sejak di hospital hari itu. Dia juga sudah menasihati Ungku Harraz tapi langsung tak didengari.

Saat dia cuba slow talk dengan Ungku Harraz, lelaki itu menutup telinga tidak mahu dengar. Katanya, dia malas mahu dengar nama Kamilia Hazel lagi.

Sedang mereka rancak berbual, datang Ungku Harraz dengan jelingan padunya untuk Kamilia Hazel.

"Apa hal pulak kau ada kat sini?" soalnya kasar.

"Ungku Harraz..." Puan Sri Fazura beri isyarat mata pada Ungku Harraz dengan bahasa yang digunakan anaknya. Dengan isteri mana boleh kasar begitu.

Ungku Harraz langsung tak hiraukan larangan bondanya. Dia tetap mahu sakitkan hati Kamilia Hazel. Tak suka bila Kamilia Hazel berada di mana saja dia berada. Semak pemandangan!

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now