Manalah tahu tekak Ungku Harraz nak makan western food.

"Okey aje. Kalau kau masak, mestilah rasanya sedapkan?" Kata-kata Ungku Harraz seakan semangat untuk Kamilia Hazel.

"Tengoklah nanti. Aku pun tak pandai sangat. Aku masih belajar melalui google. Kadang-kadang aku bergurukan Syifa. Dia memang legend sikit bab memasak ni," ujar Kamilia Hazel.

Hmmm... dasarlah kau isteri tak guna. Memasak pun tak reti. Tapi mulut biadab nombor satu. Dia mengumpat diri sendiri.

"Kau tak pandai masak?" Berkerut dahi Ungku Harraz menyoal dan soalan itu mengundang jelingan dari Kamilia Hazel.

Soalan mamat ni boleh tahan macam nak ajak gaduh aje. Sabar Hazel, sabar. Jangan bagi ego kau keluar sekarang. Bukan masanya.

"Eh, pandailah! Cuma, tak adalah pro mana. Setakat maggi goreng, telur mata, nanak nasi, ayam kicap, nasi goreng tu bolehlah. Yang lain-lain aku masih belajar. Jangan pandang aku sebelah mata tau," balas Kamilia Hazel.

Teringat pula pada Ungku Harraz yang dulu. Waktu malam selepas dia habis 'date' dengan Raziq. Ungku Harraz masakkan buttermilk chicken untuknya. Situasi sekarang mengingatkannya pada memori lalu.

Memang sedap gilalah masakan Ungku Harraz. Pertama kali dia rasa sudah jatuh cinta. Agak-agak, Ungku Harraz lepas kemalangan ni masih pandai memasak macam dulu ke? Kamilia Hazel menyoal sendiri.

"Alhamdulillah, aku tengah pandang kau dua belah mata ni." Ungku Harraz bersakarstik.

Deja vu. Ungku Harraz pernah cakap begini dulu.

Kamilia Hazel toleh sebelahnya dan ya, Ungku Harraz sedang memandangnya tajam. Pandangan yang susah ingin ditafsirkan. Pandangan apakah itu?

Kamilia Hazel tak mampu lagi berlawan mata dengan suaminya lalu menyambung kerja memasaknya.

"Biarlah aku tolong kau," giat Ungku Harraz masih mahu menolong.

"Tak apa, tak perlu," halang Kamilia Hazel. Risau jika suaminya sakit lagi.

"Tak apa, aku boleh." Ungku Harraz masih berkeras. Rasa tak syok kalau dia cuma tengok dan tak lakukan apa-apa. Ada suatu rasa di dalam dirinya yang berkeras ingin turut serta memasak.

Dia menggapai apron yang tergantung di belakang pintu dapur. Kamilia Hazel perhati saja tingkah laku suaminya. Comel sangat. Sudahlah apron tu berwarna pink. Yang hitam sudah dipakai oleh Kamilia Hazel.

"Comel." Bibirnya terbit perkataan itu.

"Apa yang comel?" soal Ungku Harraz pelik seraya mengikat tali apron di belakang.

"Kau," jawab Kamilia Hazel.

"Kenapa?" Ungku Harraz masih tidak memahami.

"Kau nampak comel pakai apron tu," jelas Kamilia Hazel dengan senyuman panjang.

"Aku bukan comel aje tau. Kau pandang muka aku ni. Tengok betul-betul." Tiba-tiba Ungku Harraz menudingkan jari telunjuk ke arah mukanya.

"Kenapa?" Kini, Kamilia Hazel pula yang bertanya.

"Ada nampak aku kacak tak?" Cis, puji diri sendiri pula.

Kamilia Hazel hela nafas sebelum tersengih lagi.

"Mestilah, kau memang kacak. Semua pakej kau ada," balas Kamilia Hazel.

"Untungkan siapa dapat aku?" katanya, mulakan memasak mengikut apa yang dikata isterinya.

"Akulah yang untung tu." Perlahan Kamilia Hazel menjawab.

Sedang mereka melakukan tugas masing-masing dan menguruskan hal dapur, sambil itu mereka berbual kosong. Tiada langsung di antara mereka yang berasa kekok. Malah, perbualan mereka semakin rancak. Bual dari satu topik ke topik yang lain.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now