"Aduh! Sakitlah!" adu Ungku Harraz bersama wajah yang menyeringai.

Kamilia Hazel membeliakkan mata. Mulutnya ditutup dengan tapak tangan sebelum memohon ampun terhadap suaminya.

Lupa bahagian pinggang Ungku Harraz ada jahitan yang masih baru.

"Ya Allah, sorry! Weh, sorry! Aku tak ingat perut kau ada jahitan. Weh, aku betul-betul minta maaf."

"Tak apa. Jomlah hantar aku ke bilik. Penatlah, nak rehat." Ungku Harraz berpaut pada bahu Kamilia Hazel sebelum mereka sama-sama naik ke tingkat atas.

Selepas selesaikan hal Ungku Harraz, Kamilia Hazel kembali semula ke bawah untuk jagakan kembar yang masih lena tidur.

Keadaannya sekarang memang sukar berbanding dulu. Lagi sukar bila harus jaga anak-anak dan suami serentak. Tapi, kalau dia tak buat semua tu, bila lagi dia nak belajar dari kesilapan?

Siapa suruh dulu pernah sakitkan hati suami sendiri? Sekarang ni, kau pula kena jaga hati Ungku Harraz. Bisik hatinya seakan memerli.

Kamilia Hazel harus kental. Sebarang perkara yang bakal terjadi harus ditempuhi dengan hati dan jiwa yang tenang. Tak boleh mudah putus asa. Segalanya demi Ungku Harraz dan anak-anaknya. Demi kebahagiaan mereka satu keluarga.

TERSENYUM bibir Kamilia Hazel melihatkan dua orang cahaya matanya tidur lena di atas katil bayi yang berasingan. Nasib baiklah malam ini mereka tidak buat hal sangat. Seperti malam yang sebelumnya, Amelya dan Amanda memang kerap menangis di waktu malam.

Alhamdulillah, bukan malam ini. Mungkin kerana selepas adanya Ungku Harraz di rumah itu, suasana jadi lebih senang.

Baru saja Kamilia Hazel mahu menoleh, dia sudah terkejut melihat tubuh badan Ungku Harraz yang berdiri tegak di hadapan pintu bilik kembar mereka.

Kamilia Hazel urut dada. Dia berjalan mendekati suaminya. Mungkin Ungku Harraz baru bangun dari tidur. Rambut lelaki itu yang serabai menampakkan lagi kekacakan suaminya itu.

"Kenapa kau bangun ni?" Kamilia Hazel bertanya.

Ungku Harraz usap belakang kepalanya.

"Aku cari kau. Kau tak tidur sekali dengan aku?" soal Ungku Harraz polos. Diusap-usap lengannya. Malu gamaknya ingin menyuarakan hal itu.

Bila dia bangun tadi, sudah malam rupanya. Lama juga dia tertidur penangan ubat yang diberi tadi. Nasib baik Kamilia Hazel kejut dia semula untuk bangun dan solat berjemaah Asar dan Maghrib sekali. Tapi kemudian, dia sambung tidur semula. Badannya terasa lesu semula. Perlukan rehat.

Bila bangun, sudah pukul 10 malam. Tercari-cari juga kelibat si isteri. Tiada di dalam bilik. Dia jadi tak senang duduk tiba-tiba. Nasib baik terjumpa di bilik kembar.

Tersengih Kamilia Hazel mendengarkan kata-kata Ungku Harraz yang kedengaran comel di telinganya.

"Mestilah aku kena tidur dengan kau. Aku baru aje nak masuk bilik kita. Tadi aku tidurkan kembar," beritahu Kamilia Hazel tayang senyuman.

"Oh... kembar dah tidurlah ni?"

"Haah."

"Jomlah tidur," ajak Ungku Harraz tanpa sedar, menyambar tangan Kamilia Hazel.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now