"Kau jalan-jalanlah keliling rumah. Mana tahu boleh ingat sikit-sikit memori kita dalam rumah ni. Aku nak susukan kembar kejap." Mendapatkan anggukan daripada Ungku Harraz, Kamilia Hazel mendapatkan kembar yang berada di ruang tamu di atas lantai.

Sambil dia menyusukan Amelya kemudian beralih pula pada Amanda, sambil-sambil itu juga matanya meliar mencari kelibat Ungku Harraz.

Mana pula pergi si Harraz ni? Jangan dia sesat entah ke mana sudah. Rumah ini memang besar bak istana. Peratusan untuk sesat memang 100% jika masih baru.

Amelya dan Amanda juga sudah tidur semula. Kamilia Hazel tepuk perut anak-anaknya lembut sambil menyanyikan alunan-alunan surah.

Pembesaran anak-anaknya mestilah harus dengan cara Islam. Dia mahu Amelya dan Amanda menjadi anak yang solehah dan berpendidikan. Sebagai ibu dan bapa, dia patut memulakan segalanya dari kembar itu masih kecil. Semoga ianya berkekalan sehinggalah mereka besar.

Dia tak mahu anak-anaknya jadi seperti dia. Dia takkan ulangi kesilapan itu.

"Argh!"

Terkejut Kamilia Hazel bila jeritan Ungku Harraz bergema di segenap ruang rumah. Nasib baiklah kembar setakat terkejut saja dan tidak bangun.

Kelam-kabut Kamilia Hazel bangun dari pembaringanya lalu mencari kelibat Ungku Harraz.

"Harraz? Harraz! Kau okey tak ni?" Kamilia Hazel menyoal sambil menolong Ungku Harraz berdiri dengan stabil.

Lelaki itu memicit-micit kepalanya yang hanya berplaster di dahi.

"Kepala aku sakit. Semua benda yang aku tengok macam berpusing," respons Ungku Harraz menahan dirinya dari tumbang menggunakan tangan Kamilia Hazel.

"Kau jangan paksa diri untuk ingat, Harraz. Perlahan-lahan. Doktor dah pesan jangan penatkan otak kau." Kamilia Hazel risau.

Doktor yang rawat Ungku Harraz memang sudah ingatkan tentang hal ini. Ungku Harraz mungkin akan terima tindak balas seperti ini bila dia cuba ingat sesuatu benda. Doktor kata lagi, Ungku Harraz harus diberi rehat yang secukupnya jika perkara itu berlaku dan jika ia berlarutan, Ungku Harraz harus dikejarkan ke hospital semula untuk mendapatkan rawatan.

"Jom, kita naik rehat kat atas," ajak Kamilia Hazel.

Tangan Kamilia Hazel erat memegang pinggang suaminya berjalan ke arah lif untuk ke tingkat atas. Baru saja mereka mahu masuk ke dalam lif selepas pintu lif terbuka, Ungku Harraz berhenti.

Kamilia Hazel tak lepaskan papahannya. Ungku Harraz masih lagi memegang kepalanya dengan kerutan di dahi. Sedih Kamilia Hazel tengok. Dia tak tahu apa yang dirasai suaminya namun dia dapat rasa juga kesakitan yang dialami Ungku Harraz.

"Kejap, Hazel. Aku rasa tak larat sangat nak berjalan," adu Ungku Harraz berpaut pada lengan isterinya.

"Habis tu, takkan aku nak dukung kau?" balas Kamilia Hazel pula.

"Kau papah aku boleh?" pinta Ungku Harraz menatap wajah Kamilia Hazel.

Berkerut dahi gadis itu.

Masing-masing terdiam sekejap.

Mannequin Challenge.

Ungku Harraz pandang Kamilia Hazel. Kamilia Hazel pandang Ungku Harraz.

"Memang dari tadi aku papah kau kan?" ujar Kamilia Hazel cuba faham situasi sekarang.

"Oh yeke?" Terkelip-kelip mata Ungku Harraz.

"Kau ni, sakit-sakit pun masih boleh melawakkan?" Kamilia Hazel ketawa kecil sebelum menumbuk perut Ungku Harraz.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now