Cukuplah sebelum ini dia timbulkan masalah.

Umi pun bukannya ngam sangat dengan dia sekarang. Asal berjumpa pasti menjeling saja. Malas nak timbulkan perang dingin yang lebih besar, Kamilia Hazel angkat kaki blah. Umi masih marah tentang hal dulu.

Melihatkan wajah sang suami yang lena, teringat pula waktu pertama kali dia berjumpa Ungku Harraz. Masih mekar diingatannya perjumpaan dingin antara dua insan itu. Pertemuan yang menjerat mereka ke dunia permusuhan.

Waktu itu mereka di tingkatan tiga. Pertama kali belah pagi.

Barisan beratur yang panjang itu dipandang dengan kerutan di dahi. Hembusan nafas dihela kasar. Takkan pelajar tingkatan tiga rehat pun ramai sampai macam ni? Mulalah Kamilia Hazel membebel dalam hati, meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Sudah 4 bulan dia menjalani kehidupan sebagai pelajar tingkatan tiga sejak hari pertama sekolah dibuka. Menjadi pelajar tingkatan tiga cuma membawa satu istilah yang menerangkan maksud pelajar tingkatan tiga. PT3. Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 yang akan diduduki oleh semua pelajar yang terlibat.

Dia masih cuba membiasakan diri. Kena bangun awal pagi untuk ke sekolah memandangkan tahun ini dia sudah menjadi pelajar sesi pagi. Kalau dulu dia senior belah petang tetapi sekarang dia kembali semula ke dunia nyata dan bukan fantasi. Dia lah junior di belah pagi.

Keadaan kantin agak sesak dengan pelajar yang ramai sedang beratur untuk membeli makanan. Tanpa berfikir panjang, Kamilia Hazel terus masuk ke dalam barisan yang sedang beratur untuk membeli air. Kamilia Hazel melangkah beberapa tapak ke depan apabila barisan tadi mula bergerak perlahan-lahan.

Duit RM2 yang setia di tangan dimainkan. Sekejap digulung, sekejap dilipat.

Bila sampai gilirannya, Kamilia Hazel melangkah ke depan sebelum sekumpulan lelaki yang sedang bergelak ketawa seperti tiada hari esok mula menolak-nolak barisan mereka sehingga yang jadi mangsa tersungkur ke lantai ialah Kamilia Hazel. Duit RM2 yang dipegangnya tadi pun sudah hilang entah ke mana. Mungkin sudah selamat diambil oleh manusia yang tidak jujur.

Tapi bukan duit yang menjadi masalahnya saat itu.

Dalam kesesakan itu, Kamilia Hazel cuba bangun. Hatinya panas apabila barisannya sudah dipotong oleh beberapa orang lelaki yang memotong barisannya sesuka hati tanpa rasa bersalah. Siap bergelak ketawa lagi.

Kamilia Hazel mendengus sambil memerhati sekumpulan pelajar lelaki itu. Mereka sedang menanti giliran untuk membeli air minuman sedangkan pada riak wajah mereka, langsung tidak terpancar riak bersalah walaupun selepas mereka memotong barisan dan menolak seorang gadis sehingga terjatuh ke lantai.

Amboi... amboi... amboi... Orang penat-penat beratur sambil tunggu giliran nak beli air, geng 'mamats' tak bertauliah ni senang-senang aje memotong barisan? Dia orang fikir dia orang abang-abang kawasan ke kat sini? marah Kamilia Hazel dalam hati.

"Woi, kauorang ni memang tak ada adab ke hah?!" Kamilia Hazel menengking empat orang pelajar lelaki itu.

Antara empat-empat pelajar lelaki itu, cuma seorang saja yang menoleh ke arah Kamilia Hazel. Mungkin deria pendengaran lelaki itu lebih peka berbanding ahli-ahlinya yang lain. Mungkin juga kerana dia yang paling dekat dengan jarak Kamilia Hazel berdiri. Selepas lelaki itu menoleh, barulah ahli-ahlinya yang lain turut menoleh ke arah Kamilia Hazel.

Kamilia Hazel mengamati wajah lelaki pertama yang menoleh tadi. Rasanya, dia tidak pernah nampak lagi wajah mamat bedebah yang tayang muka sombong ni. Apahal nak kerut kening lagak poyo ni? Muka berlagak betul. 

"Apa woi? Kita orang ada nama la. Kalau nak panggil orang tu, guna gelaran yang elok sikit," kata Ungku Harraz sambil memeluk tubuh.

Iskandar, Raizal dan Anaqi, geng 'mamats' yang setia di belakang Ungku Harraz itu turut berpeluk tubuh. Amboi, satu geng peluk tubuh nampaknya. Poyonya semua.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now