Tak sedar diri yang dia tu menumpang aje dalam rumah ni. Nak buat macam rumah sendiri pulak! Perangai tu, behave sikit!

"Nak bagi dengan cara baik atau aku pergi sana geletek kau?" ugut Ungku Harraz dengan lirikan mata yang nakal, tidak hirau kata-kata Kamilia Hazel tadi.

Peduli apa? Ini rumah mentua dia, jadi rumahnya jugalah.

Teringatkan momen Ungku Harraz menggeleteknya di atas katil kerana dia dengan sengaja menjatuhkan motor kesayangan lelaki itu, terus meremang bulu roma satu badan.

"Nah nah ambik!" Kamilia Hazel terus membaling remote ke arah Ungku Harraz tanpa berfikir panjang lagi. Dia tak mahu peristiwa itu berulang kembali. 

Geletek? Eee memang taklah dia nak bergelak-tawa dengan Ungku Harraz nanti. Hashtag, tak sweet okey!

Nasib baik alat kawalan tv yang dibaling tadi mendarat betul-betul di atas sofa empuk. Kalau jatuh ke bawah, mungkin berderai.

Geletek? Eee memang taklah dia nak bergelak-tawa dengan Ungku Harraz nanti. Hashtag, tak sweet okey!

"Haaa... kan bagus tak membantah." Ungku Harraz menggapai alat kawalan televisyen dan menukar siaran.

Beberapa minit kemudian, Kamilia Hazel bangkit berdiri dan berlalu ingin pergi.

Remote tv pun sudah dikebas Ungku Harraz, apa lagi dia nak buat duduk kat situ? Berduaan dengan Ungku Harraz? Ew memang tidaklah! Hashtag, tak sweet langsung!

"Eh, sayang nak pergi mana? Duduk sini," suruh Ungku Harraz. Mesti merajuk.

Kamilia Hazel tidak menghiraukan lelaki itu. Dia terus mendaki anak tangga.

Datin Harsyifah dan Dato Kusyairi yang baru turun dari tangga terdengar Ungku Harraz dan Kamilia Hazel yang saling bergaduh. Bila Ungku Harraz panggil dan seru nama Kamilia Hazel, gadis itu hanya menjawab 'tak nak' saja.

"Hazel, suami panggil tu kan? Jangan nak mengada-ada lari. Duduk cepat umi dan daddy ada benda sikit nak bincang," getus Datin Harsyifah menggelengkan kepala.

Ikut sangat emosi orang mengandung tu. Hah, elok sangatlah macam tu.

Kamilia Hazel terpaksa menurut bila dapat isyarat mata dari Dato Kusyairi yang menenangkan. Haih, daddy selalu buat aku dari panas jadi sejuk.

Baru saja nak letak punggung di sofa dia duduk tadi, tiba-tiba suara Ungku Harraz memanggil.

"Meh duduk sini sebelah aku." Tempat duduk di sebelahnya ditepuk-tepuk membenarkan Kamilia Hazel duduk.

Awal-awal gadis itu sudah menggelengkan kepala tidak mahu tetapi bila Datin Harsyifah mencerlung tajam ke dalam anak matanya, akur aje lah.

Apa hal semua main ugut-ugut hari ni?

"Ni, korang berdua tak nak pergi honeymoon ke? Sekolah kan dah tamat?" Soalan Datin Harsyifah menimbulkan rasa debar dalam diri Kamilia Hazel.

Uish, apa hal berdebar semacam ni?

"Rasanya..." Baru Ungku Harraz mahu berkata, Kamilia Hazel memotong.

"Eww! No! No honeymoon trip! Dah kenapa sampai nak honeymoon bagai ni, umi? Gelilah..." pintasnya laju sebelum Ungku Harraz sempat membalas tadi. 

Tak bagi peluang langsung kepada Ungku Harraz kerana dia tahu kalau lelaki itu yang bercakap, pastinya dia bersetuju dengan cadangan umi itu.

Ungku Harraz mengeluh.

"Why not? Apa yang gelinya? Itu memang standard suami isteri, Hazel..." Datin Harsyifah menatap wajah anak perempuannya itu.

"Buat apa? Buang masa aje." Kamilia Hazel menjeling lalu memeluk tubuh.

Cinta Yang Kau Benci✔️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora