"Lia percayakan abanglah. Takkanlah abang yang baik ni nak buat benda jahat? Lia kenal abang sejak kita kecil lagi. Lia tahu hati budi abang." Bersungguh-sungguh dia melemparkan kata pujian kepada Raziq.

Kamilia Hazel berhenti merenung Raziq. Uish, ni kalau umi atau daddy nampak tadi habis aku diejek oleh mereka. Harap-harap tiada siapa yang perasan. Katanya di dalam hati.

"Raziq macam mana? Dah dapat tawaran bekerja ke?" soal Dato Kusyairi ingin tahu perkembangan pencarian kerja anak buahnya itu.

Jika Raziq masih belum dapat, dia ingin saja menyuruh Raziq bekerja dengannya selepas dia balik dari London. Lagi senang.

"Belum lagi pak su. Raziq belum lagi keluar cari kerja sebab Raziq pun baru sampai KL. Raziq ada try tanya kawan-kawan Raziq kalau ada kerja kosong. Adalah antara diaorang yang baik hati tolong carikan untuk Raziq. Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan Raziq kat sini." Bibirnya mengucap syukur.

"Baguslah macam tu."

"Tapi Raziq ingat buat masa sekarang ni biarlah Raziq kerja dekat kedai makan pun tak apa. Asalkan halal. Raziq nak kumpul duit nak sambung belajar," sambung Raziq dengan tekad.

Tahun lepas, dia duduki STPM dan tahun ini dia tekad ingin mencari kerja untuk menyambung pelajaran di universiti. Tak kisahlah di mana-mana pun, asalkan dia dapat jejak ke universiti seperti kawan-kawannya yang lain.

Rezeki tidak menyebelahinya kerana dia tidak dapat biasiswa. Kalau dia usaha lebih sikit, mesti dia dapat dan tak perlu nak menyusahkan sesiapa.

Raziq bukanlah dari keluarga yang senang seperti Kamilia Hazel. Mak sunya, Datin Harsyifah, adik kepada ibunya Haziqah, juga datang dari kampung. Tetapi, wanita itu bernasib baik kerana dijodohkan dengan lelaki kaya seperti Dato Kusyairi.

Walaupun begitu, dia tidak kisah dengan latar belakang keluarganya. Raziq pasti, jika dia berusaha keras dari sekarang, dia boleh jadi seperti pak sunya, Dato Kusyairi.

"Bagus impian Raziq tu. Pak su sokong sangat. Kalau ada yang kurang, Raziq bagitahu saja pada pak su dan mak su. In Syaa Allah, kami boleh tolong." Dato Kusyairi berpesan.

Datin Harsyifah mengangguk setuju.

"Terima kasih pak su," ucap Raziq terharu.

"Hazel macam mana?" Datin Harsyifah kembali pada anaknya.

Kamilia Hazel terpinga-pinga bila namanya disebut.

"Hazel okey umi. Kan hari tu umi dah tanya." Dia sudah melepaskan nafas.

"Kenalah tanya lagi. Takkan hari tu aje Hazel ada masalah? Kita ni duduk berjauhan, umi takkan tahu masalah Hazel kalau umi tak tanya," bebel wanita itu. 

"Harraz mana? Dah lama umi tak tengok muka menantu umi tu. Susah betul nak berborak dengan dia," tanya Datin Harsyifah.

Memang sejak dia dan suami bergerak ke London, tak pernah lagi Ungku Harraz hubunginya bertanya khabar. Call melalui FaceTime dengan Kamilia Hazel pun Ungku Harraz sentiasa tiada. Hati mentua mana yang tak terasa?

Ada menantu macam tak ada saja.

"Dia keluar pergi futsal dengan kawan-kawan dia," kata Kamilia Hazel nak tak nak saja.

"Alah... tak ada chance lah umi nak berbual dengan menantu kesayangan umi tu." Datin Harsyifah mengeluh. 

Dato Kusyairi mencebik. Sayang sangat dekat menantunya yang sorang itu.

"Raziq..." panggil Datin Harsyifah.

"Ye mak su," sahut Raziq memberi perhatian kepada mak sunya.

"Jagalah si Hazel ni baik-baik. Dia ni bukan boleh percaya sangat. Kalau dia bergaduh dengan Harraz, Raziq tolong nasihatkan dia," pesan Datin Harsyifah memandang sangsi kepada Kamilia Hazel.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now